MOMENT TO WATCH

Loading...

Pages

Thursday, May 31, 2012


SALAMULLAH DAN SALAM BAHAGIA 
BUAT PEMBACA BUDIMAN.
TERIMA KASIH KERANA MASIH SUDI BERSAMA SAYA DALAM RUANGAN INI.

HARI INI 1HB JUN 2012
SAYA KEMBALI BERTUGAS SETELAH BERCUTI SELAMA SEMBILAN BULAN. 
HARI INI SAYA AKAN KEMBALI DAN BERADA 
DI Jabatan Optometri, FSKB

Universiti Kebangsaan Malaysia

Jalan Raja Muda Abdul Aziz

50300 KUALA LUMPUR

TERIMA KASIH PADA SEORANG SAHABAT SAYA YANG MENGIRIMKAN JAMBANGAN INI UNTUK MENGINGATKAN SAYA TENTANG 
TUGAS DAN PERJUANGAN SAYA UNTUK DIRI DAN MASYARAKAT.
DAN BAGI ANDA DI LUAR SANA, SEKIRANYA MENGHADAPI SEBARANG MASALAH BERKAITAN MATA ANDA ATAU MUNGKIN JUGA ANAK-ANAK SERTA KELUARGA ANDA, HUBUNGILAH ATAU DATANG TERUS BERJUMPA SAYA DI ALAMAT YANG SAYA PAPARKAN.

SALAM CERIA BUAT SEMUA.
DR HALIZA MUTALIB

Wednesday, May 30, 2012






Mata Malas dan Terapi Penglihatan

Mata malas atau ambliopia

Ramai antara kita yang tidak pernah mengetahui terminologi masaalah penglihatan ini sehinggalah anak kita mengalamai masalah ini sendiri. Ambliopia atau mata malas sudah menjadi salah satu masaalah yang sangat ‘biasa’ sekarang ini.  Mengapa ianya terjadi? Ini mungkin disebabkan ibubapa yang kurang perihatin tentang masalah penglihatan yang dialami oleh kanak-kanak itu sendiri. Kebiasaanya ibubapa sendiri bersifat terlalu optimistic dan berfikir sekiranya mereka tidak mempunyai masaalah mata atau tidak memakai cermin mata maka ianya akan bermakna anak-anaknya juga tidak akan mempunyai masalah penglihatan. Pendapat ini sememangnya tidak tepat. Telah terbukti ramai ibubapa yang tidak memakai cermin mata mempunyai anak yang memerlukan pemakaian cermin mata. Faktor ralat refraksi amat bergantung pada faktor genetic dan juga faktor persekitaran, malah terdapat kaji selidik terbaru yang menyatakan faktor persekitaran lebih banyak mempengaruhi ralat refraksi kanak-kanak sekarang ini.
Corak-corak stimulasi penglihatan boleh 
ditampal di dinding pada aras yang sama 
dengan mata kanak-kanak
Bagaimana untuk mengesan kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan.

Anak-anak anda tidak akan mengadu yang penglihatan mereka kabur. Ini adalah kerana mereka mungkin telah biasa dengan penglihatan kabur dan tidak tahu yang penglihatan boleh menjadi lebih jelas lagi, ataupun penglihatan kabur hanya terjadi pada sebelah mata sahaja jadi mata yang baik dapat menolong memberikan penglihatan yang jelas. Sekiranya ralat refraksi yang ada dibiarkan terlalu lama (sehingga bertahun-tahun), lama-kelamaan ianya akan menjadi mata malas. Walaupun mata telah diperbetulkan ralat refraksinya ianya mungkin masih tidak dapat melihat barisan terakhir di Carta Snellen (VA 6/6). Mata malas  boleh terjadi pada sebelah mata ataupun kedua-dua belah mata. Mata malas juga boleh dikatakan sebagai mata tak berkerja meskipun ralat mata telah dibetulkan sepenuhnya.

Bagaimana terjadi

Mata malas bilateral (kedua-dua mata) boleh terjadi jika ralat mata terlalu besar dan tidak dibetulkan untuk tempoh yang lama. keadaan ini biasanya dapat dilihat pada kanak-kanak yang mempunyai salah seorang ibubapa yang mempunyai kuasa refraksi yang sangat tinggi . Secara tidak langsung ianya boleh mepengaruhi penglihatan anak secara genetic pula. Keadaan ini juga boleh terjadi pada kanak-kanak yang mengalami katarak congenital. Katarak congenital yang dibiarkan lama pada bayi sebelum menjalani surgei boleh menyebangkan stimulus ransangan yang lemah ke otak. Akibatnya selepas surgeri dan dengan bantuan penglihatan seperti kanta sentuh atau cermin mata, mata malas yang teruk masih terjadi dan tahap penglihatan bayi adalah tidak baik.
Kanak-kanak yang mempunyai masalah 
penglihatan lebih mudah respon bapa 
corak hitam putih berbanding dengan 
gambar-gambar kartun yang berwarna-warni.

Sekiranya katarak yang berlaku adalah pada sebelah mata bayi sahaja, mata malas tetap boleh berlaku. Ini disebabkan mata selepas surgeri yang lemah tidak akan dapat melihat dengan baik manakala mata bayi yang baik pula akan bekerja sepenuhnya untuk membantu mata yang lemah. Lama-kelamaan mata yang lemah itu akan menjadi bertambah lemah dan tidak akan berfungsi.

Mata malas juga boleh disebabkan oleh keadaan juling. Mata yang juling tetap biasanya akan berlaku supresi dan sekiranya mata ini dapat diluruskan ianya tetap mempunyai penglihatan yang lemah disebabkan sudah lama tidak berfungsi. Juling jenis ‘alternating’ pula biasanya mempunyai tahap penglihatan yang sama bagi kedua-dua mata. Ini adalah kerana kedua-dua mata berfungsi mngikut giliran masing-masing.

Kesan

Sekiranya anak anda mempunyai satu atau kedua-dua belah mata malas, dia mungkin akan menghadapi masalah dalam kelas terutamanya jika ditempatkan ditempat duduk belakang dan tulisan di papah hitam pula kecil. Sekiranya mata malas ini berlarutan hingga dewasa, anak anda mungkin akan mempunyai masalah untuk mendapatkan lessen memandu. Tahap penglihatan sekurang-kurangnya dengan VA 6/9 diperlukan untuk mata terbaik bagi syarat layak mendapat lesen. Sekiranya kedua – dua mata mempunyai tahap penglihatan yang berbeza, kemungkinan persepsi kedalaman adalah tidak baik. Persepsi kedalaman adalah kebolehan seseorang untuk menganggar jarak antara dua objek. Ini penting sekiranya anak-anak ingin melibatkan diri dalam sukan, memandu kenderaan dijalan yang sesak dan aktiviti lasak. Paling penting kedua-dua mata perlu berfungsi untuk berkerjasama dalam apa jua aktiviti.
Kanak-kanak bermain di atas hamparan 
berkontras hitam putih untuk stimulasi 
penglihatan. Corak sebegini juga boleh 
digunakan pada selimut, sarung bantal 
dan sebagainya
Cara rawatan

Bayi

Untuk bayi yang mempunyai penglihatan yang sangat lemah, warna-warna kontras boleh digunakan untuk stimulasi penglihatan kanak-kanak. Kanak-kanak perlu digalakkkan untuk melihat corak-corak yang berulang. Ianya boleh didapati dalam bentuk selimut, karpet mainan, anak patung ataupun poster-poster yang ditampal bersebelahan tempat baring bayi. Anda akan dapati bayi anda akan lebih menumpukan perhatian pada warna-warna ini berbanding dengan gambar-gambar karakter yang terang dan menarik.

Kanak-kanak

Bagi kanak-kanak yang lebih memahami arahan, terapi penglihatan boleh dimulakan dengan mewarnakan gambar-gambar kecil yang memerlukan penelitian,  join-the-dots, jigsaw puzzle yang kecil, teka silang kata, jahitan “cross-stitch”, manik dan benang dnan.pelbagai aktiviti yang menarik lagi. Pakar Optometris anda akan mementukan tahap penglihatan anak anda dan akan mengesyorkan terapi yang bersesuaian.

Penggunaan CAM stimulator iaitu satu alat yang berlatarbelakangkan belang hitam putih pelbagai saiz, yang berotasi dibawah plat kerja (kanak-kanak perlu melukis dan mewarna gambar pada plat) juga digalakkan. Penggunaan alatan ini mampu untuk mempercepatkan lagi rangsangan penglihatan kanak-kanak.

Kesemua latihan ini perlu dilakukan bersama terapi oklusi dimana, mata yang baik perlu dikatup sementara mata yang lemah akan dipaksa untuk bekerja. Pelekat mata yang menarik boleh digunakan untuk memujuk kanak-kanak menggunakannya. Sekiranya kedua-dua mata adalah malas, pengatupan dilakukan secara berselang-seli. Setiap pengatupan dilakukan antara 1- 4 jam bagi setiap mata (Dapatkan nasihat pakar dalam menentukan tempoh oklusi) dan terapi ini perlu dilakukan setiap hari untuk mendapat kesan yang lebih drastic dan  positif. Perlu diingatkan terapi oklusi perlu dilakukan tanpa henti. Sekiranya terapi ini dihentikan selama seminggu kemungkinan  tahap penglihatan yang sudah semskin baik akan menjadi lemah semula. Ini sebabkan fiksasi yang masih tidak stabil dalam mata. Pakar Optometris anda akan memberi nasihat dan memberitahu bila terapi boleh dikurangkan atau dihentikan terus. Kaedah pengatupan ataupun terapi  ortoptik biasanya dilakukan secara intensif untuk merawat mata yang lemah. Sekiranya mata yang lemah itu dapat respon dengan baik pada latihan ortoptik, masalah mata lemah dapat di atasi dalam masa beberapa bulan.
       
Ibubapa digalakkan untuk duduk bersama-sama anak semasa terapi ini dijalankan. Ianya boleh dilakukan dirumah ataupu di praktis optikal yang ada menyediakan perkhidmatan ini. Ibubapa perlu mengawasi anak-anak semasa terapi ini untuik memastikan anak tidak mengendap disebalik pelekat mata atau sarung cermin mata. Disamping itu sokongan moral dan keperihatinan ibubapa dapat menolong kanak-kanak ini dari hilang minat.
Salah satu terapi penglihatan untuk pemulihan 
mata malas adalah manik dan benang. Kanak-kanak 
akan memasukkan manik (saiz dan warna yang telah 
ditentukan) ke benang sebagai salah satu cara untuk 
stimulasi penglihatan.

Prognosis

Prognosis adalah baik sekiranya kanak-kanak masih muda dan kurang dari umur 12 tahun. Sekiranya tanpa rawatan selepas berumur 12 tahun, kebiasaannya mata akan kekal lemah. Lebih teruk lagi, mata yang lemah itu boleh berpotensi menjadi juling. Pada tahap ini mata akan kehilangan fungsi binokular dan persepsi kedalaman (kebolehan menganggar jarak). Jagalah penglihatan anak anda sebaik mungkin. Terapi penglihatan mungkin sukar untuk diikuti atau didisiplinkan pada anak-anak tetapi hasil yang dibawa sekiranya terapi ini dilakukan dengan gigih amat besar. Ibubapa harus berkorban masa untuk membimbing anak-anak melakukan terapi ini di rumah. Rawatan ini hanyalah bersifat sementara sebelum umur anak anda mencecah 12 tahun. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.

*Sila dapatkan nasihat pakar Optometris sebelum mencuba mana-mana terapi penglihatan seperti yang dinyatakan di atas.

Dr Haliza Abdul Mutalib
Pakar Optometris & Pensyarah
Jabatan Optometri, FSKB
Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 KUALA LUMPUR
Email: haliza@medic.ukm.my






AMBLIOPIA
risiko rabun kekal

Ambliopia berasal dari bahasa Greek yang bermaksud ‘dulled vision’.
Ambliopia dikenali di kalangan masyarakat sebagai ‘mata malas’ ataupun lazy eyes.   Ianya merupakan suatu keadaan di mana tahap penglihatan adalah kurang dari normal tanpa ada sebarang kerosakan nyata pada mata.  Keadaan ini tidak boleh dibaiki hanya dengan pemakaian cermin mata ataupun kanta sentuh. Ianya memerlukan terapi ortoptik untuk mengembalikan penglihatan ke tahap normal. Mata ambliopia boleh dikesan dan dirawat oleh Optometris.
Ambliopia bukanlah sejenis penyakit mata. Ianya terjadi disebabkan kuasa refraksi mata yang tidak dibetulkan sejak awal usia lagi. Penyebab–penyebab lain adalah seperti kejulingan (strabismus) di mana sekiranya kanak-kanak berumur kurang dari 3 tahun dan mempunyai kejulingan, ambliopia boleh terjadi dalam masa beberapa minggu sahaja. Faktor penyebab lain seperti keadaan di mana kuasa mata adalah jauh berbeza pada kedua-dua mata (anisometropia  ) juga boleh menyebabkan mata yang mempunyai rabun yang lebih teruk menjadi ambliopik. Ambliopia juga kerap terjadi pada kanak-kanak yang mengalami katarak congenital atau katarak traumatik sebelah mata (artikel Januari). Keadaan ambliopia tidak boleh dibaiki hanya dengan memakai cermin mata atau kanta sentuh sahaja tetapi mereka memerlukan terapi ortoptik intensif. Terapi ortoptik adalah terapi insentif yang membabitkan banyak latihan mata seperti memfokus untuk melihat objek kecik seperti memasukkan benang dalam jarum. Faktor-faktor lain penyebab ambliopia adalah seperti mata ptosis (kelopak mata yang layu), berlaku halangan pada media mata seperti parut dan opasiti di mata.
Masalah ambliopia amat sukar dikesan oleh ibubapa sendiri. Ini adalah kerana sekiranya kanak-kanak itu masih mempunyai satu mata yang baik, kanak-kanak tersebut akan menggunakan mata yang baik untuk melihat dan tidak akan melaporkan kekaburan penglihatan. Adakalanya kanak-kanak itu sendiri tidak tahu untuk melapor kekaburan kerana mereka sendiri tidak pernah dapat melihat dengan baik sebelum ini untuk membezakan antara terang dan kabur..

Ambliopia boleh berlaku pada satu mata (unilateral) ataupun kedua-dua belah mata bilateral). Ambliopia unilateral berlaku apabila salah satu mata mempunyai ralat refraksi yang besar manakala mata yang satu lagi adalah normal ataupun mempunyai ralat refraksi yang kecil. Ini akan menyebabkan mata yang lebih baik (iaitu yang normal atau ralat refraksi yang lebih kecil) befungsi secara aktif manakala mata yang lemah akan malas untuk berfungsi. Sekiranya keadaan ini dibiarkan berlanjutan, lama-kelamaan mata yang lemah tidak mampu lagi untuk melihat walaupun setelah dibaiki rabunnya dengan cermin mata.
Adakalanya kedua-dua mata (ambliopia bilateral) mempunyai ralat refraksi yang besar dan tidak dibetulkan untuk tempoh yang lama. Akibatnya penglihatan masih rabun meskipun setelah dibetulkan dengan cermin mata.

Masalah ambliopia dapat di kesan hanya melalui pemeriksaan mata oleh Optometris. Setiap kanak-kanak perlu berjumpa Optometris sebelum berumur 7 tahun untuk pemeriksaan penglihatan yang komprehensif. Hanya dengan pemeriksaan mata yang rapi, ambliopia dapat dikesan dan  dirawat segera. Terapi ortoptik yang insentif perlu dijalankan dengan segera untuk merawat keadaan ini. Ambliopia boleh menyebabkan  penurunan tahap penglihatan yang ketara dan boleh menganggu prestasi pelajaran kanak-kanak. Tahap penglihatan yang rendah boleh mengganggu kebolehan kanak-kanak untuk melihat dengan baik huruf tulisan di papan hitam ataupun membaca buku. Sekiranya masalah ini berlanjutan kanak-kanak akan terus hilang minat dan tumpuan terhadap pelajaran. Di sini letaknya kepentingan untuk pemeriksaan mata kanak-kanak sebelum melangkah ke alam persekolahan.
Mata ambliopik ini boleh dirangsang kembali dengan menjalani terapi intensif seperti pengatupan total. Adalah penting kedua-dua mata diperiksa dengan sempurna oleh Optometris bertauliah bagi memperbaiki ralat refraksi pada kedua-dua mata sama ada dengan cermin mata ataupun kanta sentuh. Bagi ambliopik unilateral kebiasaannya mata yang lebih baik akan di tutup dengan pengatup berpelekat, pengatup plastik ataupun kanta sentuh legap. Secara tidak langsung kanak-kanak perlu menggunakan mata yang lemah untuk melihat. Ketika rawatan tersebut dijalankan kanak-kanak biasanya akan di bimbing untuk melakukan kerja dekat seperti mewarnakan objek-objek kecil, menyambung titik-titik (join the dots) dan aktiviti seperti memasukkan benang dalam manik. Kerja-kerja yang dilakukan bergantung pada tahap penglihatan pada mata yang lemah. Kerja-kerja yang lebih rumit akan diberikan setelah kanak-kanak menunjukkan kemajuan. Masa mata ditutup bergantung pada darjah keterukan ambliopia dan biasanya adalah bagi tempoh 2 hingga 4 jam sehari. Kebiasaannya ketika aktiviti rawatan dijalankan, kanak-kanak dinasihatkan berada dibawah pengawasan ibubapa dan berada dalam lingkungan rumah.

Biasanya terapi intensif mempunyai prognosis yang lebih baik sekiranya dijalankan pada kanak-kanak yang berumur kurang dari 7 tahun. Walaubagaimanapun terapi masih boleh dicuba keatas kanak–kanak yang berumur kurang dari 12 tahun. Setelah melepasi tempoh kritikal ini, kebarangkalian untuk mendapatkan penglihatan yang normal adalah tipis. Dalam kes yang melibatkan kejulingan, surgeri untuk meluruskan mata perlu dilakukan dahulu.

Sekiranya terapi ortoptik dijalankan dengan intensif dan teratur, peningkatan tahap penglihatan boleh dilihat dalam tempoh 1 – 2 bulan.. Terapi ortoptik perlu dijalankan setiap hari sengga tahap penglihataan terbaik dicapai. Apabila tahap penglihatan terbaik sudah tercapai, terapi ini dilanjutkan selama beberapa bulan sebelum dihentikan perlahan-perlahan untuk mengelakkan ambliopia kembali terjadi.

Sekiranya masalah ambliopia ini tidak dikesan dan dirawat awal, ianya boleh  mengakibatkan rabun penglihatan yang kekal dan juga boleh mengganggu persepsi kedalaman (stereopsis). Adalah wajar untuk membawa anak-anak anda menjalani pemeriksaan mata sekurang kurangnya setahun sekali. Sekiranya anak anda sudahpun bercermin mata, pemeriksaan penglihatan masih perlu diulangi sebaik-baiknya setiap 6 bulan.
Perlu diingatkan pada ibubapa bahawa tahap penglihatan yang baik (sekurang-kurangnya 6/9) diperlukan sebagai syarat untuk mendapatkan lesen memandu apabila meningkat dewasa nanti. Masalah ambliopia yang tidak dirawat sebelum usia 12 tahun akan menyebabkan masalah rabun kekal. Sekiranya ini berlaku pada anak anda, dia mungkin tidak berpeluang untuk memiliki lesen memandu yang sah apabila dewasa kelak.

Kanak-kanak ambliopia sedang menjalani latihan ortoptik untuk melatih mata yang lemah. Mata yang lebih baik ditutup dengan pengatup berpelekat. Ambliopia boleh dirawat dengan mengadakan latihan intensif ortoptik sebelum kanak-kanak mencecah umur 12 tahun.

Pemeriksaan mata ke atas kanak-kanak perlu dilakukan sebelum umur 7 tahun untuk mengesan dan membetulkan sebarang kesalahan refraksi jika ada.

Seorang bayi yang memerlukan pembetulan refraksi, tidak sesuai dipakaikan dengan cermin mata. Kanak-kanak mudah berasa rimas dan akan menepis cermin mata dari muka. Emosi ibu dan anak juga akan terganggu dengan pandangan aneh dari orangramai.

Penglihatan bayi boleh  bertambah baik dengan pemakaian kanta sentuh. Bagi kanak-kanak yang tidak komplian terhadap pemakaian cermin mata, kanta sentuh adalah alternatif terbaik.



Dr Haliza Abdul Mutalib

Pakar Optometris & Pensyarah
Jabatan Optometri, FSKB
Universiti Kebangsaan Malaysia
Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 KUALA LUMPUR
Email: haliza@medic.ukm.my
JUST EYES

Eye color is a polygenic trait and is determined by the amount and type of pigments in the eye’s iris. Humans and animals have many phenotypic variations in eye color. In human eyes, these variations in color are attributed to varying ratios of eumelanin produced by melanocytes in the iris.
The brightly colored eyes of many bird species are largely determined by other pigments, such as pteridines, purines, and carotenoids.
Three main elements within the iris contribute to its color: the melanin content of the iris pigment epithelium, the melanin content within the iris stroma, and the cellular density of the iris stroma. In eyes of all colors, the iris pigment epithelium contains the black pigment, eumelanin. Color variations among different irises are typically attributed to the melanin content within the iris stroma.
The density of cells within the stroma affects how much light is absorbed by the underlying pigment epithelium. OCA2 gene polymorphism, close to proximal 5′ regulatory region, explains most human eye-color variation.

Tuesday, May 29, 2012

IZINKAN MINDA ANDA BERPUISI MELALUI MATA.

Aku melihat kamu dari mataku

Aku melihat suara lewat wajahmu
Saat bibirmu tertutup rapat
Tapi jelas membuatku makin
menatapmu bersama degup jantungku
yang tak pernah menentu…

Aku melihat suara lewat renunganmu
yang tak bernada

meneriakkan manisnya kesedihan.
dan dalam diam hatimu bergetar

Itulah aku 
yang melihat kamu dari mataku
pada sebilah cinta

dalam secawan rasa
yang telah menggores hati
sedalamnya …

Aku melihat suara lewat senyummu
saat matamu terjemahkan rindu
dan aku kian terpesona pada indahnya
pada cantiknya hatimu

Aku melihat suara setiap saat
lewat segala tentang dirimu

dan aku jadi tidak pernah jemu
menatapmu


Dr Haliza Mutalib
Awan Besar  29/05/2012
07/10/2007
UJI PENGLIHATAN SEBELUM MEMANDU BALIK KAMPUNG
Oleh:
PROF. MADYA DR. HALIZA ABDUL MUTALIB (Pakar Optometris dan Ketua Jabatan Optometri,
Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia)

MUSIM perayaan menjelang lagi, masyarakat berbilang bangsa akan mulai bercuti panjang minggu hadapan untuk pulang merayakan lebaran di kampung halaman. Dalam tempoh ini jugalah kita akan mula mendengar dari televisyen, radio ataupun surat khabar tentang kemalangan jalan raya yang berlaku di seluruh pelosok negara.

Beribu-ribu kemalangan kecil, kemalangan maut akan sentiasa menjadi paparan hangat di media massa. Kemalangan berlaku di mana-mana sahaja, jalan kampung, lebuh raya, membabitkan kenderaan kecil dan besar, tidak pernah surut statistiknya.

Mungkin ramai pihak yang akan mengeluarkan fakta-fakta mengapa kemalangan banyak berlaku di jalan raya-jalan raya di Malaysia. Malah semua orang sudah tahu faktor-faktor penyebab kemalangan. Antaranya adalah faktor manusia itu sendiri seperti letih, mengantuk, lalai, memandu di luar had kelajuan, tidak sempat membrek dan macam-macam lagi.

Ada juga yang menuding jari pada faktor lain seperti jalan licin, gelap, bengkang-bengkok dan segalanya yang logik di fikirannya. Meskipun kerajaan sendiri telah berhabis-habisan mengeluarkan berjuta-juta ringgit untuk mempertingkatkan mutu jalan raya, memasang tiang lampu di jalan yang gelap, iklan-iklan untuk membangkitkan kesedaran pengguna-pengguna jalan raya, namun statistik tetap tidak berubah.

Ramai yang tidak sedar, selain dari faktor kemanusiaan dan infrastruktur yang diperkatakan itu ada satu lagi faktor yang tidak pernah disedari atau masih dipandang remeh iaitu penglihatan yang baik. Salah satu syarat pemegang lesen memandu adalah memiliki tahap penglihatan sekurang-kurangnya 6/10 pada Carta Snellen. 


Kajian menguji tahap penglihatan pemandu di seluruh Malaysia mendapati lebih 8.37 peratus (statistik 2006) pemandu di Malaysia tidak memiliki tahap penglihatan sedemikian. Ini bermakna bagi setiap 100 kereta yang anda berhadapan ketika di jalan raya, terdapat lapan pemandu yang tidak lulus syarat minimum tahap penglihatan untuk pemanduan.

Mereka yang tidak layak berada di jalan raya sudah semestinya tidak memiliki penglihatan yang baik, ini dapat dibuktikan secara langsung di mana ramai pemandu yang memberhentikan kereta mereka di tepi lebuh raya ketika hujan terlampau lebat. Mereka berhenti memandu seketika bukan kerana viper tidak berfungsi tetapi disebabkan oleh penglihatan mereka sendiri yang tidak baik.

Tip-tip pemanduan

1. Pastikan anda telah menjalani pemeriksaan mata komprehensif kurang dari setahun oleh optometris bertauliah.

2. Mempunyai tahap penglihatan sekurang-kurangnya 6/10 bagi setiap mata ataupun 6/9 satu mata (jika buta atau penglihatan terhad pada sebelah mata lagi). Anda boleh mengetahui tahap penglihatan anda di mana-mana praktis optometri.

3. Lulus Ujian Rabun Warna. Sekiranya gagal pastikan tahap kompetensi memandu dinilai semula.

4. Mempunyai medan penglihatan sekurang-kurangnya 120 darjah bagi penglihatan binokular. Sekiranya anda mempunyai penyakit seperti glaukoma atau patologi okular lain, sila jalani Ujian Medan Penglihatan di klinik optometri.

5. Bagi pemakai kanta sentuh pastikan anda membawa sepasang cermin mata untuk kecemasan.

6. Jangan halakan penghawa dingin kereta terus ke muka kerana ini akan mengakibatkan kekeringan mata yang boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kekaburan.

7. Sekiranya anda seorang pemakai kanta sentuh, sila bawa bersama titis pelembap kanta dan gunakannya sekurang-kurangnya tiga kali sehari.

8. Sekiranya anda bukan pemakai kanta sentuh, gunakan titis pengganti air mata untuk menyegarkan mata yang letih dan kering.

9. Elakkan dari memakai kanta sentuh berwarna sewaktu memandu kerana kajian telah menunjukkan ia boleh menyebabkan penurunan kontras dan mengehadkan medan penglihatan. Ada kalanya penglihatan akan kelihatan seperti berjerebu dengan pemakaian kanta sentuh berwarna.

10. Gunakan cermin mata gelap yang mempunyai lapisan penapis UV untuk menapis silau. Ini dapat merehatkan mata ketika panas terik. Pemakaian cermin mata gelap tanpa lapisan pelindung UV boleh merosakkan retina (bahagian dalam mata) dan menyebabkan kesan aberasi atau silau yang teruk. Sekiranya berpanjangan boleh menyebabkan sakit kepala yang teruk.

11. Gunakan cermin mata berwarna amber (kekuningan) untuk meningkatkan kontras ketika hari mula gelap, hujan atau berjerebu. Kontras penglihatan boleh menjadi bertambah baik dengan warna amber.

12. Pastikan cermin mata dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan yang jauh. Penting untuk dipastikan bingkai cermin tidak terlalu uzur dan kanta diketatkan dengan baik pada bingkai pemegang. Kanta juga sepatutnya diganti jika terlalu bercalar ataupun telah kabur.

- Jom periksa mata sebelum balik kampung! Satu penyelidikan yang dijalankan di Jabatan Optometri, UKM telah mendapati kira-kira lapan peratus daripada pemandu berlesen di Malaysia mempunyai tahap penglihatan di bawah had normal yang dibenarkan dalam pemanduan di jalan raya.

Oleh itu, sempena musim perayaan ini, Klinik Optometri UKM, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 50300 Kuala Lumpur akan mengadakan pemeriksaan mata komprehensif yang merangkumi Ujian Tahap Penglihatan, Ujian Rabun Warna dan Ujian Medan Penglihatan secara percuma.

Semua pemegang lesen memandu Malaysia dijemput. Pemandu kenderaan komersial diberikan keutamaan. Tempoh pemeriksaan adalah sehingga 10 Oktober 2007. Bantuan cermin mata akan diberikan pada yang layak.

Hubungi             03-40405499       untuk temu janji dan sila sebut JOM PERIKSA MATA sebagai rujukan.

Sekiranya kenderaan-kenderaan lain dapat meneruskan perjalanan tanpa masalah ketika hujan lebat, perlu direnungkan sendiri mengapa mereka tidak mampu. Kemalangan masih berlaku di lebuh raya yang lurus pada waktu siang walhal tidak ada faktor yang sepatutnya boleh mengganggu penglihatan ketika itu.

Ini adalah kerana penglihatan yang baik boleh mempengaruhi corak pemanduan seseorang. Contohnya, kebolehan melihat kereta rosak atau kemalangan pada jarak lebih 100 meter akan membolehkan pemandu membuat keputusan untuk memperlahankan kenderaannya dan bertukar lorong memandu.

Sebaliknya, jika penglihatan adalah kabur pada jarak tersebut, pemandu akan terus memandu pada kelajuan sama. Keadaan boleh menjadi semakin buruk sekiranya berlaku kemalangan atau lori rosak di tengah lebuh raya dan pemandu masih memandu kenderaan pada had laju 110km/ jam.

Keadaan ini masih belum mengambil kira keadaan cuaca. Pemandu akan mengalami masalah yang lebih teruk sekiranya memandu dalam hujan lebat, jerebu dan berkabus.

Anda mungkin yakin yang penglihatan anda sudah cukup baik. Tetapi cukup baik itu hanyalah untuk melihat kereta di hadapan pada jarak yang dekat. Penglihatan yang baik untuk pemanduan perlulah diukur dengan Carta Snellen.
Anda sendiri mungkin tahu bahawa anda tidak mempunyai masalah bila memandu waktu siang tetapi hanya bermasalah bila memandu waktu malam. Jika anda mengalami simptom ini maka jelaslah anda mungkin mempunyai kuasa refraksi yang belum dibetulkan.

Kebolehan melihat pada waktu siang dibantu sepenuhnya oleh cahaya yang terang dan ini tidak bermakna tahap penglihatan anda adalah normal pada waktu siang. Ujian ini terlalu senang untuk dilakukan. Anda boleh ke kedai optikal atau praktis optometri atau mana-mana klinik swasta atau klinik kerajaan untuk mengukur tahap penglihatan anda.

Ujian ini tidak akan mengambil lebih dari lima minit. Hanya dengan meluangkan masa lima minit anda akan dapat memandu dengan tenang, dengan mengetahui tahap penglihatan anda berada pada tahap yang baik. Tetapi sekiranya mata anda mengalami masalah penglihatan yang berupa ralat refraksi, anda perlu bertanggungjawab untuk membetulkan keadaan ini untuk keselamatan orang ramai.

Sekiranya anda perlu memakai cermin mata untuk mendapatkan penglihatan yang baik anda perlu serasikan diri dengan pemakaian cermin mata sebelum dibolehkan memandu di jalan raya. Sekiranya anda masih kekok dengan pemakaian cermin mata, anda boleh membahayakan diri sendiri semasa memandu.

Bagi mereka yang mempunyai penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi, anda perlu lebih berhati-hati kerana diet yang bertukar semasa bulan Ramadan mungkin juga membawa perubahan pada ralat refraksi. Anda mungkin tidak sedar bahawa cermin mata yang anda pakai sudah tidak begitu jelas.

Salah satu tip untuk mengelakkan kekejangan mata atau akomodasi semasa pemanduan untuk tempoh yang lama ialah anda harus menukar-nukar jarak penglihatan. Bermakna mengalih fokus ke arah objek lain pada jarak berlainan boleh membantu mata kembali relaks dan tidak tegang.

Di samping itu, bekalkan diri anda dengan ubat titis pengganti air mata (eye drops) untuk melembapkan mata yang kering disebabkan oleh penghawa dingin dalam kereta. Ia juga mampu melegakan mata yang penat. Elak dari memakai kanta sentuh berwarna sekiranya anda ingin memandu jarak jauh. Terdapat kajian yang telah dapat membuktikan ia boleh menganggu kontras penglihatan dan juga mengganggu medan penglihatan.

Sekiranya anda sendiri adalah seorang pemakai cermin mata, dapatkan pemeriksaan mata atau boleh juga sekadar menguji tahap penglihatan untuk mengetahui tahap penglihatan dan perbezaan ralat refraksi jika ada. Sekiranya semua pemandu jalan raya di Malaysia dapat mengamalkan Ujian Tahap Penglihatan dari semasa ke semasa terutamanya sebelum melakukan pemanduan jarak jauh, statistik kemalangan mungkin dapat dikurangkan. 


Links:http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1007&pub=utusan_malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_03.htm&arc=hive

Sunday, May 27, 2012

Thu, Dec 16, 2010,
New Straits Times

URBUN KIDS MORE MYOPIC
By Syed Umar Ariff

JOHOR BARU: More children living in urban areas have become prone to develop myopia, or short-sightedness. This is caused by visual strains experienced from, among others. continuous exposure to television, computer monitors and video games in places that are not well lit.
Although unable to provide the statistics for it, Universiti Kebangsaan Malaysia's Associate Professor Dr Haliza Abdul Mutalib said since more than 15 years ago, there was a significant jump in numbers among urban children becoming myopic. 
She said there were two factors that could lead a person to become myopic; genetics and environment.
"Myopia can be passed down from parent to child if the condition is congenital. The other factor is caused by the present environment being filled with visual demands," she told the New Straits Times recently.
Dr Haliza, who is also attached to the UKM optometry clinic in Kuala Lumpur, said a study revealed that myopia was not as common among rural children, compared with those living in urban areas.
"Children in rural areas usually spend most of their time outdoors while urban children generally stay indoors watching television or playing video games.

"Indoor activities, especially in a darkened and not properly lit room will cause visual strains as there are insufficient light for the eyes to see properly."

Dr Haliza was met at a community programme here recently where the participants included UKM optometry students. The programme was opened by Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
She said myopia could even be detected among pre-schoolers as many parents have come to disregard the importance of a regular eye check for their children.
"Maybe, they are not aware of their children's eye condition.
"But they must remember that children can never tell or complain that they are myopic. They may not understand their condition." She explained that it was not true that modern visual entertainment systems like the liquid crystal display (LCD) televisions, could mitigate the affects of visual strains.
Certain quarters have claimed that LCD televisions were "gentler" to the eyes and the chances of developing visual disorder from watching them was minimal.
"There is no such thing. As long as there is visual demand in places that are not bright enough for the eyes, the risk will always be there."
Dr Haliza advised parents to bring their children for constant eye checks to detect any disorder, so that early treatments could be meted out.
She said the UKM optometry clinic is open to the public and can be contacted at 03-92897499 for appointments.