MOMENT TO WATCH

Loading...

Pages

Friday, November 16, 2012

Salamullah,
Ah!.. Sekian lama juga tidak menulis di dalam ruangan sendiri. Kabur dengan tugas dan tanggung-jawab. Hampir dua purnama membatasi ruang kata dan fikir kita. Gendala dalam pelbagai acara dan rencana, yang tersusun mau pun yang tidak dirancang. Apa pun, saya masih tetap mahu bersyukur kerana anda di luar sana masih mampu menerima saya dalam apa jua keadaan. 

Mungkin ada yang tertanya, ke mana gerangan saya menghilang. Tugas dan tanggung-jawab. Sesungguhnya 'tiada' bukan bermakna 'hilang'... dan 'pergi' bukan bererti 'tak kembali'...Tugas mengikat saya untuk menulis buat seketika. Journal peperiksaan semester, klinik dan tanggung jawab sosial melalui program Klinik 1Malaysia menyekat ruang masa saya untuk menulis dan mencurahkan ilmu. Namun lewat hari-hari ini, saya terpanggil semula untuk menulis lagi. Seperti rasa bersalah terhadap anda di luar sana yang setia mengikuti blog saya dari satu tajuk ke satu tajuk. Terima kasih dan alhamdulillah.

Musim percutian bagi anak-anak sekolah telah bermula. Rasanya pelbagai program telah diatur oleh ibu bapa yang peka dan perihatin terhadap masa dan anak-anak. Mungkin kem kaunseling, percutian ilmu atau lawatan silaturrahim pulang ke kampung. Apa pun , berhati-hatilah. utamakan keselamatan anak-anak kita. Barangkali juga bagi anak-anak kita di kampung, mereka tak punya perancangan khusus. Saya pernah tinggal di kampung.. Kebiasaannya kita akan melakukan pelbagai perancangan ala desa , bersantai dan aktiviti sosial yang lain. Juga, masih saya ingin berpesan.. berhati-hatilah. Utamakan keselamatan. Peranan ibu bapa amat besar dalam mempastikan percutian anak anda berlalu dengan memperolehi menafaat yang baik.. Selamat bercuti anak-anak.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru ibu bapa dan guru-guru supaya mencari sedikit ruang dan kesempatan untuk meneliti semua penulisan saya di dalam blog ini sebagai persediaan menjelang 2013. Kenali mata anak-anak anda, kenali mata dan permasalahan pelajar-pelajar anda. Sedikit sebanyak akan membantu anda dalam menangani masalah pembelajaran anak-anak dan pelajar. Ayuh, mari kita lakukan bersama demi masa depan mereka yang masih panjang.

Sepanjang bulan November dan Disember ini saya dengan pelajar-pelajar saya dari Fakulti Sains Kesihatan UKM akan terus melebarkan usaha Khidmat Masyarakat melalui KLINIK OPTOMETRI BERGERAK 1 MALAYSIA yang saya kendalikan. Antara lokasi yang bakal kita berada adalah:
   1. 25hb November 2012 - Taman Impian Ehsan, Balakong
   2. 02hb Disember 2012  - Kapar, kelang
   3. 08hb Disember 2012  - Rumah Anak Yatim, Rawang, Selangor

Kepada sesiapa yang berada di kawasan sekitar yang saya nyatakan di atas, ayuh, hadirlah. Bertemu saya di sana. Pemeriksaan mata percuma akan dilakukan sekiranya anda memerlukannya. 

Program Khidmat Masyarakat OPKOM 2013

2013 menjanjikan sesuatu yang lebih baik. Kelab Optometri UKM dan Klinik Optometri Bergerak 1 Malaysia akan mengadakan Program Khidmat Masyarakat OPKOM dan projek anak angkat bersama penduduk di Kuala Kedah. Program ini dirancang dengan kerjasama sebuah NGO Kelab Falsafah Sebagai Pedoman serta Unit Penyelaras Parlimen Kuala Kedah. Program selama 4 hari 3 malam ini dirancang akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Mukriz Tun Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Ahli Parlimen Jerlun. Dalam kesempatan ini, saya menyeru sahabat-sahabat di kawasan utara agar dapat turut sama menyertainya.. Saya juga ingin merakamkan setinggi terima kasih kepada Kelab Falsafah Sebagai Pedoman yang sentiasa memberikan kerjasama unggul bagi merealisasikan Program Mahasiswa UKM ini.. 


Sebelum berundur....
Saat hatimu tidak tahu untuk berkata,
matamu terus basah.
tidak mampu membohongi rasa
tersembunyi di dada.
Berselindunglah di sebalik senyuman itu,
kesedihanmu jelas terpancar di ruang matamu.
Kau bisa mengatakan kau tidak apa-apa,
Tapi aku mampu menerobos matamu,
yang sayu di hatimu.
Bibirmu mengukirkan senyuman,
tapi pipimu jelas kebasahan
derita di dadamu menjerit di matamu

Matamu
mampu ceritakan segalanya,
tak mungkin menipu

Prof Madya Dr Haliza Abdul Mutalib
Pakar Optometris & Profesor Madya
Program Optometri & Sains Penglihatan, FSK
Universiti Kebangsaan Malaysia