Pages

Friday, December 4, 2015


TEMU JANJI BERSAMA PAKAR
Salam Hormat

Sekiranya anda ada kemusykilan tentang mata anda, silalah hubungi kami untuk pemeriksaan Optometri yang komprehensif. Untuk temujanji sila hubungi

D'OPTOMETRIST VISIONCARE CENTRE
No 5, Jalan Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri

(berhadapan Restoran Q Bistro)
Cheras
Tel : 0391744024 atau melalui: http://www.wasap.my/60193009699


Kelebihan perkhidmatan kami:
         Pemeriksaan mata komprehensif
         Penjagaan selepas pemakaian kanta lekap
         Pemakaian kanta lekap terapeutik
         Kanta sentuh Keratokonus
         Pemeriksaan mata bayi oleh pakar
         Pemeriksaan mata juling
         Terapi visual (mata lemah/lazy eyes)
         Pemeriksaan rabun warna
         Saringan Glaukoma
         Pemeriksaan “Anterior Segment”: kornea, kelopak mata, dll
         Surat rujukan pakar mata
         Lawatan ke rumah

Our professional services include:
         Comprehensive Visual Examination
         Contact lens after care
         Therapeutic contact lens fitting
         Keratoconus
         Babies & Children Vision Assessment
         Orthoptic (Squint & Muscle) Examination
         Vision Therapy (for lazy eye)
         Colour Vision Assessment
         Glaucoma screening
         Anterior Segment Assessment
         Eye Specialist Referral
         Home visits for the house-bound   


"Jangan biarkan kehidupan anda terganggu disebabkan pandangan 
anda yang kelabu"

Salam Hormat dari saya;

Prof Madya Dr Haliza Abdul Mutalib
Pakar Optometris
Program Optometri & Sains Penglihatan,
Fakulti Sains Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia

Sunday, November 15, 2015


SALAM BAHAGIA DAN SALAM SEJAHTERA

Sejak kebelakangan ini saya menerima cukup banyak soalan dari pembaca blog. Terima kasih atas keperihatinan dan sokongan anda terhadap ruangan ini. Saya memohon maaf seandainya terdapat kelewatan membalas atau menjawab persoalan anda. Ada yang saya dapati sangat urgent dan ada juga yang hanya ingin kepastian. Memandangkan kekangan masa untuk menulis dan menjawab semua pertanyaan dengan kadar segera, saya mohon sekiranya anda merasakan kes adalah satu kecemasan dan perlu bantuan segera boleh ke D'optometrist Visioncare Centre, Bandar Seri Permaisuri, Cheras. 

Di D'Optometrist juga terdapat dua ahli Optometris yang sedia menjawab dan melayan sebarang persoalan tentang mata dan juga boleh melakukan pemeriksaan optometri komprehensif. Perkhidmatan bermula jam 10 pagi hingga 9 malam setiap hari.

Klinik kanta sentuh D'Optometrist juga menyediakan perkhidmatan pemasangan kanta sentuh biasa dan kosmetik untuk orang dewasa dan kanak kanak dan juga bagi Keratoconus, rawatan selepas LASIK, kornea berparut, albino dan lain lain masalah kompleks seperti kuasa rabun dan silau yang sangat tinggi, kanta sentuh multifokal dan juga bagi mata kering.

D'Optometrist mahir dalam pengendalian kes rabun kanak kanak dan bayi. Terapi Ortoptik untuk mata malas boleh dilakukan disini mengikut sesi terapi yang ditetapkan. Ibubapa boleh melihat sendiri pengendalian sesi terapi ini dan kemudiannya boleh melatih anak di rumah dengan sendirinya. Material dan latihan akan diberi dan panduan pengendalian akan diterangkan.

Rawatan Spa Mata untuk merawat mata letih dan kelenjar tersumbat juga ditawarkan di D'Optometrist tanpa perlu membuat temujanji terlebih dahulu. Caj rawatan Spa mata hanya bernilai RM10 sahaja. Datanglah beramai ramai untuk merasai kesegaran mata dengan rawatan Spa mata D'Optometrist.

Alamat untuk dihubungi

D'OPTOMETRIST VISIONCARE CENTRE
No 5, Jalan Dwitasik,
Bandar Sri Permaisuri (berhadapan Restoran Q Bistro)
Cheras
Tel : 0391744024 melalui: http://www.wasap.my/60193009699

Salam Hormat dari saya;

Prof Madya Dr Haliza Abdul Mutalib
Pakar Optometris
Program Optometri & Sains Penglihatan,
Fakulti Sains Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia

Sunday, July 12, 2015


100 PERSOALAN TENTANG KANTA LEKAP


HARUS DIMILIKI OLEH SETIAP PEMAKAI KANTA LEKAP 
RM 35.00

Buku ini membentangkan 100 persoalan lazim tentang kanta lekap.  Terdapat 10 topik utama yang mana di bawah setiap topik mengandungi 10 soalan yang berkait.  Setiap siri persoalan akan dijawab dengan terperinci disertai dengan gambar berwarna. Gaya penulisan pada buku ini sangat mudah difahami dan banyak menggunakan perkataan asas serta penerangan yang berstruktur. Adalah menjadi satu kemestian dan penting bagi pegawai perubatan, jururawat, pemakai kanta lekap serta pelajar dalam jurusan optik memanafaatkan ilmu dari buku ini.

Isi kandungan buku ini merangkumi  persoalan awal tentang peranan dan perbezaan antara  profesion penjagaan mata, jenis kanta lekap, kebaikkan dan perbezaan setiap jenis kanta lekap, teknik betul pengendalian kanta lekap serta cara prosedur mencuci dan menjaga kanta lekap dengan cara yang betul. Buku ini juga mengandungi informasi tentang komplikasi atau kesan yang boleh berlaku sekiranya kanta lekap tidak dijaga dengan baik atau disalahgunakan.

Adalah diharapkan pembaca dapat memperolehi ilmu baru serta lebih memahami dan dapat mempraktikkan ilmu kanta lekap dengan baik dalam penggunaan seharian. Kanta lekap adalah satu ciptaan yang membawa manusia ke satu era pemodenan dan penggunaannya membawa seribu satu kebaikkan namun kejayaan dan kepuasan dalam pemakaian hanya boleh diperolehi jika ianya digunakkannya dengan cara yang betul.

UNTUK TEMPAHAN:

HARGA RM35.00 + RM 5.00 (untuk poslaju) : RM 40.00
Online ke akaun :Maybank: 564856303291 Haliza Abdul Mutalib. Nyatakan bukti perbankan dan whatsapp ke 013-7877011
Tempahan juga boleh dibuat secara terus ke talian 03-91744024 atau dapatkan melalui: http://www.wasap.my/60193009699

Salam Hormat dari saya;

Prof Madya Dr Haliza Abdul Mutalib
Pakar Optometris
Program Optometri & Sains Penglihatan,
Fakulti Sains Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia

Monday, April 20, 2015

Salam bahagia, salam penuh keceriaan.
Maafkan saya kerana sejak beberapa waktu ini saya tidak menulis untuk anda. Kesibukan kerja mengekang ruang waktu saya untuk menulis atau berkarya namun jauh di lubuk hati, cukup terasa sunyi tanpa dapat melakar pengetahuan untuk anda. Harap anda masih sudi bersama saya meneroka tentang mata dan penjagaannya. Insyaallah, dari masa ke semasa saya akan cuba untuk terus bersama anda memberi input untuk keluarga.

Tajuk saya hari ini adalah tentang situasi yang sering terjadi pada anda atau mungkin pada anak-anak, keluarga atau sahabat anda..

RAWATAN GATAL MATA DENGAN LIDWIPES

Seringkali saya mendengar keluhan ibubapa mengenai keadaan mata anak mereka yang gatal dan kering. Rasa gatal yang  amat sangat menyebabkan kanak-kanak mengosok mata dengan kuat dan sering melukakan kelopak mata dan menyebabkan sekeliling mata bengkak. Mata yang  sering digosok dengan kasar boleh menyebabkan parut pada kornea dan mengakibatkan pembengkakan (edema)  pada kornea. Pandangan akan menjadi kabur dan berjerebu sementara dan sukar memandang cahaya. Kornea yang  digosok kuat juga boleh terluka dan menjadi pedih bila disiram air.

Mengapa terasa gatal?
Ada banyak penyebab kegatalan. Salah satu penyebab adalah keradangan di bahagian kelopak dalam bahagian atas dan bawah mata  yang dikenali sebagai GPC  (Giant Papillary Conjunctivitis). Kebiasaannya keadaan ini pada tahap Gred 2 ke atas sudah mendatangkan symptom gatal, mata berair dan bermukus serta banyak discaj mata.

Punca GPC
Ada beberapa punca berlakunya GPC. Antaranya adalah alahan pada debu dan habuk yang terkumpul pada kanta sentuh (bagi pemakai kanta sentuh). Ianya juga berlaku pada pesakit asthma  dan juga sesetengah pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan GPC.

Rawatan
Antara rawatan yang mudah adalah dengan penggunaan titis anti histamine seperti optichrome atau pun patanol. Untuk rawatan tambahan boleh dicadangkan pada pesakit untuk mencuba menggunakan lidcare. Rawatan lidcare amat sesuai untuk semua peringkat umur tanpa mengira mereka adalah pemakai kanta sentuh atau pun tidak.

Berikut adalah cara untuk menggunakan lid wipes dengan betul:-
Gambar Teknik menggunakan lidwipes untuk bersihkan bulu mata dan birai kelopak mata.

Teknik Lid Brushing
Teknik Lid Brushing ialah satu cara membersihkan bulu mata dan birai mata dari pengumpulan habuk dan debu yang boleh mengakibatkan penyumbatan kelenjar meibomian yang terdapat pada birai kelopak mata. Membesih muka dengan air dan sabun tidak dapat menyingkirkan habuk dan debu yang terlekat pada bulu mata. Keadaan menjadi kronik sekiranya bulu mata kotor dan berminyak serta kelenjar meibomian pula tersumbat.

Teknik ini boleh digunapakai untuk bayi, kanak-kanak dan dewasa. Teknik ini juga boleh dijadikan amalan harian (kes kronik), mingguan atau pun bulanan.

Gunakan putik kapas yang berkualiti dan rendamkan ke dalam bancuhan sampoo bayi yang tak pedihkan mata. Tambah tiga bahagian air kepada satu bahagian shampoo. Gosok bulu mata dengan putik kapas seolah-olah menyikat bulu mata. Tumpukan perhatian pada bahagian akar bulu mata. Sikat bulu mata satu hala. Kemudian oleskan putik kapas itu pada birai mata atas dan bawah. Ulang untuk beberapa minit. Gunakan putik kapas lain untuk mata yang satu lagi.

Kaedah yang hampir sama sekiranya anda menggunakan lidwipes di mana ianya merupakan sekeping kapas berubat dalam satu sachet. Koyakkan sachet dan gosokkan kapas tersebut antara dua jari hingga berbuih. Lapkan mata mengikut arah bulu mata dan gosok dengan kuat bahagian garisan mata terutamanya di bahagian bawah mata. Gunakan sedikit tekanan pada mata ketika melakukan ini. Gunakan permukaan yang satu lagi untuk mata yang lain. Apabila selesai biarkan tanpa bilasan air ataupun jangan lap dengan tisu. Biarkan ianya kering begitu sahaja (Gambar di atas).

Bagi pemakai kanta lekap pastikan pembersihan mata dilakukan sekerap perlu. Ini bagi mengelakkan masalah alahan atau pun penyakit Blepharitis (infeksi pada kelopak dan kelenjar mata). Lakukannya dengan baik dan sempurna bagi menggelakkan habuk terkumpul di bulu mata menyebabkan penyakit mata. Plug yang mengeras di birai kelopak mata juga boleh di lembutkan dengan menggunakan lid wipes. Pori-pori kelenjar air mata boleh dibuka dan dibersihkan dari tersumbat. Air mata yang dirembes keluar dari kelenjar-kelenjar ini akan menjadi lebih laju dan dapat melembabkan mata kembali. Apabila sudah siap, biarkan kedua dua mata tanpa perlu membilas atau mengelap dengan tisu. Anda boleh mengulang penggunaan wipes setiap hari ketika simptom adalah teruk atau menjarakkan penggunaannya jika tiada rasa kegatalan lagi.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan lidwipes, anda boleh hantar sms kepada:
 <LIDWIPES><nama dan alamat> ke 013-7877011. Harga sekotak adalah RM 38. Sila tambah RM6 (M) dan RM10 (Sbh & Swk) bagi perkhidmatan poslaju. Sila nyatakan bilang kotak lidwipes yang diperlukan.

Moga risalah ini dapat membantu anda dalam menghadapi keadaan yang mungkin akan terjadi pada bila-bila masa. 

“Pada dasarnya kehidupan ini sederhana, hanya kerana ketidaktahuan kitalah yang membuat kehidupan kita menjadi rumit. Belajar terus, kembangkan diri anda dan kuasai ilmu tentang kehidupan”

Prof Madya Dr Haliza Abdul Mutalib
Pakar Optometris
Program Optometri & Sains Penglihatan,
Fakulti Sains Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia