SALAM HORMAT
DAN SALAM 2013.
SEBELUM TERLEWAT, IZINKAN SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU 2013. sEMOGA DENGAN KEHADIRAN TAHUN BARU INI AKAN MEMBERI MAKNA DAN WADAH YANG SEMPURNA BUAT DIRI ANDA DAN KELUARGA. MUNGKIN LEWAT 2012, PELBAGAI PERKARA PAHIT MANIS TELAH DIRANGKUM MENJADI SATU EPISOD KEHIDUPAN, NAMUN SAYA PENUH YAKIN BAHAWA ANDA DAN SAYA AKAN TERUS MELANGKAH MENEROKA 2013 INI DENGAN LEBIH SEGAK, BERGAYA DAN BERILTIZAM. APA YANG SERING SAYA KHABARKAN ADALAH.. LALUILAH TAHUN INI DENGAN PENUH IMPIAN DAN PERANCANGAN BUAT DIRI ANDA SERTA KELUARGA ANDA SENDIRI.
KESIBUKAN MELADENI TUGAS DI PEJABAT DAN DI RUMAH SERTA KERJA-KERJA AMAL DAN KEBAJIKAN YANG TELAH DIRANCANG MENYEBABKAN SAYA SERTA MODERATOR SAYA AGAK KESUNTUKAN MASA UNTUK DUDUK MENULIS DAN MEMAPARKAN SESUATU BUAT ANDA DI LUAR SANA. KEPENTINGAN UMUM LEBIH MENJADI KEUTAMAAN BILA DIPANGGIL DAN TERPANGGIL. PUN BEGITU, BUKANLAH BERMAKNA SAYA LUPA PADA TUGASAN SAYA MEMBERI ILMU BUAT ANDA. MERANGKAK DI CELAH KESIBUKAN YANG TERANCANG, DAN KEKADANG TAK TERDUGA, SAYA MENYADARI BETAPA RUANGAN INI MASIH MEMERLUKAN SATU KESINAMBUNGAN BUAT ANDA. JUSTERU, SAYA KEMBALI BERSAMA ANDA LAGI DAN MASIH MAHU MEMBICARAKAN SESUATU YANG MERUPAKAN KEPENTINGAN KITA BERSAMA TERHADAP DIRI DAN KELUARGA KHUSUSNYA ANAK-ANAK YANG KITA SAYANGI.
SAYA BERSYUKUR PADA TUHAN KERANA BILA SAJA SAYA TERJAGA SUBUH PAGI INI SAYA SEOLAH TERPANGGIL UNTUK MENULIS. SEPERTINYA ADA SATU RUANG UNTUK SAYA MENGETIK JARI DI LAMAN INI. MENELUSURI KEMBALI HASIL PENULISAN SAYA DI RUANGAN INI TERASA SEPERTI MASIH BANYAK KEKURANGAN YANG PERLU SAYA ISI. INSYAALLAH, AKAN SAYA PENUHI RUANGAN YANG KOSONG ITU DENGAN SESUATU YANG BARU BUAT ANDA DI LUAR SANA. PUN BEGITU, BILA MERENUNG KEMBALI SATU PERSATU PADA SETIAP PENULISAN YANG SAYA PAPARKAN PADA ANDA SEBELUM INI MEMBUATKAN SAYA TERFIKIR UNTUK TERUS MEMBERIKAN PENEKANAN DAN PENGULANGAN AGAR KEFAHAMAN BERTAMBAH. LANGKAH INI LEBIH BERFAEDAH KERANA SAYA PERCAYA PENGULANGAN AKAN MEMBUATKAN KITA LEBIH MEMAHAMI DAN BERKESAN DI MINDA.
JUSTERU ITU, TERUSKANLAH BERSAMA SAYA DAN MODERATOR SAYA DALAM RUANGAN INI. KAMI AKAN MEMPERSEMBAHKAN YANG TERBAIK BUAT ANDA.. YANG TERBAIK BUAT MASYARAKAT.
SELAMAT TAHUN BARU 2013
Semoga kita menjadi insan yang terbaik.
Esok adalah sebuah perjalanan panjang,
harapan yang digendong menerangi kesamaran tak terjangka
indahnya misteri kehidupan ini
dan mistiknya meronai langkah
jangan berhenti berharap
Meski semilir angin telah berganti
bayu lembut membawa bersama citraluka
tegapkan langkahmu menyusur kiblat
tegakkan jemarimu dalam kalimah yakin
kerna Tuhan masih mengasihi kita
dan tetap tersenyum melihat kita utuh berlari.
Doaku untuk semua,
awal yang baik di Januari,
kecintaan di Februari,
kedamaian di Mac,
ketenangan di April,
kesenangan di Mei,
keselesaan di Jun,
renungan di Julai,
penghayatan di Ogos,
kebersamaan di September,
kejayaan di Oktober,
kenikmatan di November
kebahagiaan di Desember.
Semoga terkabul di tahun 2013.
Salamunkhaulanmirrobbirrohim
Dr Haliza Abdul Mutalib
No comments:
Post a Comment