OPTOMETRIS DI MATA MASYARAKAT
Oleh:
Prof Madya Dr Haliza Abdul
Mutalib
Pakar Optometris
Program Optometri &
Sains Penglihatan
Fakulti Sains Kesihatan
Universiti Kebangsaan
Malaysia
Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 Kuala Lumpur.
________________________________________________________________________________________________
Mendekati Profesion Penjagaan Mata
dengan lebih jelas.
Pandangan KABUR di perJELASkan…
Sekiranya anda mula mengalami simptom
seperti kekaburan mata, pening kepala ataupun mata terasa senak, apakah perkara
pertama yang akan anda akan lakukan? Adakah anda akan terus berjumpa dengan
seorang doktor perubatan, pakar mata (oftalmologis), juruoptik ataupun optometris?
Apakah bezanya setiap profesion ini dan apakah perbezaan bidang tugas masing
masing?
Anda mempunyai pelbagai pilihan
tetapi adalah penting anda mengetahui hak anda sebagai seorang pesakit ataupun
pengguna perkhidmatan yang berkaitan dengan penjagaan mata. Ini adalah kerana
setiap profesion itu mempunyai bidang tugas dan kepakaran yang berlainan dan
adalah penting untuk anda membuat pilihan yang tepat.
Seorang Optometris mempunyai
kelulusan sekurang-kurangnya SarjanaMuda Dengan Kepujian dalam bidang Optometri
dari Institut Pengajian Tinggi Awam ataupun Swasta di Malaysia. Dengan ijazah
ini, mereka layak bekerja di praktis swasta sepertis permis optikal, di hospital
ataupun klinik mata swasta. Golongan
profesional ini juga mampu melakukan pemeriksaan mata secara komprehensif pada
golongan kanak-kanak, orang dewasa dan golongan istimewa. Bukan setakat
melakukan refraksi mata untuk membuat cermin mata tetapi kepakaran golongan profesional ini merangkumi
melakukan pemeriksaan optometri lanjutan sekiranya mengesyaki pesakit mempunyai
masalah mata lain dan boleh mengesan abnormaliti serta boleh merujuk sesuatu
keadaan okular kepada pakar tertentu sekiranya perlu. Oleh itu sekiranya anda
mengalami simptom kekaburan atau sakit mata maka Optometris dapat membantu anda
dengan memberikan khidmat dan rawatan awal Optometri.
Bagi yang masih keliru dengan peranan
pakar mata atau oftalmologis; golongan profesional ini adalah pakar perubatan
yang mengkhusus dalam bidang penyakit mata. Pakar oftalmologis berupaya untuk mengesan
dan merawat penyakit mata dengan
ubatan-ubatan serta boleh melakukan surgeri okular.
Juruoptik merupakan seorang juruteknik
optikal yang boleh melakukan Ujian Refraksi ringkas bagi mendapatkan ralat
refraksi yang mudah. Buat masa kini kebanyakkan juruoptik berlesen di Malaysia
dibenarkan untuk praktis di kedai-kedai optikal swasta di Malaysia dan
sesetengah mereka juga ada memiliki lesen khas bagi mengeluarkan preskripsi
kanta sentuh. Kini, di IPTS Malaysia telah mempunyai kurikulum Opticianri yang
mentauliahkan Diploma Opticianri serta Sijil Teknologi Optikal. Kewujudan
profesion in secara rasmi meningkatkan keperhatinan kerajaan dalam aspek
penjagaan mata rakyat Malaysia.
Kini terdapat lebih dari 900
Optometris yang berdaftar dengan Majlis Optik Malaysia manakala bilangan
Juruoptik atau optisyen berdaftar pula dianggarkan seramai 2800 orang. Kerjaya
Optometris kini berkembang bukan hanya di hospital kerajaan malah ianya kini
bagaikan satu mandatori untuk praktis-praktis swasta di luar untuk mempunyai
Optometris bagi memberi perkhidmatan lengkap pada pelanggan. Bidang Optometri
itu luas dan ianya boleh disubkategorikan pada
bidang kanta sentuh, penglihatan terhad, penglihatan binokular, ortoptik
(kejulingan) dan juga penglihatan warna.
Bagi pemakai kanta sentuh adalah
disyorkan berjumpa dengan Optometris bagi pemeriksaan pemasangan kanta sentuh
dan juga pemeriksaan selepas pemakaian sekerap 6 bulan sekali. Pemasangan kanta
sentuh nampak mudah dan boleh dilakukan dengan senang oleh sesiapa sahaja
tetapi komplikasinya boleh membawa kepada kebutaan sekirannya tersalah
pemasangan. Pemasangan yang bermasalah seperti kanta dipasang terlalu ketat
atau longgar boleh menyebabkan bukan sahaja penglihatan terganggu tetapi mata
boleh menjadi merah dan berair disebabkan kornea tidak dapat mendapat oksigen
yang secukupnya (ketat) ataupun pergerakan kanta yang berlebihan (longgar)
menyebabkan rasa ketidakselesaan semasa pemakaian. Sekiranya ianya dibiarkan
berlarutan, kornea akan terbuka kepada pelbagai komplikasi. Optometris dapat
memberi tunjukajar yang sempurna dan nasihat bagi pemakaian kanta sentuh serta
penjagaannya agar mata pemakai kanta sentuh sentiasa bebas dari sebarang komplikasi
yang memudaratkan. Pembelian semula kanta sentuh seharusnya melalui Optometris
supaya pemeriksaan selepas pemakaian dapat dilakukan dan tidak digalakkan sama
sekali pemakai melakukan pesanan melalui internet atau membeli dari kiosk
jalanan.
Bagi mereka yang mempunyai masalah
penglihatan terhad ataupun kerabunan yang sangat teruk, Optometris dapat
membantu mengesyorkan kuasa refraksi yang sesuai dengan tugasan yang perlu
dilakukan dan juga dapat memberi panduan dan
nasihat tentang penggunaan alat bantuan optikal khas seperti alat
magnifikasi, teleskop dan pelbagai alatan penglihatan yang dapat membantu
seseorang meningkatkan kualiti kehidupannya. Mereka yang mengalami masalah
penglihatan terhad juga boleh memanafaatkan tips yang boleh diberi oleh
Optometris dalam meningkatkan prestasi penglihatan yang membabitkan
pencahayaan, warna tinta kanta dan sebagainya.
Tidak kesemua masalah sakit kepala,
senak mata, atau ketidakselesaan penglihatan dapat diselesaikan hanya dengan
memakai cermin mata dengan pembetulan ralat refraksi yang betul. Adakalanya
simptom simptom ini perlu dikaitkan dengan masalah otot mata dan juga
keseimbangan penglihatan binokular (penglihatan dengan dua mata). Rawatan
berbentuk pengubahsuaian ralat refraksi asal, penggunaan kuasa prisma dan juga
terapi penglihatan boleh diaplikasikan bagi melenyapkan simptom tersebut.
Rawatan ortoptik dapat membantu dalam
menyelesaikan kes kejulingan. Optometris dapat mengesan kejulingan dan seterusnya
menilai jenis juling serta darjah keterukkannya. Optometris juga dapat mengesan
punca juling itu sama ada ianya adalah kongenital, trauma, disebabkan penyakit
sistemik seperti tiroid ataupun tumor. Sesetengah juling dapat dibantu dengan
menggunakan kanta oftalmik dengan preskripsi khas bagi meluruskan mata kembali
dan adakalanya bantuan kanta prisma digunakan bagi tujuan yang sama. Latihan
terapi ortoptik juga boleh diperkenalkan bagi melatih mata lurus semula.
Optometris juga dapat mengesan
individu yang mempunyai masalah rabun warna. Selain menggunakan Plat Ujian
Ishihara bagi mengesan masalah rabun warna kongenital, pelbagai ujian lain
dapat dijalankan bagi mengenalpasti jenis rabun warna serta darjah
keterukkannya. Rawatan dan konsultansi karier yang sesuai boleh diberikan pada
individu yang mempunyai masalah ini.
Bukan setakat melakukan ujian
refraksi yang komprehensif malah Optometris juga mempunyai pengetahuan
berkenaan kepelbagaian jenis kanta oftalmik yang boleh dicadangkan pada
pelanggan serta bingkai yang sesuai bagi jenis rabun yang dialami serta gaya
hidup dan aktiviti seharian.
Pelanggan juga harus tahu bahawa
kanta oftalmik itu terdapat dalam pelbagai rekabentuk optik serta kualiti yang
berbeza. Oleh itu janganlah terpedaya dengan jualan murah ataupun promosi yang
melampau kerana ada kemungkinan kanta yang ditawarkan itu adalah berkualiti
rendah dan boleh menyebabkan distorsi dan aberasi penglihatan. Mereka yang
kebiasaannya telah menggunakan kanta oftalmik yang berkualiti akan mendapati rasa
pening atau mata terasa tidak selesa apabila cuba menyarung cermin mata mempunyai
kualiti kanta yang rendah.
Sebagai masyarakat yang prihatin
terhadap kesihatan mata, seseorang pengguna mempunyai hak penuh untuk
mendapatkan pemeriksaan mata yang lengkap dari seorang Optometris bertauliah.
Tetapi malangnya adakalanya pengguna
sendiri cuai dan tidak berminat untuk mengetahui siapa yang melakukan Ujian
Penglihatan pada dirinya dan keluarga. Malah ramai pelanggan yang tidak
memperduli atau ambil tahu siapa sebenarnya yang memeriksa matanya. Tidak dapat
disangkal premis Optikal bertambah pesat dalam bilangannya seperti cendawan
yang tumbuh selepas hujan, oleh itu keperluan Optometris bertauliah adalah
sangat terhad menyebabkan ramai hanya menggunakan khidmat juruteknik biasa yang
tidak bertauliah yang kebiasaannya mengelarkan diri mereka sebagai juruoptik atau
refraksionis untuk mengendalikan Ujian Penglihatan. Ini secara tidak langsung
menyebabkan kualiti pemeriksaan mata itu tidak terpelihara. Masyarakat awam
akan terdedah dengan pemeriksaan penglihatan yang besar kemungkinan mempunyai
komplikasi seperti tidak tepat, ralat refraksi dan lain-lain masalah dispensari
optik yang boleh mengakibatkan pengguna berasa tidak selesa dengan cermin mata
baru atau mengalami kekaburan nyata yang menganggu tugasan harian dan kualiti
hidupnya. Bertambah teruk lagi bagi pengguna yang mempunyai masalah sensitiviti
penglihatan dengan preskripsi kuasa refraksi, ianya boleh menyebabkan rasa
pening dan muntah dan mengakibatkan ketidakstabilan dalam pergerakkan. Banyak
masalah penyakit okular juga tidak dapat dikesan awal sekiranya anda di rawat
oleh mereka yang tidak berkelayakkan.
Ralat refraksi yang tidak tepat boleh
mengakibatkan penglihatan yang berkait dengan pemanduan juga terjejas. Ralat
refraksi yang hanya dibetulkan komponen rabun jauh sahaja tanpa mengambil kira
kuasa astigmatisma (silau) boleh menyebabkan penglihatan terjejas teruk ketika
memandu dalam keadaan hujan lebat dan juga waktu senja dan malam.
Ralat refraksi yang tidak dibetulkan
sepenuhnya pada kanak-kanak pula akan menyebabkan stres pada mata ketika
menggunakan penglihatan bagi melakukan kerja-kerja dekat. Keadaan ini akan
menyebabkan kuasa refraksi boleh melonjak naik dalam tempoh terdekat dan
menyebabkan cermin mata harus diganti dengan kerap. Ralat refraksi yang tidak
dibetulkan dengan sempurna jika dibiarkan untuk tempoh yang lama akan
menyebabkan mata malas (ambliopia) yang boleh menjejaskan penglihatan
kanak-kanak secara tetap.
Pelanggan yang mendapatkan khidmat
pemeriksaan kuasa refraksi perlu tahu akan kuasa refraksi yang dimilikinya.
Kuasa refraksi inilah yang akan digunakan dalam pembuatan cermin mata. Cermin
mata baru yang tidak selesa dipakai seharusnya dirujuk kembali untuk memastikan
kuasa refraksi yang betul telah digunakan dan dispensari cermin mata telah
dilakukan dengan tepat dan berkualiti. Kebiasaannya masa beradaptasi diberikan
pada pelanggan yang mencuba cermin mata baru tetapi sekiranya dalam tempoh
seminggu penglihatan masih tidak selesa maka wajarlah berjumpa kembali
Optometris untuk melakukan pemeriksaan lanjutan. Perhatian yang lebih perlu
diberikan pada anak-anak yang baru memakai cermin mata, pastikan ujian
penglihatan dijalankan sekurang-kurangnya 6 bulan sekali.
Tingkatkan kualiti hidup anda serta
keluarga dengan pemeriksaan mata yang sempurna dan komprehensif. Penglihatan
adalah salah satu deria terpenting yang tiada gantinya. Siapakah yang wajar
anda temui sekiranya penglihatan anda terasa tidak selesa? Semoga anda menemui
jawapannya.
Untuk pemeriksaan mata komprehensif
oleh Optometris anda boleh menghubungi alamat dan nombor telefon dibawah untuk
temujanji, khidmat Optometri adalah percuma.
Klinik
Optometri UKM
Jalan Raja
Muda Abdul Aziz
50300 Kuala
Lumpur
Tel:
603-92897499 atau 603-92897600
adakah lulusan optometri boleh dipanggil doktor??
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteKursus Optometri adalah kursus degree atau sarjanamuda. Anugerah ini tidak membawa kepada gelaran doktor. Kursus Optometri juga boleh dilanjutkan ke peringkat sarjana dan PhD. Di peringkat PhD ianya layak mendapat gelaran doktor (doktor falsafah). Seperti saya, gelaran doktor adalah doktor falsafah.
Kursus Oftalmologi adalah kursus pakar yang di ambil setelah mendapat medical degree. Mereka menggunakan gelaran doktor iaitu bermaksud doktor perubatan.
Salam . Saya nak tanya, selpas deg kalau nak smbung master, apa bidang2 yg boleh diambil utk menjadi lebih drpd optometrist yg biasa?
ReplyDeleteSALAMULLAH
ReplyDeleteBanyak bidang pengkususan di peringkat sarjana. Boleh buat pilihan sama ada ingin melakukan research ataupun klinikal. Bidang pengkhususan penyelidikan adalah seperti kanta sentuh, penyakit mata, penglihatan terhad, masalah rabun warna, persepsi penglihatan, myopia (rabun jauh), dan banyak lagi
salam..adakah kerjaya opto ni senang nak dapat kerja di sektor kerajaan?atau hanya di swasta?tq
ReplyDeleteSALAMULLAH
ReplyDeleteBanyak bidang yang boleh diceburi sebagai seorang optometris. Seperti contoh di Hospital kerajaan dan swasta juga diklinik mata kerajaan dan swasta, premis optikal dan juga klinik Optometri di IPT dan organisasi besar.
Salam. Kalau lepasan degree in optometri gaji dia berapa? Dan di mana tempat bekerja? Kalau nak sambung master, dalam kos apa pulak yg berkaitan dengan optometri tu?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteOptometris lepasan Ijazah Sarjana muda mempunyai pendapatan sekitar RM3000. Boleh bekerja di praktis optikal swasta, klinik mata swasta atau kerajaan. Sekiranya berminat boleh memasuki dunia akademik. Di peringkat sarjana kursus yang ditawarkan terbahagi pada dua: sama ada klinikal ataupun research. Bidang yang ada adalah seperti kanta sentuh, penglihatan terhad, penglihatan binokular, warna, kanak kanak..dsbg..bergantung pada IPT dan juga kepakaran pensyarah yang sedia ada.
nak tanya, lepasan ijazah sarjana muda optometri boleh smbung master minimum dlm mse berapa tahun?
ReplyDeleteSALAMULLAH
Deleteboleh terus mohon jika CGPA memuaskan. Tahap CGPA bergantung pada IPTA/IPTS.
salam, saya bru dpt kos ni di Ukm. Saya mahu tnya bagaimana saya mahu blaja surgery mata yg lazer tu jika saya sudah graduate setelah selesai 4 thun pengajian? Adakah boleh? atau saya mmg x bole langsung blaja surgery?
ReplyDeleteSALAMULLAH
ReplyDeleteTidak dibenarkan kerana ini adalah surgeri, perlu masuk bidang perubatan untuk melakukan surgeri lasik
Bolehkah orang luar ingin mendapatkan cermin mata di klinik dr?
ReplyDeleteBoleh. Di Klinik Optometri, UKM, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 50300 KL Tel 03-92897499
DeleteAssalamualaikum. Boleh tak terangkan secara mendalam pasal kos ni? Subjek2 yg perlu dikuasai dan sbgainya.
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteSubjek yang perlu 'kuat' adalah fizik dan matematik. Tahun 1 dan 2 banyak mengenai asas kimia, fizik dan optik fizikal, fisiology, pathology dan anatomy. Thn 3 dan 4 adalah tahun klinikal dimana penyakit dan prosedur klinikal dilangsungkan.
assalamualaikum. Bolehkah terengkan jenis ujian klinikal yang dijlankan oleh optometri.
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteUjian Klinikal adalah terbahagi kepada sub bidang seperti Asas Optometri, Kanta Sentuh, Gangguan Penglihatan, Juling, Penglihatan Terhad, Penglihatan Warna, Pediatrik dan Geriatrik. Setiap sub bidang ada prosedur klinikal nya tersendiri.
Optometry dkt ukm bljr dlm bm or bi?
ReplyDeleteBuat masa ini bahasa pengantar adalah dalam BM. lebih kurang 30-50% kuliah dan peperiksaan dalam bahasa Inggeris
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteassalamualaikum,org yg rabun layak ke memasuki bidang optometri?sy rabun dan berkaca mata tp sy minat bidang ni...layak ke sy?dan lg satu ,sy pelajar lepasan matrikulasi dgn pointer hnye 2.83...boleh ke sy msuk bidang ni dgn pointer sy tu?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteRabun bukan penghalang. Boleh cuba memohon. Di IPTS pointer minima yang diperlukan adalah 2,5
Assalam , kalau saya ingin membuat kanta mata jenama sendiri , dibenarkn ke kalau hanya mengambil degree in optometry sahaja ?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteAnda boleh buat kanta mata jenama sendiri tanpa perlu ijazah dalam Optometri.
assalam prof :) saya nak tanya,
ReplyDeletekalau ambil degree dlm bidang optometri, then saya sambung master and phd, apa kerjaya yg boleh saya masuk dengan phd or master yg saya miliki selain optometrist?
then, boleh tak prof explain a lil bit, mcm mna prjlnn study dlm bidang opto ni? dia ada 'housemanship' jugak ke mcm dr or pharmacists?
then, ada tak optometrist yg bukak klinik utk pemeriksaan mata di malaysia?
thanks :)
SALAMULLAH
DeleteBoleh sambung ke MSc dan PhD, masih dalam bidang yang sama tetapi ada subspecialty seperti kanta lekap, terapeutic dsb. Ijazah makan masa 4 tahun, tiada housemanship. Ramai optometris yang berkecimpung dalam bidang perniagaan.
Salam prof,
ReplyDeleteJika seorang lulusan sijil juruteknologi optik, adakah beliau layak memohon lesen untuk membuka kedai cermin mata? Biasanya berapa lama kursus yang diambil untuk mendapatkan sijil tersebut dan anggaran kos yang diperlukan?
SALAMULLAH
DeleteTak perlu lesen untuk buka kedai optik. Anda hanya perlu optician atau optometrist berdaftar untuk memeriksa mata yang ditauliahkan oleh Majlis Optik Malaysia.
SALAMULLAH
ReplyDeleteTidak perlu lesen untuk buka kedai cermin mata. Sijil itu ambil masa satu tahun setengah. Anggaran kos - saya tak pasti, bergantung pada IPT
salam doktor, saya mempunyai masalah mata juling.ketika kecil masalah ni tidak saya sedari tetapi semakin saya dewasa, juling saya semakin kelihatan. orang sekeliling sering menegur saya juling tanpa ada perasaan sensitif pun. makin lama, saya tidak ada keyakinan untuk memandang orang lain. saya juga mempunyai kembar dan dia tidak juling. saya hidup dengan orang sekeliling yang selalu membandingkan saya dengan dia. kami berdua adalah pelajar cemerlang tapi dia lebih menonjol dan cemerlang kerana aktif dalam pelbagai aktiviti. saya juga ada potensi yang tinggi tapi dengan keadaan mata saya buat saya rasa rendah diri dan sukar untuk berinteraksi dengan orang sekeliling. maka, kdg2 saya pilih untuk tidak menonjolkan diri. saya bersyukur dengan nikmat saya sedia ada. malah, saya belajar untuk lebih memahami orang lain yang mengalami kekurangan seperti saya. malah, saya ingin sekali menjadi seperti dr. menjadi pakar optometrist dan membuka klinik sendiri insyaAllah, untuk membantu org2 yg mngalami masalah mata sprti saya contohnya. maka, mereka boleh hidup dengan lebih yakin dan bersemangat untuk terus berjaya. sekiranya saya datang membuat pemeriksaan mata, apakah jenis rawatan yg akan saya ambil. saya benar2 inginkan mata saya tegak seperti sedia kala seperti orang lain dan ingin lebih yakin untuk hari2 depan saya. tolong saya dr. berapakah anggaran kos yg patut saya sediakan untuk rawatan mata saya nanti? saya seorang pelajar. sekiranya saya membuat pemeriksaan di hospital kerajaan, adakah prosedure sama dilakukan seperti di klinik optometrist dr dan berapakah kosnya? saya berumur 20 tahun ke atas, adakah rawatan akan berkesan untuk orang dewasa seperti saya sekiranya saya melakukan rawatan?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteJuling bukan satu kecacatan. Ianya satu kekurangan yang boleh dibetulkan. Pemeriksaan di hospital lebih kurang sama sahaja dengan di klinik. Mata akan diperiksa untuk kuasa mata dan darjah kejulingan. Ada juling yang boleh dibetulkan dengan kanta, ada yang memerlukan terapi dan ada juga memerlukan surgeri sebagai satu pilihan. Perlu diperiksa dahulu keadaan mata saudara. Kos awalan untuk rawatan adalah caj konsultansi yang kebiasaannya tidak melebihi RM100 sahaja.
salam, apakah requiremnet yg diperlukan untuk bukak kedai cermin mata sendiri? contohnya, perlu ada lesen atau master?
ReplyDeleteSAKAMULLAH
DeleteTidak perlu daftar atau lesen khas. JIka ada Optometris atau Optician perlu yang mendaftar dengan Majlis Optik Malaysia
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteTak perlu lesen. Tetapi perlu ada Optometris berlesen untuk memeriksa mata.
Salam prof. utk lepasan ijazah optometri ni dh boleh buka klinik mata x prof?..
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteBoleh buka klinik Optometri bagi semua usahawan. Cuma perlu ada optometris bertauliah untuk setiap klinik optometri
Assalamualaikum puan . Nak tanya bahaya tak kalau saya pakai contact lens yang ada power tapi x de silau . Sedngkan silau saya 200 .
ReplyDeleteSALAMULAH
DeleteTak bahaya cuma kabur dan pening
Assalamualaikum puan . Nak tanya bahaya tak kalau saya pakai contact lens yang ada power tapi x de silau . Sedngkan silau saya 200 .
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya nak tanya macam mna nak ambil kursus juruoptik.. dan d mna tmpat yg sesuai amik kos ne sbb sya lepasan diploma kjurutraan awam..
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteAda kurus Diploma Opticianry dan juga Ijazah Sarjanamuda Optometri. Ada 3-5 kolej swasta yang menawarkan kursus ini.
Assalamualaikum puan.
ReplyDeleteIngin bertanya, adakah di klinik kerajaan ada melakukan ujian mata untuk "rabun dekat (Presbiopia)". Dan apakah ujian-ujian wajib yang harus dilalui oelah pesakit. Terima kasih.
Simpton:
Rabun dekat, kabur untuk membaca text kecil pada jarak 1-2 kaki.
SALAMULLAH
DeleteYa sepatutnya klinik kerajaan yang mempunyai Pegawai Optometris akan melakukan ujian mata komprehensif.
assalamualaikum,saya nk tanya kalau ambik course opto ni boleh dpt tittle Dr ke??
ReplyDeleteSALAMULLAH
Deletejika ambil Doctor of Optometry di US atau Phillipines boleh dapat title Dr. kalau ijazah Optometri tidak dipanggil Doctor
Terima kasih diatas tulisan Doktor. Saya mencari carian berkenaan adakah perlu lesen bagi kedai cermin mata. Ini kerana saya telah pergi ke kedai cermina mata yang melakukan promosi sempena dengan pembukaan cawangan baru. Saya ingin membuat cermin mata baharu. Mula mula mata di cek dengan komputer. Cermin mata saya di cek dan keputusan di bandingkan. Juru mata berkata,komputer tidak dapat memberikan bacaan yang tepat, maka dipelawa untuk buat pemeriksaan terperinci iaitu masuk ke dalam bilik dan diberikan kanta di dicuba satu persatu. Juru mata memberikan kanta dan tanya sama ada jelas atau tidak. Pada masa tersebut, jelas. Bila disemak, katanya powwr saya sudah naik. Saya yang tidak banyak soal, berkata OK Sahaja. Bila sudah siap, saya pakai dan tidak selesa kerana pada pendapat saya power nya terlalu tinggi. Juru jual menyatakan, cuba dahulu dalam seminggu. Dia berkata otak tidak dapat menyesuaikan lagi. Selepas seminggu, saya masih merasakan tidak selesa. Dan datang semula ke kedai tersebut untuk berbincang dan membuat ujian mata semula. Di dapati power nya rendah (saya lebih selesa).(pertanyaan saya, bolehkah power mata seseorang menurun? apakah faktornya? adakah pemakanan yang bagus membantu koreksi mata?)
ReplyDeleteSaya ke kedai yang lain (kedai B), bagi double cek mata. keputusan awalan dari mesin Komputer KEDAI B adalah kurang dari Kedai A. Untuk mendapat bacaan yang lebih tepat saya diminta ke bilik khas dan buat ujian mata. Hasilnya power saya kurang (atau pun lebih Kurang sama power dengan cermin mata lama) kiranya keputusan yang saya dapat di kedai A Untuk buat cermin mata, tinggi dan kemumgkinan membuatkan saya tidak selesa (mata rasa stress) bila menggunakan cermin mata baharu. Saya mengambil keputusan untuk menukar kanta dengan power yang kurang di kedai B.
Apa yang saya pelajari dari pengalaman saya ialah, saya ingin mengambil peluang untuk buat cermin mata dengan harga promosi. Tetapi terpaksa mengeluarkan wang lagi bagi membetulkan kanta semula (adakah badan badam yang saya boleh buat aduan). Apa apa pun saya dapat ilmu ini dan harap dapat berkongsi dengan orang lain terutamanya ahli keluarga. Harap doktor dapat menjawab pertanyaan saya diatas. Sekian, terima kasih.
SALAMULLAH..maaf lambat respon
DeletePemeriksaan menggunakan komputer adalah tidak tepat.
1. power mata adakalanya menurun sekiranya telah berumur 40 tahun ke atas.
2. pemakanan untuk betulkan power tidak ada. Pemakanan seperti vit A adalah untuk kesihatan mata.
3. pastikan anda menggunakan khidmat Optometris berdaftar dengan majlis Optik. Lesen praktis Optometris biasanya dipampang di dalam kedai Optometris itu sendiri ataupun anda boleh bertanyakan no lesen pengamal.
4. Sebarang perlakuan yang tidak menepati kehendak pelanggan yang berkait dengan optkal boleh diadukan pada Majlis Optik Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia
Terima kasih diatas tulisan Doktor. Saya mencari carian berkenaan adakah perlu lesen bagi kedai cermin mata. Ini kerana saya telah pergi ke kedai cermina mata yang melakukan promosi sempena dengan pembukaan cawangan baru. Saya ingin membuat cermin mata baharu. Mula mula mata di cek dengan komputer. Cermin mata saya di cek dan keputusan di bandingkan. Juru mata berkata,komputer tidak dapat memberikan bacaan yang tepat, maka dipelawa untuk buat pemeriksaan terperinci iaitu masuk ke dalam bilik dan diberikan kanta di dicuba satu persatu. Juru mata memberikan kanta dan tanya sama ada jelas atau tidak. Pada masa tersebut, jelas. Bila disemak, katanya powwr saya sudah naik. Saya yang tidak banyak soal, berkata OK Sahaja. Bila sudah siap, saya pakai dan tidak selesa kerana pada pendapat saya power nya terlalu tinggi. Juru jual menyatakan, cuba dahulu dalam seminggu. Dia berkata otak tidak dapat menyesuaikan lagi. Selepas seminggu, saya masih merasakan tidak selesa. Dan datang semula ke kedai tersebut untuk berbincang dan membuat ujian mata semula. Di dapati power nya rendah (saya lebih selesa).(pertanyaan saya, bolehkah power mata seseorang menurun? apakah faktornya? adakah pemakanan yang bagus membantu koreksi mata?)
ReplyDeleteSaya ke kedai yang lain (kedai B), bagi double cek mata. keputusan awalan dari mesin Komputer KEDAI B adalah kurang dari Kedai A. Untuk mendapat bacaan yang lebih tepat saya diminta ke bilik khas dan buat ujian mata. Hasilnya power saya kurang (atau pun lebih Kurang sama power dengan cermin mata lama) kiranya keputusan yang saya dapat di kedai A Untuk buat cermin mata, tinggi dan kemumgkinan membuatkan saya tidak selesa (mata rasa stress) bila menggunakan cermin mata baharu. Saya mengambil keputusan untuk menukar kanta dengan power yang kurang di kedai B.
Apa yang saya pelajari dari pengalaman saya ialah, saya ingin mengambil peluang untuk buat cermin mata dengan harga promosi. Tetapi terpaksa mengeluarkan wang lagi bagi membetulkan kanta semula (adakah badan badam yang saya boleh buat aduan). Apa apa pun saya dapat ilmu ini dan harap dapat berkongsi dengan orang lain terutamanya ahli keluarga. Harap doktor dapat menjawab pertanyaan saya diatas. Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum..
ReplyDeleteSy ingin bertanya. Sy ingin membuka kedai cermin mata melalui konsep mobile. Tetapi sy hanya menjual cermin mengikut old power customer. Sy juga tidak check mata customer walaupun sy tau dan berpengalaman untuk check mata customer. Sy tiada apa2 sijil berkenaan opticion atau optometry. Perlu ke sy berdaftar dengan majlis optic malaysia.
Salam doc.. lama sepi blog mata ni.. cuba la nasib tanya.. kot² berjawab.. hahaha..
ReplyDeletemata kiri saya normal..
mata kanan saya power 7.5 rabun jauh..
saya buat spec pun semberono je xde mintak bantuan pakar..
la ni cermin mata saya ilang..
nak kena buat lain..
SOALAN
sekitar puchong ada ke tempat yg boleh saya dapatkan nasihat pakar mata sebelum membuat cermin mata dengan harga yg sesuai..
saya kerja sapu sampah aje.. gaji x mampu layan kos mata..
sekian Doc..
semoga Dr.Haliza dikurniakan kesihatan berpanjangan hendaknya..