Salam bahagia, salam penuh keceriaan.
Maafkan saya kerana sejak beberapa waktu ini saya tidak menulis untuk anda. Kesibukan kerja mengekang ruang waktu saya untuk menulis atau berkarya namun jauh di lubuk hati, cukup terasa sunyi tanpa dapat melakar pengetahuan untuk anda. Harap anda masih sudi bersama saya meneroka tentang mata dan penjagaannya. Insyaallah, dari masa ke semasa saya akan cuba untuk terus bersama anda memberi input untuk keluarga.
Tajuk saya hari ini adalah tentang situasi yang sering terjadi pada anda atau mungkin pada anak-anak, keluarga atau sahabat anda..
RAWATAN
GATAL MATA DENGAN LIDWIPES
Seringkali saya mendengar
keluhan ibubapa mengenai keadaan mata anak mereka yang gatal dan kering. Rasa
gatal yang amat sangat menyebabkan kanak-kanak
mengosok mata dengan kuat dan sering melukakan kelopak mata dan menyebabkan sekeliling
mata bengkak. Mata yang sering digosok dengan
kasar boleh menyebabkan parut pada kornea dan mengakibatkan pembengkakan
(edema) pada kornea. Pandangan akan menjadi
kabur dan berjerebu sementara dan sukar memandang cahaya. Kornea yang digosok kuat juga boleh terluka dan menjadi pedih
bila disiram air.
Mengapa
terasa gatal?
Ada banyak penyebab
kegatalan. Salah satu penyebab adalah keradangan di bahagian kelopak dalam bahagian
atas dan bawah mata yang dikenali sebagai
GPC (Giant Papillary Conjunctivitis). Kebiasaannya keadaan ini pada tahap Gred 2 ke atas
sudah mendatangkan symptom gatal, mata berair dan bermukus serta banyak discaj mata.
Punca
GPC
Ada beberapa punca berlakunya
GPC. Antaranya adalah alahan pada debu dan habuk yang terkumpul pada kanta sentuh
(bagi pemakai kanta sentuh). Ianya juga berlaku pada pesakit asthma dan juga sesetengah pil perancang keluarga juga
boleh menyebabkan GPC.
Rawatan
Antara rawatan yang
mudah adalah dengan penggunaan titis anti histamine seperti optichrome atau pun patanol. Untuk rawatan tambahan boleh dicadangkan pada
pesakit untuk mencuba menggunakan lidcare. Rawatan lidcare amat sesuai untuk semua
peringkat umur tanpa mengira mereka adalah pemakai kanta sentuh atau pun tidak.
Berikut adalah cara
untuk menggunakan lid wipes dengan betul:-
Gambar Teknik menggunakan lidwipes untuk bersihkan bulu mata dan birai
kelopak mata.
Teknik Lid Brushing
Teknik Lid Brushing ialah satu
cara membersihkan bulu mata dan birai mata dari pengumpulan habuk dan debu yang
boleh mengakibatkan penyumbatan kelenjar meibomian yang terdapat pada birai
kelopak mata. Membesih muka dengan air dan sabun tidak dapat menyingkirkan
habuk dan debu yang terlekat pada bulu mata. Keadaan menjadi kronik sekiranya
bulu mata kotor dan berminyak serta kelenjar meibomian pula tersumbat.
Teknik ini boleh digunapakai untuk bayi, kanak-kanak dan dewasa. Teknik ini
juga boleh dijadikan amalan harian (kes kronik), mingguan atau pun bulanan.
Gunakan putik kapas yang berkualiti dan rendamkan ke dalam bancuhan sampoo
bayi yang tak pedihkan mata. Tambah tiga bahagian air kepada satu bahagian
shampoo. Gosok bulu mata dengan putik kapas seolah-olah menyikat bulu mata.
Tumpukan perhatian pada bahagian akar bulu mata. Sikat bulu mata satu hala.
Kemudian oleskan putik kapas itu pada birai mata atas dan bawah. Ulang untuk
beberapa minit. Gunakan putik kapas lain untuk mata yang satu lagi.
Kaedah yang hampir sama sekiranya anda menggunakan lidwipes di mana ianya
merupakan sekeping kapas berubat dalam satu sachet. Koyakkan sachet dan
gosokkan kapas tersebut antara dua jari hingga berbuih. Lapkan mata mengikut
arah bulu mata dan gosok dengan kuat bahagian garisan mata terutamanya di bahagian
bawah mata. Gunakan sedikit tekanan pada mata ketika melakukan ini. Gunakan
permukaan yang satu lagi untuk mata yang lain. Apabila selesai biarkan tanpa
bilasan air ataupun jangan lap dengan tisu. Biarkan ianya kering begitu sahaja
(Gambar di atas).
Bagi pemakai kanta lekap pastikan pembersihan mata dilakukan sekerap perlu.
Ini bagi mengelakkan masalah alahan atau pun penyakit Blepharitis (infeksi pada
kelopak dan kelenjar mata). Lakukannya dengan baik dan sempurna bagi
menggelakkan habuk terkumpul di bulu mata menyebabkan penyakit mata. Plug yang
mengeras di birai kelopak mata juga boleh di lembutkan dengan menggunakan lid
wipes. Pori-pori kelenjar air mata boleh dibuka dan dibersihkan dari tersumbat.
Air mata yang dirembes keluar dari kelenjar-kelenjar ini akan menjadi lebih
laju dan dapat melembabkan mata kembali. Apabila sudah siap, biarkan kedua dua
mata tanpa perlu membilas atau mengelap dengan tisu. Anda boleh mengulang
penggunaan wipes setiap hari ketika simptom adalah teruk atau menjarakkan
penggunaannya jika tiada rasa kegatalan lagi.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan lidwipes, anda boleh hantar sms kepada:
<LIDWIPES><nama dan alamat> ke 013-7877011. Harga sekotak adalah RM 38. Sila tambah RM6 (M) dan RM10 (Sbh &
Swk) bagi perkhidmatan poslaju. Sila nyatakan bilang kotak lidwipes yang
diperlukan.
Moga risalah ini dapat membantu anda dalam menghadapi keadaan yang mungkin akan terjadi pada bila-bila masa.
“Pada dasarnya kehidupan
ini sederhana, hanya kerana ketidaktahuan kitalah yang membuat kehidupan kita
menjadi rumit. Belajar terus, kembangkan diri anda dan kuasai ilmu tentang
kehidupan”
Prof Madya Dr Haliza Abdul Mutalib
Pakar Optometris
Program Optometri & Sains Penglihatan,
Fakulti Sains Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Assalamualaikum Prof. Saya nak bertanya, terdapat tompokan seperti terkena minyak panas (melepuh) di bawah mata saya dan di atas kelopak mata saya yang seperti bersambungan. adakah ia juga kesan daripada gejala kegatalan atau pun penyakit lain.
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteTompokan itu berwarna cerah atau gelap? Ada kemungkinan ianya adalah pigmentasi kulit yang berlaku dan perlu dipantau sekiranya ianya berubah warna ataupun menjadi semakin banyak perlulah mendapatkan pemeriksaan doktor.
Assalamualaikum Prof. Saya nak bertanya, terdapat tompokan seperti terkena minyak panas (melepuh) di bawah mata saya dan di atas kelopak mata saya yang seperti bersambungan. adakah ia juga kesan daripada gejala kegatalan atau pun penyakit lain.
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeletePigmentasi dikelopak mata? Ianya mungkin tidak normal dan boleh terjadi disebabkan oleh penyakit lain. Harus berjumpa doktor mata untuk diperiksa.
Salam. Saya ingin membawa anak yg berumur 12 thn utk berjumpa doktor. Anak rabun yg kuat dgn bacaan 900 ke atas. Memakai cermin mata sejak umur 7thn. Mengalami rabun jauh dan dekat, menurut doktor seblm ini anak rabun spt org tua. Simptom sekarang mata anak kelihatan sepit dan sering gosok mata. Warna mata putih tidak putih seperti mata biasa. Bertahi mata dan terdapat urat urat kasar kemerahan dan coklat di dlm mata bhgian bwh.
ReplyDeleteSALAMULLAH
ReplyDeleteAnak anda mempunyai masalah rabun dan juga alahan.Insya Allah boleh dibantu. Sekiranya tuan ingin mencuba boleh menghubungi D OPTOMETRIST di Bandar Tasik Permaisuri 03 - 91744024 untuk temujanji. TK
As salam Prof, Ibumertua saya mengalami double vision sebelah mata, sy nampak matanya macam ada juling sikit, boleh saya tahu anggaran kos rawatannya?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteDouble vision tersebut berkait dengan juling pada mata tersebut tetapi Puan haru bawa ibu untuk diperiksa mencari punca penyebab double vision. Kdg kala CT scan perlu untuk memastikan tiada masalah lain. Sekiranya ianya adalah kes simple juling ada banyak kaedah rawatan bukan surgery.Kosnya hanyalah berkisar pada kanta cermin mata yg akan dipreskripsi.