RAWATAN PENGLIHATAN DENGAN KANTA SENTUH
Mungkin ramai ibubapa akan
bertanyakan bolehkah seorang bayi memakai kanta sentuh. Jawapannya; boleh.
Masyarakat masa kini hanya mempersepsikan pemakaian kanta sentuh adalah untuk
orang dewasa sahaja dan tidak pernah
terfikir ianya boleh direalisasikan pada kanak-kanak. Perkara yang perlu
difahami adalah tujuan sebenar pemakaian kanta sentuh. Kanta sentuh dipakai
bukan untuk kelihatan cantik tetapi ada banyak sebab lain bayi atau kanak-kanak
perlu dipakaikan dengan kanta sentuh.
Bayi atau kanak-kanak tidak akan
lari dari masalah penglihatan dan penyakit mata. Adakalanya bayi yang
dilahirkan mempunyai kuasa refraktif yang sangat tinggi yang memerlukannya
memakai kanta pembetulan di usia yang muda. Begitu juga adakalanya bayi
dilahirkan dengan masalah mata seperti kongenital katarak, glaukoma dan
lain-lain yang boleh menyebabkan penglihatan terjejas teruk.
Bayi yang mempunyai penglihatan
yang teruk tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Ramai ibubapa yang mengambil
jalan mudah dengan membiarkan sahaja kanak-kanak tersebut tanpa pembetulan yang
sepatutnya sehinggalah kanak-kanak tersebut berada di pra persekolahan.
Kelewatan ini boleh menjejaskan penglihatan ke tahap teruk yang disebut sebagai
ambliopia (mata malas). Ianya sukar dirawat tanpa terapi penglihatan. Ambliopia
boleh berlaku sekiranya mata tidak mendapat stimulasi yang cukup untuk
berfungsi normal dan juga kuasa refraktif yang tidak dibetulkan menyebabkan
penglihatan kabur sentiasa.
Keadaan mata malas kanak-kanak
sememangnya boleh berlaku tanpa disedari oleh ibubapa. Ianya bertambah sukar
untuk dikenalpasti sekiranya ianya hanya berlaku pada sebelah mata sahaja.
Meskipun anda fikirkan penglihatan anak anda telah dibetulkan dengan cermin
mata, tidak semestinya ianya telah dapat memberikan penglihatan optimum. Anda
perlu bertanya pada pakar Optometris anda tahap penglihatan atau visual acuiti
(VA) anak anda.
Tahap penglihatan atau akuiti
dikebanyakkan klinik atau di praktis Optometri menggunakan Carta Snellen
sebagai Ujian mengukur tahap penglihatan. Anda memerlukan VA terbaik 6/6 untuk
membolehkan anda membaca baris terkecil pada jarak 6 meter. Sekiranya anak anda
tidak memiliki tahap penglihatan sedemikian ini bermakna penglihatannya adalah
dibawah paras normal.
Sememangnya hampir kesemua masalah
penglihatan boleh dibaiki dengan cermin mata namun ada sesetengah keadaan yang
memerlukan seseorang bayi yang masih kecil untuk memakai kanta sentuh.
Pemakaian kanta sentuh dapat membetulkan kuasa refraksi yang dimiliki bayi
tanpa memerlukan pemasangan cermin mata dimuka kecil.
Tidak disangkalkan cermin mata dalam
membantu memulihkan masalah penglihatan. Lazimnya, ia mungkin sesuai untuk
kanak-kanak yang telah bersekolah dan boleh mengendalikan dengan baik. Persoalan
yang timbul ialah adakah kaedah konvensional ini boleh diaplikasikan untuk
kanak-kanak berusia kurang dari tiga tahun atau seorang bayi yang dikesan
menghadapi masalah penglihatan sejak dilahirkan? Tentu tidak. Malah, penggunaan
cermin mata pada peringkat ini bukan saja tidak praktikal, malah ia menyebabkan
kanak-kanak atau bayi terbabit berasa rimas. Sehubungan itu, bagi menangani
masalah ini kanta sentuh khas untuk kanak-kanak adalah jawapannya.
Sama ada untuk teraputik mahupun
kosmetik, selama ini ramai beranggapan kanta sentuh hanya sesuai untuk remaja
dan orang dewasa. Kanta sentuh adalah alternatif terbaik untuk menangani
masalah penglihatan di kalangan bayi dan kanak-kanak. Malah, ia juga diakui
selamat dan berkesan.
Dilengkapi dengan ciri-ciri istimewa
yang direka khas, kanta sentuh ini boleh diperoleh dalam pelbagai saiz,
kelengkungan dasar, jenis material, kuasa refraktif dan warna yang
berbeza-beza. Bergantung kepada keperluan seorang kanak-kanak, ia boleh
digunakan untuk tempoh sementara atau sepanjang hayat. Penggunaan kanta sentuh
ini lebih pratikal sekiranya bayi terbabit dikesan menghadapi masalah
penglihatan sejak lahir seperti katarak kongenital. .Tidak seperti orang
dewasa, sesetengah bayi yang menghadapi masalah katarak sejak dilahirkan tidak
boleh mengantikan kanta asal yang berkatarak dengan kanta intraokular (palsu). Ini
kerana, mata bayi masih boleh membesar beberapa milimeter sehingga usianya tiga
tahun. Penggunaan kanta mata palsu di kalangan bayi atau kanak-kanak boleh
meningkatkan risiko ia teralih dari kedudukan asal akibat proses tumbesaran.
Kebanyakan masalah penglihatan pada
kanak-kanak dirawat ketika memasuki Tahun Satu persekolahan. Peratusan
kanak-kanak yang memerlukan pembetulan penglihatan sebelum memasuki alam
persekolahan semakin meningkat kebelakangan ini. Kebiasaannya, masalah ini boleh
diperbaiki dengan sepasang cermin mata. Namun, katanya penggunaan cermin mata
pada usia yang terlalu muda boleh menghilangkan keyakinan diri seorang
kanak-kanak. Ini kerana, mereka sering menjadi perhatian, bahan ejekan atau
cemuhan sama ada di kalangan rakan-rakan mereka mahupun orang-orang disekeliling
mereka.
Kadar keberkesanan penggunaan kanta
sentuh pada kanak-kanak terutamanya yang afakik, bergantung pada banyak faktor Ini
termasuklah umur, masalah mata malas dan terapi penglihatan selepas pembedahan.
Lebih awal seseorang kanak-kanak mendapat rawatan, lebih baik hasil yang
diperoleh. Begitu juga dengan kepatuhan pesakit pada tempoh penggunaan kanta
sentuh ini, terapi penglihatan dan pemeriksaan penjagaan. Kesemua ini bertujuan
untuk memastikan kanak-kanak sentiasa mempunyai penglihatan yang baik. Pada
masa yang sama, mereka perlu dipastikan bebas dari sebarang jangkitan yang
berkait dengan penggunaan kanta sentuh.
JENIS KANTA SENTUH KHAS
Untuk pemasangan ke atas bayi
kebiasaannya kanta yang digunakan berupaya menyerap oksigen dengan banyak masuk
ke dalam kornea. Kanta sentuh itu juga perlu mempunyai ciri yang dapat
mencengkam lembut mata bayi. Ini dapat mengelakkan kanta sentuh terkeluar
apabila bayi menangis ataupun ketika mandi. Penyerapan oksigen yang banyak ke
dalam mata perlu untuk memastikan kesihatan okular sentiasa terjaga terutamanya
mata sikecil selepas surgeri.
KANTA SENTUH JENIS HEMA
Kanta sentuh lembut seperti HEMA yang
mempunyai kandungan air dari 45 – 78% boleh digunakan selama 16 jam sehari sehingga
dua hari berturut-turut. Tempoh pemakaian bergantung pada peratusan kandungan air dalam
kanta dan juga keadaan mata bayi. Anda perlu meminta nasihat pakar Optometris
tentang cara pemakaian kanta sentuh pada mata bayi.
KANTA SENTUH JENIS SILIKON.
Kanta yang diperbuat dari silikon
ini kebiasaanya disyorkan untuk bayi yang berusia kurang dari satu tahun dan
juga kanak kanak yang mempunyai masalah afakia. Kanta sentuh jenis ini mampu
membenarkan oksigen masuk kemata secukupnya terutama ketika bayi tidur. Keadaan
afakia kebiasaannya memerlukan kuasa refraktif tinggi ( +16D hingga +32D).
Pemakaian cermin mata adalah tidak munasabah sama sekali kerana berat dan terlalu tebal. Kanta sentuh yang disyorkan
ini juga dibolehkan pakai hingga 30 hari berturutan dimana ibubapa tidak perlu menanggalannya
setiap hari tetapi memadai dengan memantau kesihatan okular bayi. Ibubapa hanya
perlu berwaspada sekiranya terdapat tanda kemerahan ada mata ataupun terdapat
bayak discaj mata. Penghantaran oksigen ke mata melalui penggunaan kanta sentuh
silikon ini adalah enam kali ganda lebih tinggi dari kanta sentuh HEMA. Bayi
yang kerap tidur tidak akan menghadapi masalah kekurangan oksigen.Kanta ini mudah
dimasukkan ke dalam mata. Ia juga tidak mudah terkeluar atau beralih kedudukannya
ketika menangis atau digosok Ibu bapa hanya perlu memantau keadaan kanta sentuh ini
dari masa ke semasa. Ia
hanya perlu dibersihkan jika kotor dan kemudian boleh dimasukkan semula. Kanta
sentuh jenis ini juga tidak mudah menyerap titisan ubat mata yang diberi.
KANTA SENTUH JENIS PAKAI BUANG
Kanta jenis ini sesuai untuk
kanak-kanak yang berusia tiga tahun ke atas dimana kanak-kanak lebih aktif
diperingkat umur ini. Kos kanta sentuh ini
lebih murah dan penjagaannya juga agak mudah. Oleh itu kadar kehilangan kanta
yang kerap berlaku tidak menjadi satu masalah. Pada tahap ini, kanak-kanak
biasanya boleh memberitahu ibu bapa jika kanta sentuh yang dipakai kotor dan
perlu dicuci. Bagaimanapun, tempoh penggunaan kanta sentuh ini akan dikurangkan
kepada jenis harian. Ia akan ditanggalkan ketika tidur dan dipasang pada waktu
pagi. Kanta sentuh jenis ini boleh dijadikan pilihan sekiranya kanak-kanak
masih banyak bergantung pada ubatan titis topikal untuk merawat mata selepas
surgeri.
SIAPA YANG MEMERLUKAN
§
Bayi dan kanak-kanak afakik unilateral atau
bilateral(selepas surgeri katarak)
§ Kanak-kanak
yang mempunyai kuasa refraktif yang tinggi
§ Albino
- ketiadaan iris mata (bahagian gelap pada mata). Mereka menghadapi masalah
silau keterlaluan
§ Bayi yang dilahirkan tanpa iris (aniridia)
§
Kanak-kanak yang menghadapi masalah kornea yang
bergerak-gerak (nistagmus)
§ Masalah
silau (astigmatisma) yang serius pada sebelah mata
§ Kanak-kanak
istimewa
§ Kanak-kanak
lumpuh
§ Kanak-kanak
yang mempunyai kedudukan kepala yang menyukarkan cermin mata diletakkan dengan
baik
§ Perbezaan
kuasa refraksi yang tinggi pada kedua dua belah mata
§
Terapi
merawat mata malas
KOMPLIKASI TANPA RAWATAN
Masalah mata malas (ambliopia) boleh
menyebabkan tahap penglihatan berada di bawah tahap normal. Keadaan ini perlu
dibaiki secepat mungkin. Ia mungkin sukar dirawat atau tidak boleh dipulihkan
selepas kanak-kanak mencecah usia tujuh tahun. Terapi pengatupan
boleh dilakukan diiringi dengan terapi penglihatan yang intensif.
KOMPLIKASI KANTA SENTUH
Seperti orang dewasa, kanak-kanak
juga tidak terkecuali terdedah dengan jangkitan jika ia disalah gunakan. Bagaimanapun,
jangkitan akibat penggunaan kanta sentuh di kalangan kanak-kanak dilaporkan
jarang berlaku.
Sekiranya, berlaku jangkitan virus,
penggunaan kanta sentuh terpaksa dihentikan buat sementara. Lain-lain
masalah penggunaan kanta sentuh termasuklah kanta hilang, kotor atau terkoyak.
Kanta sentuh dapat digunakan dengan selamat sekiranya pemakai patuh dengan
kaedah pembersihan dan teknik penjagaan
kanta sentuh.
KELEBIHAN MENGGUNAKAN KANTA SENTUH
Pemakaian kanta sentuh dapat
meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak.
Kebiasaanya tahap penglihatan boleh di pertingkatkan satu baris dari pemakaian
cermin mata hanya dengan pemakaian kanta sentuh. Sekiranya bayi mempunyai
masalah nystagmus ataupun mata bergetar, kanta sentuh dapat membantu
melenyapnya atau mengurangkan getaran
tersebut dan secara tak langsung dapat membaiki fokus mata. Adakalanya
juga kanta sentuh dapat membantu keadaan mata yang juling. Di masa kini kanta
sentuh banyak digunakan sebagai satu kaedah terapi untuk mengatasi masalah mata
malas dan juga juling. Pemakaian kanta sentuh pada kanak-kanak bukanlah sesuatu
yang aneh lagi, ianya telah banyak diaplikasikan di Malaysia dan kejayaan
penggunaannya dari segi rehabilitasi penglihatan sudah nampak kejayaannya.
Dr Haliza Abdul Mutalib
Pensyarah Kanan & Pakar
Optometris
Jabatan Optometri
Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu
Universiti Kebangsaan Malaysia
Assalamualaikum,Dr.. Anak saya baru berusia 9bln.. saya perasan mata hitam anak saya asyik bergerak2 macam dia tidak focus kepada sesuatu benda dan adakalanya biasa... adakah dia mengalami sindrom nygtagmus, ada tak cara untuk mengubati penyakit anak saya ni...
ReplyDeleteSALAMULLAH
ReplyDeleteAdakah mata yang bergerak gerak itu seperti bergetar ataupun pergerakkan itu adalah besar (seperti scanning)? Kebiasaannya sewaktu bayi lahir dan ketika terima suntikan berkala doktor akan juga periksa status penglihatan bayi. Sekiranya Puan berasa was was dengan status penglihatan tersebut dan mengesyaki nystagmus (bola mata bergetar-getar) bolehlah dibawa untuk pemeriksaan mata. Nystagmus perlu dikesan puncanya dan dirawat dengan kadar segera bagi memastikan bayi mendapat status penglihatan yang baik. Dapatkan pemeriksaan segera. Puan boleh juga melakukan temujanji dgn menelefon D'Optometrist 03 91744024 di Bandar Sri Permaisuri, Cheras
Assalamualaikum. dr, sy umur 18 tahun. sy baru pakai contact lens. tpi mata saya jadi merah kat bhagian tpi. tapi tak gatal pun. harap bleh bantu sy.
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeletePerlu diperiksa "fitting" kanta tersebut. ada kemungkinan fittingnya ketat dan Base Curve kanta terpaksa dibesarkan untuk sesuaikan dengan saiz mata.
assalamualaikum doc,
ReplyDeleteanak saya baru berusia 3 bulan.saya dapati anak matanya kadangkala bergetar2 dan tidak fokus pada satu2 benda.kerap juga pandang ke arah atas.telah bawa jumpa pakar mata, katanya nystagmus. setakat ni doc suruh pantau perkembangannya smpai 6 bulan.
saya sangat risau, adakah mata anak saya boleh sembuh dan adakah masalah ini akan mempengaruhi kesihatannya yang lain.
SALAMULLAH
ReplyDeleteSekiranya anda dapati nystagmus itu semakin ketara, sila bawa untuk periksa tahap penglihatannya. Ianya berlaku kerana mata bayi masih 'scan' untuk mendapat penglihatan yang tajam. Sekiramya penglihatannya tidak bagus ada kemungkinan ianya boleh menyebabkan bayi lambat sedikit mula berjalan. Nystagmus juga berkaitan saraf oleh itu pemeriksaan kesihatan menyeluruh perlu dilakukan.
salam..
ReplyDeleteDr,
saya telah bawa anak saya buat pemeriksaan mata di pakar mata kanak2 baru-baru ini. Pemeriksaan pakar mendapati mata bayi mempunyai katarak di kedua-dua belah mata. (pemeriksaan di pakar mata lain sebelum ini hanya buat pemeriksaan luaran, tanpa titis cecair besarkan anak mata).
Pakar mata kanak2 mengatakan mata bayi juga mengalami nystagmus dan juling kesan daripada katarak tersebut.Pembedahan perlu untuk membuang katarak tersebut.
Minta pendapat doctor, bayi saya berusia 4 bulan lebih sekarang.Jika pembedahan lambat dilakukan, adakah selaput katarak tersebut makin membesar?
Adakah masalah nystagmus akan hilang setelah pembedahan katarak dilakukan?
Terima kasih.
WKSLM
DeleteSurgeri katarak perlu segera. Jika lambat ianya boleh menyebabkan mata malas yg sukar dibetulkan dan mata tiada rangsangan. Ini merupakan kongenital katarak dan sepatutnya dikesan lebih awal dan disegerakan surgeri. Sila bertindak segera, Nystagmus akan hilang jika penglihatan bayi baik selepas surgeri. Lagi lambat surgeri dilakukan, nystagmus susah hilang.
Salam.. doktor.
ReplyDeleteAnak saya telah melakukan surgeri membuang katarak Ogos tahun lepas di ISEC Penang sewaktu berusia 8 bulan.Selepas pembedahan, bayi menggunakan cermin mata tebal (Cermin 'aphakic”). Sewaktu usia 10 bulan, bayi mula memakai contact lens tetapi tidak konsisten kerana lens kerap terkeluar dan hilang beberapa kali kerana fitting yang tidak tepat pada permulaannnya dan bayi kerap menggosok mata. Optometris membenarkan contact lens dipakai utk tempoh 4 hari sebelum dikeluarkan untuk dicuci memandangkan faktor masalah untuk memakaikan dan mengeluarkan lens setiap hari kepada bayi.selalunya hanya sempat pakai contact lens selama 1 hari atau 2 hari saja kerana lens kerap terkeluar dan hilang akibat anak menggosok matanya. keadaan lens terkeluar dan hilang berlaku sejak dari bulan Okt2015 sehingga lah bulan April 2016. kos contacts lens tersebut sangat tinggi,RM 1700 bagi sepasang mata.cuma menjadi masalah sekarang, semasa anak masih kecil iaitu sebelum berumur 15 bulan,urusan utk menggunakan lens tidak terlalu sukar, tetapi pada usia anak yg sudah boleh berjalan,lasak (anak sekarang berusia 18 bulan) urusan seperti memandikannya dalam keadaaan mata memakai contact lens agak sukar, kerana mata tidak boleh terkena air. Dulu semasa masih kecil, saya mandikan bayi dengan membaringkannya untuk mengelak mata terkena air, sekarang anak telah lasak dan tidak lagi dapat berbuat cara sedemikian. Untuk membuka contacts lens sebelum mandi setiap hari agak sukar dilakukan . saya telah cuba memakai anak goggles, tp anak tidak mahu menggunakan dan seakan fobia. Saya minta pendapat doktor, bolehkan saya tangguh dahulu untuk anak menggunakan contacts lens ?saya hendak latih anak dulu utk biasakan pakai goggles semasa mandi bagi melindungi mata . Adakah memakai cermin mata aphakic dpt juga membantu tahap penglihatannya.
Saya rasa buntu sekarang..
Sekian,terima kasih.
SALAMULLAH
DeleteMAAF kerana mengambil masa lama sebelum menjawab soalan saudari.
Sememangnya pemakaian kanta lekap amat digalakkan selepas surgeri untuk merangsang penglihatan anak. Jika diabaikan boleh menyebabkan ambliopia, lazy eyes yang mana rawatan selepas itu lebih sukar.
Jika anak dipakaikan dengan kanta lekap silikon, boleh mandi semasa memakai kanta lekap cuma perlu berhati hati supaya air yang banyak atau kotor tidak masuk dalam mata bayi. Alternatifnya, selepas mandi guna eyedrops untuk bersihkan dan lembabkan mata bayi. Tak perlu googles kecuali untuk aktiviti berenang.Sekiranya kanta lekap tidak sesuai pakaikan cermin mata pada anak. Jangan biarkan matanya tanpa pembetulan power.
Jika puan berminat boleh hubungi D OPTOMETRIST di Bandar Tasik Permaisuri 03 - 91744024 di Cheras (depan HUKM) untuk temujanji dengan saya.
Assalamualaikum Dr,
ReplyDeleteAnak saya berusia 4bulan disahkan mengidap sintom aniridia.Ada terdapat apa2 rawatan untuk aniridia? apakah ada kemungkinan untuk anak saya melihat seperti orang lain?
SALAMULLAH
DeleteSaya mohon maaf terlambat membaca segment ini. Ya ada rawatannya dengan menggunakan kanta lekap. Pls come and see me.
Jika puan berminat boleh hubungi D OPTOMETRIST di Bandar Tasik Permaisuri 03 - 91744024 di Cheras (depan HUKM) untuk temujanji dengan saya.