Pages

Monday, January 14, 2013


Perkembangan Penglihatan Kanak-kanak

Penglihatan adalah salah satu sensori yang sangat penting dalam membantu pekembangan dan tumbesaran kanak-kanak. Setiap ibubapa patut berwaspada dan tahu tentang perkembangan penglihatan anak mereka, sama ada normal ataupun tidak. Ibubapa perlu tahu kanak-kanak tidak dapat membezakan antara penglihatan normal ataupun tidak kerana apa yang di lihatnya secara lansung akan diterimanya sebagai normal. Oleh itu jangan tunggu untuk anak anda memberitahu anda atau mengadu yang pandangannya kelihatan kabur ataupun penglihatan tidak cukup tajam, ianya tidak akan berlaku. Sekiranya anda adalah ibubapa yang perihatin anda mungkin dapat mengesan masalah penglihatan anak-anak anda melalui aktiviti-aktiviti yang berlangsung di rumah.

Tanda-tanda masalah penglihatan pada kanak-kanak

  • Mengecilkan kelopak mata  ketika menonton TV atau cuba membaca papantanda.
  • Juling atau cuba menutup satu mata dengan telapak tangan
  • Meneleng atau menjeling ke satu arah ketika cuba fokus
  • Sering menggosok mata
  • Suka mengelip mata secara terlampau (twitching)
  • Mata merah atau berair dalam keadaan normal
  • Lahir pramatang
  • Perkembangan terbantut seperti lambat berjalan
  • Mempunyai penyakit sistemik seperti diabetes atau HIV
Sekiranya  anda mengesan masalah di atas, berulang-ulang kali, anak anda mungkin mempunyai masalah penglihatan. Segeralah dapatkan pemeriksaan dan nasihat dari Optometris. Optometris akan melakukan pemeriksaan mata secara komprehensif dan dapat mengesahkan  keadaan tersebut dengan segera .

Bayi
Bagi bayi, kebiasaanya pemeriksaan mata akan dilakukan oleh pakar kanak-kanak ketika bayi baru lahir dan juga ketika lawatan susulan ke klinik sepanjang tempoh setahun. Setiap bayi sepatutnya menjalani pemeriksaan mata. Bayi selalunya dapat mengesan pergerakkan objek sebelum dapat melihat objek dengan baik. Kebiasaannya bayi dapat melihat wajah ibunya dengan jelas hanya selepas berumur seminggu. Ketika ini persepi warna dan kedalaman belum lagi sempurna. Koordinasi mata dan otot mata juga masih tidak matang dan ini adakalanya menyebabkan bayi kelihatan juling. Kejulingan ini boleh terhapus dengan sendirinya apabila bayi semakin membesar. Tetapi jika darjah kejulingan kelihatan semakin besar dan sekiranya makin kerap berlaku and perlu bertindak segera.
Sekiranya anda ingin menguji sama ada mata bayi anda sebenarnya berfungsi ataupun tidak, anda boleh mencuba mengikuti tips berikut.

  • Tampal pelekat mata pada salah satu mata bayi. Sekiranya bayi menangis atau menjadi resah ini bermakna mata yang terbuka mungkin tidak berfungsi dengan baik. Ulang dengan mata yang satu lagi. Anda juga boleh menekup mata bayi anda dengan menggunakan tapak tangan.
Kanak-kanak
Pada usia awal persekolahan, perkembangan penglihatan sudah hampir sempurna. Ketika ini jika ada sebarang tanda yang menunjukkan penglihatan terganggu, ianya amat mudah dikesan. Anda perlu selalu memerhatikan tingkahlaku anak anda seperti menonton TV terlalu dekat atau memegang buku terlalu dekat dengan mata, mata menjadi juling ketika penat atau cuba melihat sesuatu objek, kepala suka meneleng ke satu arah tertentu, mata yang selalu digosok-gosok ketika menonton TV atau cuba membaca sesuatu atau pun sensitif pada cahaya biasa. Sekiranya anak anda tidak menunjukkan sebarang tanda sebegini, anda masih perlu membawanya untuk pemeriksaan mata pada ketika berumur 7 tahun sekiranya anda atau pasangan anda mempunyai rabun mata. Rabun adalah satu keadaaan yang boleh diheriditasi dari genetik. Sekiranya saudara-mara terdekat juga mempunyai sejarah rabun atau penyakit mata adalah lebih baik untuk bawa anak-anak anda untuk pemeriksaan mata. Ini adalah kerana, kadang kala, penyakit mata atau ralat refraksi hanya dapat di kesan oleh Optometris setelah menjalankan pemeriksaan dengan menggunakan instrumen tertentu.
Pemeriksaan mata ketika kanak-kanak berumur antara 5 hingga 7 tahun sangat penting kerana sekiranya kanak-kanak ini mempunyai sebarang masalah yang memerlukan pemakaian cermin mata, kanta sentuh atau terapi penglihatan, ianya dapat dilakukan dengan segera dan dibetulkan sebelum melangkah ke alam persekolahan.

Bagi kanak-kanak yang memakai cermin mata, mereka perlu menjalani pemeriksaan mata setiap 6 bulan untuk memastikan progresi ralat refraksi dapat dikesan. Jangan bertangguh terlalu lama untuk menjalani pemeriksaan penglihatan kerana kuasa refraksi yang bertambah, jika tidak dibetulkan boleh menyebabkan kenaikan kuasa ralat refraksi secara mendadak dan juga boleh menyebabkan risiko berlakunya mata malas.

Penyaring penglihatan yang biasanya dijalankan disekolah oleh pusat kesihatan adalah untuk mengesan secara kasar masalah penglihatan yang dialami oleh kanak-kanak. Ianya bukanlah satu pemeriksaan mata yang lengkap. Oleh itu adalah lebih baik sekiranya anda dapat membawa anak anda untuk menjalani pemeriksaan mata yang lengkap oleh Optometris ketika diawal persekolahan.
Penglihatan yang tidak dirawat dari awal boleh membawa kepada masalah mata malas. Mata malas bermaksud penglihatan yang tidak dapat dibaiki meskipun ralat refraksi telah dibetulkan. Ini boleh berlaku pada satu atau kedua-dua mata. Sekiranya latihan terapi diberikan segera sebelum usia menjangkau 7 tahun, keadaan mata malas ini mungkin boleh dirawat. Sekiranya dibiarkan tanpa pembetulan ralat refraksi atau terapi penglihatan, mata tersebut akan menjadi lemah dan lama-kelamaan mungkin tidak dapat berfungsi lagi.

Kanak-kanak Istimewa
Golongan kanak-kanak istimewa juga seperti Sindrom Down juga mempunyai risiko rabun jauh dan kuasa astigmatisme. Oleh kerana kanak-kanak golongan ini mungkin tidak akan mengadu dan jarang melakukan aktiviti yang boleh menampakkan tanda-tanda rabun adalah penting penglihatan mereka diperiksa sekurang-kurangnya setahun sekali. Semasa pemeriksaan ini sebarang tanda ketidaknormalan okular boleh dikesan dan rawatan awal boleh dimulakan segera.
Pemeriksaan mata di usia awal sangat penting. Ibubapa juga seharusnya memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan penglihatan anak-anak. Kanak-kanak yang sihat tetapi mempunyai penglihatan yang lemah akan membantutkan perkembangannya terutama sekali dari segi pembelajaran. Pastikan anda menjadikan pemeriksaan mata sebagai satu rutin tahunan.

Prof Madya Dr Haliza Abdul Mutalib
Pakar Optometris & Profesor Madya
Program Optometri & Sains Penglihatan, FSK
Universiti Kebangsaan Malaysia

21 comments:

  1. assalam dr... saya nak tanya mengenai dengan mata mals.. skarang saya dah berusia 20 tahun.. saya mengalami mata malas di mata sebelah kanan saya dimana jika saya melihat objek dekat, mata kanan saya akan beralih ke dalam dan jika saya melihat objek jauh, mata kanan saya akan beralih ke arah luar.. skarang saya menjalani terapi ooptistik untuk melatih mata saya luruw ke hadapn. soalannya, akan kah mata saya ini akan sembuh diebabkan usia saya yang sudah mencecah 20 tahun? saya tidak punya keyakinan diri jika berhadapan dengan masyarakat. saya malu disebabkan mata saya juling ke arah luar..

    ReplyDelete
  2. SALAMULLAH

    Dari apa yang saudara ceritakan masalah utama adalah kejulingan pada mata kanan. Perlu di periksa terlebih dahulu punca kejulingan tersebut. Perlu tahu juga sekiranya ianya sudah hadir ketika lahir ataupun tiba tiba sahaja ketika dewasa. Rawatan Ortoptik boleh dilakukan sekiranya juling itu adalah sedikit. Sekiranya juling tersebut agak ketara mungkin surgeri juling boleh dicadangkan. Juling yang bermula dari kecil boleh mengakibatkan mata malas. Untuk usia 20thn adalah agak sukar untuk merawat mata malas walaubagaimanapun penglihatan masih boleh dioptimakan. Masalah kosmetik boleh dibetulkan dengan rawatan bersesuaian. Kalau saudara memerlukan konsultansi lanjutan untuk melihat prognosis yand ada bagi masalah penglihatan saudara bolehlah hubungi D'Optometrist berlokasi di Bandar Sri Permaisuri, Cheras Tel: 03-91744024 untuk membuat temujanji dgn pakar Ortoptik.

    ReplyDelete
  3. Dr haliza, bayi saya mengalami intermittent squint, dikesan ketika berusia 6 bulan & confirmation ttg masalah tersebut setelah kami membawanya utk pemeriksaan mata ketika usianya 8 bulan. semenjak itu kami masih belum membawanya utk pemeriksaan kali ke 2 dan seterusnya. dia kini berusia setahun setengah. kami cuba patch mata tetapi tidak berjaya,soalan saya bolehkah terapi mata dimulakan terhadap anak saya ketika usianya setahun setengah ini? saya bimbang pada keadaan matanya, kerana walaupun intermittent, deviation matanya agak jelas. matanya turn out terutamanya jarak jauh, sewaktu sakit, sewaktu bangun tidur, dan bila melihat persekitaran baru. daripada fatmawati, KL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pn Fatmawati,

      Sememangnya salah satu rawatan bagi "intermintten squint" adalah occlusion therapy. Namun begitu sebelum melakukan terapi tersebut perlu tahu sekiranya bayi mempunyai ralat refraksi ataupun tidak. Sekiranya ada ianya perlu dibetulkan sebelum terapi pengkatupan berlaku. Pemantauan berkala oleh pakar juling perlu dilakukan bagi mengetahui sudut kejulingan. Sekiranya wajar terapi pengatupan dilakukan, ianya harus dilakukan seawal mungkin dan dipantau perkembangan juling oleh pakar . Keadaan ini harus diberi perhatian dari awal usia bagi mengelak mata malas.

      Delete
    2. ya,anak saya dikesan mengalami astigmatism. agak tinggi juga untuk umurnya pada waktu pemeriksaan tersebut iaitu ketika umurnya 8 bulan, reading utk astigmatism both eyes about 300.

      Delete
    3. Seharusnya terapi pengatupan dilakukan hanya setelah ralat refraksi/power sama ada miopia atau astigmatisme tersebut dibetulkan. Ini boleh dirawat dengan kanta lekap ataupun cermin mata.

      Tanpa pembetulan ralat refraksi terlebih dahulu, terapi pengatupan tidak wajar dilakukan.

      Delete
  4. one more dr, bagaimana untuk berjumpa terus dengan dr? - fatmawati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh hubungi D'Optometrist yang beralamat di Bandar Sri Permaisuri 03 91744024 utk temujanji. Juga sebut ketika temujanji untuk berjumpa pakar juling. Saya akan cuba uruskan agar pakar juling ada bersama ketika memeriksa mata anak puan.

      Delete
    2. adakah eye drop akan diberikan kpd anak saya utk pemeriksaan tersebut? anak saya telah di beri eye drop ketika pemeriksaan kali pertama dahulu. agak sukar part ini utk baby.

      Delete
    3. sekiranya eyedrop tersebut mendatangkan trauma pada baby, kita akan menggunakan kaedah lain tanpa eye drop.

      Delete
    4. alhamdulillah, terima kasih dr atas response. Kami akan berbincang tentang membawanya utk pemeriksaan seterusnya.

      Delete
  5. assalamualaikum doc...

    anak saya premature @ 33weeks.didiagnose with convergent squint.setelah berjumpa dgn pakar mata,didapati dia rabun dekat dan disarankan utk memakai cermin mata pd usia 9bulan.dimana boleh saya dptkn cermin mata khas utk bayi kerana gagal mendapatkannya di kedai biasa.terima kasih.yani

    ReplyDelete
  6. SALAMULLAH

    Cermin Mata khas untuk bayi boleh didapati di permis D'OPTOMETRIST. Boleh hubungi D'Optometrist yang beralamat di Bandar Sri Permaisuri 03 91744024. Kanta sentuh khas untuk bayi dan kanak kanak juga boleh didapati di klinik tersebut.

    ReplyDelete
  7. Salam Prof,

    Anak saya sering mengadu tidak nampak tulisan cikgunya semasa di kelas. Jadi saya patut membelikan dia cermin mata. Apabila saya pergi ke kedai cermin mata, mereka meminta prescription dr doktor. Boleh ke saya berjumpa prof utk mendapatkan prescription?

    ReplyDelete
  8. SALAMULLAH

    Boleh. Sila hubungi D'OPTOMETRIST di Bandar Sri Permaisuri untuk temujanji 03-91744024

    ReplyDelete
  9. salam doktor...
    saya nak tanye anak saya berumur 4bulan lebih...
    sy perasan kadang kala matanya gerak selari tetapi sebelah lagi tak gerak habis maksudnya sebelah lagi gerakan nya tak menutup mata putih....
    adakah normal untuk anak sy yg masih bayi atau perlu mendapatkan rawatan?
    boleh sy tahu berapa anggaran kos utk pemeriksaan di D'OPTOMETRIST di Bandar Sri Permaisuri ???

    ReplyDelete
  10. SALAMULLAH

    Kebiasaan kanak kanak kecil mempunyai aktiviti otot yang sangat aktif dan bolen membuat mata mereka menjadi seolah olah juling. Tetapi sekiranya juling ini adalah tetap perlu jumpa doktor mata untuk pemeriksaan lanjut bagi menolak kemungkinan mata bayi ada masalah lain selain dari hanya masalah penglihatan. Kos pemeriksaan bergantung kepada pemeriksaan pada bayi. Kos initial adalah minima. Sebarang bentuk rawatan atau tindakkan selanjutnya akan dibincangkan bersama ibubapa.

    ReplyDelete
  11. As salam Dr,
    Saya berusia 30 dan mempunyai masalah kelopak mata lemah sejak kecil lagi yg menyebabkan mata saya nampak kecil sebelah. Ia menyebabkan saya hilang keyakinan dan sering ditegur kawan2 kerana kelainan sebelah mata. Saya juga sering sakit kepala akibat mata yg terasa lemah untuk dibuka luas. Adakah sebarang rawatan yang boleh dilakukan untuk mata saya? Jika ada, apakah caranya dan bagaimana untuk berhubung? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salamullah

      sekiranya perbezaan adalah ketara pembedahan kelopak mata boleh disyorkan. Salah satu masalah terhasil dari ptosis adalah silau. Ianya mungkin boleh dibetulkan selepas surgeri kelopak mata.

      Delete
  12. assalamualaikum doktor.saya sgt perlukan penjelasan doktor.anak sy sejAK USIA 2 bln lbh dia pernah demam panas jmpa doktor nasib cepat bawa jd nda sawan.tapi meningakt umurnya kwn2 perasan dia kasi julig matanya tapi saya takut and umur 8 bln sy bw jmpa pkar pakar ckp normal.pakar ckp dinding hidung tebal itula nmpk mcm itu.harapan dan doa sya semoga ckp pakar tu betul aamiin.ada kes sebegini doktor pernah alami.dan ada kwn ckp anak sy kena berurut ada ka benar bgtu doktor? tolong sy bg penjelasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Adakalanya kita nampak juling tapi sebenarnya tidak. Mungkin kulit ditepi hidung buat kita nampak macam juling. Mengurut tidak dapat membetulkan juling

      Delete