Pages

Tuesday, July 3, 2012

Fakta Tentang Mata Kita


Bangkit
aku dari lena
yang nyaman
digegarkan
kilau cahaya 
pantulan dari titis titis air
kusangkakan hujan
tetapi rupanya pantulan cahaya itu
adalah dari titis-titis air mata
seorang ibu sedang menggarapkan
rasa hatinya sambil seorang anak
sedang nyenyak direhatan tidur
kerana ia masih belum mengerti
tentang perit rasa sebenar
perjuangan luhur ibunya
menanggung kehidupan
menyusuri masa depan
masih menjarak panjang
memang anak di usia demikian
tahunya cumalah akan mahunya
(Nukilan: Penyair Dari Gunung)
Terima kasih buat beliau atas petikan sajak beliau.
10 Fakta Tentang Mata Kita
10. Semua orang akan memerlukan cermin mata untuk membaca ketika 
      mereka mulai mencapai usia tua.
Pun begitu, sewaktu anda sedang meneliti  artikel ini dan anda berusia di bawah 40 tahun dengan jarak penglihatan sempurna, saya dapat mengatakan dengan pasti bahawa anda akan memerlukan cermin mata  untuk membaca di beberapa titik di masa depan. 99% penduduk dunia akan memerlukan  cermin mata baca pada usia antara 43-50 tahun. Hal ini kerana secara perlahan mata kita mulai kehilangan kemampuan untuk memfokus seiring bertambahnya usia. Ketika kita melihat benda-benda di sekitar kita, lensa kita berubah dari bentuk flat ke bentuk yang lebih bulat, dan kita akan kehilangan kemampuan ini ketika kita mulai tua. Apabila ketika kita berumur sekitar 45 tahun, kita akan mulai melihat hal-hal yang lebih jauh dari kita untuk membuat lensa mata kita tetap fokus.


9. Lensa di mata kita lebih cepat dari lensa kamera manapun

Tepat di belakang pupil mata kita terdapat lensa mata yang fungsinya untuk member tumpuan kepada objek yang sedang kita lihat. Cuba anda luangkan waktu seketika untuk melirik ke sekeliling ruangan dan cuba anda fikirkan berapa banyak jarak antara anda dan benda di sekeliling anda. Setiap kali kita melakukan ini, lensa mata kita mengubah fokusnya tanpa kita sadari. Bandngkan dengan lensa kamera yang memerlukan waktu beberapa detik untuk untuk fokus antara jarak satu dengan jarak lainnya. Faktanya lensa mata kita bertindak secepat itu, dan boleh terus berubah-ubah setiap saatnya.


8. Mata kita lihat perkembangan seterusnya pada usia 7 tahun

Pada usia 7 tahun mata kita telah sepenuhnya berkembang dengan sempurna, dan secara fisiologi memiliki bentuk yang sama dengan mata orang dewasa. Hal tersebut dapat dijadikan sebagai alasan yang penting untuk menyembuhkan “mata malas” (suatu keadaan di mana ketajaman penglihatan tidak dapat optimal) sebelum kita mencapai umur ini. Semakin awal “mata malas” didiagnosiskan maka semakin besar kesempatan untuk menyembuhkannya, kerana mata masih berkembang dan masih dapat berubah dalam penglihatan. Setelah usia 7 tahun, tidak ada perawatan yang mampu mengubah penglihatan mata.


7. Mata Kita Berkedip Sekitar 15,000 Kali Setiap Hari

Berkedip merupakan fungsi mata yang semi disengaja, ini berarti bahawa berkedip tidak hanya dilakukan secara otomatik, tetapi kita juga dapat memaksa mata untuk berkedip bila diperlukan. Mata berkedip kira-kira 15.000 kali sehari. Berkedip adalah fungsi yang sangat penting oleh mata anda kerana membantu menghilangkan kotoran pada permukaan mata, dengan menyebarkan air mata segar di atas mata. Air mata ini membantu untuk menyihatkan mata anda dengan oksigen dan juga memiliki sifat anti-bakteria yang penting. Anda dapat mengandaikan fungsi berkedip mirip dengan fungsi wiper pada kereta anda, membersihkan dan menghapus segala debu dan kotoran untuk membuatkan pemandu/anda dapat melihat dengan jelas.


6. Setiap Daripada Kita Akan Mengalami Katarak Ketika Mencapai Usia Tua

Barangkali kita  tidak menyedari bahawa katarak merupakan sebuah konsekuensi normal dan semulajadi  ketika mencapai usia tua dan setiap daripada akan mengalaminya pada saat tertentu pada usia tua. Anda dapat menganggap katarak sama dengan rambut yang berubah menjadi putih yang merupakan perubahan alami seiring dengan bertambahnya usia. Rata-rata usia orang pertama kali mendapatkan katarak adalah sekitar usia 70 tahun dan 80 tahun, Anda dijamin akan memiliki katarak! Ini samalah dengan andaian anda tidak mungkin menemui orang yang berusia 80 tahun tanpa rambut putih, begitu juga anda tidak akan menemui orang berusia 80 tahun tanpa menderita katarak.


5. Diabetes Sering Dikesan Pertama Kali Semasa Melakukan Ujian 

    Pemeriksaan Mata

Orang yang menderita diabetes tahap 2 (jenis yang akan berkembang di kemudian hari) sering mengalami  gejala-bebas, yang bererti mereka sering tidak tahu bahawa mereka menderita diabetes. Jenis diabetes ini biasanya dapat diketahui dengan ujian penyaringan mata, kerana semasa pemeriksaan, gejala ini dapat dilihat sebagai perdarahan kecil dari pembuluh darah yang bocor di belakang mata anda. Hal ini tentunya merupakan satu alasan yang baik untuk melakukan pemeriksaan  mata secara rutin.

4. Kita Melihat Dengan Menggunakan Otak, Bukan Mata
Fungsi mata anda adalah untuk mengumpulkan semua informasi yang diperlukan tentang objek yang ingin anda lihat. Informasi ini kemudian akan disalurkan dari mata anda ke otak melalui saraf optik. Ini adalah otak (korteks visual) di mana semua informasi ini dianalisis untuk memungkinkan anda melihat' benda-benda dalam bentuk asal kejadiannya. Ini bukan bermakna bahawa mata anda tidak penting kerana tentu saja mata mempunyai peranan yang penting untuk melihat.


3. Mata Dapat Beradaptasi (membuat penyesuaian) Dengan Blindspot 

    (Titik Buta) Pada Penglihatan Anda

Keadaan mata tertentu seperti glaukoma dan keadaan kesihatan tertentu seperti mengalami serangan stroke, akan dapat menyebabkan anda mengembangkan blindspot dalam penglihatan anda. Ini boleh melemahkan jika bukan kerana otak dan kemampuan anda untuk beradaptasi untuk membuat blindspot ini menghilang. Hal ini dilakukan dengan menekan blindspot pada mata yang mengalami gangguan dan membiarkan mata lainnya yang sihat untuk “mengisi kekosongan” yang tercipta oleh mata yang mengalami gangguan.

2. Penglihatan 20:20 Bukanlah Penglihatan Terbaik Yang Bisa Anda Miliki
Ketika kita mendengar istilah penglihatan 20:20*, kita sering menganggap bahawa ini adalah ukuran penglihatan yang terbaik. Namun hal ini tidak benar. Penglihatan 20:20 adalah merujuk kepada apa yang rata-rata orang dewasa harus dapat melihat. Jika anda membayangkan grafik uji khas mata, penglihatan 20:20 mungkin hanya merupakan garis kedua dari bawah. Garis bawah ini bahkan lebih rendah dari penglihatan 20:20 dan ini berarti anda mungkin memiliki penglihatan 20:16. Jadi jangan terlalu percaya apabila seseorang memberitahu anda bahawa mereka memiliki penglihatan 20:20.

*Apa yang dimaksud dengan penglihatan 20:20 adalah:
Angka 20 yang di depan menunjukkan jarak anda dengan benda yang anda lihat, iaitu 6 meter. Sedangkan angka 20 yang di belakang menyatakan bahawa benda tersebut masih boleh dilihat dengan jelas oleh penglihatan normal dari jarak 20 meter. Penglihatan 20:20 ini dianggap sebagai ukuran pandangan yang terbaik. Tapi kenyataannya berbeza.


1. Mata Akan Berair Ketika Ia Kering
Mungkin ini seperti luarbiasa, tapi ini adalah salah satu fakta aneh tentang mata anda. Air mata anda terdiri dari 3 bahagian yang berbeza iaitu air, lendir dan lemak. Jika ketiga komponen ini tidak berada dalam jumlah yang tepat, maka mata anda akan menjadi kering. Otak anda menanggapi kekeringan itu dengan mengeluarkan air yang lebih dalam bentuk titisan yang kita panggil rembesan atau air mata.

No comments:

Post a Comment