APAKAH PENGGUNA TERLALU MUDAH
ATAU
PENJUAL YANG AMBIL KESEMPATAN
SENARIO: KEDAI SERBANIKALOKASI : DAMANSARA
TARIKH : 12hb JUN 2012
MASA : 06.30 petang
RUANG BINCANG:
POST: KANTA LEKAP
I was in a "kedai serbaneka" that sells a lot of
attractive and cheap goods tonite..somethg caught my eyes as I was standing
near to the cashier. Just below my eye level..there were boxes of coloured
contact lenses from Korea being displayed..the Malaysian should be aware and
know that contact lens is just like another medical device that needs to be
prescribed properly by an Optometrist, going through the comprehensive eye
examination before lenses can be fitted into your eyes. Complication may
happen. Please purchase your coloured contact lenses from optical outlets only.
Please convey this message to your family and friends.
COMMENTS:
Khairiah Abdul
Samad How do
i know wether i should get a spec or only a reading glass? Is is sufficient
just to be examined at the optical outlets? help! help!Tuesday at 11:51pm · Unlike · 1
Drhaliza Mutalib Jap...mana Optometrist semua nih..depa pakat tido awal ker? Meh
kekwn Optometris ...tlg bantu jap..Yesterday at 12:09am · Like
نور عزيزه
اسماعيل Liza
kau bagi warning tak kat pekerja kedai tu....kalau aku mmg selamba jer aku ckp
kat salesgirl tu..." dik, jual contact lens mcm ni salah di sisi
undang2"....Yesterday at 7:45am · Unlike · 1
Khairiah Abdul
Samad Drhaliza Mutalib,
cikgu2 sekarang dah rabun sbb hari2 kena ngadap komp nk key in marks n data.
Kalu taknak buat spec nk buat apa bg nampak balik? ataupun mmg fenomena 4
series ke aku ni?
Yesterday at 8:50am · Unlike · 1
Ruslinda Razak Skrg ni kt psr mlm pun de jual. Spe yg bli
mmg x sayang penglihatan depa.Yesterday at 9:12am · Unlike · 1
Drhaliza Mutalib Cik puan Khairiah Abdul
Samad..dah mmg tang usia kita ni dah kena bantuan reading
glasses..kena chek mata dulu...sama ada nak pakai reading glasses atau
multifocal bergantung pada ralat refraksi mata (power)...kedua duanya ada pro
and cons nya...optometrist will advise you accordingly with regards to your
lifestyle..Anugerah Tuhan tu...dah diusia hampir senja ni nak suruh tgk
jauuuuuh skittt...jgn dok pandang dekat jer...kalau suh pandang belakang lain
plak crita nya..nanti kita "story" lagi bila lepak kat Taiping
Sentral..Yesterday at 10:43am · Like · 2
Drhaliza Mutalib Tu ler Zah...I am no clear about the undang undang about selling
kanta lekap ni tanpa lesen profesional...maybe org Majlis optik boleh bantu
kot...setakat yang kita tahu kalau consumer ada masalah maka boleh dilapurkan
ke tribunal pengguna..Buat masa ni peranan optometris adalah untuk mendidik
pengguna...
Yesterday at 10:47am · Like · 1
Drhaliza Mutalib Ruslinda Razak;
Ehmm..betul tu...merata dah ada..kalau tanya balik nape kanta yg dijual kat
pasar malam tu murah jer mesti ada sebabnya kan? Jadi sayangilah mata anda...Yesterday at 10:48am · Like · 1
Khairiah Abdul
Samad Thnks
ya Mi. Cepat skit balik lepak i nak check ngan u jugak
Berikut adalah sedikit petikan:-
KESELAMATAN KANTA LEKAP KEPADA PENGGUNA
WRITTEN BY MOHANA PRIYA
WEDNESDAY, 07 SEPTEMBER
2011 10:23
Kanta lekap
merupakan kanta yang digunakan untuk tujuan memperbaiki penglibatan, sebagai
kosmetik ataupun kanta terapeutik yang biasanya diletakkan pada kornea mata.
Kini ia
berfungsi sebagai salah satu produk yang paling penting yang mesti dimiliki
oleh kebanyakan pengguna di seluruh dunia. Sesetengah pengguna mungkin berasa
lebih yakin apabila memakai kanta lekap, malah sesetengah orang pula berasa
lebih selesa dan boleh bergerak secara mudah tanpa sebarang sekatan atau halangan.
Terdapat
pelbagai jenis kanta lekap di pasaran untuk memenuhi keperluan yang berbeza.
Contohnya, kanta lekap yang berfokus dua menawarkan penglihatan yang jelas pada
pelbagai dan kanta lekap pakai buang harian yang boleh dibuang pada waktu malam
selepas digunakan.
Terdapat juga
kanta lekap berwarna yang lazimnya popular dalam kalangan generasi muda. Tidak
kira apa jua kanta lekap yang anda gunakan, aspek keselamatan kanta lekap tidak
boleh ditolak ansur.
Sehingga tahun 2010, pasaran kanta lekap lembut telah dianggarkan sebanyak 5.3 bilion (Professional Eye Care Journal Contact Lens Spectrum, January 2010). Dengan jutaan individu yang memakai kanta lekap, walaupun terdapat peratusan kecil yang mengalami kemudaratan, ia boleh membawa kepada masalah kesihatan awam yang utama. Antara kesulitan biasa akibat daripada kanta lekap adalah radang, kerengsaan, kegatalan, serta kemerahan. Berkemungkinan besar jangkitan organisma mikro akibat daripada memakai kanta lekap tanpa pembersihan dan disinfeksi yang betul, retakan kecil ataupun melecet pada kornea akibat daripada benda asing ataupun tekanan kornea yang berlebihan boleh menyebabkan jangkitan pada kornea.
Di sesetengah negara, kebanyakan kanta lekap dikawal selia oleh Bahagian Peralatan Perubatan, di bawah Kementerian Kesihatan. Pada tahun 2010, terdapat isu tentang beberapa kanta lekap yang berjenama yang dipanggil balik daripada pasaran disebabkan oleh aduan daripada pengguna. Kanta lekap tersebut dikatakan boleh menyebabkan sakit mata dan ketidakselesaan kepada pengguna. Kanta lekap yang dikilangkan itu dikatakan mempunyai masalah semasa proses bilasan pada jangka masa yang tertentu pada barisan pengilangan yang tertentu. Syarikat-syarikat yang gagal melaksanakan Amalan Pengilangan Baik (GMP) dalam pengeluaran produk mereka boleh menyebabkan produk yang tidak sempurna atau mengalami kecacatan. Pelaksanaan standard GMP yang asas adalah amat penting untuk memastikan produk itu dihasilkan dengan cara yang selamat.
Selain daripada standard GMP yang asas, Jabatan Standard Malaysia telah membangunkan Standard Malaysia bagi MS ISO 14729:2009- Ophthalmic optics- Produk kanta lekap- Keperluan mikrobiologi dan kaedah ujian untuk produk dan regimen bagi pengurusan kebersihan kanta lekap. Dokument Standard Malaysia ini menetapkan dua kaedah ujian untuk menilai aktiviti antimicrobial produk supaya dapat dipasarkan untuk pembasmian kuman kanta lekap melalui bahan kimia dan bagi produk yang sebahagian daripada regimen penjagaan kanta lekap.
Setiap negara mungkin mempunyai keperluan dan kriteria standard yang berbeza dari satu negara yang lain. Ini kadangkala boleh menyebabkan kesukaran kepada pengeluar and pengimport dan boleh menybabkan kekeliruan. Oleh itu, Organisasi Standard Antarabangsa, ISO, telah membangunkan satu standard baru iaitu standard ISO 14531: 2011, Ophthalmic optics- Contact lenses and contact lens care products- fundamental requirements. Standard ini merupakan edisi ketiga dan yang telah diperkemaskan untuk menjadikannya selaras dengan perkembangan industri ini. Standard ini juga menentukan spesifikasi keselamatan dan penilaian risiko, spesifikasi reka bentuk, penilaian mikrobiologi, pelabelan, pembungkusan, dan tarikh luput. Standard ini juga dikatakan dapat membantu pihak penguatkuasa di sesbuah negara yang ingin menyelaraskan keperluan dan pematuhan dari segi internasional dan untuk menggalakkan perdagangan antarabangsa. Pihak pengguna pula dapat manfaat dari segi pelabelan yang lebih jelas dan mudah faham dan selaras dengan kanta lekap yang dijual di mana- mana negara.
Berdasarkan penerbitan Contact Lens Spectrum, pada tahun Januari 2003, hampir 100 juta orang di seluruh pelusuk dunia memakai kanta lekap, dan jumlah terbesar golongan pemakai kanta lekap adalah di Amerika Utara (36 juta), diikuti dengan Asia (24 juta), termasuk Jepun (14 juta) dan Eropah ( 20 juta). Angka ini dijangka akan meningkat menjelang tahun 2020. Ini jelas menunjukkan bahawa industri kanta lekap akan terus berkembang. Keperluan untuk mematuhi standard ini sangat penting kerana ia merupakan faktor yang penting dalam perniagaan. Standard yang telah dinyatakan di atas boleh digunakan oleh pengeluar untuk menghasilkan produk yang selamat dan berkualiti tinggi untuk kegunaan pengguna. Disebabkan standard ini diambil daripada standard ISO, maka pengeluar mempunyai kelebihan untuk memasarkan produk di peringkat antarabangsa. Apabila sebuah syarikat memastikan standard keselamatan dipatuhi sepanjang masa semasa proses pengeluaran kanta lekap, risiko kerosakan dapat dikurangkan, sekaligus ini mewujudkan keyakinan pengguna untuk membeli produk mereka.
Pengguna perlu ingat bahawa membeli kanta lekap yang mahal dan berjenama tidak semestinya akan menjamin keselamatan. Kebersihan diri dan penjagaan yang betul juga diperlukan untuk mengelakkan risiko jangkitan ataupun kecederaan pada mata. Selain itu, terdapat pengguna yang membeli kanta lekap di pasar malam dengan harga yang murah. Pasar malam mempunyai risiko menjual produk-produk yang ada kalanya tidak diperakui atau dibenarkan oleh pihak berkuasa. Bagaimanapun produk-produk ini berjaya menyelinap ke dalam pasaran dan pengguna sering berisiko membeli produk tersebut. Oleh itu, adalah disyorkan bahawa produk-produk tertentu seperti kanta lekap perlu dibeli di kedai-kedai yang diberi autoriti dan mendapat khidmat nasihat daripada profesional.
Mohana Priya
Persatuan
Pengguna-Pengguna Standard Malaysia
Pengguna kanta lekap kena
buat pemeriksaan
KUALA LUMPUR: Semua pengguna kanta lekap yang mengalami sakit mata, terutama yang menggunakan cecair pencuci kanta lekap serba guna digesa mendapatkan rawatan segera di pusat perubatan.
Kementerian Kesihatan, dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, turut meminta semua hospital dan klinik di negara ini agar segera melaporkan jika berlaku sebarang kes jangkitan mata akibat penggunaan sejenis cecair pencuci kanta lekap kepada jabatan perubatan, Pengarah Perubatan Negeri atau bahagian kawalan penyakit Kementerian Kesihatan.
“Kementerian terpaksa mengambil langkah ini sebagai tindakan berwaspada dan berjaga-jaga berikutan laporan mengenai berlakunya masalah jangkitan kulat terhadap mata di Singapura dan Hong Kong yang dipercayai mempunyai kaitan dengan penggunaan sejenis cecair pencuci kanta lekap serba guna
“Kementerian juga sudah mengarahkan syarikat terbabit melakukan siasatan terperinci terhadap masalah yang berlaku.
“Ini bertujuan untuk mengenal pasti punca kejadian luar biasa serangan kulat membabitkan penggunaan kanta lekap atau ‘fungal keratitis’ ini, selain mencari langkah yang boleh diambil untuk mengatasinya.
“Beberapa pengeluar dan pembekal cecair pencuci kanta lekap dan yang lain juga diarah membuat pemeriksaan serta melakukan kajian terhadap produk masing-masing bagi mengesahkan kepada kementerian Kesihatan bahawa ia selamat digunakan,” katanya.
Menurut kenyataan itu, Hospital Tun Hussein Onn melaporkan 14 kes jangkitan fungal keratitis disebabkan spesies kulat jenis Fusarium antara Januari 2005 hingga Februari ini.
Sebagai langkah berjaga-jaga dan berwaspada, semua pengguna kanta lekap dinasihatkan mematuhi semua prosedur keselamatan yang disyorkan
Mereka juga diminta merendam kanta lekap semalaman di dalam cecair pencuci sebelum digosok dengan menggunakan jari dan dibilas dengan teliti..
Bekas menyimpan kanta lekap juga perlu ditukar sekurang-kurangnya tiga bulan sekali manakala pengguna kanta lekap pakai buang pula diminta jangan menggunakannya melampaui tarikh lupus yang sudah disyorkan.
Pengguna kanta lekap juga harus berhenti menggunakannya jika mata bertukar kemerahan, pandangan kabur atau sakit mata dan segera mendapatkan rawatan doktor atau pakar. Sebagai alternatif, orang ramai boleh menggunakan kaca mata buat sementara.
Di Singapura, seramai 22 pengguna kanta lekap dilaporkan mengalami masalah jangkitan dikenali fungal keratitis, termasuk 21 daripada mereka yang dikatakan menggunakan sejenis cecair pencuci untuk mencuci kanta lekap pakai buang masing-masing.
bharian.com.my
Thursday, March 16, 2006
anak mata saya kemerah2an akibat memakai kanta lekap.mugkin air kanta lekap sudah di jangkiti kuman..apa cara sya untuk mengelakkan daripada menjadi lebih derius.
ReplyDeleteSALAM SEJAHTERA
DeleteSekiranya mata sudah kemerah merahan akibat pemakaian kanta lekap, pertama nya kanta lekap harus di tanggalkan segera, Masalah Infeksi memerlukan rawatan antibiotuik untuk sembuh. Setelah sembuh kanta lekap tersebut perlu dibuang dan diganti dengan yang baru. Larutan kanta lekap harus dibuang selepas 3 bulan (ikut rekomendasi pengilang). Kontaminasi boleh berlaku melalui larutan kanta lekap atau juga bekas kanta lekap. Kanta lekap yang lama terendam juga berisiko tinggi untuk menyebabkan infeksi. Larutan disinfeksi rendaman kanta harus ditukar setiap 2 hari untuk mengelakkan kontaminasi. Sekiranya telah lama tidak dipakai, pencucian sepenuhnya perlu dilakukan sebelum memakainya semula.