Pages

Thursday, July 28, 2016


RABUN WARNA
Salam bahagia.

Tajuk Rabun Warna merupakan tajuk pengulangan yang saya pernah paparkan dulu dalam ruangan saya ini. Tapi sekarang saya ingin membuat sedikit penekanan terhadap kefahaman kita tentang masalah rabun warna atau colour blind.

Apakah yang terlintas di fikiran anda tentang rabun warna? Ramai dikalangan kita membayangkan kehidupan tanpa warna kecuali hitam dan putih sahaja. Sebenarnya tanggapan ini adalah salah, kerana individu rabun warna masih boleh mengenal pasti warna tetapi persepsi warnanya sahaja yang berbeza dengan orang yang mempunyai penglihatan warna normal. Mereka mempunyai kesukaran membezakan warna terang dan warna gelap.

Masalah rabun warna bergantung kepada tahap keseriusan rabun warna seseorang.

Faktor-Faktor Penyebab Rabun Warna

Ø  Kongenital/sejak lahir

·     Kebanyakan penyebab utama rabun warna adalah faktor kongenital (sejak lahir). Ini bermakna, masalah ini telah ada pada kanak-kanak itu disebabkan oleh pembawaan genetik dari keturunan.
·    Jenis dan tahap keseriusan rabun warna berbeza mengikut individu. Ada orang yang tidak dapat mengecam sebarang warna. Ada pula yang tidak dapat mengecam warna merah dan hijau dan ada pula yang tidak mengenali biru dan kuning.
·   Jenis rabun warna yang kerap dijumpai adalah jenis rabun merah dan hijau. Golongan lelaki lebih berisiko mendapat rabun jenis ini iaitu antara 5 hingga10 peratus berbanding golongan wanita.

Ø  Faktor Perolehan

·   Penyebab lain seseorang itu mendapat rabun warna adalah disebabkan faktor perolehan seperti penyakit yang dihidapi. Contohnya seperti kencing manis, faktor penuaaan (Age related Macular Degenaration), glaukoma, katarak, kecederaan mata dan juga kesan sampingan sesetengah ubatseperti ubat bagi penyakit artritis rheumatoid dan ubat bagi penyakit Tuberculosis (TB).



Jenis Rabun Warna

Biasanya jenis rabun warna terbahagi kepada tiga iaitu:

Ø  Monokromat (rabun warna total)

Terdapat segelintir penghidap rabun warna total (monokromat) dari sejak lahir kerana tiada sel kon pada retina tetapi ianya sangat jarang berlaku.

Apa yang mereka akan lihat adalah warna hitam dan putih sahaja dan rabun warna total ini merupakan jenis yang paling serius.


Penglihatan warna individu normal (kiri) dan rabun warna monokromat (kanan)

Ø  Dikromat

Jenis ini merupakan kekurangan sederhana iaitu tiada salah satu daripada kon-kon berikut :

·   tiada pigmen kon merah  (protanopia) yang bermaksud pengidap tidak mengenali warna merah
· tiada pigmen hijau (deutanopia), yang bermaksud pengidap tidak mengenali warna hijau
·  tiada pigmen kon biru (tritanopia), yang bermaksud pengidap tidak mengenali warna biru

Ø  Trikromat

 Contoh simulasi penglihatan individu dengan rabun warna


Bagaimana Mengesan Rabun Warna

·       Semua kanak-kanak perlu menjalani ujian penglihatan warna terutamanya bagi mereka yang mempunyai keturunan  yang diketahui mempunyai masalah rabun warna.
·    Ujian ini boleh dilakukan apabila kanak-kanak sudah mula faham arahan yang diberi dan sudah boleh mengenal nombor dan bentuk.
·  Ujian penglihatan warna yang kebiasaannya dilakukan oleh optometris adalah dengan menggunakan ujian yang direka khas untuk mengesan rabun warna seperti Ishihara colour plates, D-15, 100 Hue, Anamaloskop dan HRR plates.
·   Apabila rabun warna dikesan, ujian selanjutnya akan dijalankan untuk mengesan jenis rabun warna tersebut dan tahap keseriusan rabun warna yang dialami.

Bagaimana Mengesan Rabun Warna

Ø    Semua kanak-kanak perlu menjalani ujian penglihatan warna terutamanya bagi mereka yang mempunyai keturunan  yang diketahui mempunyai masalah rabun warna.
Ø  Ujian ini boleh dilakukan apabila kanak-kanak sudah mula faham arahan yang diberi dan sudah boleh mengenal nombor dan bentuk.
Ø  Ujian penglihatan warna yang kebiasaannya dilakukan oleh optometris adalah dengan menggunakan ujian yang direka khas untuk mengesan rabun warna seperti Ishihara colour plates, D-15, 100 Hue, Anamaloskop dan HRR plates.
Ø  Apabila rabun warna dikesan, ujian selanjutnya akan dijalankan untuk mengesan jenis rabun warna tersebut dan tahap keseriusan rabun warna yang dialami.

Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Seseorang diDiagnos Sebagai Rabun Warna?

·      Guru
ü  Sekiranya guru mengetahui bahawa kanak-kanak itu mempunyai masalah rabun warna, mereka dapat membantu atau mengajar kanak-kanak ini dengan cara yang berlainan dan lebih efektif seperti melabelkan nama warna pada pensel warnanya supaya dia dapat memilih warna yang sepatutnya apabila melakukan aktiviti mewarna.

·       Ibu Bapa
ü  Bagi mengelakkan kekecewaan pada masa akan datang, ibu bapa perlu tahu untuk menjuruskan akademik anak-anak supaya mereka tidak memilih profesien yang melibatkan penglihatan warna seperti polis, tentera, kadet ,bomba, juruterbang, juruelektrik, makmal kimia, geosains, pemandu pengangkutan awam dan lain-lain.
ü  Walaupun rabun warna bukan satu masalah serius, golongan ini perlu diberikan sokongan dan pemahaman oleh ahli keluarga kerana  pesakit biasanya berada dalam dunia mereka sendiri kerana tidak sedar sebenarnya warna yang dilihat tidak betul.

·       Ujian lesen memandu
ü  Kebanyakan negara membenarkan orang yang rabun warna mengambil lesen memandu asalkan tiada masalah persepsi atau masalah mata yang lain.Mereka selalunya boleh belajar daripada susunan lampu isyarat dan bukan melalui warna.
ü  Menurut kajian Haliza et al (2010), didapati bahawa 2.2% daripada pemandu di Malaysia mengalami masalah rabun warna kongenital. (sumber daripada : Haliza AM, Md Muziman Syah MMS, Norliza MF.2010. Visual problems of new Malaysian drivers. Malaysian Family Physician.5(2):95-8)
ü Sekiranya seseorang itu gagal ketika mengambil ujian warna semasa mengambil lesen, jangan berputus asa, dapatkan pengesahan doktor mengenai tahap rabun warna anda. Daripada pengesahan itu barulah pihak tertentu seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dapat membuat pertimbangan sewajarnya.

Rumusannya

Pengesanan awal dari usia kanak-kanak dapat membantu membaiki kelemahan rabun warna. Sepatutnya kita tidak melihatnya sebagai satu kecacatan kerana selalunya mereka hanya kekurangan warna hijau dan merah, dan bukan hidup dalam dunia hitam putih.
Kebanyakan penghidap rabun warna mempunyai penglihatan yang normal.
Penghidap rabun warna juga tiada masalah dalam pembelajaran kerana ianya tidak melibatkan IQ. Mereka hanya perlu dipantau supaya memilih bidang kerjaya yang bersesuaian.
Sebagai contoh, adakah anda tahu bahawa Mark Zuckerberg pengasas laman web sosial Facebook sebenarnya adalah seorang yang rabun warna? Kerana itulah warna latar Facebook adalah biru dan putih.
Pengasas Facebook adalah seorang penghidap rabun warna

Zuckerberg hanya boleh melihat warna biru dengan sempurna. Namun, beliau tidak menjadikan kekurangan itu sebagai halangan untuknya memiliki rangkaian kawan dari seluruh dunia.
Ramai lagi mereka di luar sana yang menhidap rabun warna dan mempunyai kehidupan yang normal, cuma  pandangan mereka pada warna saja yang berbeza.

Rujukan
Haliza Abdul Mutalib, Md Muziman Syah MMS, Norliza MF.2010. Visual problems of new Malaysian drivers. Malaysian Family Physician.5(2):95-8)
Phoon KYI, Chang WT, 2013, Practical assessment of colour vision to certify fitness of driving, SFP2013; 39(1) Supplement: 63-66
http://www.myhealth.gov.my/rabun-warna/

Begitulah sedikit info dan pengetahuan buat anda sebagai rujukan dalam kehidupan. Moga dapat dimanafaatkan.

TUNGGUKAN PENEMUAN SAYA YANG MUTAKHIR DALAM MENGENDALIKAN KES RABUN WARNA DAN CARA MENGATASINYA.
#iKEJORA

Salam hormat

Prof Madya Dr Haliza Abdul Mutalib
Pakar Optometris & Profesor Madya
Program Optometri & Sains Penglihatan, FSK
Universiti Kebangsaan Malaysia

4 comments:

  1. Prof sya ingin bertanya jika sya mempunyai rabun silau sebelah kiri 0.25 Dan sebelah kanan rabun jauh 0.25 serta rabun silau 0.50 Perlu kah sya memakai kacamata .saya seorng pelajar .mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Bergantung pada keperluan anda. Rabun adalah sedikit tetapi jika anda terlibat dengan pekerjaan yang memerlukan ketajaman penglihatan yang tinggi dan mempunyai simptom sakit kepala dll pembetulan ini adalah perlu

      Delete
  2. Assalamualaikum prof,saya ingin bertanya sedikit. Saya dapat mengesan penyakit rabun warna masa berumur 17 tahun semasa ambil ujian memandu. Rasa malu pun ada bila diperlekeh oleh kawan2 kerana penyakit saya ni. Tambahan pula,jurusan di poli saya ini ada mewajibkan pelajarnya untuk tidak rabun warna. Boleh saya tahu anggaran untuk kos kanta lekap ini ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Perlu diketahui tahap keterukkan dan juga jenis rabun warna. Kanta lekap yang dapat merawat keadaan ini dalam anggaran RM900.

      Delete