RAWATAN
BAGI RABUN WARNA
Masalah rabun warna
kongenital (berlaku sejak lahir) tidak boleh dirawat atau dipulihkan.
Walau bagaimanapun sesetengah penyakit mata yang menyebabkan rabun warna (acquired) boleh dibetulkan seperti
masalah katarak atau selaput mata yang menyebabkan persepsi warna berubah dan
ianya boleh kembali pada keadaan asal bila katarak di buang secara surgeri.
Lain-lain kaedah
yang boleh membantu meningkatkan persepsi seseorang terhadap warna adalah:-
1.
Dengan menggunakan kanta sentuh tinta khas.
2.
Menggunakan cermin mata dengan penapis
silau dan cahaya.
3.
Belajar dari masa dan persekitaran seperti
contoh susunan lampu trafik.
Rabun warna perlu dikesan
seawal mungkin. Ini boleh membantu kanak-kanak ini dari segi pelajaran dan
untuk memberi motivasi serta dipupuk psikologinya dari segi pemilihan
kerjayanya nanti.
Adalah penting
membawa anak anda untuk menjalani pemeriksaan mata awal sekiranya anda
mengesyaki anak anda mempunyai masalah persepsi warna terutamanya jika ada
juga keturunan yang mempunyai masalah yang sama. Rabun warna dan rabun mata
tidak selalunya berkait namun adalah lebih baik mendapatkan pemeriksaan
komprehensif bagi memastikan anak anda bebas dari masalah rabun penglihatan.
Sekiranya anak anda
telah sah dikesan dengan masalah rabun warna janganlah memikirkannya sebagai
satu kecacatan dan kekurangan kerana masalah rabun warna adalah masalah genetik
yang tidak mampu dikawal dan ianya tidak mengganggu prestasi penglihatan.
Anda perlu memberitahu
pihak guru tentang masalah anak anda dan berbincang kaedah terbaik untuk
membantunya. Sekiranya guru tersebut tidak berkemahiran mengendalikan pelajar
rabun warna sebelum ini, anda boleh membantu dengan memberi keterangan warna
yang dapat dilihat dan warna yang anak anda mungkin akan terkeliru. Seperti
contoh menggunakan kapur papan hijau yang kontrasnya jauh berbeza. Penggunaan
kapur putih lebih digalakkan berbanding dengan kapur warna kuning atau hijau.
Penggunaan kanta
sentuh bertinta khas dan penapis bewarna
Kanta sentuh tinta khas berlainan tona
untuk merawat
rabun warna berlainan jenis.
Sesetengah kanta sentuh tinta khas dan penggunaan penapis
berwarna boleh membantu merawat dengan
cara ianya memisahkan dengan nyata warna-warna hampir serupa dengan persepsi
orang rabun warna. Perlu diingat seseorang yang rabun warna bukan buta warna
tetapi mereka terkeliru dengan warna. Optometris boleh mencuba meletakkan kanta
sentuh tinta khas di atas mata bukan dominan dan menguji sama ada Ujian Plat
Isihara mampu dilihat sepenuhnya oleh pesakit rabun warna. Penglihatan warna
dengan pemakaian kanta sentuh tinta khas ini bukanlah bertujuan untuk merawat
tapi ianya dapat membantu seseorang untuk lulus dalam Ujian Plat Ishihara. Sebelum
pemasangan kanta sentuh tinta khas ini berlaku, pemakai harus memberi
justifikasi tentang penggunaan kanta sentuh ini. Pemakai juga akan diminta
menandatangani satu borang deklarasi yang menyebut beliau tidak akan
menggunakan kanta sentuh ini untuk tujuan lain yang boleh memberikan
kemudaratan pada masyarakat seperti contoh penggunaannya untuk memohon menjadi
tentera atau juruteknik elektrik ataupun kerjaya yang bergantung pada persepsi warna.
Penggunaan kanta sentuh tinta khas boleh digunakan untuk
mendapatkan kepuasan penglihatan warna dan mampu memberi kelainan dari persepsi
warna pada lukisan atau fotografi. Pemakai seharusnya tidak melanggar akuan
yang telah diberikan dihadapan Optometris.
Kanta sentuh tinta khas warna merah
diletakkan pada mata yang bukan dominan.
Mata kelihatan normal dengan kanta
sentuh ini.
Perisian Untuk Rabun Warna
Terdapat satu
perisian yang dinamakan “GNOME desktop environment” yang membenarkan individu
rabun warna menukar-nukar satu siri penapis warna untuk disesuaikan dengan
defek warna individu tersebut bagi membolehkan beliau melihat dengan lebih baik
sesuatu warna dari yang lain seperti dalam Ujian Plat Ishihara.
Rawatan
Terapi Gen
Pelbagai kajian sedang rancak dijalankan memandangkan
peratusan rabun warna di setiap negara adalah di antara 4-8% dan peratusan ini
semakin meningkat mengikut kadar masa disebabkan oleh pengaruh genetik.
Salah satu kaedah rawatan yang sedang giat dikaji adalah
terapi gen yang dilakukan pada tikus di mana berlaku ekspresi foto pigment dari
kon yang tidak normal. Ini dapat meningkatkan persepi warna ataupun boleh
mengubah seseorang rabun warna dari tahap dikromat kepada trikromat.
Walaubagaimanapun kaedah ini belum boleh digunapakai ke atas
manusia kerana risiko yang dicongak adalah lebih dari kebaikkan yang diberi.
Pertamanya suntikkan virus vektor adalah merbahaya dan amat tidak selesa.
Meskipun terbukti setiap suntikkan boleh bertahan hingga 2 tahun, suntikan
ulangan juga tidak digalakkan meskipun ada kebarangkalian badan sudah mempunyai
imunisasi untuk menghalang inflamasi dari suntikkan tersebut.
Harus di bezakan rabun warna yang terjadi semasa kelahiran
sahaja yang dapat menggunakan kaedah ini. Sekiranya masalah rabun disebabkan
penyakit atau masalah di korteks penglihatan disebabkan ketidaknormalan kon di
retina ianya tidak boleh dirawat dengan kaedah ini.
Kaedah terapi gen ini juga mungkin boleh membawa kepada
persoalan etika, kritism dan hak asasi manusia kerana ianya mengubah informasi
genetik seseorang.
Memandangkan populasi rabun warna yang agak besar, rabun
warna perlu difikirkan kembali sama ada ianya benar satu “masalah” ataupun
sebaliknya. Ini adalah kerana bagi mereka yang rabun warna jenis dikromat
(persepsi warna tidak senormal dikromat), mereka mampu membezakan objek yang
berselindung dengan latarbelakang. Tambahan pula sekiranya kaedah ini
dilakukan, kepuasan hati setiap individu terhadap persepsi warnanya adalah
sangat subjektif. Perlu difikirkan sama ada kualiti kehidupan akan berubah atau
akan lebih terganggu sekirannya rabun warna dapat di rawat sepenuhnya.
Seorang
pelukis terkenal Van Gogh, menggunakan warna dan suka melukis halos sekeliling
cahaya di malam yang gelap. Ianya satu refleksi pada satu penyakit mata yang
dialami iaitu glaukoma jenis sudut tertutup. Beliau banyak menggunakan warna
kuning dalam lukisannya. Pilihan ini mungkin kerana itulah warna kegemarannya
ataupun rabun warna yang dialami menyebabkan beliau menggunakan warna kuning
secara intensif untuk meningkatkan persepsi warna beliau,. Persepsi beliau
terhadap warna telah mencetus satu fenomena dikalangan pelukis di mana satu
kaedah beru telah diterapkan oleh seorang pelukis dari Jepun yang melukis dengan menggunakan kanta rabun warna untuk
mendapatkan persepsi warna yang berlainan dari biasa.
Gambar kiri; contoh
penglihatan normal dan gambar kanan: contoh pandangan yang dilihat oleh orang
rabun warna. Gambar disunting dari:
Kesimpulannya,
adakah rabun warna itu merupakan satu kekurangan ataupun satu keistimewaan, terpulang
pada individu itu sendiri untuk mengubah kekurangan itu menjadi satu kelebihan
yang luar biasa.
Email : info@perfectvisionbrunei.com
Kanta lekap rabun warna iKEJORA juga boleh didapati di D'Optometrist
Visioncare Centre, Bandar Seri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur. TEL+60391744024.
Email : dstreamvision@gmail.com
Dan juga boleh didapati di premis optikal PERFECT VISION
BRUNEI
Sila hubungi alamat L1/10 Ground Floor, Seri Q-Lap Mall, Kg
Kiulap Commercial Area. BE 1518 Brunei Darussalam TEL +673-2342772
Prof Madya Dr Haliza Abdul Mutalib
Pakar Optometris
Program Optometri & Sains Penglihatan,
Fakulti Sains Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Salam Prof ,..mane boleh dapat lens rabun warna ni?yg pasal cucuk tu pulak ,terbukti berkesan ke?harap Prof dapat mmberi sedikit sebanyak tentang masalah rabun warna ni ,..harap prof baca coment sy ni,..thanks :)
ReplyDeleteSALAMULLAH
ReplyDeleteBuat masa ini tiada rawatan yang boleh menyembuhkan masalah rabun warna. kanta lekap untuk rabun warna hanya membolehkan pemakai menikmati warna yang sudah hampir dengan penglihatan warna normal. Jika berminat boleh menghubungi D OPTOMETRIST di Bandar Tasik Permaisuri 03 - 91744024
salam prof.. Saya pernah menggunakan kaedah kanta sentuh berwarna tetapi ianya tidak dapat memberi kesan yang positif dimana tahap pengecaman warna sy seperti tidak memakai kanta sentuh berwarna, malah menganggu penglihatan sy.. adakah prof mempunyai kaedah yang sesuai dengan masalah yg sy hadapi? terima kasih atas kerjasama dan pandangan prof.. Harap ianya dapat membantu..
ReplyDeleteSALAMULLAH, En Zaidi
DeleteKanta sentuh berwarna jenis apa yang tuan telah mencuba? Saya menggunakan kanta dengan tinta khas ciptaan saya sendiri. Kebiasaannya ianya memberi "enhancement" pada warna dan membantu lulus dalam ujian Ishihara. Sekiranya tuan ingin mencuba boleh menghubungi D OPTOMETRIST di Bandar Tasik Permaisuri 03 - 91744024
Salam prof..nk tnya,prof taw x mne2 tmpat yg bleh buat kanta wrna tu d area2 kelantan @ johor bharu? Bandar Tasik Permaisuri tu kt mna ya?
ReplyDeleteD OPTOMETRIST di Bandar Tasik Permaisuri 03 - 91744024 di Cheras (depan HUKM). saya tak pasti di kelantan atau JB
ReplyDeleteassalamualaikim saya baru berumur 16 tahun . terasa diri cacat bila gagal ujian memandu bahagian ujian warna . prof , wajar x dlm usia remaja memakai kanta itu .
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteRabun warna bukan satu kecacatan tapi hanya satu kekurangan dalam persepi warna. Boleh pakai kanta tersebut kecuali pada kanak kanak kerana bimbang berlaku kekeliruan persepsi warna.
As salam dr. Anak saya berusia 7 tahun dan menghadapi masalah rabun warna, dimana selalu keliru warna hijau dan coklat. Adakah masalah ni mengganggu dari segi pencapaian akademik nya. Dok mengatakan ank saya sebagai color weakness.
ReplyDeleteSALAMULLAH
ReplyDeleteIstilah Rabun warna ataupun buta warna adalah sebenarnya kurang tepat. Maksud rabun warna adalah sebenarnya merujuk pada kekeliruan pada warna tertentu dan lebih ketara dalam keadaan tertentu seperti dalam lampu malap atau hujan. Ada banyak kaedah ibubapa boleh bantu anak anak yang telah dikenalpasti mengalami masalah seperti ini. Untuk mengelakkan masalah psikologi di sekolah, pastikan anda prihatin tentang masalah anak yang paling ketara adalah sewaktu kelas mewarna. pastikan anda melabel pensel warna dengan nama warna dan mengajarnya warna rumput, laut dan awan atau benda atau objek lazim yang dilihat. Kekeliruan warna tidak menyebabkan gangguan pencapaian akademik tetapi tahap penglihatan yamg lemah atau rabun boleh menyebabkan gangguan pembelajaran.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletedkt melaka ni ade x jual cermin mata atau kanta utk rabun warna? tq hrp sudi bntu
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteDi Melaka saya tak pasti jika ada menjual kanta sentuh dari luar negara. Kanta untuk rabun warna ini adalah keluaran Malaysia dan hanya dijual di DOptometrist Cheras sahaja buat masa ni. Insya Allah boleh dibantu. Sekiranya tuan ingin mencuba boleh menghubungi D OPTOMETRIST di Bandar Tasik Permaisuri 03 - 91744024 untuk temujanji. TK
Berapa harga utk kanta lekap nie ye prof?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteAda beberapa jenis. Perlu dilakukan pemeriksaan. Anggaran RM900
Assalam Dr Haliza...adakah dalm bentuk kanta lengkap sahaja? tidak adakah dalam bentuk cermin mata?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteDalam bentuk kanta lekap sahaja.
As salam doc sya nak bertya knapa slps sya buat spek baru di tmbh rabun silau sya tdk lgi selesa memkai lens yg biasa sya pkay sblmnya?? Sya jdi tdak selesa n pglihatannya meganggu mata sya,,dakah jln pyelesaian,,boleh kah sya memakai lens lagi..
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteBoleh. pakai kanta lekap torik (ada power silau)
Alhamdulillah dapat tengok warna sebenar..Allah beri nikmat melalui hambaNya..masaalah warna dah selesai.
ReplyDeleteSesiapa yang ada masaalah warna sila rujuk prof ni ..terbaik..
SALAMULLAH.. Terima Kasih En Riduan Hassan.
DeleteSalam prof.sy nk tny brape lama proses ni.kos anggaran brape?tq
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteKalau ada stok boleh dapat terus. Anggaran RM900.
As salam prof..saya tak la buta warna..tapi bila ujian mata untuk mohon gdl jpj...nombor dalam bulatan berbintik tu...saya tak nampak...ada tak cara mengatasi nya..
ReplyDeleteSALAMULLAH
Deleteistilah buta warna itu tak semestinya tidak dapat melihat warna terus. Istilah tersebut merujuk kepada kekeliruan warna/ Salah satu tandanya adalah anda tidak dapat melihat nombor dalam bulatan berbintik (Ishihara Plat)
Terima Kasih Prof atas penerangan...
ReplyDeleteSalam prof masih Ada stok ka utk kanta buta warna ni. ??
ReplyDelete