Pages

Saturday, July 14, 2012


TERIMA KASIH TUHAN

Terima kasih 
pada sepasang bola mata ini 
sesempurna anugerahMu untukku 
kerana dengan ihsanMu 
aku berdaya menghimbau secebis akal 
melontar titisan keringat buat penyambung amanahMu


Sepasang bola mata ini 
aku syukuri pada indahnya ciptaanMu 
dalam renunganku pada bayu 
yang lembut mengusap tubuh 
aku lihat sutera nikmatMu membalut diriku


Aku tetap akan terus 
menterjemahkan bahasaMu 
tanpa cela, tanpa letih 
sampai nanti nafasku berhenti 
dan semoga nanti 
Kau izinkan aku 
terus menatap indahnya syurgaMu 


Drhaliza Mutalib
Pangkor 
14.7.2012

12 comments:

  1. Salm doktor..suami saya ada pendarahan di sekitar mata putih akibat tekanan menurut doktor klinik yg kami pergi...sudah seminggu berlalu ttpi tiada perubahan.apa rawatn yg perlu dilakukan?doktor tersebut hanya bagi ubat titik shaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Sepatutnya selepas seminggu darah tersebut sudah mula cair dan merebak ke bahagian lain menyebabkan warna merah pudar. Sekiranya keadaan tidak berubah perlu pemeriksaan lanjutan dengan segera

      Delete
  2. Prof, saya nak tanya. Doktor kata pembuluh mata saya bengkak sebab diabetis... doktor syorkansaya kena buat laser.. Kalau buat rawatan laser, bahaya tak? Ada orang cakap kalau buat rawatan laser tu boleh menyebabkan mata buta...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Rawatan laser ini adalah khas untuk keadaan diabetik retinopati bukannya laser/lasik untuk membetulkan rabun. Rawatan ini perlu bagi menghentikan pendarahan yang berlaku disalur darah di fundus mata. Ianya bukan punca kebutaan tetapi sekiranya rawatan tidak dilakukan diabetik retinopati boleh jadi lagi teruk dan mengakibatkan kebutaan.

      Delete
  3. Prof, saya nak tanya. Doktor kata pembuluh mata saya bengkak sebab diabetis... doktor syorkansaya kena buat laser.. Kalau buat rawatan laser, bahaya tak? Ada orang cakap kalau buat rawatan laser tu boleh menyebabkan mata buta...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Rawatan laser tu untuk mengelak pendarahan dari berlaku lebih teruk akibat diabetik. Kalau tak buat boleh buta.

      Delete
  4. Assalamualaikum prof klu pembuluh mata pecah apa ubatnya. Mata putih keluhatan ada darah merah... Tkasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Subconjunctival haemorrhage tidak perlu buat apa apa. Ianya akan menyurut dalam masa seminggu.

      Delete
  5. Assalamualaikum Dr..anak saya berusia 14 tahun..Baru2 ini dia mengadu pandangan mata kirinya nampak imej separuh berwarna putih.Adakah ianya merbahaya dan perlukan rawatan segera memandangkan dia belajar di sekolah tahfiz dan hanya boleh mendapat kebenaran membawa keluar untuk kes kecemasan sahaja.Didahului dengan ucapan terima kasih Dr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Gangguan penglihatan tersebut adalah tidak normal. Jika pandangan begitu berterusan perlu segera jumpa doktor pakar

      Delete
  6. Assalamualaikum doktor.. Anak saya 8bulan terkena ulcer cornea.. Apa rawatan yang akan diberi ye. Saya dah pergi hospital, doktor ckp just merah mata biase. Tapi saya nampak memang ade bulatan putih di mata hitam dia. Tolong saya apa perlu saya buat 😓

    ReplyDelete