MAKLUMAT AM
"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat."
Petikan dari:
Grup Falsafah Sebagai Pedoman
Grup Falsafah Sebagai Pedoman
Derma
Organ
Pemindahan Jantung Dan Mata
Pemindahan Jantung Dan Mata
Keputusan Persidangan
Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Pertama yang bersidang pada 23 - 24 Jun 1970 telah membincangkan Pemindahan Jantung Dan Mata. Persidangan telah memutuskan bahawa pemindahan mata dan jantung orang mati kepada orang yang hidup adalah dibenarkan (harus) dalam Islam, dan di atas kebenarannya pertimbangan-pertimbangan berikut hendaklah diambilkira:
i. Di dalam
keadaan mendesak dan mustahak, bahawa nyawa penerimanya bergantung kepada
pemindahan anggota itu dan pemindahannya adalah difikirkan berjaya.
ii. Di dalam
keadaan pemindahan jantung, kematian penderma telah dipastikan sebelum
dipindahkan jantungnya.
iii. Tindakan-tindakan
yang sewajarnya hendaklah diambil supaya tidak ada pembunuhan manusia dan
perdagangan anggota-anggotanya.
iv. Kebenaran
hendaklah diperolehi daripada penderma-penderma sebelum pemindahan sebarang
anggota di dalam kematian biasa atau dari kaum keluarga atau keluarganya
didalam kematian akibat kemalangan.
(The 1st
Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the
National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 23rd-24th June
1970 has discussed heart and eye transplants. The Committee has decided that
eye and heart transplants from a dead person to a living person is permissible
in Islam. However these circumstances must be taken into consideration:
i.
The situation is extremely
urgent, where the life of the recipient depends on the transplant
surgery and the surgery is predicted to succeed
ii.
In the case of heart
transplant, the donor should be confirmed dead before the transplant takes
place
iii. Precautions must be taken
to ensure there is no human killing or human organ trade involved
iv.
Permission must be granted
by the donors before any transplant in natural death situations, or
from
the families or next-of-kin of the deceased in the case of accidental
death.)
Keterangan/Hujah:
1.
Sumber yang menjadi asas hukum di atas ialah:
·
Untuk menghapuskan kemudharatan, sepertimana yang
dituntut oleh Hadis Rasulullah s.a.w. yang
berbunyi " لا ضرر ولا ضرار
" yang bermaksud “Tidak boleh memudharatkan diri
sendiri dan tidak boleh memudharatkan orang lain”.
·
Memberi kemudahan, sepertimana yang terkandung
dalam firman Allah 185 Surah al-Baqarah yang bermaksud “Allah berkehendakkan kemudahan untuk kamu dan
tidak berkehendak kepayahan”.
·
Melakukan kemudharatan yang paling ringan di
antara dua kemudharatan, sepertimana yang terkandung dalam kaedah Fiqh yang
berbunyi " ارتكا ب أخف الضررين" yang bermaksud " melakukan
kemudharatan yang lebih ringan ".
2.
Hukum harus menderma dan memindahkan organ juga
tertakluk kepada berbagai-bagai Syarat yang pada prinsipnya menjaga berbagai
kepentingan selaras dengan kehendak syariat Islam. Syarat-syarat tersebut
adalah seperti berikut:
·
Ia tidak akan menyebabkan penderma menanggung
kemudharatan atas dirinya seperti
mati atau cacat seperti hilang pendengaran, penglihatan, kemampuan untuk
berjalan dan sebagainya.
·
Pemindahan berkenaan berlaku dengan izin penderma
berkenaan.
·
Keizinan berkenaan berlaku dalam keadaan penderma
memiliki kelayakan penuh untuk melakukannya. Kerana itu ia tidak boleh
dilakukan oleh kanak-kanak, orang gila, atau orang yang dipengaruhi oleh
tekanan atau paksaan atau kekeliruan.
·
Ia tidak berlaku dengan cara yang mencabuli
kehormatan manusia, seperti melibatkan urusan jual beli. Sebaliknya ia perlu
berlaku berasaskan keizinan dan pendermaan semata-mata.
·
Para doktor yang melakukan urusan pemindahan
berkenaan mempunyai asas keilmuan yang cukup untuk membuat pertimbangan baik
buruk ke atas penderma dan penerima berasaskan prinsip maslahah dan mafsadah
sepertimana yang terdapat dalam Syariat Islam.
Siapakah
Yang Layak Menjadi Penderma ?
Sesiapapun,sama ada tua ataupun muda boleh
mendaftar segagai penderma organ dan tisu. Walaubagaimanapun mereka yang
berusia kurang daripada 18 tahun perlu mendapat kebenaran ibubapa atau penjaga
terlebih dahulu.
Apakah Itu Pendermaan Organ?
Ia adalah proses mendermakan bahagian tubuh badan
seseorang untuk transplan selepas ianya meninggal dunia.
Transplantasi (Permindahan Organ) adalah suatu
pembedahan yang melibatkan pertukaran organ atau tisu yang mengalami kegagalan
fungsinya dengan organ atau tisu yang berfungsi dengan lebih memuaskan daripada
seseorang penderma yang telah meninggal dunia. Dengan cara ini, maka kehidupan
penerima organ atau tisu itu akan menjadi lebih selesa dan sempurna serta
nyawanya akan terselamat. Pendermaan organ dan tisu adalah satu amalan
kemanusian yang mulia.
Bagaimana Jika Anda Berubah Fikiran Menderma?
Pendermaan organ adalah suatu niat yang tulus
ikhlas dan anda berhak untuk membatalkan hasrat ini pada bila-bila masa. Tiada
sesiapapun yang dipaksa untuk menderma organ dan menukar fikiran untuk tidak
menderma organ dan tisu. Anda hanya perlu memberitahu keluarga anda mengenainya
dan memulangkan kad penderma organ anda kepada kami.
Adakah proses pendermaan
Organ akan melambatkan urusan pengkebumian Jenazah?
Tidak! Urusan pengkebumian boleh dijalankan seperti
biasa. Selepas organ dan tisu diperolehi dari tubuh penderma maka jenazah akan
dibersihkan, dikhafankan dan dipulangkan kapada waris penderma secapat mungkin.
Proses perolehan organ dan tisu tidak akan menjejaskan adat pengkebumian
seperti upacara penghormatan kepada jenazah.
Bagaimanakah Anda Berhajat Untuk Manjadi Seorang Penderma Organ?
Anda perlu mengisi borang akaun penderma dan kad
penderma. Borang yang telah dilengkapkan perlu dihantar kepada Pusat Sumber
Transplan Nasional, sementara kad penderma anda hendaklah disimpan dalam dompet
dan dibawa bersama anda pada setiap masa.
Adakah terdapat Bantahan Dari Sudut Agama?
Tiada! Kebayakan agama di seluruh dunia seperti
Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh mengiktiraf pendermaan organ dan tisu
sebagai satu amalan yang mulia
Anda Dinasihatkan untuk memaklumkan hasrat anda untuk menjadi seorang
penderma organ dan tisu Kepada Keluarga Anda?
Ini akan memudahkan serta melicinkan proses
mendapatkan keizinan perolehan organ dan tisu selepas kematian anda kelak.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :-
Pusat Sumber Transplan Nasional, Hospital
Kuala Lumpur
HARGAILAH ORGAN ANDA.
MENDERMALAH UNTUK SEBUAH KEHIDUPAN.
No comments:
Post a Comment