JULING
Pernahkah
anda melihat kanak-kanak bermata juling? Apakah yang bermain di kepala anda
apabila melihat keadaan ini. Rata-rata, masyarakat Malaysia mungkin menganggapnya
sebagai satu taboo. Ianya jarang diperkatakan apatah lagi dipersoalkan. Ramai ibubapa
yang mempunyai anak yang bermata juling
akan menganggapnya sebagai satu ketentuan ataupun takdir tuhan. Oleh itu mereka
tidak cuba berbuat apa-apa untuk membaiki keadaan itu. Ada juga yang cuba
menidakkan keadaan itu dengan menyatakan bahawa itu cuma juling air atau juling
itik yang di anggapnya sebagai satu symbol kecantikkan. Malah ramai
yang masih tidak tahu yang keadaan juling itu masih boleh dibetulkan dengan pelbagai cara
termasuk terapi penglihatan, surgeri, cermin mata dan kanta sentuh.
Juling boleh
dikatakan sebagai satu fenomena yang agak biasa di kalangan bayi dan
kanak-kanak tetapi kerapkali masalah ini tidak dapat dikesan dari awal .
Ibubapa sepatutnya membawa anak-anak yang disyaki atau mula diperhatikan
mempunyai kejulingan ke pakar mata untuk di periksa. Walaupun kadangkala juling
itu kelihatan sedikit sahaja dan hanya kelihatan apabila penat ataupun diwaktu
petang, ianya perlu di pandang serius. Kemungkinan ianya boleh menjadi lebih
nyata dan teruk dalam tempoh yang singkat.
Kanak-kanak
bermata juling mempunyai masalah memfokus dengan kedua dua belah matanya pada
satu objek pada masa yang sama. Lama-kelamaan kanak-kanak yang mengalami
masalah ini akan kehilangan penglihatan (mata malas) pada mata yang juling itu
kecuali jika masalah ini dikesan dan di rawat dari awal.
Kejulingan
adalah disebabkan oleh paksi kedua-dua bebola mata tidak selari. Ianya melibatkan
pergerakkan otot-otot mata. Adakalanya kedua-dua mata terlibat bersama.
Definisi
Juling ataupun nama saintifiknya strabismus ataupun
heterotropia adalah
suatu keadaan di mana kedua mata tidak tertuju atau tertumpu pada satu objek
yang menjadi pusat perhatian secara bersamaan. Keadaan ini boleh menjadi kekal
(selalu berlaku) atau berlaku dalam keadaan tertentu saja seperti saat sakit
atau stress. Mata yang tampak juling dapat terlihat lurus dan yang tadinya tampak
lurus dapat terlihat juling dan boleh diklasifikasi kepada beberapa jenis:
A.
Esotropia : mata terletak menghampiri hidung
B. Eksotropia : mata terletak menjauhi hidung
B. Eksotropia : mata terletak menjauhi hidung
C.
Hipertropia : mata terarah melihat ke atas
D. Hipotropia : mata terarah melihat bawah
D. Hipotropia : mata terarah melihat bawah
Adakalanya mata boleh
juling keatas ataupun bawah ataupun mempunyai kombinasi kedua-dua paksi.
Bagi kanak-kanak, juling
merupakan satu keadaan yang biasa berlaku. Tetapi kebiasaanya ianya gagal
dikesan diperingkat awal. Ada bayi yang dilahirkan juling dan ada pula
kejulingan mula berlaku diperingkat kanak-kanak. Bagi bayi dan
kanak-kanak, kebiasaannya mempunyai juling jenis esotropia. Kanak-kanak yang
mula nampak juling setelah berumur lebih setahun, adalah penting dibawa untuk
dibawa pemeriksaan mata kerana kanak-kanak tersebut mungkin mengalami rabun
teruk pada satu mata, katarak unilateral ataupun lain-lain sebab yang
memerlukan perhatian segera.
Kebiasaanya
ibubapalah orang yang pertama melihat ataupun mengesan kejulingan pada
anak-anak. Sekiranya juling adalah terlalu teruk, kehilangan penglihatan atau
mata malas boleh berlaku dalam masa yang singkat
Kejulingan
yang minima boleh dikesan melalui penyaringan penglihatan yang biasa. Walaupun
ianya tidak berjangkit ianya akan kekal dan darjah kejulingan akan menjadi
lebih besar sekiranya tidak dirawat. Rawatan diperingkat awal adalah lebih
mudah. Biasanya hanya dengan terapi ortoptik sudah memadai. Sekiranya darjah
juling terlalu besar, surgeri otot perlu dilakukan.
CARA
MENGENALPASTI KEJULINGAN
Untuk
mengenalpasti kejulingan anda boleh membawa anak anda berjumpa dengan
Optometris atau Ortoptis. Optometris
atau Ortoptis boleh evaluasi kedudukan refleks kornea bayi atau kanak-kanak. Di
sini darjah kejulingan dan jenis kejulingan boleh di kesan dengan
menggunakan pelbagai jenis prisma dan
ujian katup.
CARA RAWATAN
Kebiasaanya latihan ortoptik atau latihan memfokus di gunakan untuk mereka yang mempunyai juling
sedikit tetapi ini tidak memadai untuk membaiki kejulingan yang teruk. Bagi
kanak-kanak kecil biasanya cara membaiki juling teruk adalah melalui kaedah
surgeri. Adakalanya beberapa surgeri perlu dilakukan untuk
meluruskan paksi mata. Selepas surgeri, ada kalanya cermin mata, kanta sentuh
dan latihan ortoptik masih perlu dilakukan untuk satu tempoh yang di tentukan. Sekiranya mata yang juling itu dikesan
mempunyai ambliopia (mata malas), rawatan
untuk keadaan tersebut juga diberikan
PENYEBAB
JULING
Terdapat
banyak sebab mengapa kejulingan mata boleh berlaku. Antara sebabnya adalah kelumpuhan otot mata, rabun mata terlalu
tinggi, penyakit sistemik, berkaitan dengan penyakit mata seperti katarak
ataupun tumor mata seperti retinoblastoma.
PSEUDOSTRABISMUS
ATAU JULING PALSU
Bagi
bayi yang baru lahir terutamanya untuk beberapa minggu pertama, mata bayi boleh
kelihatan seperti juling terutamanya ketika bayi letih ataupun mengantuk. Adakalanya
bayi yang baru lahir memperlihatkan juling yang lebih ketara dari masa ke semasa. Ianya
mungkin bukan jenis juling sebenar tetapi
satu keadaan yang dipanggil pseudostrabismus yang bermakna kejulingan
palsu.
Pseudastrabismus
atau juling palsu berlaku apabila mata kelihatan juling disebabkan wajah bayi
yang mungkin tidak berapa simetri. Kebiasaanya bayi yang mempunyai batang
hidung yang tidak tinggi dan mempunyai lipatan kulit berlebihan dihujung mata
(yang dekat dengan hidung) boleh kelihatan seolah-olah juling. Walaubagaimanapun,
ianya tidak membawa sebarang masalah pada penglihatan bayi.
Apabila
bayi semakin besar dan wajah makin berubah sedikit, masalah pseudostrabismus
akan hilang. Walaubagaimanapun adakalanya ianya boleh berubah menjadi juling
nyata.
Sekiranya
bayi mempunyai penglihatan normal, bayi mesti mampu memfokus dengan kedua-dua
belah mata pada satu objek yang dipegang hampir dengan mata bayi pada waktu
yang sama. Sekiranya bayi sememangnya juling, bayi tidak dapat fokus dengan
kedua-dua belah matanya.
KESAN
JULING
Bagi
ramai orang, juling itu hanyalah satu kekurangan pada wajah, namun ramai yang
tidak ketahui bahawa kejulingan boleh menyebabkan seseorang itu kehilangan
penglihatan binokularnya. Kedua-dua mata sepatutnya bekerjasama secara
langsung, simetri dan tepat apabila melihat sesuatu objek. Penglihatan
binokular amat penting dalam menganggar kedalaman atau jarak antara dua objek.
Seperti contoh bayi yang ingin mengutip mainan untuk dimasukkan kedalam bakul
mainan memerlukan penglihatan binokular. Tanpa penglihatan binokular mainan
tersebut mungkin diletakkan diluar bakul.
Masalah
ketiadaan penglihatan binokular ini boleh dirawat dengan menggunakan kaedah
terapi penglihatan. Dengan kaedah ini penglihatan binokular mungkin boleh
diwujudkan dan berfungsi semula. Sekiranya seseorang itu mempunyai darjah
kejulingan yang sedikit dan tidak mempunyai penglihatan binokular, rawatan dengan
menggunakan kaedah terapi boleh dilakukan dengan jayanya.
TERAPI
PENGLIHATAN
Terapi
penglihatan adalah satu terapi fizikal untuk sistem penglihatan yang meransang
otak dan juga mata. Dengan menggunakan satu siri prosedur terapeutik (latihan
mata), pesakit boleh mendapat penglihatan normal kembali. Terapi penglihatan
boleh digunakan untuk membaiki pelbagai jenis gangguan penglihatan binokular
seperti ambliopia (mata malas), kejulingan, kerabunan jauh dan dekat ataupun
astigmatisma dan lain lain lagi. Sekiranya gagal, rawatan secara surgeri akan
dilakukan sekiranya perlu.
Oleh
sedemikian jangan berlengah-lengah lagi sekiranya anda mengesyaki mata anak
anda mungkin nampak juling. Dapatkan pandangan dari Optometris anda secepat
mungkin.
Oleh:
Dr Haliza Abdul Mutalib
Pensyarah Kanan & Pakar Optometris
Assalamualaikum Prof... Thanks for ur info.. Saya curious and saya nak tahu lebih lanjut tentang mata saya yang mempunyai penglihatan yang baik tetapi mempunyai bebola mata yang tidak selari apabila memfokus sesuatu benda... erti kata lain memang nampak julinglah walaupun penglihatan saya ok.. saya harap Prof akan explain.. Thanks..
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteMata yang selari ataupun tidak, harus dipastikan mempunyai penglihatan yang baik 6/6 bagi setiap mata. Tetapi keburukkan bagi mata yang juling adalah kemungkinan besar persepsi kedalaman tidak kuat. perlu pemeriksan lanjut untuk menentukan sama ada kejulingan itu boleh dirawat ataupun tidak.
SALAMULLAH
ReplyDeleteMasalah mata malas masih boleh dirawat dengan baik sehingga umur 7 tahun. Walaubagaimanapun ini harus dilakukan dengan betul. Apabila mencecah ke umur 12 tahun...prognosis rawatan tidak begitu bagus lagi.
Salam,
ReplyDeleteAnak saya sudah masuk umur 3 tahun setengah, saya mula sedar keadaan mata dia masa dia umur setahun kalau tak silap. Mula2 saya ingat dia main-main je buat juling pastu boleh kembali ke asal. Sehinggalah sekarang. Mata dia dalam kategori esotropia. Tapi kadang-kadang mata dia normal, tapi kalau gelak tiba2 mata dia lari. Bila dia fokus sesuatu benda, dia akan tengok sedekat boleh. Saya tak pasti sama ada ia dibuat-dibuat sebab mata dia selalu normal, ada masa2 tertentu akan jadi esotropia tu. Harap doc beri penjelasan.
Terima kasih :)
SALAMULLAH
ReplyDeleteKebanyakkkan masalah esotropia pada kanak kanak disebabkan rabun yang tidak dibetulkan. Walaubagaimanapun harus diperiksa untuk diagnosis rabun. Adakalanya juling akan hilang bila rabun dibetulkan. D'Optometrist ada pakar runding bagi kes juling. Boleh buat temujanji jika berminat . Telefon 03-91744024 Bandar Tasik Permaisuri Cheras
Assalamualaikum doc.
ReplyDeleteAnak saya lelaki 3 years, kerap menjeling apabila nak fokus pada sesuatu cth nya menonton tv, atau melihat sesuatu. Menjeling pada kedua posisi kiri atau kanan. Namun kadang kala dia boleh fokus straight dan bole mencari objek dlm permainan hide n seek dgn baik. Matanya akan kelihatan juling sedikit apabila dia mengantuk atau baru bangun dr tidur, tapi akan ok selepas itu. Adakah menjeling itu habit nya, atau mmg kesan drpd juling? Tq doc.
SALAMULLAH
ReplyDeleteMemandangkan puan ada menyebut tentang juling, kemungkinan besar "jelingan"nya adalah begitu besar. Kebiasaannya mata akan nampak juling apabila penat ataupun dihujung hari. Keadaan boleh dirawat sekali.
salam doktor..saya mempunyai masalah mata hampir 2 bulan di mana apabila memandang ke sebelah kiri saya , penglihatan saya menjadi 2 'double vision'..bila g check di pakar, dia cakap maybe mata saya dah jadi juling tp tak tau kenapa leh jadi sebegitu sebab lepas bgn tido 2 bulan lepas, saya alami masalah ini shnggalah sekarang. bagaimana ye nak atasinya doktor
ReplyDeleteSALAMULLAH
ReplyDeleteSekiranya kejadian ini berlaku tiba tiba ianya perlu di ambil perhatian. Juling tiba tiba perlu di ketahui puncanya. Cara rawatan sangat bergantung pada puncanya. Sila berjumpa pakar juling segera. Boleh buat temujanji di D Optometrist Telefon 03-91744024 Bandar Tasik Permaisuri Cheras
Salam Prof. Anak lelaki saya berusia 2tahun.Sebelum ini saya lihat matanya agak juling bila mngantuk atau baru bangun dari tidur. Tp kebelakangan ni mcm semakin kerap pula mata dia juling.Keadaan ini agak merisaukan saya. Mohon maklumbalas Prof.
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteSekiranya puan telah dapat mengesan kejulingan, boleh dapatkan pemeriksaan lanjut dgn Pakar orthoptis dan Optometrist. Sekiranya benar, dan rawatan dilakukan lebih awal, prognosis adalah lebih baik
saya ada ank brumur 1 tahun mngalami mata juling sebelah kiri..apa yang perlu sy lakukan utk prbetulkn mata ank saya?adakah kaedah pmbedahan berisiko utk ank sy?
ReplyDeleteprof saya sudah berusia 17 tahun dan hampir ke 18 tahun. Juling saya ialah juling jauh dari hidung. apakah rawatan yang terbaik untuk saya sejajar dengan usia saya?
ReplyDeleteSALAMULLAH
ReplyDeletePerlu dilihat darjah kejulingan dan sama ada saudara masih punyai penglihatan Binokular ataupun tidak. Ada banyak kaedah utk merawat juling tetapi harus menjalani pemeriksaan dahulu dan barulah dapat diberitahu kaedah yang mana satukan yang paling baik dan efektif. Boleh buat temujanji D Optometrist Telefon 03-91744024 Bandar Tasik Permaisuri Cheras
Sejak lahir ank saya tidak juling,pada usia 5 tahun ank saya juling.saya buat rawatan doc umurnya 12 tahun...terlalu lama saya biarkan mata ank saya juling.doc mengesahkan mata ank saya keduanya juling tapi kedua mata ank saya penglihatanya amat baik..bolehkah saya melakukan pembedahan supaya tidak nampak juling.
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteJuling boleh dilakukan surgeri setelah beberapa prosedur dilakukan bagi memastikan hasil selepas surgeri memuaskan. Ini amat penting meskipun penglihatan kedua-dua mata adalah baik. Anda boleh mendapat rawatan dari pakar Juling dengan membuat temujanji di D'Optometrist Telefon 03-91744024 Bandar Tasik Permaisuri Cheras
Salam prof...sy nk tnya...sy da berumur 28thn...sy ada msalah rabun jauh n astigmatism.. sblm ni mata sy ok...tp dlm setahum ni sy prasan mata kiri sy juling ckit drp dl...adakah disebabkan sy rabun? Bolehkah dia kembali ke asal?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeletePerlu periksa mata untuk dapatkan kuasa mata terkini. Ada beberapa pemeriksaan amat perlu dilakukan untuk mengenali jenis juling. Ada yang boleh dirawat dengan cermin mata atau kanta lekap dan ada juga perlukan surgeri. untuk temujanji boleh hubungi D'Optometrist Telefon 03-91744024 Bandar Tasik Permaisuri Cheras
assalamualaikum prof . sy ingin bertnya . adakah seseorg (berumur 16 tahun ) yg juling boleh diubati matanya utk kembali ke asal/normal ?
ReplyDeleteSALAMULLAH
ReplyDeleteBanyak cara untuk merawat juling. beberapa prosedur harus dilakukan untuk memastikan hasil rawatan adalah efektif. Anda boleh hubungi D'Optometrist Telefon 03-91744024 Bandar Tasik Permaisuri Cheras
salam prof. saya seorang gadis berusia 21 tahun dan mengalami masalah juling pada sebelah kiri mata saya. Masalah ini bukan berlaku sejak lahir, tapi ketika usia sy 11 tahun dimana terdapat satu tompokan darah merah dalam mata kiri saya (tanpa sebarang kemalangan atau rasa sakit) tiba2 muncul. 2 atau 3 hari kemudian, mata hitam saya beralih kedalam sedikit dan menyebabkan juling sehingga kehari ini.
ReplyDeleteSekarang sy menuntut disebuah universiti dan agak kurang keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai. Selain itu, sy juga mghadapi masalah sakit kepala dan pening bila mnumpukan pandangan terhadap sesuatu objek. Sy harap prof boleh bantu dgn memberikan cadangan atau nasihat utk merawat mata sy agar kembali normal. Terima kasih.
SALAMULLAH
DeleteSila hubungi D'Optometrist Telefon 03-91744024 Bandar Tasik Permaisuri Cheras. Saya akan cuba bantu anda.
salam doc..sy nak bertanya..anak sy brusia satu bulan 14hari..sejak akhir2 ini sy prasan dy agak juling ktika ingin mnyusu badan..adakah trlalu awal utk diperiksa?sbb kmgkinan boleh jadi juling palsu..dan pada umur berapakah anak sy ssuai utk diperiksa?terima kasih byk
ReplyDeleteSALAMULLAH
ReplyDeleteBayi yang baru dilahirkan dan masih kecil boleh "menjulingkan" matanya dengan sengaja. Ini sangat normal. Anda cuma perlu pantau..sekiranya juling ini berterusan hingga umur 2 tahun. bawa lah untuk diperiksa matanya.
salam dr..saya berumur 22 tahun..sy juga mempunyai masalah mata juling..tetapi kdang2 org tidak perasan tntg mata saya ini..apabila sy fokus betol2 mata saya pada objek, mata saya tidak akan kelihatan juling...mcm mana yer?
ReplyDeleteSALAMULLAH
ReplyDeleteSememangnya kita punya daya untuk meluruskan mata yang juling. Walaubagaimanapun daya kita terhad, ianya tidak dapat dikawal lagi sekiranya mengantuk atau terlalu letih. Wajar dapatkan rawatan untuk memastikan jenis dan punca juling.
Assalammualaikum prof,sya nak tanya berkenaan ank saudara sya,namanya Amir berumur 7 tahun. Rabu mingu yang lepas ni lps die bangun dari tidur die mengadu dekat ibu die pandangannya 'double vision' Dan ibunya lihat matanya macam juling.mcm mana boleh jadi begitu ya Dr,mnta pencerahan Dr sebab sebelum ni die xde masalah juling ataupun mengadu matanya ad double vision..
ReplyDeleteSALAMULLAH
ReplyDeleteJuling adalah penyebab double vision. Juling yang berlaku secara akut / tiba tiba perlu pemeriksaan dan rawatan segera. Ianya boleh terjadi akibat peningkatan tekanan dalam intrakranial, respon pada alahan yg teruk, trauma dan sebagainy. Perlu rawatan segera.
salam doktor sy ada mslh juling air...ada ke rawatan di hospital kerajaan
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteAda rawatan juling di hospital kerajaan.
Salam doc.sy berumor ,29...sy mglmi juling air..sy nk tnye anggaran kos untuk meperbtulkn mata sy
ReplyDeleteSALAMULLAH
ReplyDeleteProsedur rawatan bergantung pada berapa banyak otot mata yang terlibat. Boleh periksa mata dengan pakar juling kami dahulu sebelum surgeri dapat disyorkan.Kos surgeri juga bergantung pada kepakaran dan hospital
Assalamualaikum doktor. .anggaran berapa kos rawatan juling di pusat rawatan foktor. ?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteDi Hospital swasta dalam RM7K atau lebih tinggi. Di hosp kerajaan bayaran surgeri agak minimal kurang RM50, Saya tidak buat surgeri untuk juling tetapi hanya melakukan pemeriksaan dan terapi selepas juling.
SALAMULLAH
ReplyDeleteKos pemeriksaan juling konsultansi nya antara RM30-100. Surgeri juling bergantung pada hospital yang dirujuk.
Salam.. Dr. Anak sy umur 3 bulan 14 hari. Kdg2 matanye kelihatan juling dan kdg2 normal.. Dia juga tidak begitu aktif menggerakkan bola matanya. Bila sy brcakp dgn dia seolah merenung jauh ke lain. Kmi punya sejarah congenetal cataract
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeletePerlu pengesahan doktor mata segera. Jangan lengah lagi.
salam prof. saya mempunyai mata yang kadang-kadang nampak juling. anak mata hitam kiri saya tidak dapat digerakkan. apabila ingin jeling ke kiri dan kanan tidak boleh kerana anak mata kiri saya tidak boleh bergerak. ada cara ke ingin selesaikannya?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeletePerlu disiasat apa puncanya. Sekiranya ada faedah dari surgeri, doktor akan mencadangkannya.
salam prof saya ada maslah juling sejak umur 5 tahun dan sekarang saya berumur 21 tahun..juling exotropia bila gunakan sebelah mata sahaja bergantung kepada mata yang digunakan untuk melihat.bila tengok di cermin saya boleh betulkan dgn melihat mggunakan kdua mata..adkaah mata saya boleh dibetulkan?kalau boleh berpaa kos anggaran?
ReplyDeleteSALAMULLAH
Deleteperlu di periksa jika mata juling itu masih boleh digunakan ataupun tidak. kos pembedahan bergantung pada hospital yang merawat.Sila hubungi D'Optometrist Telefon 03-91744024 Bandar Tasik Permaisuri Cheras. Saya akan cuba bantu anda.
assalammualaikum doktor. anak saya berusia 2thn 5bln.saya perasan anak saya mengalami masalah juling exotropia. selalunya waktu dia day dreaming, atau bgn tido. sblm ni jarang, tp lately agak kerap. saya bercadang untuk bawanya ke hospital. persoalannya adakah mslh juling anak saya boleh dibetulkan & jika sudah dipulihkan adakah ianya akan berulang kembali? terima kasih prof
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteJuling ada banyak jenis, perlu dilihat jenis dan puncanya. Sama ada ianya boleh dibetulkan atau pun tidak bergantung pada pemeriksaan ortoptik yang akan dijalankan nanti. Doktor akan menasihati anda sama ada juling itu boleh berulang ataupun tidak. Paling penting Puan harus periksa mata anak segera supaya mata malas pada mata yang juling itu tidak menjadi teruk dan menyukarkan rawatan.
Assalam..dr..sy berusia 25 thun..sy semangnya dilahirkan juling jenis esotropia..tetapi kadang2 mata kanan saya yang kelihatan juling..kadang2 mata kiri pula kelihatan juling..jd adakah masalah sy blh dirawat?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteMengikut apa yang digambarkabn, juling ini adalah jenis alternating. Kebiasaannya penglihatan adalah baik pada setiap mata. Sekerinya pemeriksaan menunjukkan keputusan yang positif, sepatutnya tiada masalah untuk dirawat.
salam prof.. saya berumur 20 tahun dan mata saya juling sejak kecil lagi dan tak tahu yg juling ni boleh jadi teruk...juling saya paling kerap terjadi selepas saya bangun tidur dan ada sesetengah masa je mate saya kan juling...saya nak tanya mcm mana nak tahu yang mana satu mata sy yg juling kanan atau kiri sbb kadang2 mata kanan yang pandang tempat lain kadang2 mata kiri yg pandang tempat lain..sy confuse..mohon pencerahan.harap dpt membantu
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteIni adalah jenis alternating squint. Maksudnya juling yang bersilih ganti. Masih boleh dirawat. Sekiranya juling itu hanya sedikit kemungkinan besar hanya perlukan terapi sahaja.
Salam.saya berumur 17 tahun dan mempunyai juling jenis eksotropia..mata kanan saya selalunya tertutup apabila di bawah terik matahari dan air mata mengalir tanpa disedari..penglihatan mata kanan saya juga agak teruk kerana hanya nampak cahaya yg kabur sahaja..adakah memberi kesan jika saya ingin melalukan rawatan?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteMata kanan anda mungkin ada ralat refraksi yang masih belum dibetulkan, Ada banyak cara untuk membetulkan ralat refraksi. Adakalanya bila power mata juling dibetulkan darjah kejulingan menjadi kurang atau hilang terus. Tidak menjadi masalah untuk melakukan rawatan.
As salam prof,
ReplyDeleteSaya busia 28 thn, saya tidak mempunyai mslh juling sblm ni,cume bru thn ni suami perasan saya seperti juling air..bila lihat di cermin saya pn rase spr juling air..adakah rawatan nya di hospital swasta area johor bahru
SALAMULLAH
DeleteJuling yang berlaku secara tiba tiba perlu perhatian lanjut. Kebanyakkan hospital mempunyai pakar mata untuk memeriksa mata anda.
Assalamualaikum Doc, Sy berusia 14. Masalah sy ialah alternating... Bagaimanapun cara utk pulih Doc...
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeletePerlu periksa dahulu besar sudut juling baru nasihat kaedah merawat boleh diberikan.
salam prof,anak saya 1 tahun 5 bulan disahkan ada rabun dan juling, dr.sarankan pakai cermin mata untukmerawatnya. soalan saya, adakah anak saya perlu pakai cermin mata sepanjang hayat atau sehingga juling / rabunnyadapat dipulihkan sahaja?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteSekiranya kuasa power anak tak normal bagi usianya barulah perlu memakai cermin mata. kanta sentuh khas untuk kanak kanak. Perlu tahu bayi yang masih kecil ada kuasa pada mata sehingga +4.00D dan boleh memaksa mata untuk juling. Jadi perkara ini perlu ditentusahkan dengan betul.
Assalam prof, saya berumur 20 tahun. Saya ada masalah lazy eyes. Sekarang power mata saya agak tinggi. Bila pakai lens ada sedikit juling pada mata kanan. Apakah rawatan yang boleh saya buat? atau tak boleh dirawat? anggaran kos rawatan?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteMasalah lazy eyes sudah tidajk boleh dirawat. Masalah juling akan lebih ketara kalau pakai kanta sentuh. Sekiranya juling tidak dapat dirawat dengan latihan dan kanta, surgeri boleh disyorkan. Walaubagaimanapun perlu pemeriksaan dahulu. Kos surgeri bergantung pada kompleksnya juling.
Assalam prof, saya berumur 20 tahun. Saya ada masalah lazy eyes. Sekarang power mata saya agak tinggi. Bila pakai lens ada sedikit juling pada mata kanan. Apakah rawatan yang boleh saya buat? atau tak boleh dirawat? anggaran kos rawatan?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteSekiranya juling tersebut adalah sedikit, mungkin latihan ortoptik dapat diberikan untuk mengawal juling. Sekiranya gagal mungkin surgeri akan dicadangkan. Kos rawatan bergantung pada prosedur yang dilakukan.
Assalam Prof..saya suhaida. Anak saya umur 8thn 9bln, mata kiri dia optometris kata mata malas. Power sampai 400++ sblh kiri..sblh kanan Alhamdulillah normal. Doktor suh buat spek and tutup sblh mata..pakai setiap ari sekurang-kurangnya 6jam sehari..dia suh pakai masa baca buku atau buat keja skolah, so that mata nanti fokus n in shaa Allah cepat baik..
ReplyDeleteTapi anak saya tak nak pakai..sebab bila pakai kat skolah, kawan2 perli "org tua"..pastu kat umah pun dia mengelat tak nak pakai sebab dia tak nampak nak baca atau buat keja skolah..dia start beli spek masa umur 7thn..
Soalan saya..ada ke cara lain untuk selesaikan masalah mata malas anak saya selain dari pakai spek dan tutup mata sebelah..??
Harap dapat jawapan dari prof..terima kasih.
SALAMULLAH
DeleteJuka sebelah mata ada rabun 400 dan sebelah lagi tiada rabun sememangnya cermin mata tidak digalakkan. Anak anda perlu memakai kanta sentuh pada sebelah mata untuk mengurangkan masalah anisometropia (kuasa mata jauh berbeza kanan dan kiri). Selepas pemakaian kanta sentuh barulah penutupan mata yang baik boleh dilakukan dengan efektif untuk merawat mata malas. Ini masa yang baik untuk melakukan terapi selepas umur 12 tahun, prognosis tidak begitu baik. Jika anda perlu bantuan boleh hubungi D'Optometrist Telefon 03-91744024 Bandar Tasik Permaisuri Cheras. Saya akan cuba bantu anda.
This comment has been removed by the author.
DeleteLupa nk bgtau..masa pegi check power kt kedai spek..diaorg x dpt detect exact power brape baru clear utk mata tu..sbb, bila sampai ke 400 brape ntah, dia still x clear tulisan..
DeleteCmne nk explain ye :( x reti pulak nk explain kt doktor..
Kalau pakai sebelah kanta sentuh tu..blh baik ke mata malas tu lama2..?? Atau kena pakai sampai tua..??
DeleteMata malas tu kena rawat dengan kanta sentuh khas dan kena buat terapi untuk pulihkan mata malas. Penglihatan akan bertambah baik selalunya bila terapi dilakukan tetapi kuasa mata akan kekal. Oleh itu kuasa mata tu akan ada dan perlu pakai kanta sentuh sampai tua.
DeleteMata malas tu kena rawat dengan kanta sentuh khas dan kena buat terapi untuk pulihkan mata malas. Penglihatan akan bertambah baik selalunya bila terapi dilakukan tetapi kuasa mata akan kekal. Oleh itu kuasa mata tu akan ada dan perlu pakai kanta sentuh sampai tua.
DeleteProf..satu lagi. Baby boy saya 5mths old 13hb ni in shaa Allah..mata dia dh makin tak center..dh mula nampak nak juling sejak dalam pantang..lama2 makin teruk. Tapi klinik kesihatan kata tunggu sampai umur 1 thn baru refer optometris..ye ke prof..?? Kakak saya kata dulu anak dia jadi cmni, doktor pakar kata kena refer terapi mata sblm umur sethn sbb bila dah sethn lbh, nnt tak boleh terapi tapi kena bedah je.
ReplyDeleteMohon penjelasan dr prof. Terima kasih.
SALAMULLAH
DeleteJuling untuk bayi yang masih kecil perlu diperiksa segera. Ini untuk menolak kemungkinan ada Kongenital katarak atau masalah mata yang lain. Elok segera lakukan pemantauan.
Thanks for ur useful advice :)
Deleteasslmualaikum prof. saya nak tanya lah.. kenapa ye mata selalu vibrate then tgk benda jadi double.. dia xkerap tapi kdg2.. selalu juga laa.. kenapa ya.. pergi klinik pun macam merapu je doktor ckp. ermmm.. risau.. please advice.. igt ke klinik selesai, tpi x.. mohon bantuan.
ReplyDeleteasslmualaikum prof. saya nak tanya lah.. kenapa ye mata selalu vibrate then tgk benda jadi double.. dia xkerap tapi kdg2.. selalu juga laa.. kenapa ya.. pergi klinik pun macam merapu je doktor ckp. ermmm.. risau.. please advice.. igt ke klinik selesai, tpi x.. mohon bantuan.
ReplyDeleteasslmualaikum prof. saya nak tanya lah.. kenapa ye mata selalu vibrate then tgk benda jadi double.. dia xkerap tapi kdg2.. selalu juga laa.. kenapa ya.. pergi klinik pun macam merapu je doktor ckp. ermmm.. risau.. please advice.. igt ke klinik selesai, tpi x.. mohon bantuan.
ReplyDeleteasslmualaikum prof. saya nak tanya lah.. kenapa ye mata selalu vibrate then tgk benda jadi double.. dia xkerap tapi kdg2.. selalu juga laa.. kenapa ya.. pergi klinik pun macam merapu je doktor ckp. ermmm.. risau.. please advice.. igt ke klinik selesai, tpi x.. mohon bantuan.
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteMata bergetar (nystagmus) selalunya berkait dengan saraf tahap tinggi iaitu di otak. Anda perlu diperiksa segera. Jangan lengah.
Boleh menghubungi D'OPTOMETRIST, Cheras, KL untuk temujanji 0391744024
DeleteAssalamualaikum prof. saya nk tanya berapa anggaran kos untuk pembedahan mata juling ?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteBergantung pada kesulitan pembedahan. Boleh dilakukan di Hospital kerajaan juga.
tapi mata kiri saya juling eksotropia .adakah boleh dirawat dgn operation ? sebab mata kiri sy power rabun jauh dah 1000+
DeleteSebelum surgeri juling, optometris/orthoptist akan periksa mata dulu sama ada surgeri itu boleh dilakukan atau tidak. Jika rabun dibetulkan dan penglihatan jadi dua surgeri tidak boleh dilakukan hingga pesakit belajar bagaimana utk suppress mata juling. Prosedur ini bukannya straight forward jadi perlu pemeriksaan dan dengar dahulu pandangan dan cadangan pakar. Jadi untuk kes ini perlu dahulu pemeriksaan tidak boleh mengagak sama ada surgeri boleh dilakukan ataupun tidak hanya dengan melihat kuasa rabun.
DeleteAssalamualaikum Dr..kawan sy baru shj menjalani pembedahan mata juling..sekarang pandangan nya menjadi double vision...dan die sukar menentukan mana satu imaj..mana satu objek..apa yg perlu dilakukan Dr.terima kasih.
ReplyDeleteAssalamualaikum Dr..kawan sy baru shj menjalani pembedahan mata juling..sekarang pandangan nya menjadi double vision...dan die sukar menentukan mana satu imaj..mana satu objek..apa yg perlu dilakukan Dr.terima kasih.
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteSepatutnya sebelum surgeri juling dilakukan, pemeriksaan rapi oleh optometris atau ortoptis perlu dilakukan untuk memastikan double vision tidak berlaku selepas surgery. Apa yang boleh dibantu sekarang ini adalah dengan menggunakan kanta lekap untuk mengaburkan mata yang lebih lemah sementara menjalani terapi untuk memulihkan mata yang baru surgeri itu untuk fuse dengan mata yang satu lagi. Rawatan ini akan dilatih oleh pakar ortoptist.Sila hubungi D'Optometrist Telefon 03-91744024 Bandar Tasik Permaisuri Cheras untuk temujanji
Salam..sy berusia 25 thn. Mata sy mula juling ketika sy berusia 11 atau 12 thn. Sy blh melihat dgn jelas menggunakan kedua2 mata sy. Tp sy xtau mata mana yg juling kerana jika sy hendak melihat ke sebelah kanan, mata kiri yg akan juling, dan jika sy hendak melihat ke sebelah kiri, mata kanan yg akan juling. Ringkasnya, bergantung kpd sy melihat menggunakan mata sebelah mana, mata yg sebelah lg akan juling. Tp sy juga blh memfokuskan kedua2 mata sy ke arah yg sama jika sy mahu, cuma sy rasa kurg selesa berbuat begitu terutama jika hendak melihat objek yg jauh. Juling sy jenis eksotropia.
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteJuling ini adalah alternatif atau berselang seli. Kebiasaannya prognosis adalah baik jika melakukan surgeri.
Assalamualaikum Dr.. baby saya baru berusia 3 bln.. baru2 ni saya terperasan dia mengalami juling esotrapia.. perlu ka saya bawa dia jumpa pakar atau ada cara saya boleh merawatnya sendiri.. harap sangat saya dapat pencerahan dari masalah ni sebab ni baby pertama saya selepas 3 tahun berkahwin.. sedih jugak bila dia ada masalah camtu..
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteBayi masih belum complete imunisasi ketika berusia 3 bulan. Oleh itu lebih baik utarakan persoalan tersebut pada doktor ketika mengambil imunisasi. Perlu diperiksa lebih detail punca sebenar dan sekiranya benar mempunyai esotropia.
Salam dr...
ReplyDeleteAnak sy 6 bulan, kelihatan juling ..menghala ke batang hidung.. Sy risau.. Sy perlu segera berjumpa pakar ke yer doktor?
SALAMULLAH
DeletePerlu jumpa doktor pakar mata ataupun Optometris
As'salam Dr...
ReplyDeleteAnak sy baru berusia 2 bulan....baru seminggu lepas sy dapati mata anak sy ada masanya menjadi juling....kadang2 sebelah kiri.....kadang2 sebelah kanan....dan juga kedua2 anak matanya berada di tengah2 ke dalam.....sekiranya dirawat dr sekarang,adakah mata dia boleh kembali normal??
SALAMULLAH
DeleteIanya adalah perkara biasa untuk bayi nampak juling. Ini adalah kerana otot otot yang memegang mata belum berfungsi dengan baik lagi. Walaubagaimanapun untuk mengesahkan perkara tersebut perlu berjumpa dengan Optometris
assalam Dr..
ReplyDeleteanak saya kini berusia 8 bulan dan saya dapati mata kanannya juling Eksotropia.saya dapat mengesan mata nya seawal lebih kurang dalm usia 5 bulan.tapi julingnya jarang2 berlaku.tp bile usia anak sya semakin meningkat ,kekerapan juling mata kanannya semakin jelas.soalan saya,adakah juling mata anak saya boleh di pulihkan?untuk pengetahuan Dr juga,saya telah membuat pemeriksaan susulan dan buat masa sekarang anak saya akan di rujuk ke HKL pada bulan 5/16 ni dan usia ketika itu sudah 11 bulan..
Mohon pandangan dan pencerahan dari Dr.
terima kasih
SALAMULLAH
DeletePerlu diperiksa anak sama ada juling palsu atau sebenar. Jika ianya dapat dikesan awal, rawatan lebih mudah.
terima kasih Dr..
DeleteAnak saya berumur 12 tahun dan mengalami juling sejak 9 tahun.Tetapi saya melihat matanya semakin pulih.Adakah anak saya ada potensi untuk pulih sepenuhnya tanpa pembedahan?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteSesetengah jenis juling boleh pulih dengan bantuan terapi atau latihan otot yang intensif. Paling penting perlu dipastikan tahap penglihatan anak dalam keadaan memuaskan.
Salam dokt, umur saya 22 tahun. Mungkin agak terlambat nak rawat. Pd awalnya, tak kelihatan sangat tapi makin meningkat dewasa, makin teruk mata saya. Untuk umur mcm sy, ape rawatan terbaik? Dan berapa kos merawat? Adakah boleh dapatkan rawatn di mana2 hospital kerajaan or swasta?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteUntuk masalah juling, boleh ke hospital swasta atau kerajaan atau boleh buat temujanji DOptometrist 03-91744024 Bandar Sri Permaisuri, Cheras
Assalamualaikum dr. Saya ade membaca artikel bahawa cara alternatif untuk merawat mata juling esotropia atau eksotropia adalah dengan menutup mata yg tidak juling.Adakah cara ini berkesan?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteUntuk mengaktifkan mata yang lemah boleh gunakan kaedah ini. Walaubagaimanapun sekiranya mata yg juling itu sudah suppress (tiada atau hampir tiada penglihatan) agak bahaya juga kerana terapi ini boleh memulihkan mata tersebut dan jika mata dibuka kedua dua serentak boleh nyebabkan nampak dua (diplopia). Elok lakukan pemeriksaan dahulu sebelum melakukan terapi.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum doktor, saya berumur 19 tahun. Saya perasan juling saya berlaku ketika saya berumur 14 tahun. Sebelah mata memandang ke atas sikit. Tpi kadang2 nampak okay kadang2 nampak sgt juling tu. Saya malu kalau nk brtentang mata dgn org lain ketika bercakap. Apa yg perlu saya buad yer? Ada yg mensyorkan pakai spec mata khas utk juling. Brapa yer harga spec tu doktor? N apa yg perlu saya lakukan?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeletePerlu berjumpa dengan Optometris bagi menentukan degree juling dan jenisnya. Rawatan boleh berbentuk surgeri, terapi ataupun pemakaian cermin prisma. Walaubagaimanapun perlu diperiksa sebelumrawatan diberikan.
assalamualaikum prof, juling ni penyakit keturunan ke? mak ayah saye xde tp saye dan adik2 saye ade, saye berumur 18thn. saye perasan mata saya juling ketika saye berumur 13thn, saye selalu hilang fokus dan selalu termenung .. kawan yg bagitahu mate saye juling, kalau tidak saye sendiri pun tak perasan. juling saye berlaku mase saye hilang fokus dn bile saye termenung.. ape yg perlu saye buat ye prof? perlu ke saye pakai cermin mate?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeletePerlu periksa mata untuk menentukan punca juling. Juling bukan disebabkan oleh keturunan.
Assalamualaikum.sya ada ank kecik berumur 3tahun mengalami juling sebelah kiri.apa yang patut saya lakukan..bolehkah saya pebetolkn mata ank saya
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeletePerlu periksa dulu kejulingan itu sebelum rawatan yang bersesuaian boleh diberikan.
Assalamualaikum.sya ada ank kecik berumur 3tahun mengalami juling sebelah kiri.apa yang patut saya lakukan..bolehkah saya pebetolkn mata ank saya
ReplyDeleteAssalamualaikum.sya ada ank kecik berumur 3tahun mengalami juling sebelah kiri.apa yang patut saya lakukan..bolehkah saya pebetolkn mata ank saya
ReplyDeleteAssalamualaikum.sya ada ank kecik berumur 3tahun mengalami juling sebelah kiri.apa yang patut saya lakukan..bolehkah saya pebetolkn mata ank saya
ReplyDeleteAssalamualaikum.sya ada ank kecik berumur 3tahun mengalami juling sebelah kiri.apa yang patut saya lakukan..bolehkah saya pebetolkn mata ank saya
ReplyDeletesalam prof , boleh bagi lokasi yang tepat doptometrist di bandar tasik permaisuri ?
ReplyDeleteD OPTOMETRIST di Bandar Tasik Permaisuri 03 - 91744024 di Cheras (depan HUKM). Kedai ini berhadapan dengan Restoran Q Bistro
DeleteAssalam . Dr. Adakah mata malas dan katarak boleh dibetulkan lebih lagi mata malas? saya risau apabila berhadapan dengan masyarakat. Dan berapakah kos untuk kedua dua pembedahan tersebut ?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeletePerlu dilihat keterukkan mata malas itu dan puncanya.Sebelum usia 12 tahun prognosis adalah baik. Katarak boleh dilakukan surgery. Kos di swasta dalam RM3K satu mata.
Salam doktor, saya umur 15 thn. Sebelum ni mata saya xde masalah. Tp saya baru perasan bila saya umur 15, bila saya fokus objek jauh, mata sebelah kiri akan jauh dari hidung. Mata kiri saya rabun dan sekarang saya baru start pakai spek.. Adakah masalah mata saya boleh di betulkan? Atau saya terlalu lambat?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteAda tanda tanda "mata malas" atau lazy eyes. Segera lakukan terapi dengan berjumpa Optometris.
Salam Dr. anak saya berumur 4 tahun sekarang. mata dia Nampak normal bila pandang kedepan dan bila kedua-dua mata bergerak ke kanan. tapi bila kedua-dua mata bergerak ke kiri, mata sebelah kiri akan berhenti ditengah dan akan Nampak seperti juling. sudah beberapa kali pergi rawatan hosp kerajaan tapi Dr. hanya bgtau mereka akan pantau sahaja. Mohon pencerahan Dr.
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteAdakalanya pemantauan perlu dilakukan beberapa kali sebelum surgeri untuk membetulkan juling,
saya ada sorg ank perempuan, skrg umur die 1thn 6bln. Sy perasan mata die sblh kiri kalau focus dgn sesuatu akn kedlm (lebih ke hidung) tp masa lahir dia normal je boleh ke mata dia diubati?sbb ada yg ckp kne pkai cermin mata which mcmana bdk sekecil ini nk pkai cermin mata mesti dia akn tarik n buang cermin mata tue or abg (twins) dia akn tarik..boleh beri pencerahan tentang ini Dr.
ReplyDeleteTerima kasih.
SALAMULLAH
Deletekalau ada juling disebabkan power ianya perlu dibetulkan segera. kalau tidak dapat pakai cermin mata kita boleh cuba merawat dengan kaedah kanta lekap
Salam dr.. Sy ada masalah lazy eye sejak dari lahir sy tak pernah buat pemeriksaan mata dan memakai cermin mata.. Sekarang sy sudah berumur 25tahun sy susah untuk fokus pada sesuatu benda..sekarang masalah rabun sy semakin teruk,sy ada terbaca satu artikel masalah lazy eye ini boleh memyebabkan buta.. Apa yg harus sy lakukan.. Semoga ada balasan dari dr.. Terima kasih
ReplyDeleteSALAMULLAH
Deletelazy eyes boleh menyebabkan juling bukan buta. Perlu dirawat segera dan diberi latihan yang mgkn boleh membantu masalah lazy eyes.
saya mempunyai mata kecil sebelah dan besar sebelah cara penyelesaian
ReplyDeleteSALAMULLAH
Deletekalau sesuai boleh di lakukan surgeri, perlu pemeriksaan dan pendapat plastic surgeon
salam Dr..Bila Saya bersembang dengan rakan Saya mereka selalu kata yang mata Saya tidak fokus seperti tidak memandang mereka..Saya cuba melihat dengan cermin secara dekat mata Saya kelihatan normal tapi apabila saya jauhkan diri dari cermin dan cuba fokus mata Saya sebelah kanan ke tepi mnakala mata kiri Saya normal..Ianya hanya berlaku sebegitu bila saya cuba pandang dengan tepat..Bila saya pandang ke kiri atau ke kanan mata saya normal.Apa perlu Saya lakukan?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteMungkin ada masalah juling atau rabun yang tidak dibetulkan. perlu pemeriksaan mata segera.
Salam doctor.sy betul2 ingin btnya...kanak2 bwh 3 tahun ada mslh mata juling mmg akn sllu kne checkup ke???LPs tu doctor akn check n BG ubat..ade ubat utk mata juling ke????
ReplyDeleteSalam doctor.sy betul2 ingin btnya...kanak2 bwh 3 tahun ada mslh mata juling mmg akn sllu kne checkup ke???LPs tu doctor akn check n BG ubat..ade ubat utk mata juling ke????
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeletePerlu dicheck dan dipantau julingnya. Biasanya ubat titis untuk relexkan mata atau besarkan anak mata. Ubat tersebut bukan untuk merawat mata juling.
Salam doktor. umur saya 21 tahun. sy mengalami juling apabila dua dua mata saya juling kedalam tapi tidak nampak ketara. ianya kedalam sedikit. adakah boleh diubat atau dibuat terapi ? dan bagaimana caranya ?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeletePerlu pemeriksaan optometris dahulu sebelum terapi sesuai diperkenalkan
Assalammualaikum...sy Ada anak lelaki yg mmpunyai masalah Mata..Mata dia sering tdk fokus apabila melihat..kadang² Mata kiri atau kanan dia bergerak gerak ke tepi..Mohon penjelasan Dari doktor..terima kasih
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeletePerlu pemeriksaan mata segera untuk mengelakkan mata juling atau mata malas
assalamualaikum dr, saya dh 25 tahun ada mata juling...juling keluar sebelah mata je...ada apa2 effect ka...bahaya tak juling ni..
ReplyDeleteSalam doktor..mcna nk bt operation mata juling kt ukm? Lama ke nak tunggu..Sy dh jmpa byk doktor . katanya sbb juling drp kecik jadi mata mcm dh buta sebelah sbb nmpk bayang sebelah Dan juling..jd nk btlkn yg juling tu..dgn harapan mata yg bayang tu jd baik semula..huu
ReplyDeleteDr says ada baby berumur 4 bulan... Bila say baca article diatas say dapati bahawa anak saya ada masalah juling palsu... Saya ambil gambar anak Dan mendapati bahawa kedudukan mata anak saya seperti juling palsu tu..Ada ia masih awal lagi untuk mengetahui masalah mata anak saya atau ank saya memang Ada masalah mata.. Dan pada umur berapakah saya perlu melakukan ujian mata untuk ank saya???
ReplyDelete