Pages

Saturday, September 8, 2012

MELIHAT TIADA MEMANDANG

Sesungguhnya 
melihat itu tak seharusnya bermata
seperti aku sering bermimpi ketemu bidadari
hidung mancung, putih berseri, paras elok sekali'
ucap sibuta meneroka kembara.

Memandang namun masih seperti buta
Kata Rhoma dalam dangdutnya bergema
'yang buta mata hatinya'
melihat tak harus bermata, 
cuma hati harus terbuka pandangannya
Pun ketika dunia belum tercipta
tiada yang melihat apa-apa kecuali Sang Pencipta
lalu apakah Dia punya mata 
dan duduk terus bermain catur manusia

Tiada yang salah pada sebuah kata
'miskin kaya itu sama di mataNya'
yang salah ketika kita terus ceroboh
untuk memahaminya secara bodoh 
dan terus mengaji tanpa mahu mengkaji
Mungkinkah Dia melihat dengan mata
siapakah Doktor mataNya
sepetkah lebarkah sebesar mananya arca
dengan bulan bersinar menongkah malam 
dan matahari menerangi suluh alam

Ah susah oh payah 
apakah itu serakah bila akal fikir 
begitu mudah menyerah
bersama terus menjadi tiung
mengucap salam pagi kelam malam
Huh... minda ini bisa mencapai sarjana
otak ini mampu mencengkam PHD
tapi kenapa akal ini tidak mahu berputar
mengkaji sudut yang tak termampu mencapai khayal berlegar
membuka ruang kosong yang kian terbentang
Dia tiada hijab
yang ada adalah kita jua
dan ketika ini 
aku sedang melihat sebuah perjuangan
antara ruang dan hijab...

Dr Haliza Mutalib
07.30mlm 8/9/2012
Subang Bestari

32 comments:

  1. assalam doc sy nk tnya ank sy bru 2bln lbih sbelum ni ank sy ad sakit mta yg bertaik dn bengkak pd umur semiggu..skrg keadaan mtanya ok cma saiz matanya xsama semasa dilahirkan mugkin dsebabkan tempoh skit mats yg panjang ditmbah pula bengkak di kelopak matanya..jd ape nasihat doc tntg msalah ini..

    ReplyDelete
  2. SALAMULLAH


    Mata yang tidak simetri adakalanya normal. Adakalanya selepas penyakit mata, kelopak mata ambik masa untuk pulih sepenuhnya,

    ReplyDelete
  3. Salam prof. Saya risau n ingin bertanya. Anak saya pernah sakit mate bengkak dan bertaik. Sebelah kanan. Pada umur 6 bulan. Rawatan di hospital ubat steroid dan dikorek mate untuk buang selaput. Selepas sembuh. Saya perasan masih ade sidikit lapisan putih seperti selaput tadi pada bahagian bawah kelopak mate. Saya jangkakan ianya akan hilang sendiri. Tetapi kini anak saya telah berumur 1 tahun dan selaput putih itu masih ade pada bawah kelopak mate dan kelopak merah. Soalan saya kenapa sudah hampir setengah tahun sembuh kelopak itu masih merah dan selaput putih itu tidak hilang. Adakah bahaya? Adakah perlu buang selaput itu? Sangat risau kerana anak masih kecil. Terima kasih. Harap dapat bantu.

    ReplyDelete
  4. SALAMULLAH

    Telah di respon sila lihat pada muka bertajuk konjunktivitis alergik

    ReplyDelete
  5. salam doc. apa khbar? harap sentiase dlm keadaan sehat. doc sy nk tnye. ape beza function FUCITHALMIC dan CHLORAMPHENICOL ye? kwn sy si A mngalami ketumbuhan biji di kelopak mate bahagian luar. tp tiada sebarang gatal2 merah berair sakit dan sbgainya. pegawai kesihatan kerajaan bg die krim FUCI tnpe antibiotik. pd mulenye mngecut tp tmbuh blik. pd wktu yg same kwn sy si B mngalami sakit yg same kmudian doc swasta bg die krim CHLO brsame antibiotik dan berkesan krim tu. Alhamdulillah dah ok si B nie. so doc, mane satu krim trbaik dan adakah disbbkn antibiotik tu biji nye mngecut? harap dpt respon scepatnye sbb dah lbih due bulan biji tu x hilang2 jugak. trimekasih ats prkongsian :)

    ReplyDelete
  6. SALAMULLAH

    Kedua duanya adalah antibiotik yang sememangnya digunakan untuk rawatan diluar mata seperti kelopak mata. Masalah yang dihadapi itu perlu diketahui sama ada ianya "stye" ataupun kalazion? Kedua duanya mempunyai rupa yang sama tetapi mempunyai penyebab yang berlainan.Ubat yang diberi adalah betul. Sifat nya pula berulang ulang (recurrent). Cuba saudara lakukan tuam pada mata bagi membantu menghilangkan biji tersebut. Sekiranya gagal minor surgeri perlu dilakukan. Tuam dengan towel kecil yang bersih tetapi panas untuk setengah jam dan dilakukan kerap.

    ReplyDelete
  7. Aslmmualaikum doc sy mengalami bengkak di kelopak mata sy.. tetapi tidak sakit.. hanya kadang2 ia terasa sakit.. hampir sthn juga perkara ini berlanjutan.. da berapa kali sy ke klinik kerajaan tetapi mereka hanya memberi sy pil hilangkan bengkak dan oitment.. krna mrk berkata bengkak trSbut tdk membahayakan.. tetapi sy tdk selesa.i.. sy juga ada melakukan berubatan di rumah seperti meletakkan ais.. tetapi bengkak itu hanya kempis sedikit.. apa yg boleh sy lakukan.. ada ubat yg bole sy ambil di famasi tak.. apa kah namanya?? Atau ada kah perlu pembedahan dilakukan.. berapakah kosnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      bengkak itu penanda infeksi masih hadir. Antibiotik perlu preskripsi doktor.

      Delete
  8. Salam doctor . Saya rasa mata saya macam ada habuk dan saya cuba gosok nak bgi habuk kluar tapi tade apa .dan masih rasa mcm ada sesuatu kat mata .macam mana doctor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Boleh cuba guna saline untuk basuh mata. Jika masih terasa habuk perlu jumpa doktor mata untuk pemeriksaan lanjut

      Delete
  9. Assalamualaikum doktor..mata jlkiri saya ada ketulan lebih 6 bulan dan tidak sembuh-sembuh. saya tidak pasti jika ianya ketumbit biasa atau tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Bukan ketumbit biasa, perlu pemeriksaan mata segera. Jumpa pakar mata berdekatan.

      Delete
  10. Assalamualaikum doktor..mata jlkiri saya ada ketulan lebih 6 bulan dan tidak sembuh-sembuh. saya tidak pasti jika ianya ketumbit biasa atau tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Mungkin perlu minor surgeri untuk burstkan ketulan tersebut.

      Delete
  11. Assalamualaikum dktr...anak sy baru berumur 7 bln..sy perasan da 5 hari, ke dua2 belah mata anak sy bertahi...dan matanya ada bengkak sikit kat bhgn kelopak mata...bau tahi mata die macam bau nanah @ lendir...sy ade bwk die prgi jmpe dktr..& dktr just ckp kuman & bg ubat titik..tpi macam xde kesan jg..cmne ye dktr?sy risau jhk..tahi mata die xdela kerap kuar & dlm kiantiti ckit setiap kali kuar..bile bgn pg,mata die mcm susah nk buka sbb tahi mata melekat2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Anak mengalami konjunctivitis teruk tu dan perlu rawatan pakar mata. Jika ubat tersebut tiada kesan harus kembali jumpa doktor untuk ubat titis yang lebih kuat dan bagi mengatasi masalah mata melekat di pagi hari boleh guna ubat titis pengganti airmata seprti tears Naturalle atau lid wipes untuk menyapu kelopak mata dipagi hari.

      Delete
  12. Assalamualaikum doc .. saya kerap kali terasa pedih mata dan akan bersin sehingga selesama.. bila saya tengok dibawah kelopak mata saya pasti akan ada lendir yang kecik dan bila saya buangnya keluar dengan tangan baru berasa selesa pada mata sehingga menyebabkan mata saya menjadi merah dan berair. Saya nak tanya doc lendir apa biasanya itu. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH
      Lendir tersebut merupakan mukus gabungan lipid dan minerals dari airmata. Gunakan tears naturalle untuk mencairkan pekatan tersebut dan jika kegatalan berterusan sila jumpa pakar untuk dapatkan ubat titis anti Histamin

      Delete
  13. Salam doktor..mata saya dibahgian bwh mata ada benjolan jernih.. Bile berjumpa doktor...doktor kata liang roma saya tersumbat da mnyebabkan benjilan kecil itu.sblum ni ad satu skrg suda ad dua..apakah cara penyelesaian n apakah nama pnyakit itu..sperti biji kolestrol ttp bukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Guna lid wipes untuk mengores barisan liang roma yang tersumbat. Jika susah nak menghilangkannya lakukan tuam dengan air panas selama setengah jam selepas itu dicuba semula dgn lid wipes (ada dijual di farmasi). Jangan dibiarkan kerana ini boleh menjadi penyebab untuk penyakit lain.

      Delete
  14. Assalamualaikum doc.
    Sy sering mgalami kesakitan berdenyut di mata kiri sy n sakit kpla..sy dpti mata kiri sy seakan juling ( sblm ini normal) n besar..apakah cdngan rwtN doc..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Perlu pemeriksaan lebih detail oleh pakar mata. Mata juling tiba tiba bukan penanda yang baik. Dapatkan rawatan segera.

      Delete
  15. Assalamualaikum. Doktor saya puan siti.anak lelaki sya berumur 2thn.sya tak rasa dia juling tp apabila dia menyusu, atau menguap mata kanan nya akan terbeliak, ank mata seakan nk terkeluar.. Ada tak cra penyembuhannya dan kos nya. Sbb sya ada kwn yg bila dia berckp matanya akn terbeliak besar sblh. Ty doktor..

    ReplyDelete
  16. salam ..saya natirah ..saya nak tanya ..jumaat lalu saya ade memakai contact lens ..lepas tu saya naik moto ..lepas bukak okay je..tapi masa hari ahad saya pergi manjung naik kereta mata saya rasa ade habuk..saya pergi klinik 4 kali..tapi diorang cuma cakap alergic habuk dan luka sikit mata saya..mula2 saya rasa mata saya berhabuk sehingga sukar untuk berkedip dan tidur ..tapi sekarang rasa tu dah kurang ..cuma tinggal rasa x selesa ..pada pendapat dokter apa masalah yang saya alami ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Mungkin pada waktu tu mata ada luka tetapi biasanya luka mata boleh sembuh dalam tempoh 24 jam. Mgkn ketika naik moto ada habuk yang termasuk dibelakang kanta menyebabkan geseran halus dan melukakan kornea. Lain kali pakai wiser/penutup pada helmet/cermin mata gelap untuk melindungi kanta.

      Delete
  17. salam ..saya natirah ..saya nak tanya ..jumaat lalu saya ade memakai contact lens ..lepas tu saya naik moto ..lepas bukak okay je..tapi masa hari ahad saya pergi manjung naik kereta mata saya rasa ade habuk..saya pergi klinik 4 kali..tapi diorang cuma cakap alergic habuk dan luka sikit mata saya..mula2 saya rasa mata saya berhabuk sehingga sukar untuk berkedip dan tidur ..tapi sekarang rasa tu dah kurang ..cuma tinggal rasa x selesa ..pada pendapat dokter apa masalah yang saya alami ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH Natirah,
      Mungkin apa yang berlaku selepas membuka kanta ialah banyak sel sel mata yang tertanggal disebabkan kanta sentuh tidak sesuai atau solution yang tidak bagus (expired) dan ini menyebabkan mata terasa kering seperti ada pasir dalam mata selepas beberapa hari.

      Delete
  18. salam doc. saya mohon pjelasan doc ttg masalah mata anak saya. pada bhg atas kelopak mata kiri anak saya seakan2 tumbuh benjolan tetapi dia jarang menggosok mata serta tidak menunjukkan kegatalan. adakah ini disebut sebagai kalazion? apa tindakan yg perlu saya buat? saya mohon nasihat dan pandangan doc.. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Boleh cuba tuam dahulu, jika masih bengkak perlu ubat mata antibiotik.

      Delete
  19. Salam doctor... mata sy ada masalah blocked eye duct...jika lakukan surgeri... brp peratus menunjukkan surgeri blocked eye duct ini berjaya... sbb ada yg mengatakan... sesetgh kes ianya akan berukang lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Ini adalah prosedur ringkas, kebiasaanya stringing akan membuka laluan saluran yang tersumbat.

      Delete