PENCERITAAN BERSAMA WAGGGS DALAM INGATAN...
PERJALANAN SAYA HARI 3
Tarikh : 17 dan 19hb Jun 2012
Lokasi : Cameron Highlands dan Kuala Lumpur
Bersama: Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang
Tuanku Hajah Azizah Aminah Maimunah Binti Almaarhum Sultan
Iskandar Al-Haj
Aktiviti 1: Lawatan ke kebun teh BOH. Sempat menjamah minuman ringan yang disediakan dan memperolehi input mengenai proses pembikinan teh. Program ini memberi satu pendedahan kepada peserta terutama yang datang dari luar negara.
Nota: Kami menginap di Heritage Hotel, Jalan Gereja, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands yang merupakan sebuah hotel lama, zaman penjajah berdekatan dengan pekan Tanah Rata.
Aktiviti 2: Seterusnya kami dibawa melawat Taman Agroteknologi MARDI, Cameron Highlands yang merupakan salah satu tempat tarikan pelancong di Cameron Highlands. Amat mudah untuk sampai ke taman ini dan jarak dari Bandar Tanah Rata hanya lebih kurang 500 meter. Pengunjung boleh ke taman ini dengan melalui simpang Persiaran Dayang Indah di hadapan klinik kesihatan Tanah Rata dan jalan terus hingga menemui papan tanda masuk ke taman ini.
Terdapat banyak tempat menarik yang boleh dilawati di taman ini seperti ladang strawberry, ladang teh, kilang teh, petak fertigasi, jualan bunga dan cenderamata. Harga ditawarkan agak berpatutan dan harga adalah tetap sepanjang musim. Maknanya masa cuti atau tidak harga adalah sama, berbanding dengan tempat lain yang mana penjual boleh “main” harga jika berada pada musim cuti. Sesuatu yang amat menarik.
Kami juga sempat mengunjungi KEA Farm Shopping Market,Brinchang. Kea Farm is one of most popular shopping destinations in Cameron Highlands, located 3km after Brinchang town. While mostly an agricultural district, the center of activity lies in a day market next to the main road, just before Equatorial Resort. Every morning till evening, traders and farmers sell their crops here to visitors and locals alike. Flowers, ornamental plants, souvenirs and handicrafts are other products sold in the market besides fruits and vegetables. On holiday weekends and national festivals, the road that leads past Kea Farm Market may be cluttered with cars parked (or parking) along the sides, causing a massive jam that stretches all the way to town
Pada sebelah malamnya, kami sekali lagi diraikan di Cameron Highlands Resort. Majlis makan malam ini disertai oleh DYTM Tengku Puan Pahang,Tuanku Hajah Azizah Aminah Maimunah Binti Almaarhum Sultan Iskandar Al-Haj. Antara acara kemuncak majlis ini adalah penganugerahan sijil dan "PIN" sebagai ahli FRIENDS yang bari. Saya merupakan salah seorang penerima anugerah tersebut pada malam itu.
Sepanjang mengikuti program ini, saya rasa banyak saya saya pelajari. Malahan ramai yang saya bertemu. Melalui ruangan akhir ini, saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada beberapa nama yang saya kagumi dan saya hormati. Antaranya: Ke Bawah DYTM Tengku Puan Pahang,Tuanku Hajah Azizah Aminah Maimunah Binti Almaarhum Sultan Iskandar Al-Haj;
Yang Berbahagia, Datuk Nik Faizah Mustapha, antara kepimpinan Pandu
Puteri Malaysia;
Yang Berbahagia, Dato Dr Fadzilah Muhammad Ali yang menjadi teman
saya sepanjang perjalanan;
Yang saya hormati, Puan Mariana Ahmad orang yang bertanggung
jawab memperkenalkan saya kepada FRIENDS ini.
Yang Berbahagia, Datin Seri Shamsiah..
SERTA RAMAI LAGI NAMA-NAMA YANG AKAN SAYA UPDATEKAN NANTI. BEGITU JUGA BUAT SEMUA SAHABAT DAN KAWAN YANG SAMA-SAMA MENGIKUTI PROGRAM INI TAK KIRA DI MANA JUA ANDA BERADA. ANDA ADALAH YANG TERBAIK DI KALANGAN YANG TERBAIK.
TAHNIAH DAN SYABAS .
JUMPA LAGI.
KALAU ADA SUMUR DI LADANG,
BOLEH SAYA MENUMPANG MANDI,
KALAU ADA UMUR YANG PANJANG,
TAHUN HADAPAN BERTEMU LAGI..
TERIMA KASIH DARI SAYA:Dr Haliza Abdul Mutalib
Pensyarah & Pakar Optometri
Jabatan Optometri
Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu
Universiti Kebangsaan Malaysia
No comments:
Post a Comment