MAKLUMAT AM
SEGMEN KENALI MATA ANDA 2
RAWATAN MATA RABUN
1. Memakai cermin mata
2. Memakai Kanta Lekap @ Kanta Sentuh
3. Rawatan lain:
a. Pembedahan refrakatif seperti LASIK
(Hanya untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas)
b. Orthokeratology
(Pembentukan kornea menggunakan kanta sentuh khas)
Kanta Ortho K atas kornea
Permukaan kornea diubah bentuk
RABUN MATA
RABUN antara masalah penglihatan yang paling biasa berlaku kepada semua peringkat umur dalam masyarakat. Kini, masalah rabun juga sering dialami kanak-kanak sebelum tibanya usia persekolahan lagi. Pun begitu, tidak perlu bimbang kerana terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk membantu memperbaiki tahap penglihatan.
Jenis rabun
Terdapat dua jenis masalah rabun iaitu rabun jauh dan rabun dekat. Rabun jauh ialah keadaan di mana seseorang tidak dapat melihat objek yang jauh dengan jelas, tetapi dapat melihat objek dekat dengan jelas.
Perkara sebaliknya berlaku pada individu yang mengalami rabun dekat iaitu objek yang dekat kelihatan kabur, tetapi objek jauh pula boleh dilihat dengan jelas. Beberapa gejala kanak- kanak yang mengalami rabun jauh dapat dikesan dengan mudah.
Selalunya mereka akan membaca buku pada jarak dekat dan apabila melihat objek yang jauh, seperti televisyen, mereka akan mengecilkan kedua-dua mata supaya objek itu kelihatan lebih jelas.
Punca Rabun Jauh
Setakat ini, tiada teori tepat mengenai punca berlakunya rabun jauh. Bagaimanapun, faktor keturunan mempunyai pengaruh terhadap berlakunya rabun jauh.
- Kemungkinan seorang anak yang ibu bapanya menghidap rabun jauh untuk mengalami masalah sama ialah 40 peratus.
- Ada teori mengatakan, rabun jauh berlaku jika seseorang gemar membaca pada jarak dekat.
- Sesetengah pakar lain pula mengatakan, kerana rabun jauhlah seseorang itu membaca pada jarak dekat.
- Rabun jauh bukan sejenis kecacatan. Sebenarnya struktur mata orang yang rabun jauh adalah normal.
- Apa yang berlaku ialah, biji mata mereka lebih besar dan panjang berbanding orang yang tidak rabun.
- Imej yang masuk ke dalam mata tidak dapat difokus dengan tepat ke atas retina, tetapi terfokus pada kedudukan di depan retina.
- Situasi ini dapat diumpamakan dengan perbezaan manusia berambut lurus dan berambut kerinting, ada yang bercermin mata dan ada yang tidak bercermin mata.
- Tahap kerabunan tidak bertukar atau bertambah akibat cermin mata selalu dipakai.
- Sebenarnya, sama ada cermin mata dipakai atau tidak, tahap kerabunan akan meningkat setiap enam bulan di mana kuasa cermin mata harus ditukar.
- Ini satu proses semula jadi yang dialami individu yang rabun. Penambahan tahap kerabunan berlaku sehinggalah individu berkenaan mencapai usia dewasa iaitu apabila meningkat umur 18 hingga 25 tahun.
- Oleh itu, adalah penting memastikan kanak-kanak rabun memakai cermin mata untuk memberi keselesaan dan menentukan mereka dapat melihat sejelas mungkin di sekolah.
- Faktor pemakanan tertentu memainkan peranan dalam tahap kesihatan mata. Tidak dapat dinafikan, vitamin A diperlukan dalam proses biokimia di dalam retina mata.
- Namun, ini tidak bererti vitamin A dapat mengubat kerabunan, seperti mana dilakukan kebanyakan ibu yang memberi anak mereka makan sayur lobak merah dengan harapan masalah kerabunan itu akan hilang. Ini merupakan satu usaha yang tidak memberi manfaat.
Rabun dekat
Apabila seseorang itu rabun dekat, otot mata mereka harus bekerja kuat untuk memfokuskan objek ke atas retina.
Jika usaha ini terlalu kuat, akan terjadi tanda seperti kekaburan, sakit di atas kening dan mata yang selalu letih dan berair, terutama selepas membuat kerja yang menggunakan penglihatan dekat seperti menjahit dan membaca.
Kanak-kanak yang rabun dekat berkemungkinan mempunyai daya tumpuan yang singkat. Mereka juga mungkin menjadi juling.
Apakah kaitan di antara rabun dekat dan presbiopia? Mereka yang bermasalah rabun dekat atau hiperopia menghidapi presbiopia pada umur lebih muda iaitu sebelum 40 tahun berbanding mereka yang tiada masalah ini.
Seperti rabun jauh, rabun dekat juga dapat dirawat dengan memakai cermin mata atau kanta lekap.
Kadang kala, sebilangan kanak-kanak yang menghidap rabun dekat dapat memulihkan masalah kejulingan mata selepas memakai cermin mata.
JIKA RABUN MATA TIDAK DI RAWAT, ANDA MUNGKIN AKAN MENGALAMI:
1. Kecacatan Penglihatan yang akan menyebabkan masalah pembelajaran
untuk kanak-kanak
2. Tahap rabun mata akan terus meningkat
3. Terjadinya Mata Malas ( amblyopia)
.....bersambung ke segmen 3
salam Dr..
ReplyDeletesaya dah lama pakai cermin mata..dari darjah 3 lagi..
dah sekarang saya ingin membuat pemeriksaan terhadap mata saya kerana power cermin mata hampir cecah 1000..
saya risau jika ada masalah pada mata saya dikemudian hari..
jika saya pergi ke pusat2 pemeriksaan mata, apa yang akan dilakukan..??harap Dr dapat bantu saya..
terima kasih
double29lynn@gmail.com
SALAMULLAH
ReplyDeletePerkara utama yang akan dilakukan selain dari mendapatkan ralat refraksi yang optimum adalah memeriksa di bahagian belakang mata iaitu fundus. Pemeriksaan ini penting kerana mata yang mempunyai kuasa miopia yang tinggi mempunyai risiko Retinal detachment ataupun Penanggalan Retina. Anak mata mungkin akan di besarkan (dilate) dengan ubat titis dan lain lain ujian seperti tekanan dalam mata juga akan dilakukan.
Tanda utama bagi mereka yang berkuasa tinggi yang harus di ambil perhatian adalah jika terdapat apungan hitam dalam kuantiti yang banyak dan saiz yang besar dan juga cahaya kilat berlaku dalam mata. Ini merupakan tanda bagi retinal detachment. Jangan panik. Baring dan minta di hantar ke bahagian kecemasan hospital. Sekiranya tanda tanda ringan sahaja berlaku, pemantauan doktor mata amat perlu sebagai langkah berjaga jaga.
salam DR
ReplyDeleteperlukah saya mengunakan cermin mata , tahap kerabunan mata sya adalah rabun jauh . Di sekolah,saya duduk di belakang sekali dan mata saya tidak jelas ketika menulis apa yang ditulis oleh cikgu yang mengajar . Soalan saya sekarang , jika saya mengunakan cermin mata , adakah ianya akan menjejaskan mata saya dan berapakah power yang ditambah selepas 6 bulan ? saya mengunakannya jika menulis apa yang tercatat di papan tulis sahaja , dan di rumah saya tidak mengunakannya . .
SALAMULLAH
DeleteSekiranya anda ada rabun jauh pada usia muda, anda harus pakai cermin mata untuk merawat kerabunan. Jika tidak mata yang stres akan menyebabkan rabun makin teruk. Dari hasil kajian didapati kuasa mata boleh bertambah sebanyak 0.23D setiap tahun dan ini berlaku mengikut fator genetik dan persekitaran. Harus menggunakannya setiap masa kerana dengan tidak memakai cermin mata tidak boleh menyebabkan mata kurang rabun malah lebih tinggi rabunnya nanti.
as salam doktor. t kasih, entry yg sgt menarik. saya ada pertanyaan.sy seorang pelajar uni, sejak dri ting 5 lagi saya ada masalah untuk melihat tulisan guru dan slide di depan. semua tulisan pecah dan kabur. baru2 ni saya ada cek. tahap rabun mata kiri sy -0.75 dan kanan -0.55. silau pula 0.25 untuk dua. perlukah sy memakai cermin mata. mohon pencerahan segera. tq :)
ReplyDeleteSALAMULLAH
ReplyDeleteYa sekiranya anda masih "banyak" menggunakan mata untuk belajar. Sekiranya tidak dipakai ada kemungkinan kuasa rabun tersebut akan meningkat dengan cepat. Ataupun anda akan kerap mengalami sakit kepala akibat mata menjadi letih untuk membetulkan ralat fokus,
Salam doktor....saya ade masaalah rabun jauh..jika saya tidak memakai spek mata adakah rabun sya akan bertmbah.
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteBergantung pada umur. Sekiranya sudah dewasa kebarangkalian untuk naik tidak secepat kanak kanak. Namun rabun boleh menjadi lebih teruk sekiranya tak memakai cermin mata
Assalammualaikum Dr.
ReplyDeleteTahniah atas kewujudan blog ini. very helpful info. My eldest aged 11, girl, power 450 dan 2nd boy, aged 9, power 400 & silau 220. baru saja buat spek baru. every year mmg saya tukar spek mereka dan is it normal kalau power tu increase about 100 - 150 utk age mereka? Terima kasih banyak.
SALAMULLAH
DeleteTahniah juga kerana telah manjadi ibubapa yang sangat prihatin terhadap penjagaan mata anak anak. Kebiasaannya penambahan lebih dari 150 boleh disyaki mengalami pathological problems.
Salam PROF, sy nk tnya..sy mi brumur 25 tahun..dan seorang yg mempunyai masalah silau kiri 200, silau kanan sratus lebih, rabun kanan seratus lebih , rabun kiri seratus lebih..saya ada memakai cermi mata, tetapi sy jarang pakai..sy hanya memakai ketika blja dan bwa kereta sahaja..adkh dari sbb sy jarang pakai kacamata..tahap rabun dan silau sy semakin naik?
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam Doctor,
ReplyDeleteSaya mempunyai rabun jauh disebelah kanan sebanyak 175 dan kiri rabun silau sebanyak 125. Adakah ini perlu untuk saya memakai spek mata?tiadakah rawatan/kaedah lain untuk mengubati rabun ini? dan saya ingin kepastian doktor, jika tidak memakai spek, betul kah power akan makin meningkat? saya berumur 28 tahun..
SALAMULLAH
DeletePerlu pakai cermin mata, kuasa mata anda signifikan. Jika tidak pakai spek bertahun lamanya boleh menyebabkan ambliopia atau lazy eyes.
Salam doctor,
ReplyDeleteSaya berumur 14 thn ..dan power cermin mata saya ingin mencecah 1000 ..apakah yang perlu saya lakukan? Saya takut pada ujian PT3 saya nanti akan terganggu kalau power sudah melebihi 1000
SALAMULLAH
DeletePower bukanlah ukuran kepada penglihatan yang baik. paling penting tahap penglihatan atau akuiti visual (VA) adalah baik iaitu hampir pada 6/6. Sekiranya VA adalah 6/6 tidak perlu risau power mata.
Salam doktor.. smlm sy ade wt check mata dan mata kanan sy 0.25 silau dan mata kiri 0.25 silau dgn rabun. .perlu ke sy pakai cermin mata
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteBergantung pada keperluan anda. Sekiranya diadapati pembetulan silau itu membantu anda melihat dengan lebih terng dan selesa, pemakaian adalah disyorkan. Tambahan juga sekiranya banyak buat kerja komputer dan memandu, adalah lebih baik pakai kerana adakalanya boleh sebabkan mata berair dan sakit kepala.
Assalamulaikum... Doktor.. Sye ada buat pemeriksaan mata tempoh hari.. Tahap rabun mata kiri saya 175,, kanan pula 125.. Manakala silau saya 125.. Adakah tahap rabun silau saya sudah teruk..??
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteAnda seharusnya sudah memakai kaca mata. Jangan tangguhkan.
saya nak Tanya kalau left 0.75/0.25 x 45 adakah perlu pakai cermin mata
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteMemakai atau tidak bergantung pada keperluan tugasan si pemakai.
Assalam doktor.
ReplyDeleteSy ada masalah rabun jauh sejak mengandung anak pertama 6 tahun lepas dan sehingga sekarang power cermin mata hanya naik 50 dari 100. masalah saya, bila sy guna cermin mata utk rabun jauh, sy tidak boleh menulis dan membaca. tetapi jika menulis tanpa cermin mata juga penglihatan sy kabur. perlukah sy berjumpa pakar utk masalah ini? umur sy tahun ini 32 tahun.
SALAMULLAH
DeleteAnda mungkin mengalami accommodation insufficiency dan/atau juga convergence insufficiency.. perlu diperiksa lebih lanjut kerana lama kelamaan mata boleh menjadi semakin lemah.
Hello doctor, saya baru seja melakukan pemeriksaan mata. Keputusan untuk mata kanan (SPH -2.25) (CYL 0.25) (AX 89) , mata kiri (SPH -2.50). Saya cuma ingin tahu adakah rabun sya ini tinggi? Sebab sya tak tahu cara nak faham result mata ni ��.
ReplyDeleteAnda mempunyai rabun yang sedang tinggi tapi perlu pakai cermin mata. Anda juga mempunyai silau sedikit pada mata kanan.
DeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteMata sy akan berdenyut kuat sebelah kiri serta akan sakit kepala dan tengkuk pada pukul 10 pagi setiap hari. Kadang2 sampai rase pening yg teramat. Sy ade rabun jauh tapi tak pakai cermin mata. Ape puncenye ye prof.? Sebab silau cuace yg tga panas sekarang ke. Terima kasih
SALAMULLAH
DeleteJika ada rabun dan tidak pakai cermin mata, makan akan strain untuk lihat jelas maka ini boleh menyebabkan saraf terlebih ransang dan menyebabkan sakit kepala. Perlu pakai cermin mata.
Assalam doctor..saya ingin bertanya..adakah seorang yg mempunyai masalah astigmatism perlu memakai spek mata setiap masa?dan adakah kesan jika selalu tidak memakainya?terima kasih doo..:)
ReplyDeleteSALAMULLAH
ReplyDeleteSilau boleh menyebabkan sakit kepala. Adalah lebih baik pakai setiap masa terutamanya jika silau adalah tinggi.
Assalam Dr baru-baru ini sy ada buat pemeriksaan mata, keputusannya right (S: 1.00) (C: 0.25)(A: 170) manakala left (S: +5.50)(C: -0.75) (A: 0.25) adakah keputusan memerlukan saya untuk berkaca mata? Sy punya SE kanan +1.00 dan kiri +5.25
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteUntuk power seperti ini perlu rawatan kanta lekap. cermin mata tidak berapa sesuai kerana perbezaan kanta terlalu berbeza. Boleh menghubungi saya jika berminat Dstream Optometrist Visioncare, NO 5, JALAN DWITASIK, BANDAR SERI PERMAISURI, BANDAR TUN RAZAK, CHERAS, KUALA LUMPUR.
Dr sy nk tnya belah Kiri mata saya -123 kanan hnya -50...perlu ke saya memakai cermin mata
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteJika usia anda masih muda (belajar) terutamanya, anda harus memakai cermin mata jika tidak kuasa mata akan bertambah dengan kadar yang lebih cepat
Assalamualaikum dr. Saya nak tanya ada x kaedah untuk kurangkan rabun mata
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteKaedah? Tiada. Kita hanya mampu kawal progresi kuasa mata. Salah satu caranya adalah memakai kanta optikal yang berkualiti tinggi.
Doktor, saya mempunyai rabun jauh dan power untuk kedua-dua mata adalah 200+ lebih tetapi saya berasa pelik kerana saya boleh melihat perkataan/objek dari jarak jauh dengan jelas. Bukan kah sepatutnya penglihatan saya akan kabur?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteKuasa 200 tu bermakna pada jarak tertentu sahaja penglihatan menjadi kabur bukanlah maksudnya semua pandangan kabur terus.
salam doktor, boleh ke saya jadi buta disebabkan rabun jauh?
ReplyDeletepower cermin mata saya semakin meningkat setiap tahun. saya sudah 10 tahun memakainya.
saya takut kalau terjadi apa2 :'(
SALAMULLAH
DeleteTidak semestinya boleh jadi buta tetapi harus berwaspada jika terlihat apungan hitam yng besar (floaters) dalam mata atau kilat/cahaya,,,kebutaan boleh disebabkan oleh retina tertanggal/koyak.
Salam doktor. Perlukah sy mnggunakan cermin mata jika mnghadapi silau knan dan kiri 50/50. Memandang sya tidak mnghadapi masalah rabun langsung tq.
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeletePower silau sedikit sahaja. Jika ada keperluan dalam penglihatan boleh dirawat dgn cermin mata.
Salam doc..
ReplyDeleteSaya berumur 14 thun
Sy nk tanya..skrg ni saya sering sakit kepala..dan jika saya tgh study dlm class ,,sy mmg xbleh pndang arah luar kls krana mata sy akn sakit/senak..adakah perlu saya mmakai cermin mata dan perlukah saya pegi check dkt pakar optik tntg mata saya ni ?
SALAMULLAH
DeletePerlu periksa mata sebelum dapat ditentukan punca kekaburan.
SALAM DR...
ReplyDeletesaya berumur 31tahun..saya mempunyai masalah rabun dekat pendam dimana saya perlu menggunakan power plus..saya selalu sakit kepala kekadang berdenyut disebelah mata..baru ni saya membuat pemeriksaan mata power saya naik mendapat dr +100 ke +200...saya juga membuat spek lain dengan cermin untuk melihat komputer...apakah punca rabun dekat pendam?boleh terangkan saya secara detail berkenaan ini kerana saya sangat kurang pengetahuan berkenaan ini?..buat pengetahuan dr juga saya bekerja sebagai kerani dimana lebih kurang 9jam menggunakan komputer dan juga melihat dokumen yg agak banyak..adakah ini menjadi faktor kepada masalah mata saya?bagaimana caranya supaya power saya tidak naik banyak?
Terima Kasih
Salam Doctor, saya mengalami rabun jauh. saya memakai kaca mata ketika membaca.saya ingin bertanya apakah mempunyai kesan kepada mata saya kerana saya memakai kaca mata rabun jauh walaupun saya tidak mengalami rabun dekat? Kemudian,ada yang mengatakan perlu melihat objek jauh setelah membaca pada masa tertentu. Adakah perlu saya melihat dalam keadaan berkaca mata atau tidak?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteJika anda ada rabun jauh, pakai cermin mata untuk rabun jauh dan tak perlu buka untuk lihat dekat. Melihat benda jauh semasa tekun melakukan kerja dekat amat digalakkan untuk mengatasi kekejangan akomodasi mata.
Assalamualaikum dr. Sy nurul 17 tahun. Pd tahun lepas power spec sy adalah 500+ dan dan pd tahun ini power sy naik mendadak iaitu kini power mata sy 1300++ . Sy sgt risau dgn keadaan ini. Sy bimbang jika mata sy mmpnyai pnykit sperti gloukoma. Apa pandgn dr tntg tahap kerabunan sy ini?
ReplyDeleteAssalamualaikum dr. Sy nurul 17 tahun. Pd tahun lepas power spec sy adalah 500+ dan dan pd tahun ini power sy naik mendadak iaitu kini power mata sy 1300++ . Sy sgt risau dgn keadaan ini. Sy bimbang jika mata sy mmpnyai pnykit sperti gloukoma. Apa pandgn dr tntg tahap kerabunan sy ini?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteSekiranya kuasa mata naik lebih 3 steps (150) maka ini dianggap pathological myopia. Perlu periksa di pakar mata hospital untuk diagnosis.
Assalamualaikum doktor.. Saya rabun jauh... Pertanyaan saya apakah kesan kalau pakai kaca mata dan berselang seli pakai contact lens.. Adakah power akan bertambah atau ada risiko yg bahaya... Ada x cara untuk kurangkan rabun..
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteTiada kesan menggunakan cermin mata dan kanta lekap berselang seli. Ianya tidak akan menyebabkan kenaikkan kuasa mata. Buat masa ini tiada cara lagi untuk kurangkan rabun.
Asslmkm doktor, sebelom ni saya x pernah check mata..tp semlm saya pergi cek mata didapati saya rabun jauh.. Kanan -1.25 , kiri -2.50 -0.25x135 jadi adakah degree mata saya tinggi dan perlu memakai cermin mata sepenuh masa atau tidak.
ReplyDeleteAsslmkm doktor, sebelom ni saya x pernah check mata..tp semlm saya pergi cek mata didapati saya rabun jauh.. Kanan -1.25 , kiri -2.50 -0.25x135 jadi adakah degree mata saya tinggi dan perlu memakai cermin mata sepenuh masa atau tidak.
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteYa perlu pakai sepanjang mata, kuada mata anda adalah sederhana.
Asslmkm doktor, sebelom ni saya x pernah check mata..tp semlm saya pergi cek mata didapati saya rabun jauh.. Kanan -1.25 , kiri -2.50 -0.25x135 jadi adakah degree mata saya tinggi dan perlu memakai cermin mata sepenuh masa atau tidak.
ReplyDeleteAs Salam doctor, power mata saya sebelum ini ialah 400R, 350L, but that was 13 years back..last month saya pergi check power mata saya because of my eyesight are not clear. after being checked, the power was increased to 550R. 500L, is it normal?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteYes it is normal sebab dah terlalu lama tak check.
Salam Dr , power spec saya mencecah 1300+ di sblh kiri dan 1250+ di sblh kanan . Berdasarkan pengetahuan dr , masihkah blh lagi utk saya membuat pembedahan lasik . Terima kasih
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteTidak dicadangkan untuk buat LASIK.
Assalam Dr, Anak perempuan saya berumur 1 tahun 7 bulan. Anak saya dilahirkan awal pada kandungan 8 bulan dengan berat 1.5 kg. Masalah sekarang anak saya mengalami rabun dekat. Ada tak cara2 untuk merawatnya & adakah penglihatan anak saya akan kembali normal mengikut pembesaran nya.Terima kasih.
ReplyDeleteSALAMULLAH
Deleteberapa powr rabun dekat? semua bayi akan ada power rabun dekat dan biasanya kita pantau sahaja jika powernya adalah dalam julat normal. Kebiasaanya power ini akan hilang bila bayi mula meningkat usia.
salam doktor,
ReplyDeletesaya ada masalah silau ketika memandu samada siang atau malam. mata sangat sensitif kepada cahaya, sehingga mengakibatkan sakit kepala. masa bekerja, kadang2 mata seolah lari fokus sampai penglihatan menjadi kabur. saya melihat objek/tulisan yang jauh kabur dan kembang. adakah ini rabun? jika tidak, apakah punca nya?
SALAMULLAH
DeleteBesar kemungkinan adalah rabun. Perlu periksa mata dahulu. Jika anda perlu bantuan boleh hubungi D'Optometrist Telefon 03-91744024 Bandar Tasik Permaisuri Cheras. Saya akan cuba bantu anda.
Salam doktor sya Nak Tanya.jika sya Ada sea lah kanan sya rabun silau0.25 Dan kiri trdpt rabun 0.25 Dan rabun silau 0.50 perluka sya memakai kaca mata
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteTidak perlu kecuali saudara ada simptom rabun dan sakit kepala bila buat banyak kerja menggunakan mata.
Assalamualaikum . Saya berumur 14 tahun . Last saya check mata tahun lepas .. 350+ . Sekarang saya cuba amalkan lobak untuk kurangkan rabun . Adakah akan terdapat perbezaan jika semasa saya amalkan lobak saya memakai semula cermin mata saya? adakah lobak itu akan bantu kurangkan power saya walaupun saya memakai cermin mata power 350 tu?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteTidak. Pemakanan lobak adalah untuk kesihatan mata dan bukan rabun. Masih perlu memakai cermin mata.Jika anda perlu bantuan boleh hubungi D'Optometrist Telefon 03-91744024 Bandar Tasik Permaisuri Cheras. Saya akan cuba bantu anda.
anak saudara saya berumur 7 tahun. bila pergi cek mata sebelah 300+ dan dan sebelah lagi 200+. Adakah masalah ni normal atau ada masalah lain selain rabun jauh
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteRabun ini adalah normal namun perlu dirawat dengan cermin mata supaya mata tidak jadi malas.
anak saudara saya berumur 7 tahun. bila pergi cek mata sebelah 300+ dan dan sebelah lagi 200+. Adakah masalah ni normal atau ada masalah lain selain rabun jauh
ReplyDeleteAssalammualaikum,DR.. sy nk tnya.. sy ada rabun jauh kanan 75+ dn kiri 125+ prlukh sy pkai crmin mata? umur sy 16 thn
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteYa, jika tak pakai adik mungkin selalu sakit kepala selepas membaca untuk tempoh yang lama.
Assalammualaikum,DR.. sy nk tnya.. sy ada rabun jauh kanan 75+ dn kiri 125+ prlukh sy pkai crmin mata? umur sy 16 thn
ReplyDeleteHello doktor..saya bercita2 tinggi nak jadi pegawai polis..ukuran badan..berat..lilitan dada saya sudah mencapai..tapi malangnya..penglihatan saya kurang jelas..selama ni saya pkai cermin mata bermula dari darjah 5 smpai skrang(ting 5)..ape perlu saya buat?..
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteSaya tidak pasti apakah kelayakkan penglihatan yang diperlukan sekarang untuk PDRM. Tapi kebiasaanya perlu penglihatan 6/6 dengan cermin mata.Jika anda perlu bantuan boleh hubungi D'Optometrist Telefon 03-91744024 Bandar Tasik Permaisuri Cheras. Saya akan cuba bantu anda.
Assalam doktor.. saya nak tanya.. sekiranya power mata saya di kedua-dua belah lebih kurang -3.00, tetapi sering ternampak kilat cahaya dan apungan hitam yang besar dan banyak kadang-kadang, adakah saya mengalami retina detachment..? Mohon penjelasan doktor.. terima kasih..
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteUntuk tanda kilat dan apungan perlu pemeriksaan doktor dengan segera.
Assalamualaikum dr...saye berumur 14 thn ttpi power mata sudah naik sehingga 1000+,adakah power ini terlalu tinggi untuk remaja?adakah sye menghidap penyakit yang berkaitan dgn mata
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteTidak semestinya ada penyakit mata dengan kuasa mata yang tinggi. Jika anda perlu bantuan boleh hubungi D'Optometrist Telefon 03-91744024 Bandar Tasik Permaisuri Cheras. Saya akan cuba bantu anda.
Salam doctor..Sy kanan silau 50 kiri 25..Tp Sy nk bt lens blh ke
ReplyDeleteSALAMULLAH
Deletemaksudnya kanta lekap? Ya boleh.Jika anda perlu bantuan boleh hubungi D'Optometrist Telefon 03-91744024 Bandar Tasik Permaisuri Cheras. Saya akan cuba bantu anda.
Salam prof sy berumur 25 tahun.. Baru2 ni sy pergi cek sama ada sy ada rabun atau x.. N staff tu bgtau kedua2 belah mata rabun jauh 100.. Adakah sy perlu pakai cermin mata, tapi sy boleh nmpk lagi objek yg jauh...tq
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteRawatan adalah mengikut keperluan, jika rasa tiada masalah tanpa cermin mata, tak perlu pakai cermin mata. Walaubagaimanapun harus diingat power boleh meningkat dengan lebih cepat jika tidak memakai cermin mata yang telah dikesan rabunnya.
Salam prof sy berumur 25 tahun.. Baru2 ni sy pergi cek sama ada sy ada rabun atau x.. N staff tu bgtau kedua2 belah mata rabun jauh 100.. Adakah sy perlu pakai cermin mata, tapi sy boleh nmpk lagi objek yg jauh...tq
ReplyDeletesalam dr. sy berumur 27 tahun. baru2 ini sy ada memeriksa mata di kedai spek. dan resultnya kanan rabun jauh 50 dan silau 125 kiri rabun jauh 75 dan silau 75, perlukah saya memakai kacamata?
ReplyDeleteSALAMULAH
DeletePerlu sebab silau tinggi, kalau tak pakai boleh menyebabkan sakit kepala bila buat banyak kerja mengunakan mata. Jika anda perlu bantuan boleh hubungi D'Optometrist Telefon 03-91744024 Bandar Tasik Permaisuri Cheras. Saya akan cuba bantu anda.
salam dr.
ReplyDeletesaya ingin memohon ke upnm dan syarat kelayakannya ialah 6/6 keupayaan penglihatan tanpa cermin mata atau kanta lekap. Bolehkah dr. tolong jelaskan penyataan ini?
SALAMULLAH
DeleteKena check di pusat optik berapa tahap penglihatan. Tahap penglihatan yang normal adalah 6/6. Maksudnya tanpa bantuan cermin mata, kena ada perfect vision.
Asslm Dr..umur saya 21 dan saya mengalami masalah rabun jauh..sya telah check dan rabun juuh bgi belah kanan 75 dan kiri 60..adakah sye perlu membuat spek?sye merupakn student U..bolehkah saya pkai apek bile perlu sahja
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeletePerlu pakai spek sebab masih muda dan power boleh meningkat kalau tak pakai spek. Spek kena pakai selalu untuk maintain powr bukan setakat untuk tengok jauh sahaja.
assalamualaikum Dr. rabun saya kedua-dua belah mata 50.. saya merupakan student u yang selalu tengok slide ketika belajar.. adakah saya perlu memakai kaca mata??
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteYa kalau anda seorang pelajatr silalah pakai spek sebab kalau tak pakai power boleh mendadak naik dan kena pakai selalu ya..Jika anda perlu bantuan boleh hubungi D'Optometrist Telefon 03-91744024 Bandar Tasik Permaisuri Cheras. Saya akan cuba bantu anda.
assalamualaikum dr, saya cek mata dpt result
ReplyDeleteR: -1.25/-1.25x96
L: -1.50/-0.75x85
perlu pkai spek ke? tq
SALAMULLAH
DeleteYa perlu pakai spek kerana powr agak signifikan, kalau tak pakai mgkn hadapi masalah memandu dan melihat waktu malam.Jika anda perlu bantuan boleh hubungi D'Optometrist Telefon 03-91744024 Bandar Tasik Permaisuri Cheras. Saya akan cuba bantu anda.
Assalamualaikum dr..saya ada masalah mata..tetapi saya ada menggunakan rawatan air titis dlm mata..jika saya kerap memakainya..perlu ke saya pakai cermin mata??
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteUbat titis apa ya? Untuk apa? rabun tidak boleh dirawat dengan ubat titis. Masih perlu pakai cermin mata jika rabun.Jika anda perlu bantuan boleh hubungi D'Optometrist Telefon 03-91744024 Bandar Tasik Permaisuri Cheras. Saya akan cuba bantu anda.
As salam doktor.. saya berusia 14 tahun ..saya start rabun sejak berumur 11 tahun lagi .. saya dah hentikan pengunaan cermin mata 2 tahun yang lalu apabila saya dengar rabun boleh bertambah apabila kerap menggunakan cermin mata .. sekarang saya tak tau berapa rabun saya .. sebelum ni saya ada ambik jugak suppliment untuk kurangkan rabun .. adakah perbuatan saya mengambil supiment unt mengurangkan rabun itu sia-sia ? Apa yang patut saya lakukan sekarang doktor ? Adakah saya perlu meneruskan penggunaan cermin mata ? Atau teruskan mengambil suppliment ?
ReplyDeleteDoktor satu lagi saya nak tanya .. menggunakan cermin mata ni boleh menyebabkan rabun bertambah ke ? Apakah akibat kalau tidak menggunakan cermin mata ? Adakah rabun akan jadi lebih teruk kalau kita tak guna cermin mata ? Mana yg lebih baik menggunakan cermin mata atau tak ?
Assalamualaikum Dr, saya kerap sakit kepala kebelakangan ni..saya masih belajar
ReplyDeleteBaru2 ni ada cek mata
Right -1.00/-0.50 ax 172
Left -0.50/-0.25 ax 163
PD =61
Apa maksudnya,teruk ke?Kene mula pakai cermin mata ke setiap masa?
As salam doktor... silau saya 50 n rabun jauh -0.25... adakah sy perlu memakai spek mata... jika perlu, jika saya ingin menulis perlukah sy membuang spek mata sy ketika menulis atau melihat komputer..
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteSaya perlu tahu usia saudara, kalau tidak ada simptom/aduan tak perlu pakai spek, tapi kalau saudara masih muda(bawah usia 20an) adalah lebih elok pakai spek untuk elak power naik secara mendadak. Tidak perlu buka untuk melakukan kerja dekat.
Salam dr. Anak saya berumur 9tahun mengadu sebelah mata kiri agak kabur bila melihat objek jauh dan mata sebelah kanan normal.adakah rabun boleh berlaku sebelah mata sahaja? Dan untuk pengatahuan dr juga saya pernah menjalankan pemedahan katark pada usia 28thn.adakah penyakit katarak ni penyakit keturunan? Saya agak risau sebab apa yg anak saya alami ada sintom2 yg pernah saya alami sebelum ini.. Terima kasih
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteYa rabun boleh berlaku sebelah mata, dan sesetangah katarak boleh disebabkan oleh keturunan. En Radik dapat katarak terlalu muda. Jika anda perlu bantuan boleh hubungi D'Optometrist Telefon 03-91744024 Bandar Tasik Permaisuri Cheras. Saya akan cuba bantu anda.
Salam doktor, saya pakai speak mata ketika umur 21 tahun, ketika itu power kanan -125,kiri -150. Saya tidak pakai speak mata ketika berjalan, tetapi memakai ketika belajar.
ReplyDeleteKini umur saya telah mencecah 30, dan power mata telah meningkat kanan -300, kiri -325. Seperti biasa saya suka tanggalkan speak mata. Saya selesa utk tidak memakai walau power telah naik.
Baru2 nie saya pakai contact lense sy dapati mata saya sakit bila nak membaca dan lebih selesa utk melihat jauh. Apabila saya pakai speak mata keadaan itu juga berlaku. Saya lebih selesa utk tanggalkan utk membaca, dan memakai speak mata semula utk melihat jauh.
Adakah itu normal? Bagi seseorang yg memakai speak mata? Sy ingin membuat pemeriksaan mata, berapakah kos pemeriksaan mata?
SALAMULLAH
DeletePerlu pakai spec sentiasa untuk mengawal power dari naik mendadak. Bila guna kanta lekap agak sukar untuk membaca berbanding dengan cermin mata tetapi ini hanyalah untuk kuasa yang sangat tingggi. Perlu juga diperiksa keseimbangan otot mata juga untuk melihat fungsinya. Jika anda perlu bantuan boleh hubungi D'Optometrist Telefon 03-91744024 Bandar Tasik Permaisuri Cheras. Saya akan cuba bantu anda.
Assalamualaikum doktor,sy nak tanya..anak sy umur 7 tahun ada masalah juling.ada buat rawatan kt hospital pakar hkl.bila buat pemeriksaan mata anak sy juga ada masalah rabun..dan sarah mata dia didapati bengkak.
ReplyDeletedoktor pakai telah buat pemeriksaan utk menentukan brp power cermin mata yg anak sy gunakan..terkejut juga mata mata sebelah kiri power 800,sebelah kanan 450 power.
sy keliru kenapa tinggi sgt power cermin mata yg dia kena guna..walhal mertua sy yg x boleh baca paper kalau x pkai c.mata pun power dia bawah 500.anak sy kalau x pkai cermin mata boleh je baca buku..tpi power tinggi smpai 800.sy keliru power diukur brdasarkan apa..
SALAMULLAH
DeletePertamanya, rabun pada kanak kanak tak sama dengan rabun dewasa. Rabun kanak kanak adalah rabun untuk jauh maka untuk baca dekat tak perlu cermin mata. Untuk orang dewasa(selepas umur 40 tahun) rabun yang dialami adalah kebiasaanya rabun dekat. Jika anda perlu bantuan boleh hubungi D'Optometrist Telefon 03-91744024 Bandar Tasik Permaisuri Cheras. Saya akan cuba bantu anda.
Assalamualaikum doktor,sy nak tanya..anak sy umur 7 tahun ada masalah juling.ada buat rawatan kt hospital pakar hkl.bila buat pemeriksaan mata anak sy juga ada masalah rabun..dan sarah mata dia didapati bengkak.
ReplyDeletedoktor pakai telah buat pemeriksaan utk menentukan brp power cermin mata yg anak sy gunakan..terkejut juga mata mata sebelah kiri power 800,sebelah kanan 450 power.
sy keliru kenapa tinggi sgt power cermin mata yg dia kena guna..walhal mertua sy yg x boleh baca paper kalau x pkai c.mata pun power dia bawah 500.anak sy kalau x pkai cermin mata boleh je baca buku..tpi power tinggi smpai 800.sy keliru power diukur brdasarkan apa..
Salam dok..is it a must for me to wear glasses if mine is only -0.5 & -0.75
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteNot necessary if you do not have symptoms. But if you are involved with intense near work this will help you to ease your distance vision.
Assalammualaikum doctor,sy sdh berusia 15 tahun,power mata sy semakin meningkat jika sy baru shj menukar power...Sekarang power Mata saya hampir mencecah 1000..bagaimana Cara untuk mngatasi masalah kenaikan power...
ReplyDeleteSy mula memakai kanta Mata seawal usia 8 tahun..setiap tahun,power Mata akn increase 100 lbh...apakah Cara yg lbh bail until mengatasi masalah INI...
SALAMULLAH
DeleteAdik boleh cuba pakai kanta sentuh RGP kerana ini dapat membantu untuk megekalkan power yang sedia ada. Jika anda perlu bantuan boleh hubungi D'Optometrist Telefon 03-91744024 Bandar Tasik Permaisuri Cheras. Saya akan cuba bantu anda.
Salam doc saya berumur lebih 40 thn..saya mengalami Rabun jauh sejak sklh Dan kebelakangan ini rabun dekat..masalah saya ketika nak ukur spec power mata sebelah kanan tak dapat baca..adik dekat kedai tu suruh saya rujuk pakar mata sebab kemungkinan urat mata saya bersimpul. Bolehkh jadi macam tu doc?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteAda banyak sebab mengapa mata kanan tak dapat dibaca. Perlu periksa dahulu.Jika anda perlu bantuan boleh hubungi D'Optometrist Telefon 03-91744024 Bandar Tasik Permaisuri Cheras. Saya akan cuba bantu anda.
Salam doc saya berumur lebih 40 thn..saya mengalami Rabun jauh sejak sklh Dan kebelakangan ini rabun dekat..masalah saya ketika nak ukur spec power mata sebelah kanan tak dapat baca..adik dekat kedai tu suruh saya rujuk pakar mata sebab kemungkinan urat mata saya bersimpul. Bolehkh jadi macam tu doc?
ReplyDeleteSalam dr..saya nak tya dr..mata putih saya, warnanya merah dan kekuningan..ianya buatkan mata saya kelihatan tak sihat..adakah itu normal? Kalau tak normal, boleh dr terangkan knp ia boleh jd macam tu?
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam dr..saya nak tya dr..mata putih saya, warnanya merah dan kekuningan..ianya buatkan mata saya kelihatan tak sihat..adakah itu normal? Kalau tak normal, boleh dr terangkan knp ia boleh jd macam tu
ReplyDeleteSalam dr..saya nak tya dr..mata putih saya, warnanya merah dan kekuningan..ianya buatkan mata saya kelihatan tak sihat..adakah itu normal? Kalau tak normal, boleh dr terangkan knp ia boleh jd macam tu
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteWarna tu mgkn disebabkan pigmentasi ataupun kekeringan. Ianya adalah normal
Dr mata kanan saya xnampak dengan jelas walaupun berkaca mata..just nampak mcm figure je..to kalau membaca xbole detach huruf..walaupun dekat or jauh..macam silau on ada..mohon penjelasan doc
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteBoleh check semula dengan Optometris bagi dapatkan rabun sebenar.
Dr,
ReplyDeleteSalam, anak saya berumur 8 tahun dan hasil cek mata adalah (R)SPH +0.25 CYL -0.75 ; (L)SPH +0.25 CYL -0.50 adakah perlu untuk anak saya memakai cermin mata.
Sekian tarima kasih.
SALAMULLAH
DeleteApa tahap penglihatannya? jika berkait dengan mata malas perlu pakai cermin mata.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam Dr.mata sy rabun jauh kiri n kanan 50..prlu ke sy pkai spek mata.
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteSedikit sahaja power tetapi jika masih muda perlu pakai untuk mengelak power jadi lebih tinggi. kalau sudah berusia, dan tak ada masalah tengok jauh maka tak perlulah.
Salam dr..nk tnya klu rabun mata sblh kiri 200 n knn 50,sy pakai cermin mata bila perlu sj blh kh?@mesti sentiasa pakai?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteCermin mata harus selalu dipakai. Untuk kes ini elok pakai kanta lekap.
Salam dr..nk tnya klu rabun mata sblh kiri 200 n knn 50,sy pakai cermin mata bila perlu sj blh kh?@mesti sentiasa pakai?
ReplyDeleteSalam doktor sy bru cek rabun/ silau 175 perlukah sy memakai cermin mata? Jika sy memakai cermin mata adakah rabun sy dpt dipulihkan Dan kembali normal? Berapa lama tempoh sy perlu memakai cermin mata utk mata sy kembali normal sebab sy tdk selesa memakai cermin mata..tq doctor.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteRabun tak boleh disembuhkan tapi hanya boleh dirawat sama ada dgn cermin mata ataupun kanta lekap. Memang kena pakai selalu.
DeleteAssalam dr. Saya ada check mata. power 175 dan 125 ttp bg saya mata saya sgt jelas. Tulisan jauh masih boleh nampak. Perlu ke saya memakai cermin mata?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteJika betul kuasa mata tu, puan perlu pakai. Buat masa sekarang ni mungkin tak nampak keperluan kerana puan masih boleh memaksa mata utk melihat. Dalam beberapa tahun lagi ketika usia mula beranjak mgkn puan tidak dapat lagi memaksa mata dan penglihatan perlu bantuan cermin mata. Jika paksa mata juga akan ada rasa pening dan sakit kepala.
Assalamualaikum dr.Macam mana nak tahu cermin mata itu ada power atau tidak
ReplyDeleteSALAMULLAH
Deletekena bawa cermin mata ke kedai optikal. Kita ada mesin untuk mengukur power
Assalamualaikum DR
ReplyDeleteRabun & silau anak saya seperti berikut:-
MATA KANAN
RABUN 500
SILAU 525
MATA KIRI
RABUN 350
SILAU 300
Ada atau tidak lens transition untuk silau melebihi 500
SALAMULLAH
DeleteTak silap saya ada Puan tapi mungkin jenama Rodenstok. berapa usia anak Puan? saya nak ingatkan supaya check untuk Keratoconus ya sebab ada risiko kerana silau dia tinggi.
Salam..dr sy ada rabun jauh pwr dh 1000..bru2 ni sy ada pergi klinik nk bt lasik tp slps chek dr bgtau sy xblh bt sb apa pn sy dh lpa..dr ada ckap bola mata bentuk mcm telur..kalau bt tkut ada effect..sy dh umur 33 tp pwr still naik..napa ye dr?nanti blh sb sy buta ka?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteDr tak dapat buat mgkn kerana mata En Ayob dah nipis. Ada banyak alternatif lain . Mungkin En Ayob boleh cuba alternatif lain seperti kanta sentuh RGP yang boleh membantu menghalang kenaikkan power. kalau ikut teori dah tak lama, power akan turun sebab usia,
Jika anda perlu bantuan boleh hubungi D'Optometrist Telefon 03-91744024 Bandar Tasik Permaisuri Cheras. Saya akan cuba bantu anda.
Salam..dr sy ada rabun jauh pwr dh 1000..bru2 ni sy ada pergi klinik nk bt lasik tp slps chek dr bgtau sy xblh bt sb apa pn sy dh lpa..dr ada ckap bola mata bentuk mcm telur..kalau bt tkut ada effect..sy dh umur 33 tp pwr still naik..napa ye dr?nanti blh sb sy buta ka?
ReplyDeleteSalam dr,sy Bru shja memakai spek utk 4abun jauh,ttpi masalahnya skrang bila sy pkai spek sy mngalami kesukaran utk mmbaca d mna tulisan2 itu brtindih,mcm mnaa yaa doktor?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeletePuan Nurul, sebenarnya puan juga mempunyai rabun dekat yang perlu dibetulkan. jadi dengan membetulkan penglihatan jauh sahaja, penglihatan dekat akan terganggu. Kena pakai cermin mata multifokal untk rabun jauh dan dekat.
Salam .. dr saya ada rabun jauh pwr kanan 125 kiri 150, silau kanan 50 kiri takde.. perlukah saya memakai cermin mata, saya bekerja sbg krani
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeletePerlu. banyak juga power saudari. Kalau tak pakai nanti boleh menyebabkan sakit atau pening kepala.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletehai dr. saya disahkan bahawa saya rabun jauh .mereka ckp rabun sebanyak 200.. tpi bagi saya , saya boleh melihat dngn jelas. patut ke saya pakai cermin mata? kalau patut, kena pakai selalu ataupun pakai bila perlu je ? kalau pakai bila perlu je akan menjejaskan tak penglihatan kita? okay next soalan saya. mata kiri saya silau tinggi dari kanan. mereka ckp mata kiri saya sukar fokus bila silau tinggi sangt.adakah ini faktor yg saya juling air ? kalau ye patut ke saya pakai spek untuk bantu mata fokus? ini tauke kedai optik yg ckp dkt saya. mohon pencerahan dr. terima kasih. saya tunggu reply dr.
ReplyDeleteSALAMULLAH..maaf lambat respon
DeleteJika power 200 rabun jauh ianya agak tinggi, dan sekiranya ini adalah benar memang tak akan nampak jauh dengan terang. Perlu pakai selalu, jika pakai jarang jarang power akan melonjak naik lagi.
Silau tinggi boleh menyebabkan juling air? tidak semestinya, tetapi ya jika anda mempunyai mata malas.
Sebaik baiknya rabun dan silau dibetulkan.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAM
ReplyDeletesalam dr. saya mengalami rabun jauh dan silau. ketika saya ingin buat spek mata baru power spek mata kiri dan kanan saya hmpir mencecah 1000. pekerja kedai tu suruh saya rujuk di hospital utk rawatan mata dahulu. ptutkah saya buat je dulu spek mata baru sebelum jumpa doktor pakar? bolehkah mata saya memakai spek mata kalau powernya tinggi begitu?
SALAMULLAH..maaf lambat respon
DeleteSekiranya anda dapat merasakan perbezaannya ketika memakai spek tersebut, maka power itu adalah betul. Kadang kadang perlu masa untuk serasikan pemakaian.
Salam prof..semalam sy ke pakar mata di hosp..merwka titiskan 3 jenis ubat utk besarkan anak mata..lebih kurg pukul 12 lebih mereka titiskan dan sehingga kini, penglihatan sy x seperti sediakala.kenapa ya..atau masih dlm kesan sampingan ubat titis tu?
ReplyDeleteSALAMULLAH..maaf lambat respon
DeleteAdakalanya kesan ubat titik mengambil masa lebih sehari untuk kembali asal
Salam prof. Rabun sy 225 dan 350. Boleh ke kalau sy pakai lens yg sama xontoh sy ambik yg rendah power 200 untk kiri dan kanan. Kalau boleh/ sebaliknya, apakah rekomendasi doc untk sy.
ReplyDeleteSALAMULLAH..maaf lambat respon
DeletePower kedua dua mata jauh berbeza
Perlu guna power 225 dan 350 untuk setiap mata
hi dr, nak tanya macam mn nak pilih lens kaca mata untuk silau dan rabun. yang mana lens terbaik BLUECOAT atau BLACK LENS?
ReplyDeleteSALAMULLAH..maaf lambat respon
DeleteUntuk silau dan rabun disyorkan multiocoated lens. Blue coat akan memberi rasa ringan pada mata bila buat bayak kerja PC, Black lens atau photogrey atau transition akan menjadikan kanta gelap macam sunglass dibawah UV untuk melindungi mata.
Assalamualaikum dr.. Sy x pasti sama ada rabun dan silau sy teruk atau x.. Dan perlu ke pakai cermin mata
ReplyDeleteR
Sph.+0.25
L
Sph +1.00
Cyl - 0.50
Ax 88
Umur sy 25 tahun..sy bkerja yg perlu mengadap laptop sepanjang masa dan kdg drive waktu mlm.. Adakah sy perlu pakai spek mata?
SALAMULLAH..maaf lambat respon
Deleteya perlu pakai kerana mata kiri power tinggi dan kalau tak pakai mgkn akan sakit kepala selalu.
As salam doktor. Saya buat pemeriksaan mata dan bacaan adalah seperti berikut:
ReplyDeleteR
SPH -0.25
CYL -0.75
L
SPH -0.75
CYL -0.25
Perlukah saya memakai spek mata?
ptg doktor. jika kiri saya 500 , dan kanan saya 350. adakah ini normal ? saya 16 tahun
ReplyDeleteSALAMULLAH..maaf lambat respon
Deleteya masih dalam julat normal bukan anisometropia
Salam doktor, betul ke mata jadi sepet/kecik bila buka spec?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteTidak
Salam dr, apakah rawatan utk mata malas? Adakah ia boleh diperbetulkan dgn kaedah pembedahan?
ReplyDeleteSALAMULLAH..maaf lambat respon
DeleteTidak boleh menggunakan kaedah pembedahan. hanya memrlukan terapi sahaja untuk mata malas.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum doc, umur saya 21, n masih student, mata saya selalu tk nmpk bila saya dari tempat gelap ke tempat terang, klau ada signboard bercahaya atau lampu dr jauh, saya tk boleh baca n nmpk silau.. (gambar/tulisan jd kembang),perkara ni berlaku bila saya bertukar dr tempat gelap ke cerah / cerah ke gelap. Saya check mata baru ni, Kanan 75 /- 0.75 , Kiri 150 / -1.50 . VD 12.tpi saya boleh lg tgk objek jauh. perlu ke saya pakai cermin mata ?. kalau tk pakai, mata saya lg teruk ka / power akan naik ke.. tq.
ReplyDeleteSALAMULLAH..maaf lambat respon
Deletekuasa power agak signifikan dan perlu pakai cermin mata. kalau tak pakai mata boleh jadi lemah dan boleh jadi mata malas dan power akan naik lagi.
Doktor , saya nak tanya apa punca tekanan mata menjadi tinggi? Dan perlukah saya memakai cermin mata jika saya tidak ada rabun tetapi ada silau 1.50 dan 1.25???
ReplyDeleteSALAMULLAH..maaf lambat respon
Deletetekanan mata ada 2 jenis, salah satu sebab tekanan menjadi tinggi disebabkan laluan yang sempit untuk akueous keluar ke segment anterior. Kita panggil in sebagai Open angle glaucoma. Silau anda tinggi. Perlu cermin mata.
Dr,saya umur 13 tahun dn ada rsbun jauh (400+) bolehkah saya memakai kaca mata wktu belajar dlm kls sahaja kemudian waktu luar kelas saya tidak memakainyamemakainya ?Adakah power mata saya akan meningkat dgn mendadak ?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeletePower tinggi. Perlu pakai selalu. Jika pakai on off akan menyebabkan power mata akan melonjak lagi tinggi
Dr,sy umur 18.R-s,0.25 c,0.75 a,165
ReplyDeleteL-s,0.50 c,0.75 a,180.perlu ke Saya pakai cermin mata?
Dr,sy umur 18.R-s,0.25 c,0.75 a,165
ReplyDeleteL-s,0.50 c,0.75 a,180.perlu ke Saya pakai cermin mata?
SALAMULLAH
DeleteYa perlu jika anda banyak buat kerja dekat atau untuk menyenangkan anda bila memandu waktu malam.
Assalamualaikum dr. saya rabun jauh kedua2 mata bawah 100 dan silau saya 50/50 untuk kedua2 mata. patut atau tidak untuk saya menggunakan cermin mata dan saya dapati mata saya selalu letih.
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeletePerlu memakai cermin mata terutamanya ketika buat kerja dekat. tak pakai boleh menyebabkan sakit kepala.
Dr...sy berumur 18 tahun dn mmpunyai rabun 50 dn silau 0.25..sy brcadg nk buat cermin mata silau jer sbb betul ke kalau kita pkai cermin mata, rabun kita makin teruk?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteSebaliknya, jika tak pakai rabun akan jadi lebih teruk
Dr.baru-baru ni sy check mata.rabun jauh mata sebelah kanan saya 1.25 dan mata kiri tak rabun. Tapi parent sy xbagi pakai pec katanya mata saya akan kebih teruk..Saya sering sakit kepala apabila tengok benda jauh so sy sentiasa tunduk apabila berjalan.
ReplyDeleteSy 16 tahun
Deleteadakah sy xperlu pakai spec..sy harap dr. relpy selepas baca ni
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteYa mata akan jadi malas dan boleh juling jika tak memakai cermin mata. kalau tak pakai spek power mata boleh jadi lebih teruk.
Salam dr. Saya pelajar berumur 21tahun. Baru² ini saya telah melakukan pemeriksaan mata.
ReplyDelete(R) S -1.25
C -0.50
(L) S -1.00
C -0.25
Adakah saya perlu menggunakan cermin mata?
SALAMULLAH
DeleteYa perlu
Assalamualaikum doc sya pakai spek since sek rendah lg .. saya rabun jauh .. kiri 500 lbh kanan 400 lbh ... tp sya tkpkai spek dh start F1 smpai la F4 sya buat spek blik .. sbb sya ganas spek sllu patah ... baru-baru nyh sya pergi check mata .. nkbuat spek .. awal F4 tu pieee dh turn skit ... tp bila check baru-baru nyh power mata sama mcm dlu kiri 500 lbh knn 400 lbh ... orng kdai tu ckp elok sya pergi pakar mara sbb .. msa check tu dh letak power tp sya still sebut tk betul .. dya cakap tkowt kornea mata luka atau ap ap .. mcm mna tu doc ... terimakasih
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteJarang kuasa mata menurun. Power anda agak signifikan, memang perlu pakai cermin mata sentiasa.
Asslmkum...saya nak tanya.Saya tiada rabun ,cuma silau di mata kiri 125. Perlu ke saya memakai cermin mata?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteYa perlu.
Salam Dr. Sy nak Tanya, sy ada rabun silau 50/50 kiri/kanan.. Sy selalu rasa pening&kadang2 rasa mual.. Mata kdg2 berair Dan mata selalu rasa penat... Perlu ke sy pakai cermin Mata.?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteYa perlu
Assalamualaikum dr. ...saya berumur 19 tahun... Saya ada masalah ketika belajar.. .kadang2 saya boleh baca tulisan di whiteboard, kadang2 penglihatan saya kabur... Saya juga mempunyai masalah ketika memandu malam... Power saya R : S: -1.25 C:0.25 A:51
ReplyDeleteL: S:-1.50 C:0 A:0
SALAMULLAH
DeletePerlu pakai cermin mata, rabun agak ketara.
As salam, sy mempunyai silau kiri dan kanan 50. Perlu ka sy memakai cermin mata?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteJika anda banyak membuat kerja PC atau detail, Perlu pakai
Salam dr. .nk cerita sikit. .sbnarnya saya ad ambik ubat yg dikatakan boleh kurangkn rabun mata. saya pcaya at first lps baca positive feedback yg dorg ad.then sy mknla. lps tu sy slalu cek dkat kedai mata power saya kot2 berturun bila cek guna computerized nmpk turun. selalu jugakla cek lpstu saya cerita dekat optometris tu diorg pun x caya. saya pun x puas hatila sbb saya suspek bnda ni btul. mmg klemahn saya dri dulu suka pcaya bnda yg blum tntu betul. patu ad sekali tu sy cek kt tmpt lain. kat menara die bgtw rabun mmg xda cure yg boleh sihatkn je saya pun x caya sbb ingat dorg nk jaga periuk nasi dorg sbb tu dorg ckp camtu. saya pun buat riak muka cam x pcaya then optometris tu kata" msih nk deny lg kn" patu saya pun bla la dlm hati x caya lg. patu sy cek kat focus point sy x pki spek la time msuk kdai tu takut dorg nk cek power spek saya dulu baru cek mata saya mcm kat menara buatkan nty nmpk sgtla modus operandi dorg nk kencing saya tu. in menara said yg computerized check tu 80% ralat/ x betul yg manual bru betul BUTT at FOCUS POINT said yg computerized tu 90% betul.then die check power saya jd 550 dr 650..sy pun jd yakin la dgn produk ni. smpila ke harini spek saya patah dn kebetulan nk tukar frame/bingkai je then cek sekali. then bila cek power saya still sama. tp kan utk puaskn keraguan saya nIII. nk tnya mcm mana doktor boleh tahu tahap rabun saya atau power rabun saya bila cek secara manual? sbb sekurang kurangnya sy boleh puaskn la syak wasangka saya ni kann klu optometris nk kencing. SEKIAN
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteHingga kini seluruh dunia tidak dapat lagi cari satu rawatan/ubat/kaedah untuk kurangkan rabun. Kebiasaanya kalau rabun adik ni 500-600 tidak mungkin ianya boleh dihapuskan, turun 100 pun agak mustahil. Macam ni lah kalau ubat rabun tu bagus sangat mesti dah meletup di pasaran amerika atau eropah. Pakai komputer tidak berapat tepat ada ralatnya terutamanya jika mata kejang kerana PC atau banyak tgk HP, jadi pemeriksaan manual oleh optometris boleh dilakukan untuk mendapatkan kuasa sebenar.
Assalamualaikum dr ..Sy nak tanya bahaya ke kalau saya pakai dua cermin mata berbeza power? Maksud saya. .Sy ada dua cermin mata. .Yang satu tu power 150 ni cermin mata lama dan yang baru ni 225. Kalau saya pakai cermin mata baru tu untuk pergi sekolah dan jalan-jalan dan yang lama pakai time duduk rumah tengok TV dan buat homework. . Bahaya ke ?
ReplyDelete