Pages

Tuesday, May 22, 2012


Kanta sentuh ketika wabak H1N1

Mungkin masih ramai yang tidak tahu bahawa pemakaian kanta sentuh sewajarnya dipakai oleh mereka yang sihat.
MATA yang mempunyai ikatan sel yang lemah akan membenarkan virus menerobos masuk ke dalaman mata dan boleh menyebabkan infeksi yang teruk.
Wabak influenza A H1N1 yang mudah berjangkit boleh dihindari dengan memakai topeng mulut dan membasuh tangan dengan bersih.
Salah satu aspek yang perlu diberi perhatian adalah penggunaan kanta sentuh. Mungkin masih ramai yang tidak tahu bahawa pemakaian kanta sentuh sewajarnya dipakai oleh mereka yang sihat.

BASUH tangan anda sebersih mungkin sebelum menyentuh kanta sentuh.

Sekiranya seseorang pemakai mempunyai selesema ringan, kebarangkalian selesemanya itu akan mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh.
Pemakaian kanta sentuh harus dielakkan sekiranya anda demam ataupun mula diserang selesema.

CUCI kanta sentuh di atas tapak tangan.

Kanta sentuh harus ditanggal segera. Kanta sentuh lembut merupakan hos atau perumah yang sangat sesuai untuk virus influenza lebih hidup lama.
Sekiranya anda terus menggunakan kanta sentuh semasa mendapat jangkitan selesema ada kemungkinan anda terus menghidap selesema untuk tempoh yang lebih panjang dan sukar sembuh.

GOSOK kanta sentuh dengan jari secara perlahan-lahan.

Keadaan bertambah buruk jika anda tidak melakukan disinfeksi kanta sentuh dengan lengkap. Virus influenza yang terlekat pada kanta sentuh boleh menyerang pesakit semula apabila kanta sentuh dipakai kembali setelah sihat.
Ini akan menyebabkan pemakai mendapat jangkitan selesema semula. Disinfeksi kanta sentuh sangat penting dalam pemakaian kanta sentuh. Rejim penjagaan dan proses disinfeksi perlu dipatuhi walaupun bagi jenis pakai buang.
Kanta sentuh konvensional
Keutamaan dalam pencucian dan disinfeksi intensif perlu diberi pada kanta sentuh jenis konvensional. Ini kerana lazimnya kanta sentuh konvensional dipakai selama setahun.

PASTIKAN kanta sentuh direndam dalam air saline yang belum luput tarikhnya.

Disinfeksi yang lengkap membabitkan penggunaan larutan pencuci, larutan pelbagai guna atau larutan hidrogen peroksida. Penggunaan rejim larutan disinfeksi itu juga perlu diikuti dengan lengkap bagi menjamin kesempurnaan proses disinfeksi.
Trend pada hari ini lebih kepada penggunaan kanta sentuh pakai buang jenis harian. Ini wajar diamalkan buat sementara waktu.

SIMPAN kanta sentuh yang sudah dibersihkan dalam bekasnya.



Kanta sentuh itu tidak memerlukan sebarang proses disinfeksi kerana ia tidak perlu disimpan. Harga bagi kanta sentuh jenis harian mungkin sedikit mahal.
Bagaimanapun, kanta sentuh pakai buang harian tidak membabitkan sebarang larutan disinfeksi. Dengan pemakaian kanta sentuh yang baru setiap hari maka tidak timbul masalah seperti kanta sentuh kotor atau        
berkemungkinan terlekat dengan virus influenza.

Ini kerana ia boleh berpindah masuk ke mata apabila kanta sentuh yang sama itu dipakai lagi tanpa proses disinfeksi.
Walaubagaimanapun bagi pemakai yang terikat dengan kanta sentuh jenis konvensional atau kanta sentuh jenis pakai buang bulanan, anda haruslah memastikan kanta sentuh sentiasa dalam keadaan steril.


Jangan lupa untuk mencuci tangan dengan sabun sebelum menyentuh kanta sentuh dan pastikan proses disinfeksi dilakukan dengan lengkap sebelum memakainya semula.
Kebiasaannya, terdapat arahan bertulis pada kotak atau bekas larutan yang menyatakan tempoh cadangan bagi proses disinfeksi disebut.
Proses disinfeksi biasanya lengkap dalam tempoh antara enam hingga lapan jam rendaman. Sekiranya anda musykil dengan tempoh rendaman bertanya kepada optometris anda. Pastikan semua botol larutan disinfeksi masih belum tarikh luput. Buang larutan tersebut jika ia melebihi sebulan dari hari pertama ia dibuka.
Kanta sentuh pakai buang yang tidak dipakai melebihi sebulan seharusnya dibuang sahaja atau diganti dengan yang baru, manakala kanta sentuh konvensional yang kurang dari setahun boleh digunakan lagi tetapi perlu dicuci dan disinfeksi dengan sempurna sebelum pemakaian.
Kanta sentuh yang terendam lama dalam larutan disinfeksi akan hilang kesterilannya selepas dua hingga tiga hari.
Sehubungan itu, jika anda berhajat untuk tidak memakai kanta sentuh untuk satu tempoh yang lama, pastikan anda kerap menukar larutan rendaman dua hingga tiga hari sekali.
Tidak berkongsi
Sewaktu wabak infuenza A H1N1 berleluasa, anda tidak digalakkan berkongsi kanta sentuh dengan orang lain. Ini selalu terjadi kepada pemakai kanta sentuh kosmetik berwarna.
Elakkan memakai kanta sentuh kosmetik berwarna yang dipamerkan di kedai-kedai optikal, kemungkinan ia telah digunakan oleh pelanggan-pelanggan lain pada mata mereka sebelum membeli.
Anda mungkin boleh terkena jangkitan virus melalui cara ini. Sukar untuk mengagak sekiranya kanta sentuh cubaan itu dicuci dan disterilkan dengan proses disinfeksi ataupun tidak setiap kali pelanggan berlainan mencubanya.
Pastikan anda memakai kanta sentuh yang disterilkan setiap pagi dan memastikan tempoh pemakaian adalah mengikut tempoh yang telah disyorkan.
Pemakaian kanta sentuh yang terlalu lama dari tempoh yang disyorkan akan menyebabkan sel di kornea menjadi lembut akibat kekurangan oksigen secara berterusan. Ini akan memudahkan jangkitan virus pada mata.
Mata yang mempunyai ikatan sel yang lemah akan membenarkan virus menerobos masuk ke dalam mata dan boleh menyebabkan infeksi yang teruk.
Sekiranya anda demam atau mengalami selesema ringan tanggalkan kanta sentuh dan pakailah cermin mata. Pastikan kebersihan tangan sentiasa dijaga dan kanta sentuh dinyahkuman setiap kali selepas pakai atau sekurang-kurangnya sehari sekali.

No comments:

Post a Comment