Pages

Wednesday, June 6, 2012


KENALI MATA BAYI

Penulis:
Prof Madya Dr Haliza Abdul Mutalib
Sistem penglihatan merupakan sistem sensori paling tidak sempurna perkembangannya waktu lahir.  Ini menyebabkan penglihatan adalah lemah sewaktu bayi dilahirkan. Oleh itu bayi amat bergantung pada sensori pendengaran lebih dari sensori penglihatan.

Walau bagaimanapun, pada tahun pertama usia bayi, sistem penglihatan bayi mulai matang dan berkembang dengan pantas sekali. Bayi mula mengenali corak dan mula memahami serta mengenali objek. Untuk ibubapa perkembangan  penglihatan amat penting di mana bayi akan mula meneroka  dunia baru.

Penglihatan waktu lahir
Sewaktu lahir, bayi lebih menyukai objek semulajadi seperti wajah ibubapanya. Bayi hanya akan melihat objek atau fokus pada objek seketika. Bayi juga melihat satu objek pada satu masa. Mereka juga boleh melihat pergerakkan dan juga boleh mengenali warna dengan baik kecuali warna biru. Penglihatan waktu lahir adalah sangat lemah, oleh itu bayi hanya boleh melihat objek besar dan ringkas. Penglihatan juga terhad pada seuatu objek sahaja.
Penglihatan pada bulan ke-2
Sistem penglihatan bayi berkembang dalam tempoh 2 bulan sehingga bayi dapat fokus pada wajah manusia untuk tempoh yang lebih lama, dan secara tak langsung akan fokus pada wajah individu yang bercakap dengannya. Apabila berusia 2 bulan,  bayi sudah boleh fokus pada individu yang berbeza  dan juga objek lain serta boleh mengubah pandangannya. Bayi menunjukkan lebih minat pada corak hitam dan putih. Oleh kerana corak sebegini yang mempunyai kontras yang tinggi maka ianya memudahkan bayi mengenali perbezaannya dengan mudah. Walau bagaimanapun bayi boleh juga membezakan warna yang lebih lembut seperti kelabu.

Penglihatan pada bulan ke -6
Apabila usia bayi menjangkau 6 bulan, bayi telahpun mempunyai kebolehan untuk menatap lebih ramai wajah dan juga mengenali refleksi sendiri di cermin muka. Bayi juga sudah boleh mengenali wajah yang berlainan dan akan mudah tersenyum pada wajah yang kerap dilihat. Bayi juga lebih tertarik dengan dengan objek yang baru. Corak dan bentuk sudah makin mudah dilihat, dikenali dan difahami seperti contoh botol susu ataupun barang mainan.
Bayi berusia setahun
Pada usia setahun, bayi sudah mencapai tahap di mana dapat memandang  objek di persekitaran sambil mempunyai tumpuan pada objek yang dilihat.  Oleh itu bayi ketika ini akan tertarik dengan permainan “peak a boo”. Bayi juga turut memahami  emosi wajah dan mampu memberi reaksi sewajarnya.  Pada usia setahun, bayi sudah mempunyai ketajaman penglihatan yang lebih tinggi dan sudah mempunyai medan penglihatan yang lebih luas mantap hari demi hari. Penglihatan bayi mula menjadi semakin mantap.  .

KENALI MATA KANAK KANAK

Pernahkah anda memerhati anak-anak anda yang suka menonton televisyen terlalu dekat ataupun anda mula perasan yang anak anda suka mengerut dahi dan mengecilkan mata ketika cuba membaca atau melihat objek jauh? Jika ada, ini adalah tanda-tanda awal anak anda mungkin mempunyai masalah rabun.
Rabun boleh bermula dari usia seawal bayi yang baru lahir ataupun ketika masih kanak-kanak. Ia tidak semestinya berlaku pada orang dewasa sahaja. Rabun boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor, antaranya ialah faktor keturunan dan persekitaran. Sebagai contoh sekiranya salah seorang atau kedua-dua ibubapa mempunyai rabun jauh, kemungkinan besar anaknya juga akan mempunyai masalah rabun di usia muda. Walau bagaimanapun kerapkali telah ditemui kanak-kanak yang mempunyai rabun teruk meskipun ibubapa mempunyai penglihatan normal. Jadi wajar diingatkan supaya anda tidak terlalu yakin bahawa penglihatan anak anda adalah sempurna hanya kerana anda dan pasangan anda tidak pernah memakai cermin mata. 


Rabun juga boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran di mana kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang terlalu terdedah pada aktiviti-aktiviti berjarak dekat seperti menonton televisyen, bermain komputer atau permainan komputer akan lebih tinggi risikonya untuk menjadi rabun. Ini adalah disebabkan oleh pengaruh akomodasi yang berlarutan ketika tekun memandang televisyen ataupun komputer.
Terdapat peratusan yang tinggi bagi masalah rabun dikalangan kanak-kanak yang tinggal di bandar berbanding dengan kanak kanak di luar bandar. Statistik juga telah menunjukkkan peratusan yang tinggi untuk rabun jauh bagi kanak-kanak dari kaum Cina diikuti dengan kaum India dan Melayu.

Terdapat 2 jenis rabun jauh yang perlu diketahui iaitu miopia ataupun hiperopia. Bagi rabun jenis miopia, penglihatan akan dibaiki dengan cermin mata berkanta cekung manakala bagi jenis hiperopia, penglihatan akan dibaiki dengan cermin mata berkanta cembung. Astigmatisma pula adalah satu keadaan di mana mata akan mengalami silau yang teruk dan objek yang dipandang akan kelihatan berbayang dan senget.
Kanak-kanak boleh mengalami salah satu daripada keadaan rabun iaitu miopia atau hiperopia dengan atau tanpa astigmatisma. Adakalanya kanak-kanak juga boleh mengalami hanya astigmatisma tanpa rabun. Adalah mustahak untuk anak-anak menjalani pemeriksaan mata oleh pakar optometri yang bertauliah sebelum umur mencecah 7 tahun. Jangan tunggu sehingga anak anda mengadu tidak nampak guru menulis di papan hitam barulah anda mengambil tindakan. Jadikan pemeriksaan mata sebagai satu rutin tahunan dan bawalah anak anda untuk mendapatkan pemeriksaan komprehensif optometri sebelum dia melangkah ke alam persekolahan. Berjumpalah dengan pakar optometri untuk mengesan sekiranya rabun yang dialami adalah bepunca daripada kesalahan refraksi yang tidak dibetulkan ataupun disebabkan oleh masalah penyakit okular. 
Perlu diketahui bahawa tidak semua masalah rabun akan lenyap apabila memakai cermin mata. Adakalanya kanak-kanak perlu menjalani rawatan membaiki kesalahan refraktif dengan menggunakan kanta sentuh dan terapi ortoptik. Sekiranya lambat mendapat rawatan, penglihatan kanak-kanak akan menjadi lemah atau mengalami mata malas (lazy eyes) atau dikenali sebagai ambliopia. Bagi kes ambliopia, prognosis adalah baik jika kanak kanak itu berumur kurang dari 12 tahun dan memberi respon yang baik semasa terapi ortoptik.
Bagi ibu-ibu yang terkena campak rubella semasa mengandung ataupun tidak pernah mendapat suntikan rubella, anak-anak yang dilahirkan perlulah menjalani pemeriksaan mata untuk mengesan katarak atau selaput mata. Begitu juga bagi bayi yang lahir pramatang yang mana terdapat risiko masalah retina yang boleh menganggu penglihatan. Sekiranya perlu, masalah rabun pada kanak-kanak ini boleh dirawat lebih awal.

Rawatan Penglihatan
Untuk mendapatkan pemeriksaan mata yang komprehensif, anda hendaklah membawa anak anda berjumpa pakar optometri yang bertauliah. Di sini pemeriksaan untuk mengesan punca rabun akan dilakukan. Adalah penting untuk anda tidak keliru dengan profesyen juruoptik. Juruoptik hanya boleh melakukan ujian penglihatan yang ringkas sahaja. Bagi kanak-kanak, adalah dinasihatkan untuk mereka dibawa berjumpa dengan pakar optometri. Ini adalah penting kerana penglihatan kanak-kanak perlu dibetulkan dengan preskripsi dan hanya pakar optometri yang boleh menjalankan pemeriksaan ke atas mata bayi dan kanak-kanak. Sekiranya berlaku kesalahan preskripsi pada kanak-kanak, penglihatannya akan terganggu dan boleh meninggalkan kesan untuk tempoh yang lama.
Bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah yang telahpun memakai cermin mata, adalah penting untuk mendapatkan pemeriksaan mata sekurang-kurangnya setiap enam bulan. Pemeriksaan boleh dilakukan dengan lebih kerap jika perlu. Ini adalah untuk memastikan kuasa cermin mata sentiasa cukup ataupun optimum untuk membaiki rabun. Ramai yang salah sangka dengan anggapan bahawa jika terlalu kerap atau selalu memakai cermin mata kuasa refraksi mata akan bertambah dengan lebih banyak. Ini adalah tidak benar. Sekiranya kanak-kanak disekat daripada memakai cermin mata sepanjang waktu, kuasa refraksi mata makin bertambah dengan cepat. Begitu juga sekiranya kanak-kanak dipaksa memakai cermin mata dengan kuasa kanta yang lama dan tidak dikemaskini, kuasa refraksi mata juga boleh bertambah dengan banyak dalam masa yang singkat. Ini disebabkan oleh mata yang mengalami tekanan dan penat boleh menyumbang kepada peningkatan kuasa refraksi mata. Oleh itu adalah penting untuk sentiasa mengemaskini kuasa cermin mata dan memastikan cermin mata sentiasa dipakai untuk membaiki rabun. Dalam pada itu juga, kerja-kerja berjarak dekat seperti menonton televisyen dan komputer perlu diselang-selikan dengan merehatkan mata melihat objek jauh. Stres yang melampau ketika melakukan kerja berjarak dekat terlalu lama boleh menyebabkan kuasa refraksi mata menjadi lebih tinggi. Kualiti pencahayaan juga boleh membantu mengurangkan stres pada mata.

Pakar Optometris
Program Optometri & Sains Penglihatan
Fakulti Sains Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 Kuala Lumpur.
MAKLUMAT AM
SEGMEN KENALI MATA ANDA 4

MATA MERAH
Jika anda mengalami mata merah dan ada tanda- tanda mata yang lain seperti berikut :
1.     Rasa berpasir
2.     Gatal
3.     Bertahi
4.     Berair
5.     Sakit
6.     Silau
Anda mungkin mengalami :
  
                    Konjunktivitis infeksi              Konjunktivitis alergi
 
                     Ulser / Kudis kornea                 Glaukoma akut               
Kecederaan mata
Tindakan :
  • Dapatkan rawatan doktor mata dengan segera
  • Elak merawat mata sendiri
  • Elak guna ubat titis steroid tanpa nasihat doktor
KECEDERAAN MATA

Kecederaan mata semakin kerap berlaku terutama di kalangan kanak-kanak, remaja lelaki dan pekerja-pekerja industri. Ia membawa risiko hilang penglihatan yang teruk atau boleh menjadi buta, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan kecederaan yang menusuk mata dan kemasukkan bendasing ke dalam bebola mata.

1. Kecederaan Mata Oleh Objek Tajam

Puncanya

                         Tusukan alat tajam             batu kecil yang melantun sewaktu memotong    
        rumput

 
 Buaian berpenjuru tajam                 percikan api/logam semasa welding


Tusukan cermin hadapan kereta akibat dari kemalangan jalanraya

Kecederaan tusukan atau luka mata

 
      Luka kelopak mata                 Luka kornea dengan iris terkeluar
 
   Calar pada kornea                        Bendasing atas retina

2. Kecederaan Mata Oleh Objek Tumpul

Puncanya


Lantunan bola tenis atau bulu tangkis                  Tumbukan

                           
 
Lebam

 
       Pendarahan pada konjunktiva       Pendarahan dalam ruang anterior mata

3. Bendasing Pada Permukaan Mata
  
  Bendasing di bawah kelopak mata      Bendasing di atas konjunktiva 
 
   Bendasing di atas kornea                    Bendasing di atas retina

4. Kecederaan bahan kimia

 
       Cecair pencuci, racun serangga, cat      Konjunktivitis dan calar pada kornea

KECEDERAAN MATA
  • ƒ Boleh berlaku di mana-mana
  • ƒ Pada bila-bila masa
  • ƒ Pada sesiapa sahaja
  • ƒ Boleh mengakibatkan kebutaan kekal
Apa yang mesti anda lakukan?

Langkah Pertama :
  • Terbakar :
  1. Alirkan air sebanyak yang boleh ke atas tempat atau ke dalam mata yang terkena bahan bakar (termasuk asid / alkali)
  2. Cuci kelopak mata
  3. Buangkan bendasing dari mata
  • Kecederaan oleh benda tumpul :
  1. Tutup mata dengan penampal lembut
  • Kecederaan oleh benda menusuk :
  1. Jangan cabut benda yang menusuk mata
  2. Tutup mata dengan penampal lembut
  3. Jika dikhuatiri bola mata pecah, tutup mata dengan pelindung mata (eye shield) dan elak sebarang tekanan ke atas mata
Langkah Kedua :
  • SEGERA berjumpa Pakar Mata/Oftalmologi 
Tindakan Pencegahan

1.    Berhati-hati ketika menggunakan
•     Bahan kimia
•     Objek tajam
•     Alat sukan

2.    Guna alat pelindung mata ketika
•     Bersukan lasak
•     Menjalankan ujian makmal
•     Menjalankan aktiviti vokesional

3.    Guna alat keselamatan seperti
•     Topi keledar
•     Tali pinggang keselamatan   

PERINGATAN

ANDA MESTI BERJUMPA PAKAR OFTALMOLOGI JIKA :
  • cedera pada kelopak mata
  • muka dan mata terbakar / tersimbah bahan kimia
  • termasuk bendasing ketika menukul atau memotong rumput
  • luka pada mata
  • bila tahap penglihatan menurun berbanding sebelum kecederaan
 SAYANGILAH MATA ANDA

Monday, June 4, 2012

MAKLUMAT AM
SEGMEN KENALI MATA ANDA 3

AMBLYOPIA @ MATA MALAS

Amblyopia adalah keadaan di mana penglihatan menjadi kabur berpunca dari gangguan pada perkembangan sistem penglihatan sejak kecil.
Ia hanya boleh dikesan melalui pemeriksaan dan dirawat se awal mungkin.
Sekiranya tidak dirawat sebelum umur 6 tahun, penglihatan yang kabur itu akan menjadi kekal. Ibu bapa dan guru-guru harus peka dan perihatin terhadap keadaan-keadaan berikut yang boleh mengakibatkan amblyopia:
   - Rabun mata yang tidak diperbetulkan dengan mendapat pemeriksaan dan 
     rawatan
   - Juling
   - Faktor lain yang menghalang penglihatan seperti katarak dan ptosis

Tindakan ibubapa dan guru-guru:
a. Dapatkan nasihat doktor atau optometris sekiranya kanak-kanak mempunyai 
    masalah kabur penglihatan , juling, ptosis atau anak matanya putih.

KRITERIA AMBLYOPIA ATAU MATA MALAS
Keadaan mata yang boleh mengakibatkan terjadinya mata malas

Ptosis
Katarak
(anak mata jadi putih)
Rabun Mata
Mata Juling

JULING

Juling atau strabismus ialah keadaan kedua-dua biji mata tidak terjajar dengan lurus disebabkan kekurangan penyelarasan antara otot-otot luar okulus yang menghalang mata dari merenung ke arah yang sama dalam sesebuah ruang, oleh itu membantutkan dayapenglihatan dwimata dan boleh menjejaskan persepsi dalaman. Keadaan mata juling ini mungkin disebabkan oleh gangguan terhadap penyelarasan mata dalam otak, atau daya atau arah gerakan otot-otot berkenaan. Masalah juling yang serius boleh dirawat bersama oleh pakar-pakar ortoptik dan oftalmologi.

MASALAH juling di kalangan kanak-kanak seringkali mula dikesan oleh ibu bapa atau guru-guru apabila salah satu mata anak kelihatan tergerak ke dalam atau keluar.

Kebanyakan kanak-kanak cenderung mendapat masalah juling yang dikenali sebagai esotropia. Esotropia adalah strabismus menumpu dan hadir sebelum usia empat tahun. Sesetengah daripadanya hadir sewaktu lahir. Eksotropia merupakan istilah bagi strabismus mencapah pula hadir agak lambat.

Penglihatan berganda jarang dirasai oleh anak muda kerana imej daripada mata juling akan dihalang oleh otak pada kadar segera. Penekanan ini menganggu perkembangan normal penglihatan sehingga menjurus kepada masalah penglihatan tidak sempurna atau ambliopia. Ambliopia merupakan satu keadaan yang serius tetapi boleh dirawat.

Jenis Juling:
1.      Juling Mencapah
         (Juling Ke luar )

2.      Juling Menumpu
         (Juling Ke dalam)

Punca Juling

* Genetik/Keturunan
Dalam kebanyakan masalah juling, kegagalan mekanisme pusat yang mengawal perkembangan dan penyelenggaraan penglihatan tunggal binokular menjadi puncanya.

Kegagalan ini mungkin berlaku atas faktor keturunan. Ia juga lazimnya ditemui pada kerosakan otak atau terencat akal seperti yang berlaku kepada pesakit sindrom Down.

* Kesilapan biasan
Dalam keadaan pembiasan mata yang normal, hubungan antara akomodasi (penyesuaian bentuk kanta untuk menukar fokus mata) dan tumpuan adalah seimbang. Tetapi dalam hipermetropia (rabun dekat), akomodasi tambahan diperlukan untuk memperoleh imej yang jelas pada retina mungkin menjurus kepada tumpuan berlebihan sehingga mengakibatkan perkembangan masalah juling.

* Okular
Keabnormalan okular seperti katarak bawaan dan retinoblastoma mungkin mencacatkan penglihatan pusat dalam satu atau kedua-dua belah mata. Ini akan mencegah penyatuan imej-imej dan perkembangan penglihatan binokular. Retinoblastoma adalah pertumbuhan tumor malignan pada retina yang jarang berlaku terjadi pada bayi-bayi.

Diagnosis

Masalah juling tumpuan pada kanak-kanak seringkali berpunca daripada lipatan epikantik yang luas tetapi juling sebenar boleh dikesan menerusi:

-Pemeriksaan refleks kornea dengan menggunakan lampu suluh. Ini lazimnya adalah simetrik.

-Ujian tutup. Andainya sesebuah mata terpaku pada sesuatu objek, misalnya barang permainan, ditutup, mata juling akan bergerak untuk mengisi tumpuan tersebut.

Pengurusan

*Pemeriksaan untuk ketajaman penglihatan setiap mata. Pada usia kanak-kanak yang sangat muda, taksiran ketajaman boleh diperoleh dengan memantau keupayaan kanak-kanak itu mengambil objek-objek yang sangat kecil atau mengikut sasaran berayun.

*Oftalmoskopi untuk mengecualikan penyakit okular

*Retinoskopi untuk mengesan kehadiran sebarang kesilapan pembiasan signifikan.

*Pemeriksaan fundus dan pembiasan adalah dipermudahkan dengan penggunaan titisan minyak urut untuk mencairkan anak mata kanak-kanak. 

Langkah-langkah lain termasuk:

Memakai cermin mata 

*Penyediaan cermin mata untuk memperbaiki ketajaman penglihatan atau mengembalikan keseimbangan normal antara akomodasi dengan tumpuan. Dalam sesetengah penglihatan juling binokular boleh diperbaiki dengan membetulkan hipermetropia yang berkaitan. Ini dikenali sebagai juling akomodasi.



*Jika penglihatan mata juling sudah rosak dan tidak boleh diperbetulkan lagi menggunakan pemakaian cermin mata, ini bermakna hadirnya ambliopia.

*Penghentian salah satu mata daripada digunakan memaksa penggunaan mata ambliopik dan mendorong perkembangan ketajaman penglihatan normal. Penghentian adalah paling berkesan diaplikasikan selepas perkembangan masalah juling.

*Juling tercapah adalah jarang dan biasanya hanya berlaku selang-seli manakala penglihatan binokular berkembang secara normal. Pembedahan boleh diperlambatkan sehinggakan percapahan mata itu bertambah teruk dan menjurus kepada simptom-simptom.

Rawatan lain :
1  Senaman mata
2  Terapi menutup mata ( di mana mata yang lebih baik penglihatannya 
    ditutup supaya mata yang malas dapat dirangsang fungsinya
........ bersambung ke segmen 4