Disleksia dan Gangguan Penglihatan
KES:
Puan Liza risau melihat prestasi pelajaran anaknya. Walaupun telah
dimasukkan ke pra sekolah sejak usia anaknya mencecah empat tahun, pencapaian
akademik Mia nyata sangat tidak memberangsangkan. Apabila ditanya kepada
rakan-rakan sekeliling ramai yang beranggapan ia adalah senario normal. Namun
Puan Liza tetap risau dan beranggapan anaknya benar-benar bermasalah.
Merujuk kepada masalah yang dihadapi oleh Puan Liza itu, anaknya berhadapan dengan masalah gangguan belajar. Menurut American Academy of Pediatrics (AAP), salah seorang daripada lima orang kanak-kanak berisiko berhadapan dengan masalah gangguan belajar atau dalam istilah Inggerisnya disebut ‘Learning Disability.’ Masalah ini perlu dikenal pasti sejak dari awal dan mendapat rawatan daripada pakar. Perkembangan Anak 5 hingga 6 tahun kali ini, ada kupasan menarik berhubung masalah gangguan belajar di kalangan kanak-kanak. Mungkinkah anak anda juga berisiko?
Masalah gangguan belajar mempunyai maksud yang sangat luas. Walau bagaimanapun, menurut pakar Pusat Kurang Upaya Pembelajaran Kebangsaan masalah gangguan belajar yang sebenar bermaksud wujudnya masalah yang mengganggu keupayaan seseorang untuk menyimpan, memproses atau menyampaikan sesuatu maklumat. Masalah ini akan mewujudkan jurang antara keupayaan dan prestasi seseorang.
Kanak-kanak yang berhadapan dengan masalah gangguan belajar ini mungkin mengalami masalah pertuturan, bahasa, bacaan atau matematik. Dalam banyak kes, punca gangguan pembelajaran ini masih tidak diketahui. Pakar percaya bahawa kesukaran pembelajaran yang mencetuskan masalah hilang upaya untuk belajar ini terjadi disebabkan cara kanak-kanak tersebut mengambil sesuatu maklumat menerusi penglihatan dan pendengaran yang baik. Namun, hasil daripada cara otak memproses maklumat tersebut adalah salah. Dalam satu ujian imbasan yang dilakukan mendapati, wujudnya perbezaan dalam otak kanak-kanak yang mempunyai kesukaran pembelajaran dengan yang normal. Antara punca terjadinya scenario begini adalah DISLEKSIA.
Pernahkah anak anda mengadu sakit
mata, sakit kepala apabila cuba membaca? Ataupun adakah pernah anak anda
mengadu tulisan dalam buku menjadi herot, hilang atau menari-nari sehinggakan
hilang tumpuan untuk belajar? Atau pernahkah anda merasa pelik sekiranya ada
kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 4 tahun tidak gemar langsung mewarna atau melukis atas
kertas serta tidak menunjukkan minat langsung pada huruf dan abjad pada ‘flash
card’. Sekiranya perlakuan ini berterusan sehingga ke peringkat awal
persekolahan, anak anda mungkin ada masalah disleksia.
Disleksia pada kanak-kanak pada
umumnya hanya mempunyai kesukaran membaca, mengeja dan menulis tetapi tidak
mempunyai masalah dari segi kepintaran dan kebolehan melakukan sesuatu kerja.
Kanak-kanak ini hanya mempunyai kesukaran dalam pembelajaran yang spesifik atau
kurang menunjukkan performan dalam bidang akademik tertentu , tetapi masih
menunjukkan keupayaan dalam bidang lain
dan dilihat sebagai kanak-kanak normal dan bijak.
Sekiranya anak anda yang sedang
bersekolah pernah mengadu masalah ini dan juga didapati mundur dalam pelajaran,
anda perlu mengambil serius masalah ini. Ramai juga ibubapa yang akan mengambil
jalan pintas dan menganggap anak mereka hanya malas, nakal, mahukan perhatian
atau terlalu aktif dan bahawa keadaan
ini akan berubah apabila anak mereka meningkat dewasa kelak. Tidak kurang juga
ada ibubapa yang akan menggunakan khidmat kelas tambahan atau tuition ataupun
tutor khas untuk mengajar anak mereka walaupun di usia yang sangat muda.
Gangguan pembelajaran merupakan
salah satu cabang dari masalah disleksia. Ianya semakin ketara dikalangan
kanak-kanak. Penyebab masalah ini adalah terdiri dari pelbagai faktor seperti
pengaruh genetik, kelainan pada struktur dan fungsi otak dan lain–lain faktor
penyebab yang tidak diketahui. Cara bantuan yang paling penting ialah menerusi kaedah
pengesanan awal oleh ibubapa dan guru-guru.
75% dari kebolehan mempelajari
sesuatu biasanya dicapai melalui rangsangan deria penglihatan. Rangsangan deria
penglihatan ini penting untuk membantu kita mengenal, mengingati huruf,
mengubahnya kepada bunyian fonik dan mencantumkan huruf menjadi satu perkataan
yang bemakna. Kanak-kanak yang kurang upaya mengenal, menghafal dan membezaan
huruf tidak semestinya mempunyai masalah penglihatan atau memerlukan kelas tution khas tetapi mereka mungkin mengalami
gangguan pembelajaran. Gangguan pembelajaran pada kanak-kanak disleksia secara
tidak langsung menghalang kanak-kanak ini daripada maju dalam bidang akademik.
Dalam mengenalpasti masalah
gangguan penglihatan ini, aspek aspek seperti
penggunaan deria lain, keseimbangan, koordinasi dan perilaku spasial
adalah berkait rapat. Selalunya ianya aspek-aspek ini akan terganggu pada
kanak-kanak disleksia. Adakalanya juga ianya membabitkan ketidakmatangan
organisasi pergerakan, bahasa, persepsi, pemikiran dan persekitaran.
Sekiranya kanak-kanak ini
dibiarkan sebegitu saja, lama-kelamaan mereka akan mula menyisihkan diri
terutamanya apabila sudah mula bersekolah dan mendapati diri tidak dapat
mengenal huruf dan membaca. Kanak-kanak in juga akan cuba elak dari perlu
membaca buku atau menulis. Sekiranya ini berlarutan kanak-kanak ini akhirnya
akan mula mempunyai keyakinan diri yang rendah dan rasa malu pada diri sendiri.
Keadaan akan bertambah buruk apabila kawan-kawan sekeliling menganggap dirinya
tidak cerdik, nakal dan malas. Tidak hairan mereka ini akan menamatkan
pelajaran sekolah rendah dalam keadaan buta huruf.
Oleh sebab masalah disleksia
adalah rumit dan mempunyai pelbagai
faktor penyebab, ianya perlu di kesan dan di bantu. Keadaan kanak-kanak
disleksia ini perlu dikesan seawal mungkin agar mereka tidak tercicir jauh kebelakang
dalam pelajaran. Mamandangkan kajian juga menunjukkan kanak-kanak berumur 6-7
tahun mempunyai prognosis yang lebih baik untuk dirawat masalah pembelajarannya
berbanding dengan mereka yang sudah meningkat remaja.
Cara pengesanan adalah melalui
simptom dan perlakuan yang ketara dilihat pada kelakuan kanak-kanak.
Simptom dan
perlakuan kanak-kanak Disleksia
Biasanya kanak-kanak disleksia
selalu mengadu atau didapati:
1. Mempunyai
tulisan buruk dan tidak dapat menulis pada satu garisan
lurus
2. Membaca
dengan perlahan
3. Lupa
huruf walaupun baru menghafal
4. Meneka
huruf atau keliru dengan abjad b,d,p
5. Mengulang
perkataan yang sama apabila membaca
6. Tidak
dapat menumpukan perhatian
7. Huruf–huruf bergerak atau menjadi kabur dan terang bersilih ganti
8. Ada
seperti aliran sungai antara ayat ayat atau huruf
9. Ayat
yang cuba dibaca terjatuh dari buku
10. Huruf atau ayat menari-nari atas buku lalu hilang
11. Apabila membaca akan melangkau
seperenggan atau dua
12. Membaca angka terbalik seperti
51 dibaca sebagai 15
13. Cepat penat dan bosan apabila membaca
14. Bahan bacaan yang dibaca adalah terlalu terang atau ada gangguan
silau
Cara rawatan
Sehingga kini tiada bukti
saintifik dapat dikatakan boleh membantu kanka-kanak disleksia dari gangguan
pembelajaran ini. Walaubagaimanapun ada sesetengah pihak telah cuba membuktikan
kejayaan individu menerusi kaedah terapi penglihatan ataupun penggunaan kanta
bewarna dalam menangani masalah yang kompleks ini.
Sekiranya anda mensyaki anak anda
mungkin ada masalah sedemikian, satu pemeriksaan penuh Optometri perlu
dijalankan terlebih dahulu. Antara ujian yang perlu dilakukan adalah ujian
refraksi mata, ujian foria dan strabismus, ujian fungsi binokular dan ujian
otot ekstraokular. Sekiranya kesemua ujian ini tidak menampakkan sebarang
masalah mata yang signifikan kemungkinan masalah pembelajaran yang dihadapi lebih
berkait rapat dengan masalah disleksia.
Rawatan untuk kanak-kanak
disleksia yang disediakan adalah seperti latihan otot mata, latihan ’tracking’
dan adakalanya dibantu dengan kanta bifokal atau prisma, penggunaan kanta
berwarna atau penapis berwarna.
Kanta khas untuk membaca diberikan
untuk mengurangkan atau melenyapkan stres konvergen ketika mata sedang menumpu
untuk membaca sesuatu. Ketidakupayaan
mengekalkan konvergen ini akan menyebabkan hilang tumpuan seketika. Keadaan ini
boleh berlaku berulang-ulang kali dalam tempoh seminit dan boleh menyebabkan
baris ayat yang sedang dibaca melangkau ke baris yang lain.
Sekiranya berlaku gangguan juling
atau tropia secara tiba-tiba ketika membaca, prisma yang bersesuaian boleh
dipreskripsikan.
Adakalanya kanak-kanak disleksia
boleh membaca dengan lebih mudah dengan menggunakan alat penapis berwarna.
Walau bagaimanapun tidak semua kanak-kanak ini akan respon pada warna yang sama.
Sekiranya kaedah ini didapati efektif, kanta bewarna boleh disediakan dalam
bentuk cermin mata yang digunakan khas hanya ketika membaca.
Perlu diingatkan bahawa kaedah
rawatan in tidak semestinya berjaya keatas semua kanak-kanak disleksia. Respon
dari kanak-kanak ini adalah sangat subjektif, ada yang mungkin hanya dapat
memanafaatkan kaedah ini secara minima atau memerlukan modifikasi kaedah dan
tambahan alat bantuan lain.
Masalah disleksia akan hadir
sepanjang hayat. Jangan fikirkan ianya akan lenyap dengan usia yang meningkat.
Oleh itu rawatan yag sesuai perlu diikhtiarkan. Jangan beputus asa menangani
masalah gangguan pembelajaran yang sangat kompleks ini.
Rekomendasi
- Semua kanak-kanak berumur 6 tahun ke atas perlu
menjalani pemeriksaan mata oleh Optometris.
- Sekiranya lulus pemeriksaan mata tetapi terdapat
simptom dan tanda seperti yang dinyatakan di atas, bawalah anak anak
berjumpa dengan pakar pediatrik atau pusat disleksia atau lain-lain
praktis khas yang ada menyediakan evaluasi diagnostik masalah
pembelajaran.
- Rawatan seperti yang dinyatakan mungkin hanya dapat
membantu sesetengah kes sahaja.
- Sekiranya gangguan disleksia ini pada tahap maksima rujuklah terus dengan Persatuan Dyslexia Malaysia, Jalan Ampang Hilir, Kuala Lumpur.
TUGAS, PERANAN DAN PERHATIAN IBU BAPA SERTA GURU ADALAH SALAH SATU CARA YANG DAPAT MENYUMBANG KE ARAH PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN ANAK-ANAK. JADI, BERILAH SEDIKIT PENGETAHUAN PaDA MINDA ANDA DAN PERHATIAN UNTUK ANAK ANDA.
SALAM HORMAT
Dr Haliza Abdul Mutalib
Pakar Optometris & Prof Madya
Jabatan Optometri, FSKB
Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 KUALA LUMPUR
.jpg)



.jpg)






.bmp)
.bmp)
+-+Copy.jpg)
.jpg)
.jpg)






.bmp)

.bmp)
.bmp)



