MAKLUMAT AM
SEGMEN KENALI MATA ANDA 4
MATA MERAH
Jika anda mengalami mata merah dan ada tanda- tanda mata yang lain seperti berikut :1. Rasa berpasir
2. Gatal
3. Bertahi
4. Berair
5. Sakit
6. Silau
Anda mungkin mengalami :
Konjunktivitis infeksi Konjunktivitis alergi
Ulser / Kudis kornea Glaukoma akut
Kecederaan mata
Tindakan :- Dapatkan rawatan doktor mata dengan segera
- Elak merawat mata sendiri
- Elak guna ubat titis steroid tanpa nasihat doktor
KECEDERAAN MATA
Kecederaan mata semakin kerap berlaku terutama di kalangan kanak-kanak, remaja lelaki dan pekerja-pekerja industri. Ia membawa risiko hilang penglihatan yang teruk atau boleh menjadi buta, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan kecederaan yang menusuk mata dan kemasukkan bendasing ke dalam bebola mata.
1. Kecederaan Mata Oleh Objek Tajam
Puncanya
Tusukan alat tajam batu kecil yang melantun sewaktu memotong
rumput
Buaian berpenjuru tajam percikan api/logam semasa welding
Tusukan cermin hadapan kereta akibat dari kemalangan jalanraya
Kecederaan tusukan atau luka mata
Luka kelopak mata Luka kornea dengan iris terkeluar
Calar pada kornea Bendasing atas retina
2. Kecederaan Mata Oleh Objek Tumpul
Puncanya
Lantunan bola tenis atau bulu tangkis Tumbukan
3. Bendasing Pada Permukaan Mata
Bendasing di bawah kelopak mata Bendasing di atas konjunktiva
Bendasing di atas kornea Bendasing di atas retina
4. Kecederaan bahan kimia
KECEDERAAN MATA
- Boleh berlaku di mana-mana
- Pada bila-bila masa
- Pada sesiapa sahaja
- Boleh mengakibatkan kebutaan kekal
Apa yang mesti anda lakukan?
Langkah Pertama :
- Terbakar :
- Alirkan air sebanyak yang boleh ke atas tempat atau ke dalam mata yang terkena bahan bakar (termasuk asid / alkali)
- Cuci kelopak mata
- Buangkan bendasing dari mata
- Kecederaan oleh benda tumpul :
- Tutup mata dengan penampal lembut
- Kecederaan oleh benda menusuk :
- Jangan cabut benda yang menusuk mata
- Tutup mata dengan penampal lembut
- Jika dikhuatiri bola mata pecah, tutup mata dengan pelindung mata (eye shield) dan elak sebarang tekanan ke atas mata
Langkah Kedua :
- SEGERA berjumpa Pakar Mata/Oftalmologi
Tindakan Pencegahan
1. Berhati-hati ketika menggunakan
• Bahan kimia
• Objek tajam
• Alat sukan
2. Guna alat pelindung mata ketika
• Bersukan lasak
• Menjalankan ujian makmal
• Menjalankan aktiviti vokesional
3. Guna alat keselamatan seperti
• Topi keledar
• Tali pinggang keselamatan
PERINGATAN
ANDA MESTI BERJUMPA PAKAR OFTALMOLOGI JIKA :
- cedera pada kelopak mata
- muka dan mata terbakar / tersimbah bahan kimia
- termasuk bendasing ketika menukul atau memotong rumput
- luka pada mata
- bila tahap penglihatan menurun berbanding sebelum kecederaan
SAYANGILAH MATA ANDA
slm..kenapa mata selalu bertahi..rimas dibuatnya..apakah rawatan yg ssuai untk mgatasinya?mohon pnjelasan.tq
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteKemungkinan mata mengalami Mild Allergic conjunctivitis. Perlu pemeriksaan untuk rawatan perubatan seterusnya. Harus juga menjaga hygine sekeliling mata menggunakan LIDCARE/ LIDWIPES (ada di farmasi).
Assalammualaikum. 2 hari lepas saya buat kerja penyiminan bahan binaan. Bahan yg terkena pada mata sy adalah simen kapur. Mata sy jadi pedih sgt rasa mcm ada benda yg terbakar dlm mata. Mujur tak terkena pada bebola mata. Jdi sy buat keputusan utk jmpa dgn doktor. Doktor cuma cuci mata sy. Lpas 2 jam mata sy sakit kembali. Mcm bengkak pun ada. Bila sy tgok betul2 mata sy mcm berkedut bila dipicit. Adakah mslh sy dpt diatasi? Atau terus berjumpa dgn doktor pakar?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteAnda perlu menjalani ujian penglihatan untuk memastikan tahap kecederaan,
Apakah kesan yg berlaku pd mata jika serbuk kapur terkena pd bebola mata?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteSeperti habuk biasa, perlu basuh mata segera.
Assalam...apakah kesan sakit mata kerana berbulan yang sebelum ini mata saya sakit..jadi saya tidak berjumpa dengan doktor..saya biarkan ia sembuah dengan sendiri..tpi apabila ia sembuh dengan sendiri di kelompok mata saya di dalam mata mempunya butir besar dan kecil..apakah masaalah mata saya itu..??
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteBelum sembuh dengan sempurna dan kelihatan seperti ada masalah alahan juga
Slm doctor saya baru sahaja menjalani surgery mata juling, surgery tersebut melibatkan pemotongan biji mata putih bagi tujuan pendekkan otot mata, jadi masalah yg saya hadapi skrg ialah selepas dari surgery tersebut memberi kesan parut lekuk dan kebiruan pada bahagian mata putih yg dipotong. Apa rawatan atau ubat titis yg boleh merawat parut tersebut ya dictor, harap sangat dapat membantu soalan saya ini saya amat hargai ☺️
ReplyDelete