Pages

Thursday, July 18, 2013

RABUN WARNA

Rabun warna atau colour blindness sering disalahertikan. Ramai yang menganggap orang yang mempunyai rabun warna mempunyai penglihatan bagaikan televisyen hitam putih. Sebenarnya orang yang rabun warna itu tidak sebenarnya buta warna, cuma persepsi warnanya sahaja yang berbeza dengan orang yang berpenglihatan normal. Seperti contoh sekiranya kita melihat warna merah menyala, seseorang yang mempunyai defek warna merah akan melihat warna tersebut seperti warna merah gelap. Keterukan rabun warna adalah pelbagai. Ianya bergantung pada jenis rabun warna itu sendiri. Walaubagaimanapun ada segelintir orang yang mempunyai defek warna yang sangat teruk di mana mereka boleh “buta” terhadap semua warna. Paling biasa rabun warna terjadi pada warna hijau–kuning atau oren-merah.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa rabun warna biasanya bersifat kongenital. Ini bermakna masalah ini telah ada pada kanak-kanak itu sejak lahir lagi disebabkan faktor genetik. Adakalanya ianya berlaku pada orang dewasa. Kebanyakkan kes sebegini biasanya disebabkan penyakit mata yang aktif, kesan dari penyakit sistemik yang dihadapi ataupun kesan sampingan dari pengambilan ubat-ubatan . Ramai ibubapa tidak dapat mengecam masalah ini  pada anak-anak sewaktu mereka masih kecil. Oleh kerana kanak-kanak yang terlalu muda tidak begitu mengenali warna-warna, agak sukar bagi ibubapa ataupun guru untuk mengesan sekiranya kanak-kanak tersebut mempunyai masalah rabun warna. Kanak-kanak rabun warna juga biasanya mempamerkan tahap penglihatan yang baik. Disebabkan itu, ibubapa tidak mengambil perhatian sewajarnya memandangkan tiada masalah timbul di usia sedemikian ketika itu.

Adalah penting untuk mengetahui sama ada anak anda mempunyai masalah rabun warna ataupun tidak. Kanak-kanak yang mempunyai masalah rabun warna biasanya mempunyai masalah pembelajaran di sekolah  terutamanya di awal persekolahan di mana banyak aktiviti menggunakan warna seperti melukis dan mewarna dilakukan. Penggunaan komputer juga boleh terjejas bagi pengguna yang rabun warna.

Warna mula dikenali serta dilihat sejak dari bayi lagi. Pada mulanya warna sukar untuk dibezakan oleh bayi, tetapi selepas berberapa bulan bayi mula tertarik pada warna-warna terang seperti kuning dan merah. Bagi kanak-kanak berumur kurang dari 4 tahun, mereka agak sukar membezakan tona warna yang sama seperti hijau pucuk pisang dan hijau rumput. Kanak-kanak perlu mempelajari dan memahami bukan hanya warna tetapi juga bentuk dan saiz objek. Mereka perlu diberitahu bahawa banyak objek mempunyai warna yang sama. Kebanyakkan kanak-kanak selepas berumur 5 tahun mula dapat mengecam dan  menamakan warna dengan betul.

Apa itu rabun warna?

Di belakang mata terdapat satu lapisan nipis yang dikenali sebagai retina. Di lapisan retina terdapat 2 jenis sel iaitu sel rod dan sel kon. Kedua-dua sel ini mempunyai respon berbeza terhadap cahaya. Sel-sel rod sangat sensitif pada cahaya dan sel-sel ini mampu respon pada cahaya walaupun keadaan berkabus ataupun dalam cahaya malap. Walaubagaimanapun sel ini tidak dapat membezakan warna. Oleh itu di malam hari kita masih dapat melihat cahaya malap tetapi dalam bentuk bayangan hitam, kelabu dan putih. Sel-sel kon pula memberi respon pada cahaya yang lebih terang dan yang berwarna. Terdapat 3 jenis sel kon iaitu satu yang repond pada warna, merah, hijau dan biru. Seseorang yang rabun warna akan mengalami kekurangan salah satu atau lebih sel kon.

Fakta genetik mengenai rabun warna

Rabun merah-hijau biasanya berpunca dari genetik ataupun keturunan. Ianya lebih kerap terjadi pada lelaki berbanding perempuan. Ini diesebabkan oleh susunatur kromosom. Gene yang menyebabkan rabun merah-hijau terdapat pada kromosom X (Lelaki memiliki satu kromosom X manakala perempuan memiliki 2 kromosom X)

Sekiranya ibu adalah pembawa gene rabun merah-hijau (Satu X normal dan satu X terubah) , anak perempuannya tidak akan mendapat rabun warna tetapi kebiasaannya anak lelaki akan mendapat rabun warna tersebut.

Anak perempuan pula kebiasaannya akan mempunyai penglihatan warna yang normal kecuali sekiranya ibunya adalah pembawa dan ayahnya pula adalah rabun warna

Hanya 5% populasi yang mempunyai defek rabun warna biru. Ratio antara perempuan dan lelaki adalah sama kerana ianya terletak pada kromosom berlainan.

Masalah yang boleh timbul

Kebanyakkan aktiviti seharian banyak bergantung pada penggunaan warna seperti pemilihan pakaian yang sepadan atau penggunaan pen yang berlainan warna. Sekiranya  mereka tidak dapat  memilih warna tersebut dengan tepat, mereka terpaksa bergantung pada perbezaan pada objek itu untuk menolong mereka memilih seperti baju berkolar warna merah dan seluar berpoket warna hitam.

Kanak-kanak dalam kelas tadika sering didedahkan dengan alat-alat pembelajaran seperti kiub, pensil warna dan mainan. Adalah digalakkan barang-barang mainan ini perlu dilabelkan dengan nama warna ataupun terdapat dalam saiz berlainan yang mana kanak-kanak dapat mengamati perbezaannya dengan melihat pada saiz objek.

Pada skrin komputer pula kebiasaannya perkataan atau simbol yang penting akan dihitamkan atau warna lain digunakan. Kanak-kanak tidak akan menghadapi masalah membezakan ayat sebab kecerahan komputer menolong membezakan warna mengikut tonna gelap dan cerah.

Seseorang yang rabun warna mungkin tidak mempunyai masalah mengamati lampu isyarat ini adalah kerana susunan warna lampu isyarat adalah sama dimana-mana iaitu warna merah berada di kedudukan atas sekali. Walaubagaimanapun ianya mungkin sukar dilihat pada waktu malam atau sewaktu hujan lebat. Hal yang sama juga boleh terjadi pada lampu brek kereta.

Walaubagaimanapun ada sesetengah pekerjaan yang sememangnya tidak dapat dilakukan oleh mereka yang mempunyai rabun warna seperti pendawaian, makmal kimia dan kerja-kerja pengendalian kenderaan komersial dan tugas ketenteraan.

Apa yang dapat dilakukan

Semua kanak-kanak lelaki patut menjalani ujian penglihatan warna terutamanya bagi mereka yang mempunyai saudara atau keluarga yang di ketahui mempunyai masalah rabun warna. Ujian ini boleh dilakukan pada umur 5 tahun dan ke atas terutamanya jika kanak kanak sudah mula faham arahan yang diberi  dan boleh mengenal nombor. Sekiranya kedua-dua belah keluarga ayah dan ibu diketahui ada mempunyai masalah rabun warna, maka kanak-kanak perempuan juga perlu melakukan ujian penglihatan.

Kebanyakkaan ujian penglihatan yang dijalankan disekolah hanya tertumpu pada akuiti penglihatan dan jarang disaring masalah rabun warna.

Ujian Penglihatan Warna kebiasaanya dilakukan oleh Optometris dengan menggunakan carta yang direka khas untuk mengesan rabun warna (Ishihara colour plates) dan juga alat-alatan lain seperti D-15 dan 100 Hue.

Apabila rabun warna pada kanak-kanak di kesan, ujian selanjutnya dijalankan untuk mengesan keterukan rabun warna tersebut dan jenis rabun warna yang dialami. Setelah diagnosis didapati, konsultansi berkenaan keadaan penglihatan warna kanak-kanak tersebut akan diberi dan satu surat khas akan dikeluarkan untuk menyatakan status penglihatan warna kanak-kanak tersebut.


Bagaimana kanak-kanak rabun warna dapat dibantu

Pengesanan awal dapat membantu kanak-kanak ini menyedari kelemahannya membezakan warna dan tidak melihatnya sebagai satu kecacatan. Kanak-kanak yang rabun warna dapat melihat warna kecuali persepsi warna itu sendiri dilihat berlainan dari yang normal seperti warna merah cerah dilihat sebagai merah gelap atau hitam sementara warna hijau dilihat sebagai kuning coklat (bergantung pada keterukan rabun warna).

Sekiranya guru mengetahui bahawa kanak-kanak itu mempunyai masalah rabun warna, mereka dapat membantu  atau mengajar kanak-kanak ini dengan cara berlainan dan lebih efektif.

Anda boleh menolong anak anda dengan melabelkan nama warna pada pensil  warnanya supaya dia dapat memilih warna yang sepatutnya apabila mewarna. Ini dapat mengelak dirinya dari diejek oleh rakan-rakan.

Kanak-kanak juga perlu dibantu untuk mengenal warna sebenar meskipun persepsi warna yang dilihat adalah berlainan seperti contoh rumput bewarna hijau gelap dan bukannya hijau muda.

Rabun Warna tidak mempunyai sebarang rawatan khusus. Terdapat alat optikal seperti kanta sentuh khas dan cernin mata warna khas yang dapat membantu kanak-kanak untuk mendapatkan persepsi warna yang lebih normal namun kejayaan alat-alat ini amat bergantung pada individu itu sendiri. 


Berapa jeniskah buah-buahan yang dapat anda lihat?
Kanak-kanak yang berpenglihatan normal (trikromat) akan dapat  melihat 5 timbunan buah-buahan yang berlainan jenis. Dari belakang kelihatan timbunan buah-buahan berwarna merah, hijau, merah, kuning dan oren.
(Dipetik dari www.vischeck.com)
Orang yang mempunyai rabun warna merah-hijau sukar melihat semua timbunan buah-buahan dengan jelas. Kemungkinan hanya tiga atau empat jenis buah-buah yang kelihatan.







        Alat yang digunakan untuk mengesan rabun warna. Warna-warna perlu dipadankan mengikut susunan tona. Ujian Farnsworth-Munsell Dichotomous D-15 .




                 Ujian Farnsworth-Munsell 













dapat mengesan keterukan dan jenis rabun warna.







Kanak-kanak sedang menjalani
ujian Farnsworth-Munsell Dichotomous D-15








Rabun warna kongenital boleh dikesan melalui
Ujian Plat Ishihara.
  











ARTIKEL YANG DISIARKAN DI SINI ADALAH PETIKAN DARI SALAH SATU TAJUK DARI BUKU SAYA: ”MASALAH PENGLIHATAN KANAK KANAK” YANG KINI SUDAH BERADA DI PASARAN KELUARAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA..

NANTIKAN TOPIK SETERUSNYA BERKENAAN RAWATAN ATAU TERAPI PENGLIHATAN UNTUK RABUN WARNA...

Kanta lekap rabun warna iKEJORA juga boleh didapati di D'Optometrist Visioncare Centre, Bandar Seri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur. TEL+60391744024.
Email : dstreamvision@gmail.com

Dan juga boleh didapati di premis optikal PERFECT VISION BRUNEI
Sila hubungi alamat L1/10 Ground Floor, Seri Q-Lap Mall, Kg Kiulap Commercial Area. BE 1518 Brunei Darussalam TEL +673-2342772 

Email : info@perfectvisionbrunei.com

SALAM HORMAT

Prof Madya Dr Haliza Abdul Mutalib
Pakar Optometris & Profesor Madya
Program Optometri & Sains Penglihatan, FSK
Universiti Kebangsaan Malaysia

28 comments:

  1. assalamualaikum....Prof..saya ada masalah rabun warna..tetapi hanya PD merah n hijau....soalan saya ..klau saya mahu smbung dalam bidang kejuruteraan boleh kew?cabang mana yg boleh? mohon pencerahan prof..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Dari pengalaman saya bergantung pada institusi pelajaran tersebut.Ada kelonggaran yang diberi kerana tidak semua pengkhususan kejuruteraan memerlukan penglihatan warna yang kritikal seperti kejuruteraan awam. Sekiranya rabun warna adalah pada tahap "mild" surat sokongan dari doktor boleh membantu.

      Delete
  2. Salam. Ada Rawatan tak untuk masalah rabun warna ini? umur saya dah 21. Saya skang belajar Bidang Elektrik Elektronik.

    ReplyDelete
  3. SALAMULLAH

    Rawatan yang ada adalah dengan menggunakan kanta sentuh tinta khas. Untuk bidang Elektrik Elektronik, ianya tidak digalakkan.

    ReplyDelete
  4. Asslamualaikum prof. Dimana saya boleh mendapatkan kanta sentuh tinta khas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      saudara boleh menghubungi 03-91744024 D' Optometrist, Bandar Sri Permaisuri, Cheras

      Delete
  5. Assalamualaikum prof,sy berumur13 tahun dan sy baru sedara yg sy mempunyai saiz anak mata yg berlainan.Knp ya prof?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Saiz anak mata berlainan perlu diperiksa lebih lanjut dengan segera, mohon bawa untuk pemeriksaan lanjut segera.

      Delete
  6. SALAMULLAH

    Saiz anak mata yang berlainan perlu diperiksa dengan lebih lanjut kerana ianya mungkin satu tanda yg tidak normal. Segera berjumpa dengan pakar mata.

    ReplyDelete
  7. Salam prof. Saya ingin menyambung ijazah dalam bidang kedoktoran. Saya mempunyai rabun warna. Boleh tidak saya menjadi seorang doktor?

    ReplyDelete
  8. Salam prof. Saya ingin menyambung ijazah dalam bidang kedoktoran. Saya mempunyai rabun warna. Boleh tidak saya menjadi seorang doktor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Kebanyakan universiti telah mula menerima pelajar rabun warna ke jurusan perubatan. Tiada masalah jika pandai memilih jurursan kepakaran yang tidak memerlukan penglihatan warna yang kritikal.

      Delete
  9. Assalamualaikum prof. Boleh tak saya membuat satu ujian warna yang saya sediakan untuk pesakit buta warna sebagai ujian research saya selain ujian ishihara

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Boleh. Hubungi saya halizamutalib@ukm.edu.my

      Delete
    2. Assalamualaikum doktor.. Anak sy ada masalah rabun warna. .Ungu dan biru. .Adakah anak sy boleh memohon utk menjadi doktor

      Delete
  10. Prof. Memang bidang elektronik tidak perlukan org yg rabun warna ke?? Kenapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Ada sebilangan bidang yang menapis mereka yang ada masalah rabun warna. Tetapi kebanyakkan sudah mula tidak memberatkan masalah ini kecuali bidang kritikal seperti ketenteraan, juruterbang. Bergantung pada tempat dan darjah keterukkan juga.

      Delete
  11. Saya tahun ni ambil kelas sains tingkatan 4,adakah saya patut tukar ke kelas bukan sains,kerana saya ada masalah rabun warna,saya risaukan masa depan saya tergangu disebabkan masalah ini,mohon pencerahan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Masih boleh teruskan di kelas sains, hanya perlu memaklumkan guru tentang keadaan ini.

      Delete
    2. SALAMULLAH

      Masih boleh teruskan di kelas sains, hanya perlu memaklumkan guru tentang keadaan ini.

      Delete
  12. Saya dapat bidang kejuruteraan mekanikal tapi rabun warna hijau-kuning. Boleh kah saya meneruskan pengajian?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Bergantung kepada kolej/universiti tersebut. Selalunya kejuteraan elektrikal yang tidak dibenarkan

      Delete
  13. saya menghadiri itv di upsi saya memilih subjek kimia dan fizik..saya tidak lepas ujian warna yang dijalankan tapi saya dapatlah...jawab dua tiga soalan adakah ada peluang untuk saya di upsi prof

    ReplyDelete
  14. Mcm mna yaa nk dptkan buku ujian rabun warna tu?

    ReplyDelete
  15. Slmt sejahtera prof.I have one question about jika seorang pelajar mengalami rabun warna adakah pelajar itu boleh masuk dvm
    Jenis penyakit rabun warna (Deuteranomaly)..Mohon penjelasan?.

    ReplyDelete
  16. Slmt sejahtera prof.I have one question about jika seorang pelajar mengalami rabun warna adakah pelajar itu boleh masuk dvm
    Jenis penyakit rabun warna (Deuteranomaly)..Mohon penjelasan?.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum prof..saya nk tnya saya dpt tawaran dlm bidang kejururawatan...boleh ke saya teruskan jika saya ada rabun wrna..

    ReplyDelete