Pages

Wednesday, May 30, 2012






AMBLIOPIA
risiko rabun kekal

Ambliopia berasal dari bahasa Greek yang bermaksud ‘dulled vision’.
Ambliopia dikenali di kalangan masyarakat sebagai ‘mata malas’ ataupun lazy eyes.   Ianya merupakan suatu keadaan di mana tahap penglihatan adalah kurang dari normal tanpa ada sebarang kerosakan nyata pada mata.  Keadaan ini tidak boleh dibaiki hanya dengan pemakaian cermin mata ataupun kanta sentuh. Ianya memerlukan terapi ortoptik untuk mengembalikan penglihatan ke tahap normal. Mata ambliopia boleh dikesan dan dirawat oleh Optometris.
Ambliopia bukanlah sejenis penyakit mata. Ianya terjadi disebabkan kuasa refraksi mata yang tidak dibetulkan sejak awal usia lagi. Penyebab–penyebab lain adalah seperti kejulingan (strabismus) di mana sekiranya kanak-kanak berumur kurang dari 3 tahun dan mempunyai kejulingan, ambliopia boleh terjadi dalam masa beberapa minggu sahaja. Faktor penyebab lain seperti keadaan di mana kuasa mata adalah jauh berbeza pada kedua-dua mata (anisometropia  ) juga boleh menyebabkan mata yang mempunyai rabun yang lebih teruk menjadi ambliopik. Ambliopia juga kerap terjadi pada kanak-kanak yang mengalami katarak congenital atau katarak traumatik sebelah mata (artikel Januari). Keadaan ambliopia tidak boleh dibaiki hanya dengan memakai cermin mata atau kanta sentuh sahaja tetapi mereka memerlukan terapi ortoptik intensif. Terapi ortoptik adalah terapi insentif yang membabitkan banyak latihan mata seperti memfokus untuk melihat objek kecik seperti memasukkan benang dalam jarum. Faktor-faktor lain penyebab ambliopia adalah seperti mata ptosis (kelopak mata yang layu), berlaku halangan pada media mata seperti parut dan opasiti di mata.
Masalah ambliopia amat sukar dikesan oleh ibubapa sendiri. Ini adalah kerana sekiranya kanak-kanak itu masih mempunyai satu mata yang baik, kanak-kanak tersebut akan menggunakan mata yang baik untuk melihat dan tidak akan melaporkan kekaburan penglihatan. Adakalanya kanak-kanak itu sendiri tidak tahu untuk melapor kekaburan kerana mereka sendiri tidak pernah dapat melihat dengan baik sebelum ini untuk membezakan antara terang dan kabur..

Ambliopia boleh berlaku pada satu mata (unilateral) ataupun kedua-dua belah mata bilateral). Ambliopia unilateral berlaku apabila salah satu mata mempunyai ralat refraksi yang besar manakala mata yang satu lagi adalah normal ataupun mempunyai ralat refraksi yang kecil. Ini akan menyebabkan mata yang lebih baik (iaitu yang normal atau ralat refraksi yang lebih kecil) befungsi secara aktif manakala mata yang lemah akan malas untuk berfungsi. Sekiranya keadaan ini dibiarkan berlanjutan, lama-kelamaan mata yang lemah tidak mampu lagi untuk melihat walaupun setelah dibaiki rabunnya dengan cermin mata.
Adakalanya kedua-dua mata (ambliopia bilateral) mempunyai ralat refraksi yang besar dan tidak dibetulkan untuk tempoh yang lama. Akibatnya penglihatan masih rabun meskipun setelah dibetulkan dengan cermin mata.

Masalah ambliopia dapat di kesan hanya melalui pemeriksaan mata oleh Optometris. Setiap kanak-kanak perlu berjumpa Optometris sebelum berumur 7 tahun untuk pemeriksaan penglihatan yang komprehensif. Hanya dengan pemeriksaan mata yang rapi, ambliopia dapat dikesan dan  dirawat segera. Terapi ortoptik yang insentif perlu dijalankan dengan segera untuk merawat keadaan ini. Ambliopia boleh menyebabkan  penurunan tahap penglihatan yang ketara dan boleh menganggu prestasi pelajaran kanak-kanak. Tahap penglihatan yang rendah boleh mengganggu kebolehan kanak-kanak untuk melihat dengan baik huruf tulisan di papan hitam ataupun membaca buku. Sekiranya masalah ini berlanjutan kanak-kanak akan terus hilang minat dan tumpuan terhadap pelajaran. Di sini letaknya kepentingan untuk pemeriksaan mata kanak-kanak sebelum melangkah ke alam persekolahan.
Mata ambliopik ini boleh dirangsang kembali dengan menjalani terapi intensif seperti pengatupan total. Adalah penting kedua-dua mata diperiksa dengan sempurna oleh Optometris bertauliah bagi memperbaiki ralat refraksi pada kedua-dua mata sama ada dengan cermin mata ataupun kanta sentuh. Bagi ambliopik unilateral kebiasaannya mata yang lebih baik akan di tutup dengan pengatup berpelekat, pengatup plastik ataupun kanta sentuh legap. Secara tidak langsung kanak-kanak perlu menggunakan mata yang lemah untuk melihat. Ketika rawatan tersebut dijalankan kanak-kanak biasanya akan di bimbing untuk melakukan kerja dekat seperti mewarnakan objek-objek kecil, menyambung titik-titik (join the dots) dan aktiviti seperti memasukkan benang dalam manik. Kerja-kerja yang dilakukan bergantung pada tahap penglihatan pada mata yang lemah. Kerja-kerja yang lebih rumit akan diberikan setelah kanak-kanak menunjukkan kemajuan. Masa mata ditutup bergantung pada darjah keterukan ambliopia dan biasanya adalah bagi tempoh 2 hingga 4 jam sehari. Kebiasaannya ketika aktiviti rawatan dijalankan, kanak-kanak dinasihatkan berada dibawah pengawasan ibubapa dan berada dalam lingkungan rumah.

Biasanya terapi intensif mempunyai prognosis yang lebih baik sekiranya dijalankan pada kanak-kanak yang berumur kurang dari 7 tahun. Walaubagaimanapun terapi masih boleh dicuba keatas kanak–kanak yang berumur kurang dari 12 tahun. Setelah melepasi tempoh kritikal ini, kebarangkalian untuk mendapatkan penglihatan yang normal adalah tipis. Dalam kes yang melibatkan kejulingan, surgeri untuk meluruskan mata perlu dilakukan dahulu.

Sekiranya terapi ortoptik dijalankan dengan intensif dan teratur, peningkatan tahap penglihatan boleh dilihat dalam tempoh 1 – 2 bulan.. Terapi ortoptik perlu dijalankan setiap hari sengga tahap penglihataan terbaik dicapai. Apabila tahap penglihatan terbaik sudah tercapai, terapi ini dilanjutkan selama beberapa bulan sebelum dihentikan perlahan-perlahan untuk mengelakkan ambliopia kembali terjadi.

Sekiranya masalah ambliopia ini tidak dikesan dan dirawat awal, ianya boleh  mengakibatkan rabun penglihatan yang kekal dan juga boleh mengganggu persepsi kedalaman (stereopsis). Adalah wajar untuk membawa anak-anak anda menjalani pemeriksaan mata sekurang kurangnya setahun sekali. Sekiranya anak anda sudahpun bercermin mata, pemeriksaan penglihatan masih perlu diulangi sebaik-baiknya setiap 6 bulan.
Perlu diingatkan pada ibubapa bahawa tahap penglihatan yang baik (sekurang-kurangnya 6/9) diperlukan sebagai syarat untuk mendapatkan lesen memandu apabila meningkat dewasa nanti. Masalah ambliopia yang tidak dirawat sebelum usia 12 tahun akan menyebabkan masalah rabun kekal. Sekiranya ini berlaku pada anak anda, dia mungkin tidak berpeluang untuk memiliki lesen memandu yang sah apabila dewasa kelak.

Kanak-kanak ambliopia sedang menjalani latihan ortoptik untuk melatih mata yang lemah. Mata yang lebih baik ditutup dengan pengatup berpelekat. Ambliopia boleh dirawat dengan mengadakan latihan intensif ortoptik sebelum kanak-kanak mencecah umur 12 tahun.

Pemeriksaan mata ke atas kanak-kanak perlu dilakukan sebelum umur 7 tahun untuk mengesan dan membetulkan sebarang kesalahan refraksi jika ada.

Seorang bayi yang memerlukan pembetulan refraksi, tidak sesuai dipakaikan dengan cermin mata. Kanak-kanak mudah berasa rimas dan akan menepis cermin mata dari muka. Emosi ibu dan anak juga akan terganggu dengan pandangan aneh dari orangramai.

Penglihatan bayi boleh  bertambah baik dengan pemakaian kanta sentuh. Bagi kanak-kanak yang tidak komplian terhadap pemakaian cermin mata, kanta sentuh adalah alternatif terbaik.



Dr Haliza Abdul Mutalib

Pakar Optometris & Pensyarah
Jabatan Optometri, FSKB
Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 KUALA LUMPUR
Email: haliza@medic.ukm.my

15 comments:

  1. doktor, adakah orang dewasa juga akan mendapat rawatan menutup mata sebelah untuk merangsang mata malas tersebut?

    ReplyDelete
  2. Kebiasaanya terapi ini digunakan pada kanak kanak sahaja sebelum mencecah umur 12 tahun. Jarang di praktikkan pada orang dewasa kerana rawatan ambliopia (tutup mata) tidak efektif lagi atau prognosis adalah lemah untuk usia dewasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doktor mata saya juling sedikit. Adakah ia boleh pulih?

      Delete
  3. dr adakah penghidap ambliopia ini di kira sebagai cacat penglihatan..adakah ada kemungkinan susah mencari pekerjaan jika ada ambliopia?terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      bergantung pada keterukkan ambliopia. Sekiranya kedua dua mata adalah ambliopia pada tahap VA 6/18 atau lebih lemah maka ianya akan dianggap sebab penglihatan terhad atau "low vision". Pada kanak kanak ambliopia masih boleh dirawat kebiasaanya sebelum mencecah had umur 12 tahun. Maka ambliopia juga tidak bersifat kekal. Tetapi bagi dewasa yang mempunyai masalah ini bergabung sama dengan masalah/patalogi mata yang lain boleh dianggap sebagai ambliopia kekal. Jika teruk maka istilah penglihatan terhad akan digunakan.

      Delete
    2. Assalamualaikum
      Dr , apakah rawatan baiki mata juling bayi saya berusia 1thn 5 bln. Sblm ni mata bayi tak juling tp slps jatuh dr sofa & bawah matanya terkena sesuatu...mata jd juling

      Delete
  4. Salam Dr..ank sy brumur 3 bln dan mmpunyai masaalah kelopak mata bhagian atas.adakah itu lazy eys? Adekah ia boleh mnjadi normal blk sebab masa lahir ianya normal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULAH

      Masalah lazy eyes tiada kena mengena dengan kelopak mata.

      Delete
  5. Salam dr.Saya brusia 19 tahun saya dapati mata kiri saya tdk selari dgn mata kanan apabila memandang ke kanan.Apakah rawatan yang boleh saya lakukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Juling harus diperiksa dahulu sebelum terapi boleh disyorkan bagi mendapatkan kesan efektif

      Delete
  6. assalamualaikum dr...
    saya mengalami masalah lazy eye.. pada mata sebelah kanan...bila saya lihat menggunakan mata kanan sahaja.saya hanya hanya nampak blur untuk semua gambar dan tulisan...termasuk persekitran saya... sekarang apa yang saya perlu buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLLAH

      Perlu periksa kuasa/power mata dan dibetulkan. Sekiranya tahap penglihatan tidak memuaskan ianya baru dipanggil lazy eyes.

      Delete
  7. Salam Dr, saya 22 tahun dan baru sedar mata kiri saya juling sedikit dan saya memakai cermin mata dari umur 7 tahun. baru-baru ni tukar cermin mata, optometris sebut tentang mata malas. so, untuk umur dewasa ni, rawatan apa sesuai? dan kalau untuk treatment laser nak clearkan rabun boleh rawat juling sekali ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Mata malas kebiasaanya dirawat pada peringkat kanak kanak. Tapi masih boleh cuba jika sudah berumur. Mata malas harus dirawat dengan terapi penglihatan bukan secara laser. Sekiranya mata malas itu makin sembuh, juling juga akan kurang dengan sendirinya

      Delete