RABUN WARNA
Salam bahagia.
Tajuk Rabun Warna
merupakan tajuk pengulangan yang saya pernah paparkan dulu dalam ruangan saya
ini. Tapi sekarang saya ingin membuat sedikit penekanan terhadap kefahaman kita
tentang masalah rabun warna atau colour blind.
Apakah yang terlintas di
fikiran anda tentang rabun warna? Ramai dikalangan kita membayangkan kehidupan
tanpa warna kecuali hitam dan putih sahaja. Sebenarnya tanggapan ini adalah
salah, kerana individu rabun warna masih boleh mengenal pasti warna tetapi
persepsi warnanya sahaja yang berbeza dengan orang yang mempunyai penglihatan
warna normal. Mereka mempunyai kesukaran membezakan warna terang dan warna
gelap.
Masalah rabun warna
bergantung kepada tahap keseriusan rabun warna seseorang.
Faktor-Faktor Penyebab Rabun Warna
Ø
Kongenital/sejak lahir
· Kebanyakan penyebab utama rabun warna adalah faktor kongenital (sejak
lahir). Ini bermakna, masalah ini telah ada pada kanak-kanak itu disebabkan
oleh pembawaan genetik dari keturunan.
· Jenis dan tahap keseriusan rabun warna berbeza
mengikut individu. Ada orang yang tidak dapat mengecam sebarang warna. Ada pula
yang tidak dapat mengecam warna merah dan hijau dan ada pula yang tidak
mengenali biru dan kuning.
· Jenis rabun warna yang kerap dijumpai adalah jenis rabun merah
dan hijau. Golongan lelaki lebih berisiko mendapat rabun jenis
ini iaitu antara 5 hingga10 peratus berbanding golongan wanita.
Ø
Faktor Perolehan
· Penyebab lain seseorang itu mendapat rabun warna adalah disebabkan
faktor perolehan seperti penyakit yang dihidapi. Contohnya seperti
kencing manis, faktor penuaaan (Age related Macular Degenaration),
glaukoma, katarak, kecederaan mata dan juga kesan sampingan sesetengah
ubatseperti ubat bagi penyakit artritis rheumatoid dan ubat bagi penyakit
Tuberculosis (TB).
Jenis Rabun Warna
Biasanya jenis rabun warna
terbahagi kepada tiga iaitu:
Ø
Monokromat (rabun warna total)
Terdapat segelintir penghidap
rabun warna total (monokromat) dari sejak lahir kerana tiada sel kon
pada retina tetapi ianya sangat jarang berlaku.
Apa yang mereka akan lihat
adalah warna hitam dan putih sahaja dan rabun warna total ini merupakan jenis
yang paling serius.
Penglihatan warna individu
normal (kiri) dan rabun warna monokromat (kanan)
Ø
Dikromat
Jenis ini merupakan
kekurangan sederhana iaitu tiada salah satu daripada kon-kon berikut
:
· tiada pigmen kon merah (protanopia) yang
bermaksud pengidap tidak mengenali warna merah
· tiada pigmen hijau (deutanopia), yang bermaksud
pengidap tidak mengenali warna hijau
· tiada pigmen kon biru (tritanopia), yang
bermaksud pengidap tidak mengenali warna biru
Ø
Trikromat
Contoh simulasi penglihatan
individu dengan rabun warna
Bagaimana Mengesan Rabun Warna
· Semua kanak-kanak perlu menjalani ujian penglihatan warna
terutamanya bagi mereka yang mempunyai keturunan yang diketahui
mempunyai masalah rabun warna.
· Ujian ini boleh dilakukan apabila kanak-kanak sudah mula faham
arahan yang diberi dan sudah boleh mengenal nombor dan bentuk.
· Ujian penglihatan warna yang kebiasaannya dilakukan oleh
optometris adalah dengan menggunakan ujian yang direka khas untuk mengesan
rabun warna seperti Ishihara colour plates, D-15, 100 Hue,
Anamaloskop dan HRR plates.
· Apabila rabun warna dikesan, ujian selanjutnya akan dijalankan
untuk mengesan jenis rabun warna tersebut dan tahap
keseriusan rabun warna yang dialami.
Bagaimana Mengesan Rabun Warna
Ø Semua kanak-kanak perlu menjalani ujian penglihatan warna
terutamanya bagi mereka yang mempunyai keturunan yang diketahui
mempunyai masalah rabun warna.
Ø
Ujian ini boleh dilakukan apabila kanak-kanak sudah mula faham
arahan yang diberi dan sudah boleh mengenal nombor dan bentuk.
Ø
Ujian penglihatan warna yang kebiasaannya dilakukan oleh
optometris adalah dengan menggunakan ujian yang direka khas untuk mengesan
rabun warna seperti Ishihara colour plates, D-15, 100 Hue,
Anamaloskop dan HRR plates.
Ø
Apabila rabun warna dikesan, ujian selanjutnya akan dijalankan
untuk mengesan jenis rabun warna tersebut dan tahap
keseriusan rabun warna yang dialami.
Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Seseorang diDiagnos Sebagai Rabun Warna?
· Guru
ü
Sekiranya guru mengetahui bahawa kanak-kanak itu mempunyai
masalah rabun warna, mereka dapat membantu atau mengajar kanak-kanak ini dengan
cara yang berlainan dan lebih efektif seperti melabelkan nama warna pada pensel
warnanya supaya dia dapat memilih warna yang sepatutnya apabila melakukan
aktiviti mewarna.
· Ibu Bapa
ü
Bagi mengelakkan kekecewaan pada masa akan datang, ibu bapa
perlu tahu untuk menjuruskan akademik anak-anak supaya mereka tidak memilih
profesien yang melibatkan penglihatan warna seperti polis, tentera, kadet
,bomba, juruterbang, juruelektrik, makmal kimia, geosains, pemandu pengangkutan
awam dan lain-lain.
ü
Walaupun rabun warna bukan satu masalah serius, golongan ini
perlu diberikan sokongan dan pemahaman oleh ahli keluarga kerana pesakit
biasanya berada dalam dunia mereka sendiri kerana tidak sedar sebenarnya warna
yang dilihat tidak betul.
· Ujian lesen memandu
ü
Kebanyakan negara membenarkan orang yang rabun warna mengambil
lesen memandu asalkan tiada masalah persepsi atau masalah mata yang lain.Mereka
selalunya boleh belajar daripada susunan lampu isyarat dan bukan melalui warna.
ü
Menurut kajian Haliza et al (2010), didapati bahawa 2.2%
daripada pemandu di Malaysia mengalami masalah rabun warna kongenital. (sumber
daripada : Haliza AM, Md Muziman Syah MMS, Norliza MF.2010. Visual problems of
new Malaysian drivers. Malaysian Family Physician.5(2):95-8)
ü Sekiranya seseorang itu gagal ketika mengambil ujian warna
semasa mengambil lesen, jangan berputus asa, dapatkan pengesahan doktor
mengenai tahap rabun warna anda. Daripada pengesahan itu barulah pihak tertentu
seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dapat membuat pertimbangan sewajarnya.
Rumusannya
Pengesanan awal dari usia
kanak-kanak dapat membantu membaiki kelemahan rabun warna. Sepatutnya kita
tidak melihatnya sebagai satu kecacatan kerana selalunya mereka hanya
kekurangan warna hijau dan merah, dan bukan hidup dalam dunia hitam putih.
Kebanyakan penghidap rabun
warna mempunyai penglihatan yang normal.
Penghidap rabun warna juga
tiada masalah dalam pembelajaran kerana ianya tidak melibatkan IQ. Mereka hanya
perlu dipantau supaya memilih bidang kerjaya yang bersesuaian.
Sebagai contoh, adakah anda
tahu bahawa Mark Zuckerberg pengasas laman web sosial Facebook sebenarnya
adalah seorang yang rabun warna? Kerana itulah warna latar Facebook adalah
biru dan putih.
Pengasas Facebook adalah
seorang penghidap rabun warna
Zuckerberg hanya boleh melihat warna biru dengan
sempurna. Namun, beliau tidak menjadikan kekurangan itu sebagai halangan
untuknya memiliki rangkaian kawan dari seluruh dunia.
Ramai lagi mereka di
luar sana yang menhidap rabun warna dan mempunyai kehidupan yang normal,
cuma pandangan mereka pada warna saja yang berbeza.
Rujukan
Haliza Abdul Mutalib,
Md Muziman Syah MMS, Norliza MF.2010. Visual problems of new Malaysian
drivers. Malaysian Family Physician.5(2):95-8)
Phoon KYI, Chang
WT, 2013, Practical assessment of colour vision to certify fitness of
driving, SFP2013; 39(1) Supplement: 63-66
http://www.myhealth.gov.my/rabun-warna/
Begitulah sedikit info dan
pengetahuan buat anda sebagai rujukan dalam kehidupan. Moga dapat dimanafaatkan.
TUNGGUKAN PENEMUAN
SAYA YANG MUTAKHIR DALAM MENGENDALIKAN KES RABUN WARNA DAN CARA MENGATASINYA.
Salam hormat
Prof Madya Dr Haliza Abdul Mutalib
Pakar
Optometris & Profesor Madya
Program
Optometri & Sains Penglihatan, FSK
Universiti
Kebangsaan Malaysia