Pages

Thursday, January 9, 2014

Salam bahagia,
Selamat bertemu kembali dalam ruangan saya dan anda. Sudah agak lama saya tidak menulis. Maafkan saya. namun saya punya alasan untuk berhenti seketika disebabkan tugas dan tanggung jawab harian yang semakin mencabar. Namun itu semua bukanlah penyebab untuk saya berhenti terus dari bertemu anda.

Dalam ruangan kali ini saya akan memperkatakan tentang sesuatu yang jarang berlaku di kalangan dewasa dan kanak-kanak tetapi mudah dapat dikesan sekiranya anda mengambil masa untuk memerhatikan pupil atau anak mata anda ataupun anak anak dengan menggunakan lampu suluh. Anak-anak mungkin tidak merungut tentang kerabunan yang dialami tetapi akan mula mengecilkan mata ataupun menggosok mata ketika menonton TV atau di bawah cahaya matahari yang menyilau atau menusuk mata. Ini merupakan tanda utama kerabunan mata yang perlu dirawat segera dan diambil perhatian serius oleh ibubapa. Masalah ini mungkin berpunca dari bentuk anak mata yang tidak sempurna dan ada kalanya ianya sukar dipastikan kerana ramai antara masyarakat kita punyai iris berwarna gelap. Gambar di bawah menunjukkan anak mata yang kelihatan seperti "lubang kunci". Cahaya yang memasuki anak mata akan menjadi tidak tertumpu dengan baik dan penglihatan menjadi kabur secara tidak langsung. Kerabunan tidak disebabkan kelonjongan paksi aksial (garis penglihatan) mata seperti lumrahnya tetapi berpunca dari anak mata yang tidak sempurna.

KOLOBOMA IRIS
Kolobama Iris berlaku secara congenital di mana terdapat defek pada bahagian iris mata. Pupil atau anak mata yang kebiasaannya berupa bulat dan sama saiz boleh terjadi dalam pelbagai bentuk yang tak sempurna.

Awas! RABUN pada kanak-kanak tidak semestinya dirawat dengan memakai cermin mata. RABUN juga bukan kerana terdapat ralat refraksi pada kanak-kanak. Adakalanya rabun tidak dapat dibaiki dengan sempurnanya hanya dengan bercermin mata. Ini adalah kerana terdapat gangguan pada salah satu media antara bahagian hadapan kornea hingga ke bahagian belakang mata iaitu di retina. Antara gangguan yang boleh berlaku adalah pembentukkan iris yang tidak sempurna ketika lahir. Keadaan ini dikenali sebagai Koloboma Iris.

Koloboma iris akan mendatangkan ketidakselesaan pada penglihatan kanak-kanak. Sejak dari bayi lagi pesakit akan mengalami silau yang teruk dan akan cuba menutup mata dengan selimut atau bantalnya ataupun membenamkan muka dalam dakapan ibunya kerana enggan melihat dalam cahaya terang. Pesakit juga akan mengecilkan mata hingga hampir tertutup untuk menetapkan fokus pada satu objek. Sekiranya masalah ini dibiarkan berlanjutan, kejulingan akan berlaku setelah mata mengalami ambliopia teruk (mata malas) yang tidak dibaiki untuk tempoh yang lama.

Koloboma Iris Kongenital adalah defek semasa tumbesaran di tahap embrionik. Iris sepatutnya membentuk pupil yang bulat dan boleh dikembangkan dan dikuncupkan saiznya. Sekiranya perkembangan iris menjadi kurang sempurna, pupil boleh terbentuk seperti lubang kunci, lonjong  ataupun tiada iris sama sekali. Ianya boleh berlaku pada satu atau kedua dua belah mata selepas bayi dilahirkan.

Kesannya terhadap penglihatan adalah bergantung pada darjah keterukkan koloboma atau saiz defek pada iris. Ianya boleh menjadi penyebab bagi penglihatan terhad dan kebutaan.

Koloboma  secara amnya merupakan penyebab kepada kebutaan dan dianggarkan dalam 3-11%  kanak-kanak di seluruh dunia. Insidennya adalah 1 kepada 10,000 kelahiran.

Kejadian koloboma mungkin disebabkan oleh faktor genetik dan/atau faktor persekitaran. Selalunya ianya berpunca dari mutasi gen yang terlibat dalam pembentukkan koloboma, mikroftalmia dan juga anophthalmia.

Penyebab dari faktor persekitaran adalah termasuk ketagihan alkohol teruk sewaktu mengandung, kekurangan Vitamin A, berlaku infeksi taxoplasmosis dan penyalahgunaan dadah teratogenik.

Prognosis penglihatan bergantung pada tahap keterukkan koloboma dan kesan langsungnya pada bahagian lain mata yang penting seperti saraf optik , makula dan retina. Adakalanya  tahap penglihatan adalah dari ambliopia ringan hinggalah hanya ke tahap melihat persepi cahaya.

Cara rawatan adalah unik dan tidak begitu kompleks. Pesakit yang mempunyai masalah ini boleh cuba menggunakan kanta sentuh prostetik iris yang mana ianya akan membetulkan bahagian iris yang tidak sempurna dan membentuk satu bukaan pupil yang baru. Kanta sentuh ini boleh di dapati dengan kuasa refraktif  ataupun tiada kuasa. Warna iris juga boleh dipadankan agar ianya seiras dengan warna asal iris. Bukaan bahagian tengah pupil pada kanta sentuh juga boleh di tetapkan diameter pada saiz 3-8mm.

Pemakaian kanta sentuh prostetik iris ini akan membantu melenyapkan hampir keseluruhan silau teruk yang dialami oleh pesakit. Besar kemungkinan kuasa refraksi sebelum pemakaian kanta sentuh dan selepas pemakaian kanta adalah jauh lebih rendah. Akuiti penglihatan juga bertambah baik secara signifikan. Akan menjadi satu keperluan pesakit sebegini untuk terus memakai kanta sentuh prostetik iris hingga ke hari tuanya. Oleh itu pegawai optometris perlu berhati hati semasa pemasangan dan juga selalu memberi peringatan pada pesakit atau ibubapanya agar mengikut panduan pemakaian yang betul supaya tidak berlaku komplikasi okular akibat pemakaian kanta sentuh.. Pemakaian kanta sentuh khas ini juga boleh membantu melindungi kanta kristalin dan bahagian retina yang terdedah dari pancaran uv yang tidak terkawal oleh saiz pupil yang tidak sempurna.

Pesakit koloboma iris akan mengalami ambliopia teruk sekiranya masalah ini tidak dapat dikesan dari awal. Ralat refraksi dari silau yang melampau akan menurunkan akuiti penglihatan dan seterusnya menjejaskan penglihatan pesakit. Sekiranya rawatan ini diberi ketika pesakit sudah mencecah usia lebih 9 tahun kemungkinan besar ambliopia yang dihadapi sukar dirawat.

Rawatan dengan menggunakan cermin mata bertinta warna untuk meredupkan silau tidak akan berfungsi sebaik kanta sentuh prostetik iris. Walaubagaimanapun, keadaan pupil dan koloboma yang dialami harus diperiksa terlebih dahulu sebelum rawatan yang sesuai boleh dicadangkan.

Sekiranya pesakit didapati mempunyai ambliopia selepas rawatan kanta sentuh khas dan masih berumur dibawah 12 tahun, terapi ambliopia boleh dicadangkan dan diperkenalkan. Dengan latihan ambliopia, akuiti penglihatan boleh dipertingkatkan.

Ayuh..segeralah periksa mata anak anda. Gunakan lampu kecil dan halakan pada bahagian kornea mata. Cuba lihat iris sama ada ianya memberikan pupil yang bulat dan sempurna ataupun iris itu ada mengalami koloboma. Bertindak segera sekiranya anak mata atau pupil anak anda kelihatan tidak sempurna, Dia mungkin mengalami koloboma iris dan amat memerlukan rawatan efektif dengan segera.
Pelbagai jenis; Kanta Sentuh Prostetik Iris

Salam hormat dari saya

Prof Madya Dr Haliza Abdul Mutalib
Pakar Optometris & Profesor Madya
Program Optometri & Sains Penglihatan, FSK
Universiti Kebangsaan Malaysia

36 comments:

  1. Salam Dr. Saya mahu bertanya, lately saya perasan anak saya yang berumur 2 tahun 7 bulan agak kerap mengelipkan mata apabila melihat TV atau laptop. Saya tidak membenarkan dia melihat TV atau laptop dan melihat anak saya kurang mengelipkan mata setelah saya berbuat demikian. Tetapi, tiada masalah mata merah atau berair terjadi. Untuk pengetahuan Dr, anak saya seorang yang sangat aktif dan susah untuk tidur lama di siang hari. Malam pun tidur agak lewat. Oleh itu, beliau agak kurang rehat. Adakah faktor ini mempengaruhi? atau terdedah pada tv dan laptop?Apakah yang perlu saya lakukan? dan apakah rawatan untuk kanak-kanak sekecil ini...harap Dr dapat membantu. Terima kasih Dr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH. Maaf baru ternampak comment ini setelah berjumpa dengan pesakit sendiri. Sepertimana yang dikatakan besar kemungkinan adalah disebabkan kekeringan mata bila berdepan dengan laptop atau TV bila mata bersengkang terlalu lama. Setelah diberi titis pelembab mata adakah anak masih mempunyai maslah sama?

      Delete
  2. salam Dr. saya memohon pandangan dr mengenai anak mata anak saya yang berusia 6 tahun. saya telah bawa untuk menjalani pemeriksaan mata dan dr mengesahkan kadar silau mata anak saya mencecah 600. Dr yang telah memeriksa hanya menyerahkan kepada budi bicara kami sebagai ibubapa sama ada anak dipakaikan cermin mata atau kanta sentuh. dr tersebut juga tidak memberikan cadangan untuk pemeriksaan susulan atau sebarang tindakan lanjut. mohon dr dapat mencadangkan tindakan lanjut yang dapat saya ambil...sekian kwaty81@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. SALAMULLAH.

    Perlu diketahui apa tahap akuiti anak. Jika hanya sebelah yang punyai silau sebegitu dan satu lagi lebih rendah nilai atau tiada, anak perlu dipakaikan dengan kanta sentuh supaya imej di retina dapat di"fuse". Sekiranya ianya adalah seimbang boleh dipakaikan dengan cermin mata. Banyak perkara lagi perlu disiasat kerana nilai silau yang tinggi ini perlu diketahui bukan permulaan satu penyakit. Boleh telefon untuk temujanji di D'Optometrist 03-91744024

    ReplyDelete
  4. Salam Dr., saya ingin bertanya adakah dikira telah terlambat sekiranya saya yg berusia 30 tahun ini untuk mendapatkan rawatan bagi merawat mata juling?

    ReplyDelete
  5. SALAMULLAH .

    Tidak terlewat tapi harus diketahui masalah sebenar kejulingan. Boleh buat temujanji di D'Optometrist 03-91744024

    ReplyDelete
  6. salam Dr.saya ingin bertanya.mata saya sering menjadi merah dan berair bila berhadapan dengan cahaya contoh ketika berada di tempat kerja,di pasaraya atau pasar malam kerana ditempat2 sebegitu cahaya lampu dimana2.kadang2 terasa pedih.mata putih saya juga tidak berapa putih(sdikit merah/coklat)..adakah ini penyakit?mohon pencerahan dr t.kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Perlu diperiksa dahulu untuk mengetahui punca mata berair. Kebiasaanya adalah disebabkan silau dan juga mata kering. Ketahui punca masalah dan rawatan boleh susul agar masalah sebegini boleh dihindari.

      Delete
  7. salam dr.. saya ingin tahu mata saya sering pedih dan berair. pernah sekali mata saya tiba-tiba pedih dan keluar air mata macam terkena bawang sehingga saya tidak boleh bukak mata.saya terpaksa basuh dengan air atau pejam lama-lama mata saya untuk bagi reda. tapi selepas saya bukak mata, mata saya akan silau macam cahaya matahari terus masuk dalam mata dan mata akan merah..mula-mula saya ingt mata saya pedih disebabkan saya pakai celak. tapi bila saya tidak pakai apa-apa mekup pun dia pedih juga. dah dua kali saya pedih mata ketika drive sehingga saya terpaksa berhenti mengejut sebab tak boleh bukak mata.. saya rabun jauh..dan bawah mata kiri saya macam ada tompok merah sikit sahaja (saya ingatkan ketumbit)..boleh dr terangkan masalah saya ini..terima kasih..

    ReplyDelete
  8. SALAMULLAH

    Perlu diperiksa dengan lebih terperinci masalah tersebut. Ada kemungkinan terdapat bendaasing yang masuk dalam mata ataupun mata menjadi terlalu kering dalam air con kereta menyebabkan pH mata berubah. Mungkin boleh cuba "stand by" titis mata seperti Tears naturalle (pengganti air mata - terdapat di farmasi). Sekiranya berlaku lagi episod tersebut cuba gunakannya.

    ReplyDelete
  9. salam doktor, saya berusia 30 tahun. doktor saspek saya ade koloboma dari baby, ape terjadi kalau saya tak berbuat ape. adekah rawatan lain selain daripada leser?

    ReplyDelete
  10. SALAMULLAH

    Koloboma apa ya? pada bahagian mana mata.? Rawatan tak semestinya laser bagi kes koloboma iris. Perlu periksa dan dipastikan koloboma di bahagian mana.

    ReplyDelete
  11. Assalam doktor,
    Saya berumur dalam 30an Dan saya mengalami satu masalah pada mata Sebelah kanan. Saja dapati terdapat satu ketulan kecil berwarna putih pada mata putih. Tetapi saya tdk mengalami apa2 perubahan pada penglihatan saya cuma sesekali Terasa kurang selesa. Boleh doktor bagi sedikit pendapat Dan apakah tindakan yang perlu saya lakukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Mungkin itu adalah pterigyum yang disebabkan oleh UV. Perlu diperiksa dan dirawat

      Delete
  12. Assalam Dr. Saya mengalami mata kanan yang semakin kabur dan silau, disertai pening kepala. Semasa mengalami demam denggi 3 minggu lepas, saya mula merasai masalah ini dan telah membuat pemeriksaan mata dengan keputusan kiri 6/6, kanan 6/12. Kadangkala saya merasa denyutan diantara bhgn bawah mata kanan dengan hidung. Harap Dr. dapat memberi pandangan berkenaan masalah penglihatan yg merosot pada sebelah mata saya. Terima kasih

    ReplyDelete
  13. SALAMULLAH

    Demam denggi memberi kesan pada kuasa refraksi. Ulang rawatan selepas 1 bulan . Jika sahih kuasa mata maka perlu pakai cermin mata

    ReplyDelete
  14. salam doktor, anak saya ada masalah mata nampak dan tak nampak 5 saat dan kemudian kembali nampak,.. apabila pergi ke kedai cermin mata, machine membaca tahap kerabunannya berbeza2... optometris juga agak keliru... lantas membuat pemeriksaan secara manual...apabila mata kanan diperiksa.. dia tidak dapat membaca,.. apabila kiri, dia dapat membaca sehinnga abjad paling kecil, kemuadian periksa kembali mata sebelah kanan, dia kembali boleh membaca sehinnga abjad paling kecil... saya keliru masalah mata anak saya berusia 8 tahun... anak saya kata dia baru rasa seperti itu sebulan yang lalu... harap prof dapat beri sedikit penerangan dan nasihat... terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Itu adalah petanda mata mengalami kekejangan atau boleh juga disebut sebagai Pseudomyopia ataupun spasm of accommodation. Kaedah rawatan adalah dengan meletakkan ubat titis untuk melumpuhkan akomodasi buat sementara waktu atau lain lain kaedah yang boleh menghasilkan kesan yang sama. Ini berlaku kerana terlalu banyak melakukan kerja dekat dan otot akomodasi menjadi kejang,

      Delete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. salam doktor, tadi saya telah pergi ke pakar mata, pakar mata memberitahu, mata anak saya sihat.. cuma masalah tegang, kadangkala membuat anak saya xnampak 5 saat, apabila mata rilex dia kembali pulih... pakar mata berkata ia akibat kekerapan bermain iphone atau game atau apa2 gadjet yg sewaktu dgnnya.. so dia advisekan saya agar jauhikan anak2 dgn gadjet,. lama kelamaan mata anak saya akan pulih.. dah dia berikan ubat titis...soalan saya,adakah perkara ini biasa terjadi? atau mmg mata anak saya ada masalah lain yg mungkin pakar itu tidak pasti... apakah pemakanan yang baik (jika ada) utk situasi anak saya ini.. terima kasih doktor...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Seperti penerangan di atas tadi, berlaku kekejangan otot adalah disebabkan terlalu banyak buat kerja dekat. Ini boleh berlaku dengan banyak bermain dengan gadjet elektronik, sindrom peperiksaan ataupun pelajar tahfiz yg banyak mengaji. Perlu rehatkan mata sekerap boleh jika melakukan aktiviti tersebut. Ubat titis boleh digunakan untuk relax otot tapi hanya untuk sementara waktu sahaja. Pemakanan tidak dapat membantu masalah ini. Sila layari link ini...http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1005&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3JuW7ZjBZ

      Delete
    2. adakah ini bermakna anak saya mempunyai masalah kekal? atau memungkinkan dia mengalami kerosakan mata pada masa akan datang?

      Delete
    3. Kebiasaanya ianya akan kekal selagi tiada rawatan yang sesuai diberikan.

      Delete
    4. Assalam.. Doktor, anak saya berusia 4 bulan, sehari dua ni bila die tidur banyak tahi mata dia (selepas 2 minggu ke rumah pengasuh), saya rasa dia x selesa / gatal.. adakah selamat saya menggunakan / menitiskan produk seperti eye mo / eye glo pada anak saya supaya dia berasa lebih selesa?

      Delete
    5. SALAMULLAH

      Cuci mata dengan kapas dan air suam dengan kerap. Jika bahagian mata putih merah bawa jumpa doktor mata. Produkj dikaunter kebiasaannya mempunyai bahan pengawet yang kuat dan tidak sesuai utk bayi yang masih kecil.

      Delete
  17. saya amat risau... terima kasih doktor kerana menjawab persoalan saya..

    ReplyDelete
  18. assalam doc.. ank sdare sye umh 3 bln.. dri lahir lg mata kiri berair.. skrang mcm mata lgi kerap berair n slalu ade tahi mata.. knape ye doc..
    trima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH
      saluran lakrimal belum terbentuk dengan kanak kanak berumur 3 tahun kebawah. boleh tersumbat menyebabkan infeksi.

      Delete
  19. SALAMULLAH
    Bayi berumur kurang dari 2 thn tidak terbentuk lagi saluran nasolakrimal yg menyalur airmata dari mata terus ke hidung. Oleh itu air bertakung dalam mata akan melimpah ke pipi. Keadaan ini menjadi berkurangan bila bayi makin besar, infeksi boleh berlaku jadi selalu bersihkan mata bayi dengan kapas basah.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum doc
    Saya pelajar UiTM berumur 21 tahun dan mengalami pasca/trauma pada mata kanan pada tahun 2004 pada usia 10 tahun dan sejak itu mengalami masalah mata seperti mata merah berair dan pedih apabila melihat cahaya. Sekarang saya tidak lagi mengalami sakit mata berair tetepi mengalami rabun silau yang tinggi pada mata kanan dan penglihatan mata kanan agak kabur walaupun telah memakai cermin mata. Saya telah berjumpa optometries dan beliau menyarankan untuk memakai kanta lekap keras. Apa pendapat doc?
    Terima Kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salamullah

      Trauma tersebut mungkin menyebabkan ketidaksetaraan pada permukaan kornea ataupun parut halus. Cermin mata tidak dapat membantu banyak dalam hal ini. Penggunaan Kanta sentuh jenis separa keras mungkin boleh membantu. Boleh buat temujanji di D'Optometrist 03-91744024

      Delete
  21. Salam dr...anak sy berumur 3 tahun br selesai di diagnos secara fisikal oleh klinik genetik hkl dan di dapati anak sy kemungkinan tergolong dlm reager syndrum...antara salah satu symtom yg ada...anak sy tidak memiliki iris dlm mata..dr pakar mata hkl juga tlh mengesahkan...cuma blm dimaklumkan tindakan seterusnya...boleh sy tahu pandangan dr dan posibiliti rawatan yg ada utk anak sy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. en rabbani.. adik sy juga ada masalah tiada iris mata.. mata anak encik, adakah ia bergerak ke kiri kanan setiap masa? kalau fokus pun, dia akan tetap brgerak ke kiri kanan.

      Adik sy skrg guna cermin mata, tp berkuasa tggi.. :')

      Delete
    2. SALAMULLAH

      En Rabbani dan Puan Nurul

      ada kaedah rawatan dengan kanta sentuh khas. Boleh buat temujanji di D'Optometrist 03-91744024

      Delete
    3. salam. anak saya berusia 5bulan, pihak HKL telah memberitahu anak saya tidak ada IRIS (aniridia) pada kedua2 matanya. lepastu matanye bgerak ke kiri dan kekanan kdg atas dan kebawah mcm tak bole focus mcm nystagmus..adakah mata anak saya akan buta?siapa yg ada masalah ini bole kongsi tak ada rawatan ke utk sakit ini?:-( kalau ada info boleh la email sy di m.danis84@gmail.com kalau tak keberatan

      Delete
    4. SALAMULLAH

      Masih boleh dirawat dengan menggunakan kanta lekap khas untuk aniridia. Bila mata ada fokus getaran itu akan berkurangan. Jika tidak dibetulkan anak mungkin mengalami masala penglihatan terhad. Saya boleh bantu untuk terang dengan lebih lanjut. Boleh hubungi D'Optometrist 03-91744024 di Bandar Seri Permaisuri Cheras

      Delete