Pages

Thursday, June 7, 2012

SE JARAK MATA

Mata mengatur cahaya
cahaya mengukur jarak
mataku tak mengenal matamu
jarak adalah matahariku
jauh tak terjangkau


Mataku melihat matamu
jarak adalah bintangku
jauh memukau kalbu
dan mataku meresapi matamu
jarak adalah bulanku
hangat dalam dakapanku


Matamu adalah mataku
jarak adalah gelapku
hanya aku dan rasamu berpadu
matamu keluar dari mataku
mataku terbit dari pancaran matamu
jarak adalah nerakaku
tak mampu aku garapkan
jarak adalah syurgaku
tak mampu aku bayangkan
MATA - NOORKUMALASARI

SAYANGILAH MATA ANDA
Pakar Optometris
Program Optometri & Sains Penglihatan
Fakulti Sains Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment