MOMENT TO WATCH

Loading...

Pages

Thursday, July 28, 2016

RABUN WARNA?

MASALAH RABUN WARNA?
Ini Info berguna buat anda.::
Contact Lense untuk RABUN WARNA. Hanya terdapat di D'optometrist Visioncare Centre, Bandar Seri Permaisuri, Cheras. Ciptaan khas oleh pakar kami Prof Dr Haliza Mutalib.
Untuk keterangan lanjut hubungi: +60391744024.

Friday, December 4, 2015

Temujanji bersama pakar


Sekiranya anda ada kemusykilan tentang mata anda, silalah hubungi kami untuk pemeriksaan Optometri yang komprehensif. Untuk temujanji sila hubungi

D'Optometrist Telefon 03-91744024 
Bandar Tasik Permaisuri (berhadapan Restoran Q Bistro)
Cheras 

Our professional services include:
        Comprehensive Visual Examination
        Contact lens after care
        Therapeutic contact lens fitting
        Keratoconus
        Babies & Children Vision Assessment
        Orthoptic (Squint & Muscle) Examination
        Vision Therapy (for lazy eye)
        Colour Vision Assessment
        Glaucoma screening
        Anterior Segment Assessment
        Eye Specialist Referral
        Home visits for the house-bound

Sunday, November 15, 2015

SALAM BAHAGIA DAN SALAM SEJAHTERA

Sejak kebelakangan ini saya menerima cukup banyak soalan dari pembaca blog, Ada yang saya dapati sangat urgent dan ada juga yang hanya ingin kepastian. Memandangkan kekangan masa untuk menulis dan menjawab semua pertanyaan dengan kadar segera, saya mohon agar kiranya anda merasakan kes adalah satu kecemasan dan perlu bantuan segera boleh hubungi D'OPTOMETRIST, Cheras, KL untuk temujanji 0391744024. 

Di D'Optometrist juga terdapat dua ahli Optometris yang sedia menjawab dan melayan sebarang persoalan tentang mata dan juga boleh melakukan pemeriksaan optometri komprehensif. Perkhidmatan bermula jam 10 pagi hingga 9 malam setiap hari.

Klinik kanta sentuh D'Optometrist juga menyediakan perkhidmatan pemasangan kanta sentuh biasa dan kosmetik untuk orang dewasa dan kanak kanak dan juga bagi Keratoconus, rawatan selepas LASIK, kornea berparut, albino dan lain lain masalah kompleks seperti kuasa rabun dan silau yang sangat tinggi, kanta sentuh multifokal dan juga bagi mata kering.

D'Optometrist mahir dalam pengendalian kes rabun kanak kanak dan bayi. Terapi ortoptik untuk mata malas boleh dilakukan disini mengikut sesi terapi yang ditetapkan. Ibubapa boleh melihat sendiri pengendalian sesi terapi ini dan kemudiannya boleh melatih anak di rumah dengan sendirinya. Material dan latihan akan diberi dan panduan pengendalian akan diterangkan.

Rawatan Spa mata untuk merawat mata letih dan kelenjar tersumbat juga ditawarkan di D'Optometrist tanpa perlu membuat temujanji terlebih dahulu. Caj rawatan Spa mata hanya bernilai RM10 sahaja. Datanglah beramai ramai untuk merasai kesegaran mata dengan rawatan Spa mata D'Optometrist.

Alamat untuk dihubungi

D'OPTOMETRIST VISIONCARE CENTRE
Bandar Sri Permaisuri (berhadapan Restoran Q Bistro)
Cheras
Tel : 0391744024

Sunday, July 12, 2015

BUKU "100 PERSOALAN TENTANG KANTA LEKAP"


HARUS DIMILIKI OLEH SETIAP PEMAKAI KANTA LEKAP - HARGA RM35 (Sila tambah RM5 untuk poslaju) MAYBANK  564856303291 HALIZA ABDUL MUTALIB. UNTUK ORDER SILA WHATSAPP 013-7877011

Buku ini membentangkan 100 persoalan lazim tentang kanta lekap.  Terdapat 10 topik besar yang mana di bawah setiap topik mengandungi 10 soalan yang berkait.  Setiap siri persoalan akan dijawab dengan terperinci disertai dengan gambar berwarna. Gaya penulisan pada buku ini sangat mudah difahami dan banyak menggunakan perkataan asas serta penerangan yang berstruktur. Adalah menjadi satu kemestian dan penting bagi pegawai perubatan, jururawat, pemakai kanta lekap serta pelajar dalam jurusan optik memanafaatkan ilmu dari buku ini.
Isi kandungan buku ini merangkumi  persoalan awal tentang peranan dan perbezaan antara  profesion penjagaan mata, jenis kanta lekap, kebaikkan dan perbezaan setiap jenis kanta lekap, teknik betul pengendalian kanta lekap serta cara prosedur mencuci dan menjaga kanta lekap dengan cara yang betul. Buku ini juga mengandungi informasi tentang komplikasi atau kesan yang boleh berlaku sekiranya kanta lekap tidak dijaga dengan baik atau disalahgunakan.

Adalah diharapkan pembaca dapat memperolehi ilmu baru serta faham dan dapat mempraktikkan ilmu kanta lekap dengan baik. Kanta lekap adalah satu ciptaan yang membawa manusia ke satu era pemodenan dan penggunaannya membawa seribu satu kebaikkan namun kejayaan dalam pemakaian hanya boleh diperolehi jika ianya digunakkannya dengan cara yang betul.

Monday, April 20, 2015

Salam bahagia, salam penuh keceriaan.
Maafkan saya kerana sejak beberapa waktu ini saya tidak menulis untuk anda. Kesibukan kerja mengekang ruang waktu saya untuk menulis atau berkarya namun jauh di lubuk hati, cukup terasa sunyi tanpa dapat melakar pengetahuan untuk anda. Harap anda masih sudi bersama saya meneroka tentang mata dan penjagaannya. Insyaallah, dari masa ke semasa saya akan cuba untuk terus bersama anda memberi input untuk keluarga.

Tajuk saya hari ini adalah tentang situasi yang sering terjadi pada anda atau mungkin pada anak-anak, keluarga atau sahabat anda..

RAWATAN GATAL MATA DENGAN LIDWIPES

Seringkali saya mendengar keluhan ibubapa mengenai keadaan mata anak mereka yang gatal dan kering. Rasa gatal yang  amat sangat menyebabkan kanak-kanak mengosok mata dengan kuat dan sering melukakan kelopak mata dan menyebabkan sekeliling mata bengkak. Mata yang  sering digosok dengan kasar boleh menyebabkan parut pada kornea dan mengakibatkan pembengkakan (edema)  pada kornea. Pandangan akan menjadi kabur dan berjerebu sementara dan sukar memandang cahaya. Kornea yang  digosok kuat juga boleh terluka dan menjadi pedih bila disiram air.

Mengapa terasa gatal?
Ada banyak penyebab kegatalan. Salah satu penyebab adalah keradangan di bahagian kelopak dalam bahagian atas dan bawah mata  yang dikenali sebagai GPC  (Giant Papillary Conjunctivitis). Kebiasaannya keadaan ini pada tahap Gred 2 ke atas sudah mendatangkan symptom gatal, mata berair dan bermukus serta banyak discaj mata.

Punca GPC
Ada beberapa punca berlakunya GPC. Antaranya adalah alahan pada debu dan habuk yang terkumpul pada kanta sentuh (bagi pemakai kanta sentuh). Ianya juga berlaku pada pesakit asthma  dan juga sesetengah pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan GPC.

Rawatan
Antara rawatan yang mudah adalah dengan penggunaan titis anti histamine seperti optichrome atau pun patanol. Untuk rawatan tambahan boleh dicadangkan pada pesakit untuk mencuba menggunakan lidcare. Rawatan lidcare amat sesuai untuk semua peringkat umur tanpa mengira mereka adalah pemakai kanta sentuh atau pun tidak.

Berikut adalah cara untuk menggunakan lid wipes dengan betul:-
Gambar Teknik menggunakan lidwipes untuk bersihkan bulu mata dan birai kelopak mata.

Teknik Lid Brushing
Teknik Lid Brushing ialah satu cara membersihkan bulu mata dan birai mata dari pengumpulan habuk dan debu yang boleh mengakibatkan penyumbatan kelenjar meibomian yang terdapat pada birai kelopak mata. Membesih muka dengan air dan sabun tidak dapat menyingkirkan habuk dan debu yang terlekat pada bulu mata. Keadaan menjadi kronik sekiranya bulu mata kotor dan berminyak serta kelenjar meibomian pula tersumbat.

Teknik ini boleh digunapakai untuk bayi, kanak-kanak dan dewasa. Teknik ini juga boleh dijadikan amalan harian (kes kronik), mingguan atau pun bulanan.

Gunakan putik kapas yang berkualiti dan rendamkan ke dalam bancuhan sampoo bayi yang tak pedihkan mata. Tambah tiga bahagian air kepada satu bahagian shampoo. Gosok bulu mata dengan putik kapas seolah-olah menyikat bulu mata. Tumpukan perhatian pada bahagian akar bulu mata. Sikat bulu mata satu hala. Kemudian oleskan putik kapas itu pada birai mata atas dan bawah. Ulang untuk beberapa minit. Gunakan putik kapas lain untuk mata yang satu lagi.

Kaedah yang hampir sama sekiranya anda menggunakan lidwipes di mana ianya merupakan sekeping kapas berubat dalam satu sachet. Koyakkan sachet dan gosokkan kapas tersebut antara dua jari hingga berbuih. Lapkan mata mengikut arah bulu mata dan gosok dengan kuat bahagian garisan mata terutamanya di bahagian bawah mata. Gunakan sedikit tekanan pada mata ketika melakukan ini. Gunakan permukaan yang satu lagi untuk mata yang lain. Apabila selesai biarkan tanpa bilasan air ataupun jangan lap dengan tisu. Biarkan ianya kering begitu sahaja (Gambar di atas).

Bagi pemakai kanta lekap pastikan pembersihan mata dilakukan sekerap perlu. Ini bagi mengelakkan masalah alahan atau pun penyakit Blepharitis (infeksi pada kelopak dan kelenjar mata). Lakukannya dengan baik dan sempurna bagi menggelakkan habuk terkumpul di bulu mata menyebabkan penyakit mata. Plug yang mengeras di birai kelopak mata juga boleh di lembutkan dengan menggunakan lid wipes. Pori-pori kelenjar air mata boleh dibuka dan dibersihkan dari tersumbat. Air mata yang dirembes keluar dari kelenjar-kelenjar ini akan menjadi lebih laju dan dapat melembabkan mata kembali. Apabila sudah siap, biarkan kedua dua mata tanpa perlu membilas atau mengelap dengan tisu. Anda boleh mengulang penggunaan wipes setiap hari ketika simptom adalah teruk atau menjarakkan penggunaannya jika tiada rasa kegatalan lagi.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan lidwipes, anda boleh hantar sms kepada:
 <LIDWIPES><nama dan alamat> ke 013-7877011. Harga sekotak adalah RM 38. Sila tambah RM6 (M) dan RM10 (Sbh & Swk) bagi perkhidmatan poslaju. Sila nyatakan bilang kotak lidwipes yang diperlukan.

Moga risalah ini dapat membantu anda dalam menghadapi keadaan yang mungkin akan terjadi pada bila-bila masa. 

“Pada dasarnya kehidupan ini sederhana, hanya kerana ketidaktahuan kitalah yang membuat kehidupan kita menjadi rumit. Belajar terus, kembangkan diri anda dan kuasai ilmu tentang kehidupan”

Prof Madya Dr Haliza Abdul Mutalib
Pakar Optometris
Program Optometri & Sains Penglihatan,
Fakulti Sains Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia

Sunday, July 6, 2014

LAYAKKAH ANDA MEMAKAI KANTA LEKAP 

PELBAGAI PILIHAN MENARIK DI PASARAN
NAMUN AWAS
 
10 Sebab Mengapa Anda TIDAK LAYAK Memakai Kanta Lekap.

1.   Jika anda membeli di kiosk atau di kedai asesori wanita tanpa rujukkan Optometris terlebih dahulu anda tidak layak memakai kanta lekap.

Kanta lekap adalah berkategori eksklusif, dispensarinya hanya di kedai Optikal sahaja. Optometris amat perlu dirujuk untuk memastikan mata anda tidak akan bermasalah ketika memakai kanta lekap kerana tidak semua orang boleh memakai kanta lekap. Kanta lekap warna yang dijual di kedai optik biasanya kanta lekap bermutu dan selamat dipakai. Mata akan diperiksa dahulu memastikan kornea dan kelopak mata bebas dari sebarang tanda penyakit mata. Nasihat tentang pemakaian juga akan diberikan kiranya anda mempunyai alahan, asma ataupun sedang dirawat untuk penyakit kronik. Optometris juga boleh memberi cadangan kanta lekap yang paling sesuai untuk anda dan juga persekitaran anda bekerja.

2.   Anda tidak tahu tatatertib memasukkan dan menanggalkan kanta lekap dengan selamat.

Sangat merbahaya sekiranya anda seorang pemakai kanta lekap yang baru yang ingin mencuba. Anda mungkin belajar memasukkan dan menanggalkan kanta lekap dari rakan atau ahli keluarga. Perlu diketahui kanta lekap bukanlah dilekatkan di mata sebegitu sahaja, ianya memerlukan teknik yang baik agar tidak mencalarkan kornea ataupun menyebabkan luka pada mata disebabkan kuku jari. Teknik menanggalkan kanta juga amat penting kerana teknik cubitan dan cara melonggarkan kanta lekap dalam mata terlebih dahulu amat penting agar cubitan kanta lekap itu tak bersama sama dengan lapisan sel kornea. Sekiranya ini terjadi anda mendedahkan mata anda pada bahaya ulser kornea.


3.   Anda tidak diajar bagaimana untuk mencuci dan merendam kanta lekap dengan betul.

Tahukah anda apakah cecair rendaman kanta lekap dalam botol atau bekas kecil itu? Tahukan anda cecair rendaman tersebut harus di buang setiap selepas kanta lekap dikeluarkan. Ianya tidak boleh diguna semula. Kanta lekap harus direndam dalam larutan disinfeksi yang sesuai. Larutan disinfeksi yang berkesan dan sesuai perlu dicadangkan oleh Optometris. Pengguna yang cuba menggunakan larutan rendaman yang lama akan terbuka kepada kontaminasi bakteria yang boleh membawa kepada infeksi yang teruk dan ulser yang boleh menyebabkan kebutaan.

4.   Anda tidak tahu apa perlu dilakukan jika mata tiba tiba merah dan sakit?

Penjual kanta lekap di kiosk atau pasar malam tidak dapat memberi nasihat yang tepat sekiranya berlaku episode mata merah atau sakit. Malah anda juga mungkin tidak mengetahui bagaimana untuk periksa keadaan kanta lekap sebelum dimasukkan ke dalam mata. Kanta lekap yang sempurna seharusnya mempunyai hujung yang rata dan tidak tajam.  Anda juga mungkin tidak mengetahui cara dan teknik untuk mencuci dengan baik. Pencucian amat penting bagi menanggalkan deposit dan kotoran dari air mata yang terkumpul dan mengeras atas permukaan kanta lekap. Anda memerlukan bekas kanta lekap untuk menyimpan kanta lekap setelah memakainya dalam keadaan baik. Kanta perlu direndam sepenuhnya dalam larutan disinfeksi

5.   Anda tidak tahu jenis dan ciri kanta lekap yang sesuai untuk anda.

Apakah yang anda tahu tentang kanta lekap yang anda baru beli. Apakah jenamanya dan ciri kanta lekap yang penting diketahui? Apakah anda pasti ianya selamat dan sesuai dipakaikan di mata anda? Ramai yang hanya tahu menggunakan kanta lekap berwarna tanpa mengetahui risiko yang ditanggungnya. Andai kata tiada komplikasi berlaku dari pemakaian kanta lekap anda selamat! Tanpa panduan dan nasihat yang betul risiko anda mungkin ternampak hanya setelah memakai kanta tersebut beberapa bulan.  Sekiranya nasib tidak menyebelahi anda, infeksi mata boleh berlaku dan ini boleh mengakibatkan kebutaan ataupun parut kekal pada mata.

6.   Anda tidak tahu had pemakaian kanta lekap anda dalam sehari. 

Rata rata ini tidak akan ditulis pada label kanta lekap. Ianya dihebahkan secara langsung oleh jurujual sahaja. Sekiranya anda teliti kanta lekap berwarna, anda boleh perhatikan pada label terdapat catatan peratusan kandungan air. Kebiasaannya ianya tercatat sebagai 38%, 48% atau lebih tinggi. Penting untuk diketahui sekiranya kanta lekap berwarna jika dari kanta jenis HEMA adalah sesuai untuk dijadikan pemakaian harian (lebih kurang 8 jam). Sekiranya kandungan air adalah melebihi 50%, kanta HEMA boleh digunakan sebagai pemakaian  berterusan.

7.   Anda tidak tahu berapa kuasa mata sebenar yang diperlukan.

Kuasa mata adalah tidak sama antara cermin mata dan kanta lekap. Jika kuasa cermin mata anda tinggi, kuasa untuk kanta lekap harus dilakukan pengiraan konversi. Pemakaian kuasa anggaran ataupun konversinya adalah salah akan mengundamg pada penglihatan yang kabur dan boleh mendatangkan gangguan pada pekerjaan dan rasa sakit kepala.

8.   Anda tidak tahu bagaimana cara untuk melegakannya mata kering.

Simptom mata kering ini kerap menjadi aduan ramai memandangkan cuaca di Malaysia panas terik. Persekitaran kita bekerja, di dalam kereta atau didalam bangunan yang menggunakan alat penghawa dingin juga boleh menyebabkan kekeringan mata. Lebih lebih lagi jika anda adalah pemakai kanta lekap. Makin ramai antara orang dewasa yang mengalami masalah mata kering tetapi tidak mengambil berat tentang rawatannya. Mereka mungkin menganggap ini adalah lumrah di usia lanjut. Masalah mata perlu rawatan titis pelembab di mana titisan bertindak sebagai pengganti air mata .  Dapatkan titisan yang bebas dari bahan pengawet supaya titisan tersebut boleh digiunakan pada mata sekerap mahu dan penggunaan keterlaluan tidak membawa sebarang risiko.

Bagi pemakai kanta lekap , mereka akan berasa kekeringan mata lebih  kerap dari orang normal Bagi pemakai kanta lekap baru paling utama adalah  adalah  menjalani pemeriksaan ujian airmata untuk  memastikan jika mata adalah kering, rawatan khusus dimulakan bagi merawat masalah tersebut sebelum pemakai mula berjinak dengan pemakaian kanta lekap.

9.   Adakah gemar berkongsi kanta lekap dengan kawan kawan.

Ramai yang menganggap kanta lekap itu hanya satu asessori kosmetik yang dipakai hanya untuk mncantikkan mata dan ditanggalkan apabila ianya tidak diperlukan. Pemakaian kanta lekap amat perlu penjagaan sempurna setelah pemakaian. Kanta lekap perlu dicuci dan digosok dengan cara gosokkan yg betul dan direndam dalam larutan disinfeksi kanta lekap untuk basmi kuman. Kanta lekap punyai tempoh hayatnya kiranya tidak dipakai dan dibiarkan terendam, eloklah jika air rendamannya ditukar setiap hari. Air rendaman kanta lekap boleh dibeli di kedai optik atau farmasi dan ianya tidak boleh ditukarganti dengan air salin. Kanta lekap juga tidak boleh dikongsi. Ini adalah kerana penggunanya mungkin mempunyai kuman dalam airmata yang mana ianya boleh dipindahkan pada orang lain. Ini termasuk penyakit berjangkit seperti batuk kering, HIV, hepatitis, influenza sebagainya.

10.       KERANA ANDA HANYA ADA SEPASANG MATA.

Anda BOLEH memakai kanta lekap tetapi anda harus memakainya dengan penuh tanggungjawab,. Anda harus mendapatkan pemeriksaan awalan untuk menentukan sekiranya mata anda sihat dan boleh menerima kanta lekap dengan baik, belajar cara pemasangan dan penanggalan kanta lekap dengan baik dari Optometris bertauliah dan tahu bagaimana untuk mencuci dan membasmikuman kanta lekap dengan sempurna. Pemakai kanta lekap juga harus mengetahui tanda dan simptom yang boleh terbit dari pemakaian kanta lekap yang bermasalah. Jika ingin menjadi pemakain kanta lekap yang Berjaya perlu ada ilmu kanta lekap sedikit sebanyak agar komplikasi dan risiko infeksi dapat dihindari. Kebanyakkan komplikasi boleh membawa kepada ulser kornea dan mata boleh berparut atau buta kiranya rawatan tidak diberi segera. Oleh itu jika ingin memakai kanta lekap anda perlu BELAJAR mengenai kanta lekap. Sayangi mata anda. Anugerah Tuhan yang tiada gantinya.

SELAMAT BERPUASA
jagalah kesihatan mata anda


Prof Madya Dr Haliza Abdul Mutalib
Pakar Optometris
Program Optometri & Sains Penglihatan,
Fakulti Sains Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia