Pages

Friday, June 1, 2012

MAKLUMAT AM
SEGMEN KENALI MATA ANDA 1

STRUKTUR MATA ANDA

MATA YANG NORMAL
Ciri-ciri mata normal:
   1. Penglihatan jauh yang jelas
         Tahap penglihatan pada carta Snellen lebih baik dari 6/6 (atau 20/20)
   2. Penglihatan dekat lebih jelas (N5 @ 40sm)

    3. Kedua-dua mata selari
Mata selari dan tidak juling
    4. Anak mata hitam
Anak mata jernih (tidak putih)

MASALAH MATA YANG BIASA
 
                           Penglihatan yang kabur        Kelopak mata bengkak
 
                                       Mata merah                        Mata bertahi
  
                                         Mata juling                      Mata cedera

Masalah mata yang lain:
   Mata sakit, mata gatal, mata kering, mata berair, mata silau

PENYEBAB UTAMA PENGLIHATAN MENJADI KABUR



APAKAH RABUN MATA?
Rabun mata adalah keadaan di mana cahaya dari objek yang dilihat tidak difokuskan di atas retina.

 

KENAPA MATA MENJADI RABUN
Rabun mata adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan di antara panjang bola mata dengan kuasa kornea dan kanta mata.

     

  

JENIS-JENIS RABUN MATA

Terdapat 4 jenis rabun mata

   1. Miopia (Rabun jauh) : 
       adalah apabila mata tidak dapat menumpu dengan baik yang 
       menyebabkan objek jauh kelihatan kabur. Satu keadaan di mana cahaya
       dari objek difokuskan di hadapan retina kerana bebola mata panjang. Ia
       adalah satu masalah normal bagi mata di mana cahaya terpancar
       menghasilkan titik tumpuan imej di hadapan retina. Mereka yang ada
       miopia lazimnya boleh melihat objek yang dekat dengan jelas tetapi 
       objek jauh kelihatan kabur.

       Oleh itu, objek jauh akan kelihatan kabur sedangkan objek dekat akan 
       kelihatan sangat jelas.
          Tanda-tanda awal:
           a) Kabur bila melihat jauh, contohnya bila memandang papan hitam
           b) Mengecilkan mata bila melihat jarak jauh
           c) Sakit kepala
 
   2. Hiperopia (Rabun dekat): 
      Rabun dekat atau hiperopia adalah kesukaran melihat objek dekat. Ia
      adalah satu masalah normal bagi mata di mana titik tumpuan imej 
      terbentuk di belakang retina. Masalah bertentangan dengan rabun dekat 
      adalah rabun jauhOleh itu objek dekat kelihatan kabur  sedangkan objek
      jauh kelihatan jelas.


      Sebab-sebab:
      Rabun dekat disebabkan imej ditumpukan di belakang retina bukan di 
      atasnya. Ia boleh jadi disebabkan bebola mata yang terlalu kecil atau 
      kuasa menumpu terlalu lemah.

      Rabun dekat selalunya ada sejak lahir, tetapi kanak-kanak mempunyai 
      lensa mata yang sangat fleksible yang dapat mengatasi masalah 
      tersebut. Semakin meningkat usia, cermin mata atau kanta sentuh 
      mungkin perlu untuk membetulkan penglihatan. Mereka yang mempunyai 
      anggota keluarga yang ada rabun dekat, lebih cenderung menghadapi 
      rabun dekat.

      Tanda-tanda awal:
      a) Kabur bila membaca
      b) Sakit kepala/sakit mata
      c) Mengecilkan mata semasa membaca
      d) Mata terasa cepat letih bila melakukan kerja jarak dekat

   3. Astigmatism: 
      adalah sebuah gejala penyimpangan dalam pembentukkan  bayangan 
      pada kanta, hal ini disebabkan oleh cacat kanta yang tidak dapat
      memberikan gambaran/ bayangan garis vertikal dengan horizotal 
      secara bersamaan.cacat mata ini dering di sebut juga mata silinder.
         Suatu keadaan di mana permukaan kornea tidak rata dan cahaya dari 
      objek difokuskan samada di belakang retina, di hadapan retina atau 
      kedua-duanya sekali. Oleh itu, objek kelihatan kabur dan herot.

      Tanda-tanda awal:
      a) Kabur penglihatan
      b) Objek kelihatan herot
      c) Silau
      d) Sakit kepala
 
   4. Presbiopia (Rabun tua): 
      presbiopia adalah rabun yang disebabkan oleh kanta didalam mata yang 
      telah tidak berupaya untuk memfokuskan imej apabila melihat objek yang
      dekat. keadaan ini biasanya berlaku akibat proses penuaan. Lazimnya 
      bermula bila usia menjangkau empat puluhan.
      Tanda-tanda awal:
      a) mengambil masa yang lama untuk membaca tulisan yang kecil.
      b) rasa pening kepala dan mengantuk apabila membaca ataupun 
          membuat kerja dekat.
      c) memegang bahan bacaan lebih jauh daripada jarak tangan.
      d) masalah untuk melihat objek yang terlalu dekat.
      e) sakit kepala.
      f ) sakit sekeliling mata atau mata letih.
      g) jika anda seorang yang rabun jauh, anda lebih suka untuk tidak 
          berkaca mata jika membaca atau menulis dengan jarak dekat.
 
:>>>bersambung ke segmen 2

114 comments:

  1. trima kasih informasinya ya, sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  2. salam......sy sblm ni mata ok je....semenjak ni je mata buat hal.....contoh: ble tgk tv too tulisa ye kabur2 da....skli pandang bnde @ tulisan terus kabur.....sy kne besar kn mata bru la rase ok sikit.....ape ni permulaan untuk rabun.....tlg email niranita_91@yahoo.com...tq

    ReplyDelete
  3. SALAMULLAH

    Ya, mungkin permulaan bagi rabun ataupun penyakit mata. Silalah dapatkan pemeriksaan Optometri secara komprehensif dengan kadar segera.

    ReplyDelete
  4. Salam doc..saya sering sakit kepala bila menjahit dan menghadap komputer.Adakah itu tanda rabun dekat?

    ReplyDelete
  5. SALAMULLAH

    Ya, kebiasaannya ianya berlaku pada golongan 40 tahun ke atas. Boleh periksA mata dengan sempurna bagi mengesan rabun dekat

    ReplyDelete
  6. salam prof..saya ada masalah silau yg tggi..ade tak cara tuk atasi nya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Cara rawatan untuk silau tinggi adalah dengan memakai cermin mata ataupun kanta lekap. Perlu periksa dahulu yang mana satu lebih sesuai.

      Delete
  7. Salam.sy berusia 33thn pengidap diabets types 1.bercermin mata.baru2 ni sy mghadapi masalah utk mlihat objek yg dekat.mata jga terasa tegang dan panas.sedah blanjutan slama 3 bln.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Ada kemungkinan berlaku perubahan pada kuasa cermin mata untuk rabun jauh. Bagi pengidap diabetik rabun dekat akan hadir lebih awal dari biasa. Umur biasa untuk rabun dekat adalah bermula dari 40 tahun. Rawatan ubat bagi diabetis boleh menyebabkan kekeringan mata. Ini boleh dirawat dengan ubat titis pengganti air mata.

      Delete
  8. Salam prof...
    saya sering sakit mata selepas mnunggang motosikal..
    mata saya akan merah dan terasa berat.
    dahi saya juga terasa berdenyut,
    adakah ini simptom silau??

    ReplyDelete
  9. SALAMULLAH

    Mungkin lebih kepada stress mata yang diakibatkan oleh ralat refraktif termasuk silau yang tidak dibetulkan.

    ReplyDelete
  10. As slm prof..
    Anak saya berusia 10 thn sering mengadu penglihatannya x jelas apabila memandang jauh terutama semasa di dlm kelas.perlukah anak saya memakai cermin mata?apakah kesan buruk yg akan terjadi pada masa hadapan akibat pemakaian cermin mata?

    ReplyDelete
  11. SALAMULLAH

    Perlu periksa mata anak dahulu untuk mengetahui sama ada dia mengalami rabun jauh, silau atau sebaliknya. Jika perlu baru cermin mata akan disyorkan, Tiada kesan buruk dari pemakaian cermin mata tetapi BANYAK KESAN BURUK yang akan berlaku jika tidak memakai cermin mata jika sudah disahkan rabun.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum prof. Saya nk tanya kenapa mata saya selalu merah , berair , kekuningan dan anak mata putih tidak jernih. Dan terdapat tompok coklat di bahagian anak mata putih. Boleh prof jelaskan dan terangkan bagai mana cara saya hendak buat pemeriksaan di hosp kerajaan . Adakah saya perlu amik surat dari klinik berdekatan. Mohon pencerahan prof. Tqsm

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Ada banyak punca mengapa mata nampak tidak sihat, perlu periksa di hospital. Anda perlu dapatkan surat rujukkan dari doktor klinik swasta untuk dirujuk ke hospital.

      Delete
  13. Assalam prof, mta hitam kwn sy kecil sejak lahir dan dia mengalami rabun walaupun pakai cermin mta , boleh sy thu punca mata hitam dia kecik dan apakah rwatan yg dperlukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Mata kecik sebelah atau dua belah? Jika masih rabun walau pakai cermin mata ada kemungkinannya ada masalah mata malas

      Delete
  14. Assalam, knapa mata sy berasa gtal dan akn berair sekiranya melihat benda yg silau?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      perlu periksa untuk alahan dan juga refraksi untuk silau.

      Delete
  15. Assalam doktor. Adakah terdapat kacamata dijual untuk rabun dekat? saya ingin dapatkannya untuk ibu. Terima kasih

    ReplyDelete
  16. SALAMULLAH

    Sekiranya ibu anda tidak mengalami rabun jauh, maka cermin mata rabun dekat boleh diugunakan. Sila dapatkan cermin mata membaca dari kedai optikal yang bertauliah.

    ReplyDelete
  17. salam dr,sy sakit kepala,mata sy pedih n letih,sy cek tekanan darah normal,knp ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Perlu check mata dan penglihatan. Ada kaitan dengan sakit kepala dan mata pedih.

      Delete
  18. salam dr,sy sakit kepala,mata sy pedih n letih,sy cek tekanan darah normal,knp ek

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum......doktor, mohon pencerahan dan pandangan doktor ttg mata anak sy. Hmpir sebln, mata anak sy terdpt kemerah2an. Apb dia tidur, merahnya akan kurang ttp x hilang sepenuhnya. Sy telah rujuk kpd doktor yg biasa sy pergi. Ktnya hanya alahan. Sy kawal pemakanannya dan aktivitinya, ttp masih terdpt kemerah2an. Semlm, sy bw dia periksa mata di kedai cermin mata. Terdpt silau shj. Jd, apa yg perlu sy lakukan. Buat cermin mata atau rujuk pd doktor pakar? T.kasih.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum......doktor, mohon pencerahan dan pandangan doktor ttg mata anak sy. Hmpir sebln, mata anak sy terdpt kemerah2an. Apb dia tidur, merahnya akan kurang ttp x hilang sepenuhnya. Sy telah rujuk kpd doktor yg biasa sy pergi. Ktnya hanya alahan. Sy kawal pemakanannya dan aktivitinya, ttp masih terdpt kemerah2an. Semlm, sy bw dia periksa mata di kedai cermin mata. Terdpt silau shj. Jd, apa yg perlu sy lakukan. Buat cermin mata atau rujuk pd doktor pakar? T.kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Sekiranya Optometris yang memeriksa menyatakan ada masalah silau sahaja, boleh dibetulkan dengan cermin mata. Bagi pemeriksaan kemerahan yang berlaku boleh juga dirujuk pada optometris atay pakar mata.

      Delete
  21. kalau mata yang ada isi lebih sampai nak masuk ke anak mata tu macamana pula?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH
      Ini dikenali sebagai Pterigyium. Punca utama adalah kerana terdedah dengan sinaran UV.

      Delete
  22. Prof saya nak bertanya sedikit knapa mata saya rasa sakit di belakang mata Dan kepala saya rasa pening2 knapa yee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH
      Kalau rasa sakit dibelakang bebola mata perlu diperiksa. Ianya boleh menandakan tekanan bebola mata yang tinggi, infeksi atau keradangan. Perlu perhatian segera

      Delete
  23. Salam
    Kenapa saya selalu sakit mata dan bengkak di tepi mata adakah itu juga petanda rabun ? Gatal selalu menitis kan eyemo yg pahit tu di mata saya . Kenapa ya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Sakit mata dan bengkak bukan petanda rabun. Mungkin disebabkan kelenjar airmata yang tersumbat. Perlu guna lidcare/lidwipes dan bersihkan sekitar kelopak mata.

      Delete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. salam
    saya ni seorg students nak tanya punca saya sering gatal2 pada mata bila waktu pagi bersertakan selsema. saya juga menpunyai rabundekat. sejak saya tukat cermin mata, mata saya jadi gata2. kalau boleh saya tahu apa punca mata saya jadi gata2 dan saya mendapatkan selsema???

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  27. salam
    saya nak tanya ni seorg students. saya sering gatal2 pada mata bila waktu pagi bersertakan selsema. saya juga menpunyai rabun jauh
    . sejak saya tukat cermin mata, mata saya jadi gata2. kalau boleh saya tahu apa punca mata saya jadi gata2 dan saya mendapatkan selsema???

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Ini adalah alahan / resdung. Perlu dapatkan rawatan untuk melegakan alahan. Tiada kena mengena dgn rabun jauh atau cermin mata.

      Delete
  28. Assalamualaikum prof...sy mengalami masalah rabun jauh..bolehkah rabun jauh dirawat selain drpd kaedah lasik..krn byk dipasaran skrg dijual ubat2/suplement yg boleh merawat rabun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Rabun hanya boleh dirawat dengan kanta cermin mata atau kanta lekap ataupun kaedah lasik. Tiada cubaan klinikal dilakukan untuk menguji keberkesanan ubat atau suplement. Sekiranya berkesan ini adalah testimonial dan bersifat sementara sahaja.

      Delete
  29. Assalamualaikum prof...sy mengalami masalah rabun jauh..bolehkah rabun jauh dirawat selain drpd kaedah lasik..krn byk dipasaran skrg dijual ubat2/suplement yg boleh merawat rabun..

    ReplyDelete
  30. Sy nak tanya...mata sy terkena bola di sebelah mata kiri...selepas kejadian...mata sy kelihata kabur dan seperti trnampak cecair hitam... Boleh sy tau apa yg perlu sy lakukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Cecair hitam tersebut adalah pigment retina yang tertanggal. Sekiranya ianya menjadi makan besar dan banyak perlu jumpa doktor mata dengan segera, Ini adalah kes kecemasan.

      Delete
  31. Sya nk tnya..kenapa kalau sya membaca dngn jrak yg dekat, kepala rasa pening dn sya rasa mengantuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Jarak dekat akan menggunakan lebih akomodasi atau pun lebih daya untuk lihat dekat. Ianya boleh menyebabkan keletihan dan kemudian rasa pening dan ngantuk

      Delete
  32. Salam prof..sy da pnh check silau kt kdai crmn mata..staff ctu ckp mata sy ok je.tapi bila mlm n drive mata jd berair.pnh jgp bila tgp chaya lampu terang..autmtik kpla sakit sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH
      Perlu dapatkan second opinion dari Optometris ataupun pemeriksaan lanjutan kornea perlu dilakukan.

      Delete
  33. Salam prof..sejak 2 3 hari ni mata kanan sy kemerahan2 dan gatal..apakah puncanya?adakah sy menghadapi sakit mata atau rabun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      kemerahan dan gatal adalah tanda allergic atau infeksi. Perlu dapat rawatan ubat jika masih berterusan.

      Delete
  34. Salam prof..sering kali ini saya selalu sakit kepala jika menghadap telefon bimbit dan komputer. Mata saya juga berair dan saya juga selalu menggosok" mata ketika menghadap atau bermain telefon bimbit dan komputer. Sekarang saya berumur 14 tahun. Adakah saya mengalami rabun?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Anda mungkin mengalami kekejangan penglihatan. Perlu diperiksa dan dirawat segera.

      Delete
    2. Jika di periksa. Apakah rawatan yang saya dapat doktor?.

      Delete
  35. Salam Prof..
    sy nak tnya knp mata saya selalu merah kalau letih? adakah ia normal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      kalau kemerahan itu bersifat sementara sahaja ianya mungkin membawa maksud kering. Mata kering perlu dirawat dengan tear supplement seperti tears naturalle (ada difarmasi). Sekiranya ianya berterusan sila periksa dengan doktor mata.

      Delete
  36. Salam doktor...
    saya rabun jauh power kiri 600 dan kanan 800 dan ada silau. Power saya sentiasa meningkat setiap tahun. Saya mula pakai spek 1996. Baru-baru ini saya kerap pening kepala sehingga muntah2. Ia akan terjadi apabila saya tiba2 tidak dapat melihat dengan jelas seperti ada cahaya yg menghalang saya melihat tak kira jauh atau dekat (keadaannya seperti melihat video yg dikaburkan). Penglihatan seperti ini akan berlaku 2-3 jam dan kemudian saya akan mula rasa loya, pucat, berdenyut di kening dan akhirnya muntah. Keadaan ini menyebabkan saya trauma utk melihat objek jauh dan jln di tempat kurang pencahayaan. Adakah ini disebabkan power spek rendah? Utk pengetahuan doktor saya pernah kena seperti ini sewaktu saya mula2 rabun dan belum pakai spek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Besar kemungkinan ada perubahan power pada kuasa mata. Saya perlu periksa dahulu untuk memastikan sekiranya gangguan tersebut disebabkan oleh mata ataupun berpunca dari masalah lain. Sekiranya keadaan tidak berubah sila dapatkan rawatan sesegera mungkin.

      Delete
  37. Assalam doktor..sejak bberapa mnggu ni..mata kanan saya rsa mcm kabur sikit..bila tutup mata kanan mata kiri saya boleh melihat dgn jelas, tp bila sy tutup mata kiri mata kanan sy bila melihat agak tidak jelas kabur sedikit..mata saya mmg agak sensitif pd cahaya lampu (silau).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam yatie...masalah saya sama dengan awak la...bila saya pkai spek, sy ttup sblah mata kiri saya,mata sblah kanan saya tu dh xnampak jelas dah...ibarat mcm saya xpakai spek je...lepas tu mata kanan saya rasa macam berat je, mcm susah nak celik bila pkai spek tu...sy bru je buat spek dlm 2mggu...pdahal power spek saya dgn mata sama je bila sy p cek...mohon pncerahan doktor 😊

      Delete
    2. SALAMULLAH

      Masalah Yatie mungkin ada power pada mata mata kanan. sekiranya sensitif pada cahaya mgkn ada power silau.

      Delete
  38. SALAMULLAH

    Masaalah Nor Idayu pula mungkin power mata kanan over corrected..pakai sekejap ok lelama boleh rasa berat dan penat. Saya syorkan second opinion.

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum dokto.. Kenapa jarak antara mata hitam ke bawah mata saya belak kiri banyk ye berbanding mata kanan.. Adakah itu normal? Dan ap punca nye ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Antara mata kanan dan kiri adakalanya ianya tidak simetri. Ianya masih normal selagi mata tersebut boleh berfungsi dengan baik.

      Delete
  40. Salam prof. Sy rabun 300 hanya pakai spek waktu keluar rumah saje. Bila saya pakai spek, mata saya akan merah kadang2 kepala dan mata berdenyut. Kenapa ye prof? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Mungkin spek terlebih power atau power tak sesuai. Perlu periksa rabun sekali lagi. Jumpa Optometris segera.

      Delete
  41. salam sejahtera prof..
    nak tanya...saya rabun jauh dan hendak melakukan pembedhan lasik..adakah rabun saya akan datang kembali atau akan kekal normal selamanya?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Lasik hanya menipiskan bahagian depan mata dan tidak mengawal bahagian belakang mata dari memanjang. Kuasa mata masih boleh naik dan memerlukan anda memakai cermin mata semula.

      Delete
  42. salam sejahtera prof..
    nak tanya...saya rabun jauh dan hendak melakukan pembedhan lasik..adakah rabun saya akan datang kembali atau akan kekal normal selamanya?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAM SEJAHTERA

      LASIK adalah rawatan untuk rabun semasa. Ianya tidak menyebabkan power terencat. Jika power masih aktif ianya masih akan naik selepas LASIK.

      Delete
  43. Assallam prof. Sejak hampur 2 minggu ni mata kanan saya bila celik mcm nampak imej hitam bulat.kenapa ye. Rasa tak sekesa dan rasa mcm ada benda dlm mata. Risau dgn keadaan ni. Sebelum ni saya berkebun dan lepas tu terasa sakit kat urat leher belah kanan. Now dah ok. Adakah ia berkaitan prof. Mcm mana cara nak buang imej tu ye. Kadang2 kepala rasa mcm berat je. Ketara bila ditempat cerah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Ini adalah tidak normal, pelu pemeriksaan doktor pakar segera.

      Delete
  44. Assallam prof. Sejak hampur 2 minggu ni mata kanan saya bila celik mcm nampak imej hitam bulat.kenapa ye. Rasa tak sekesa dan rasa mcm ada benda dlm mata. Risau dgn keadaan ni. Sebelum ni saya berkebun dan lepas tu terasa sakit kat urat leher belah kanan. Now dah ok. Adakah ia berkaitan prof. Mcm mana cara nak buang imej tu ye. Kadang2 kepala rasa mcm berat je. Ketara bila ditempat cerah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Perlu diperiksa, jka hitam bulat itu bersifat tetap mungkin katarak.

      Delete
  45. Assallam prof. Sejak hampur 2 minggu ni mata kanan saya bila celik mcm nampak imej hitam bulat.kenapa ye. Rasa tak sekesa dan rasa mcm ada benda dlm mata. Risau dgn keadaan ni. Sebelum ni saya berkebun dan lepas tu terasa sakit kat urat leher belah kanan. Now dah ok. Adakah ia berkaitan prof. Mcm mana cara nak buang imej tu ye. Kadang2 kepala rasa mcm berat je. Ketara bila ditempat cerah...

    ReplyDelete
  46. Assalamualaikum, prof, sy ingin bertanya, sy kerap sakit kepala & senak mata sebelah kanan/kiri..kdgkala sy mengalami msalah dgn penglihatan saya apabila melibatkan cahaya, cthnya, sewaktu turun menggunakan eskalator yg tdk bgerak, mata saya spt t'keliru melihat tngga eskalator. Apabila sy buat pemeriksaan mata, biasanya sy akn dimaklumkan power mata sy sedikit shj dan tak perlu memakai cermin mata. Adakah masalah ini disebabkan mata penat @ stress?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Perlu diperiksa. Jika puan berminat boleh hubungi D OPTOMETRIST di Bandar Tasik Permaisuri 03 - 91744024 di Cheras (depan HUKM) untuk temujanji dengan saya

      Delete
  47. assalam doktor..saya mmg pakai spek mata..seminggu dua ni..sy sakit kepala sebelah kiri..bila pakai spek mata rasa,pedih n berat utk melihat..bila cek mata..power hanya naik,25 shj n ada tambahan silau..adakah itu penyebab mata sy pedih berat,sakit bila melihat,dan sakit kepala..tq

    ReplyDelete
  48. assalam doktor..saya mmg pakai spek mata..seminggu dua ni..sy sakit kepala sebelah kiri..bila pakai spek mata rasa,pedih n berat utk melihat..bila cek mata..power hanya naik,25 shj n ada tambahan silau..adakah itu penyebab mata sy pedih berat,sakit bila melihat,dan sakit kepala..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Bergantung pada kerja yang dibuat. Jika selalu perlu lihat benda kecil atau depan PC power yang sikit itu perlu dibetulkan.

      Delete
  49. Hello doc..saya dpat tawaran untuk menjalani latihan fizikal&Pacaindera..untuk melayakkan saya menjadi polis..semua telah menepati syarat..kecuali pengelihatan saya..saya akui saya rabun jauh..dari darjah 5 smpai lah skrang sya msih pkai cermin mata..ape ptut sya buat?

    ReplyDelete
  50. Assalamualaikm doktor, ingin sy bertanya, sy sejak lahir kedua2 mata sy sentiasa keluar air jernih sehingga sy skrg berumur 24 tahun, sy x rasa sakit mata, mata pun x rabun dn x bertahi, tp sy cuma x selesa sebb air mata sentiasa keluar x kira panas, sejuk, sedih ataupun keadaan biasa, tp x keluar dgn byk, apa pndgn doktor

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Boleh buat rawatan canalisation untuk meredakan kedaan.

      Delete
  51. Assalamualaikm doktor, ingin sy bertanya, sy sejak lahir kedua2 mata sy sentiasa keluar air jernih sehingga sy skrg berumur 24 tahun, sy x rasa sakit mata, mata pun x rabun dn x bertahi, tp sy cuma x selesa sebb air mata sentiasa keluar x kira panas, sejuk, sedih ataupun keadaan biasa, tp x keluar dgn byk, apa pndgn doktor

    ReplyDelete
  52. Assalammualaikum doktor. Sudah hampir seminggu saya mengalami masalah flashes dan floaters pada mata kanan. Ia benar2 mengganggu dan menyebabkan saya mengalami sakit kepala. Pergerakan juga terbatas kerana gangguan floaters. Apakah penyebab terjadinya flashes dan floaters tersebut? Bagaimanakah untuk menghilangkannya? Harap doktor dapat bantu. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      dalam usia lanjut sekarang ni, viterous mencair dan akan menanggalkan pigment di retina. Terikan dari retina boelh menyebabkan nampak 'kilat' kat mata menghasilkan 'flashes'. Penanda ini memerlukan perhatian. Sila jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut

      Delete
  53. Assalamualaikum Doktor. Saya berumur 56 tahun dan pernah menjalani pembedahan di kepala pada tahun 2004 kerana ada tumor di pangkal otak. Akibat daripada pembedahan tersebut urat saraf mata kiri saya rosak dan mata kiri juga rosak. Kebelakangan ini saya sering pening kepala dan penglihatan menjadi semakin kabur. Apakah punca masalah ini ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH
      Perlu diperiksa. Jika puan berminat boleh hubungi D OPTOMETRIST di Bandar Tasik Permaisuri 03 - 91744024 di Cheras (depan HUKM) untuk temujanji dengan saya

      Delete
  54. Salam, kebelakangan ini mata saya sering berair dengan sendiri nya dan berasa pedih dan sedikit gatal2. Sy seorg yg rabun. Apakah nasihat doc bg masalah sy ini. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Ada pakai kanta lekap ke? atau mungkin kering ataupun ada alahan

      Delete
  55. Salam Dr. saya merupakan pelar dan berusia 22 tahu. saya sudah mengalami masalah mata hampir 3 tahun . saya pernah mendapatkan rawatan pakar dan pakar tersebut mengatakan permukaan mata saya macam menggerutu macam ada pasir dekat permukaan mata saya, disebabkan itu mata saya sentiasa berair sampai bengkak serta merah dan yang paling teruk saya tidak boleh elihat cahaya langsung even malam ( cahaya laptop pon x boleh). dia terjadi apabila saya terkurang tidur ataupun terlebih tidur. selain itu apabila saya memakai mask muka pon mata saya akan berair serta tak boleh tengok cahaya. saya risau dengan mata saya. Apakah masalah mata saya ini rabun? mohon penjelasan Dr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Perlu diperiksa. Besar kemungkinan mata kering dan salur airmat atersumbat. Jika puan berminat boleh hubungi D OPTOMETRIST di Bandar Tasik Permaisuri 03 - 91744024 di Cheras (depan HUKM) untuk temujanji dengan saya

      Delete
  56. Assalamualaikum prof ? saya pelajar di Tingkatan 5 . Saya ingin tanya , power saya dah mencecah 250 . Saya ingin memakai cermin mata semasa melihat apa yang ditulis di depan sahaja . Bolehkah saya memakai waktu itu sahaja ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Kena pakai selalu. Jika tidak power mata boleh naik lebih tinggi

      Delete
  57. As salam Dr.sy nak tnya mata kiri saya selalu berair dan mata saya cepat letih ..kenapa ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Mugkin ada rabun dan astig tak seimbang antara mata kanan dan kiri

      Delete
  58. salam prof saya dah lama rabun dr darjah 5 and now saya dah 23, betul ke kalau kita dah lama rabun mata hitam kita akan mengecil? sbb rmai kwn saya tegur mata hitam saya kecil tak sama mcm dulu boleh tahu kenapa prof?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLLAH

      Tak sepatutnya berlaku. Saiz tidak mengecil dengan rabun

      Delete
  59. Salam prof, saya rabun jauh dan pakai cermin mata, apabila saya pakai cermin mata saya nampak jauh tapi kabur apabila jarak dekat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Ini maknanya anda mengalami masalah rabun dekat juga. Perlu dibetulkan dengan kanta multofokal

      Delete
  60. Assalamualaikum Prof.,

    Saya mempunyai masalah penglihatan kabur di sebelah mata kiri seolah2 ada benda yang menghalang. Saya telah membuat ujian mata di dua buah kedai optometrist yang berlainan kerana saya menganggarkan saya mempunyai masalah rabun.

    Hasil pemeriksaan mata di kedua2 optometrist , mereka mencadangkan agar saya berjumpa dengan pakar mata kerana apa yang saya alami dikatakan tiada kaitan dengan masalah rabun. Mata kanan saya hanya mempunyai sedikit masalah silau..

    Buat masa sekarang mata kiri saya tidak dapat membaca walaupun dikedudukan dekat/jauh..penglihatan menjadi kabur..boleh detect warna dan bentuk sahaja. Mohon pandangan Prof.

    ReplyDelete
  61. assalamualikum prof..,

    anak saya berusia 6 tahun.. sejak kebelakangan ni anak saya sering mengadu pening kepala. bila dia mengalami pening kepala mata sebelah kiri dia akan merah seperti sakit mata.. lepas tu mata dia akan ok bila sakit kepala dia hilang.. kadang dalam 1 hari tu sampai 3 atau 4 kali dia dalam keadaan macam tu... saya dah bawa dia pergi klinik kebetulan dia selesama.. jadi doc cuba kata mugkin dia pening sb dia selesama.. tapi sebelum ni anak saya x pernah kena macam ni walaupun dia selesma n batuk.. minta pandangan prof... sb saya risau dengan keadaan dia.. dah belarutan nk masuk 2 minggu..

    t.kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH..maaf lambat respon

      Perlu juga periksa matanya utk rabun apabila anak sihat (tidak selsema)

      Delete
  62. Assalamualaikum prof,,

    Bahaya atau tak saya memakai cermin mata sejak tingkatan satu dan seakarang saya berumur 22,,,saya baru sedar eyelid mata saya jadi tebal,,disebabkan bebola mata saya keluar,,,jadi bebola mata saya menolak eyelid tersebut dan nampak tebal,,,,saya perasan perkara ini apabila mak saya menegur,,,boleh saya tahu apa sebabnya eh??adakah kerana saya mempunyai power yg tinggi???bila saya perhati kawan saya yg mempunyai power tingi mcm saya tidak berlaku mcm saya,,kadang2 saya tanya kwn saya mata saya nampk mcm bengkak ker,,,semua kwn saya cakap ya,,,ada yg cakap mata saya mcm t,,,,kadang2 mata saya nampak hodoh,,,jikalau mlm akan nampak lagi ketara,,,sampai semua org tegur yg mata saya nampak mengantuk,,,harap dr boleh balas,,,, tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH..maaf lambat respon

      Bukan disebabkan kuasa mata tapi mgkn disebabkan faktor lain seperti tiroid atau penyakit saraf yang lain. Perlu diperiksa segera.

      Delete
  63. Salam prof.dlm 2 bulan kebelakangan ini,mata sy terasa senak dan kadang2 rsa mcm ad angin je dlm mata..kedua2 ni kejap rsa kejap hilang.dan juga mata sy bertahi lebih kerap dr y sebelah.mata y bermasalah ini belah kiri.sy pakai kaca kaca mata.umur 27thn.dan krja byk mngadap pc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH..maaf lambat respon

      rasa senak boleh terjadi jika banyak mengadap PC, mata juga boleh jadi kering dan panas dan ini akan menyebabkan banyak tahi mata. Perlu diperiksa juga jika mata sedang engalami alahan atau tidak jika ianya kerap berlaku

      Delete
  64. hello prof..saya ada masalah kalau lihat objek dekat imej objek tu jadi 2 tapi kalau saya fokus nak lihat objek dekat tu imej objek yang jauh pula jadi dua..dan mata serta kepala saya sakit boleh bagi pencerahan prof

    ReplyDelete
  65. Salam doktor. Saya pesakit kencing manis dan ada masalah rabun jauh, dekat dan silau. Bru saja tukar power cermin mata sebelah kiri. Skrg mata sebelah kiri bila nak tengok sesuatu semcm ada tanda hitam di tgh2 pandangan, sekeliling ok. Bru arini terjadi selepas sakit kepala mlmnya.

    ReplyDelete
  66. Salam doktor. Saya pesakit kencing manis dan ada masalah rabun jauh, dekat dan silau. Bru saja tukar power cermin mata sebelah kiri. Skrg mata sebelah kiri bila nak tengok sesuatu semcm ada tanda hitam di tgh2 pandangan, sekeliling ok. Bru arini terjadi selepas sakit kepala mlmnya.

    ReplyDelete