Penyakit mata kanak-kanak
Ramai yang tidak mengetahui
penyakit mata yang dialami oeh kanak-kanak adalah penting dan mudah terlepas
pandang atau diambil ringan oleh ibubapa. Kerapkali penyakit mata yang dialami
oleh kanak-kanak boleh menjadi serius sekiranya tidak dirawat dengan segera.
Tindakan segera boleh menyelamatkan penglihatan bayi dan lebih lagi mata bayi
sendiri. Berikut merupakan tanda-tanda penyakit okular yang umum dan juga yang
serius yang boleh membantu ibubapa mengenali masalah mata yang sedang dialami
oleh bayi atau kanak-kanak.
Salur airmata tersumbat
Ramai ibubapa kerap terperasan dan
selalu bertanyakan mengapa mata bayi mereka kerap berair dan mengalir ke pipi.
Bayi yang baru lahir kebiasaannya mempunyai saluran airmata yang belum terbuka
dan sempit. Ini menyebabkan pengaliran airmata tidak dapat mengalir menerusi
saluran tersebut sepenuhnya maka kebanyakkan airmata akan melimpah keluar.
Saluran ini selalunya akan terbuka sendiri ketika bayi berusia setahun. Urutan
mekanikal boleh dilakukan untuk mempercepatkan saluran itu terbuka. Urutan ini
boleh dilakukan dengan mengurut dari hujung mata bersebelahan hidung ke arah
bawah hidung dengan hujung jari secara lembut dan perlahan. Sekiranya bayi
telah berusia 2 tahun dan masih mengalami masalah yang sama, laluan yang sempit
ini boleh dibuka oleh oftalmologis.
Mata besar dan terbonjol
Mata yang kelihatan besar dan
cantik tak semestinya tiada masalah. Mungkin anda pernah terperasan anak anda
suka berselindung dibawah selimut atau menekup mukanya apabila dibawa keluar di
bawah matahari. Sekiranya ini berlaku anak anda mungkin mengalami sama ada masalah
silau yang teruk ataupun mengalami glaukoma kongenital. Glaukoma kongenital
merupakan satu penyakit yang mana menyebabkan tekanan itraokular yang tinggi
dalam mata dan bagi kanak-kanak, keadaan ini akan membolehkan keseluruhan
struktur mata mengembang dan memberi impresi mata terbonjol keluar. Adakalanya
ianya terjadi hanya pada sebelah mata sahaja tetapi ada juga kalanya ianya
berlaku pada kedua-dua belah mata serentak. Mata bayi akan kelihatan terbonjol
dan mendedahkan bahagian putih mata dan mata pula kelihatan berair sedikit.
Sekiranya penyakit ini tidak dirawat segera, saraf optik yang terletak dibelakang
mata boleh rosak sedikit demi sedikit dan akhirnya boleh menyebabkan kebutaan.
Rawatan yang diberikan tidak dapat membaiki penglihatan kpada asal tetapi hanya
dapat mengawal penyakit dari terus menjadi lebih teruk.
Anak mata putih
Sekiranya anda melihat anak mata
bayi anda kelihatan putih dan aneh jangan pula berasa gembira kerana
beranggapan mata anak anda istimewa. Ini mungkin adalah satu keadaan yang
mencemaskan kerana anak anda mungkin mengalami katarak kongenital atau lebih
teruk lagi tumor dalam mata. Kongenital katarak kebiasaanya berlaku ketika umur
bayi kurang dari 2 tahun. Keadaan ini disebabkan kanta kristalin yang
sepatutnya lutsinar telah menjadi legap dan perlu dibuang melalui kaedah
surgeri. Ianya mungkin telah hadir ketika bayi dilahirkan tanpa anda sedari.
Keadaan ini disebabkan penyakit rubella yang dialami oleh ibu ketika mengandung
atau lain-lain penyakit genetik yang dialami oleh bayi seperti Sindrom Down.
Kadang kala keadaan pupil putih juga menunjukkan keadaan yang lebih merbahaya
seperti retinoblastoma iaitu ketumbuhan di dalam mata yang boleh membawa maut
sekiranya ianya tidak dirawat dengan segera.
Rawatan bagi katarak kogenital
setelah surgeri adalah dengan pemakaian kanta sentuh atau cermin mata ataupun
implan kanta . Rawatan ini perlu disegerakan supaya kanak-kanak mendapat
stimulasi penglihatan secukupnya bagi memastikan akuiti penglihatan yang baik.
Mata terkelip-kelip
Jika anak-anak anda suka
mengelip-gelipkan matanya maka ada keberangkalian mata anak anda mengalami
kekeringan. Keadaan ini peru disahkan oleh optometris ataupun oftalmologis
melalui satu pemeriksaan komprehensif. Sekiranya ini berlaku maka punca
penyebab mata kering akan diselidiki. Mata kering mungkin disebabkan oleh salur
lakrimal tersumbat ataupun kelenjar meibomian yang terletak di garisan kelopak
mata atas dan bawah tersumbat yang menyebabkan pengaliran airmata tersekat.
Sekiranya ini dibiarkan berterusan, ini mungkin boleh menyebabkan mata hilang
kelembapannya dan hilang keserataannya yang boleh mengganggu penglihatan. Bagi
diri kanak-kanak itu pula keadaaan ini sangat tidak selesa bagaikan mata
berpasir dan mereka akan selalu mengosok mata dan menarik-narik bulu mata bagi
merenggangkan kelopak mata dari melekat di kornea. Rawatan bagi mata yang
kering mungkin melibatkan pencucian kelopak mata serta bulu mta menggunakan
kapas berubat dengan tujuan membersihkan kelopak dan bulu mata serta
melembutkan plak yang menyumbat kelenjar meibomian. Air mata gantian tanpa
bahan awet juga sesuai digunakan pada kanak-kanak bagi mengantikan air mata
yang kurang. Ini sangat penting kerana airmata merupakan agen penghalang mikrob
daripada menerobosi kornea.
Mata dikecilkan
Kanak-kanak yang sering
mengecilkan mata semasa cuba melihat sesuatu seperti papan tanda atau
televisyen mungkin mempunyai masalah rabun. Dengan mengecilkan mata, cahaya
yang memasuki mata akan tertumpu pada bukaan kecil mata dan menjadikan imej
terang dan tajam. Penglihatan si kecil akan menjadi terang. Sekiranya ini tidak
di halang segera maka mata akan secara langsung dikecilkan apabila cuba melihat
dan ini boleh menjadi satu kebiasaan. Adakalanya kanak-kanak ini akan meneleng
kepala apabila melihat sesuatu objek. Ini juga merupakan satu kelakuan yang
menunjukkan kanak-kanak itu mungkin mengalami rabun. Rabun pada kanak-kanak
mungkin melibatkan miopia (rabun yang dibetulkan dengan kanta cekung),
hiperopia (rabun yang dibetulkan dengan kanta cembung) dan astigmastisma
(silau). Dapatkan pemeriksaan komprehensif dari Optometris bertauliah utuk
mendapatkan diagnosis tepat tentang masalah penglihatan yang dialami oleh anak
anda. Jangan berlengah bagi mendapatkan rawatan ini kerana kerabunan yang
berterusan boleh membawa kepada ambliopia (mata malas) yang mana penglihatan
mungkin tidak dapat dipulihkan dengan sepenuhnya sekiranya rawatan lambat
diberikan.
Mata Juling
Mata yang juling ada ubatnya.
Rata-rata ramai ibubapa yang beranggapan mata yang juling itu tiada ubatnya dan
dibiarkan begitu sahaja. Sekiranya anak mula dapat mengesan juling pada anak
anda, hendaklah anda membawaya berjumpa Optometris atau Ortoptis (pakar juling)
untuk memastikan keadaan juling itu. Juling boleh berpunca dari beberapa keadaan.
Adakalanya mata yang juling itu adalah mata yang mempunyai kerabunan ataupun
mata malas. Dan adakalanya juga juling boleh disebabkan masalah saraf ataupun
tumor. Pemeriksaan komprehensif boleh dilakukan oleh Optometris atau Ortoptis
bagi memastikan punca berlakunya juling. Rawatan boleh dilakukan dengan
menggunakan cermin mata, prisma dan terapi. Sekiranya semua ini gagal, surgeri
mungkin boleh dilakukan untuk memulihkan kejulingan.
Sekiranya anak anda menunjukkan
masalah sepertimana yang telah dinyatakan di atas maka adalah sangat penting
anda membawa anak anda berjumpa dengan pakar Optometris dengan segera bagi
mensahihkan keraguan anda. Tindakan segera anda mungkin dapat menyelamatkan
penglihatan dan mata anak anda. Bagi mendapatkan keterangan yang lebih lanjut
mengenai kaedah rawatan, berbincanglah dengan pakar Optometris anda.
Dr Haliza Abdul Mutalib
Pensyarah dan Pakar Optometris
Jabatan Optometri
Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu
Universiti Kebangsaan Malaysia
assalamualaikum doktor.
ReplyDeleteanak sy berusia 8 thn dan thn lepas dikesan ada sindrom mata malas. masalah lain ialah matanya kerap berair hingga meleleh spt menangis dan mengeluarkn taik mata yg byk. harap dpt jawapan utk masalah ini. terima kasih.
SALAMULLAH
ReplyDeleteMasalah mata malas masih boleh dirawat sehingga kanak-kanak berusia 12 tahun. Kebiasaannya mata berair disebabkan saluran duktus airmata tersumbat terjadi pada usia kurang dari 3 tahun. Rawatan yang boleh disyorkan adalah urutan pada laluan duktus tersebut. Walaubagaimanapun sekiranya laluan tersebut tersumbat teruk ianya boleh mengakibatkan infeksi pada kelenjar airmata ataupun pada laluan airmata. Ini perlu dirawat dengan ubat ubatan dan sekiranya perlu prosedur membuka kembali laluan tersumbat atau sempit akan dilakukan. Perlu berjumpa dengan oftalmologis.
salam doktor
ReplyDeleteanak saya berusia 5 tahun mengalami biji kecil di kelopak mata. doktor pedriatik mengatakan ainya mungkin hilang atau terus ada disitu hingga dewasa dan perlu pembedahan.
apakah cara merawat keadaan ini pada pandangan doktor?
SALAMULLAH
DeleteSebagai langkah pertama, puan perhatikan sama ada biji kecil tu bertambah besar saiznya di atas kelopak mata. Sekiranya tidak ianya tidak perlu di buang.Walaubagaimanapun sekiranya ianya membesar atau mula meredupkan kelopak mata dan menganggu penglihatan ianya perlu dibuang.
assalamualaikum doktor..baby sy berumur 5 bulan dan sudah 2 kali mata baby sy berair dan bertahi..adakah ia normal
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteJika berair dan bertahi mata ini adalah petanda jangkitan kuman. Selain dari merawat dengan ubat antibiotik dari doktor amalkan juga tuam dan bersihkan sekeliling kelopak mata dengan air suam kuku dengan kapas atau kain towel yang bersih. Urutan dari hujung mata berhampiran dengan hidung ke arah bawah (tepi hidung) juga digalakkan untuk membuka saluran duktus lakrimal yang sempit pada bayi. Saluran yang sempit juga boleh menyebabkan infeksi senang berlaku.
Assalamualaikum prof..
ReplyDeleteSaya ingin bertanya tentang anak saya yg berusia 1thn 3 bln. Dia mengalami demam,batuk dan selsema.. Yg buat saya risau matanya bengkak sedikit merah dan bertahi.. Dah masuk 4 hari.. Adakah sakit mata yg biasa? Sbb doc yg merawatnya tidak bekalkan ubat mata. Terima kasih prof..
SALAMULLAH
DeleteMerah dan bertahi dalam kuantiti sedikit adalah biasa kerana anak demam dan selsema..sekiranya terdapat terlalu banyak tahi mata ini mungkin disebabkan oleh infeksi konjunktivitis. Ini harus dirawat dengan antibiotik. Boleh guna kapas dan air suam untuk bersihkan sekeliling mata supaya tidak menjadi lebih teruk.
Salam dr. sy nak tnya.. Sy berumur 25 tahun. Sy mengalami jangkitan pada mata selama sebulan. Selepas kene jangkitan kuman. Saya mengalami masalah salur air mata tersumbat. smpai ke hari ni setiap bln sy buat rawatan susulan dgn dr. mata. Sy nk tawu. Ada cara rawatan lain tak selain lakukan pembedahan? Terima kasih.
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteSaluran air mata yang tersumbat kebiasaannya berlaku pada anak anak kecil yang berusia kurang dari 2 tahun, sekiranya ianya baru terjadi kemungkinan besar disebabkan trauma pada salur tersebut menyebabkan ianya menjadi sempit ataupun tersumbat dengan bendasing. Boleh cuba dengan mengurut ditepi hidung untuk membuka saluran sempit itu. Gunakan ibujari untuk ngurut dari hujung mata berhampiran hidung dan urut ke bawah hidung. Sekiranya agak serius, surgeri perlu dilakukan.
Terima kasih dr.
DeleteAssalamualaikum Dr..
ReplyDeleteSaya baru melahirkan anak sulung. Baby baru berusia 29 hari. Kelopak mata kirinya terbuka lebih kecil berbanding kelopak mata sebelah kanan sejak lahir. Adakah ini sejenis penyakit dan apakah rawatan yang diperlukan?
Terima kasih..
SALAMULLAH
DeleteAdalah sukar menentukan kenormalan kelopak mata bayi ketika bayi baru lahir. Adakalanya kelahiran bayi adalah bersama dengan kelopak mata yang bengkak, pendarahan di bawah konjunktiva (bawah mata putih), edema kornea, juling dll. untuk menentukan keadaan sebenar eloklah menunggu sehingga bayi berusia 6 bulan ke atas.
Terima kasih atas penjelasan Dr.
DeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteDoktor, anak saya berusia tiga tahun dan sejak setahun lalu, kedua-dua matanya sangat sensatif di mana, jika dia tertusuk dengan kuku sendiri, bulu mata masuk ke dalam mata, kornea dia akan luka. Buat masa ni, sekiranya terkena paling lama empat hari dia takkan buka mata dan doktor hanya beri dua jenis ubat mata, eye drop dan ointment. Bagaimana untuk saya tahu lebih lanjut masalah mata anak saya?
SALAMULLAH
ReplyDeleteSekiranya sensitiviti mata disebabkan bulu mata selalu tertusuk kedalam mata, menyebabkan calar pada kornea berulang kali ini boleh dirawat dengan dua cara iaitu samada mencabut bulu mata yang masuk kedalam mata ataupun memakaikan kanta lekap (bandage lens) sementara untuk mengelakkan kornea mata tercalar teruk dan mencepatkan proses pemulihan sel kornea. Anggapan saya kiranya anak tidak dapat membuka mata berhari hari bermakna sel kornea mengalami erosi (abrasion) yang agak teruk. Pemakaian bandage lens yang beroksigen tinggi boleh membantu.
Boleh dapatkan pemeriksaan lanjut di D'Optometrist 0391744024 (Bandar Sri Permaisuri) . Telefon untuk temujanji.
Assalamualaikum....
ReplyDeleteDoktor, anak saya berusia 4 bulan, sejak dari lahir lagi mata dia berair dan mata bertahi yang agak banyak. Terutama bila bangun dr tido banyak sangat tahi mata. Tahi mata berwarna kehijauan...adakah sy perlu jumpa dengan doktor pakar mata.
SALAMULLAH
DeleteCuba kaedah urutan yang disyorkan seperti ini. Saluran air mata yang tersumbat kebiasaannya berlaku pada anak anak kecil yang berusia kurang dari 2 tahun, sekiranya ianya baru terjadi kemungkinan besar disebabkan trauma pada salur tersebut menyebabkan ianya menjadi sempit ataupun tersumbat dengan bendasing. Boleh cuba dengan mengurut ditepi hidung untuk membuka saluran sempit itu. Gunakan ibujari untuk ngurut dari hujung mata berhampiran hidung dan urut ke bawah hidung.
Apabila laluan airmata tersekat ianya boleh mengakibatkan infeksi dan ini dan tanda lain adalah seperti tahi mata yang banyak dan berair. Sekiranya tidak berhasil setelah mencuba teknik urutan itu. bawalah berjumpa doktor kanak kanak untuk preskripsi antibiotik.
Assalamualaikum Dr.
ReplyDeleteMata sebelah kanan anak saya sentiasa berair tetapi tidaklah sampai meleleh ke pipi... kejadian ini berlaku semenjak 2 minggu yang lepas sehingga la sekarang.. boleh tak Dr. bagi tahu kenapa ianya boleh berlaku?... apakah yang perlu saya lakukan? dan perlukah saya terus bawa anak saya pergi berjumpa Dr. pakar mata? untuk pengetahuan anak saya baru berumur 1 tahun 3 bulan..
SALAMULLAH
DeleteAdalah normal bagi bayi berumur kurang dari 2 tahun mengalami masalah sebegini. Ini terjadi kerana batang hidung bayi masih belum terbentuk sempurna menyebabkan menyempitan pada saluran airmata dari punkta (lubang di hujung mata yang berhampiran dengan hidung) hingga ke belakang kerongkong. Kebiasaannya rawatan yang akan dicadangkan hanyalah urutan dengan jari sahaja dari bahagian hujung mata (hampir dengan hidung) kearah bawah hidung. Lakukan ini secara kerap tetapi lembut. Sekiranya keadaan ini masih berterusan apabila bayi sudah melebihi 2 tahun, rawatan membuka laluan sempit ini boleh dilakukan.
Assalamualaikum doktor..
ReplyDeleteAnak saya berusia 7 bulan nak masuk lapan bulan..kelopak mata anak saya besar sebelah..Sebelah kanan lebih besar dari kiri..Mata kedua-duanya beri tindakbalas..Cuma saiz kelopak saja tidak sama..Adakah ini normal?Sekiranya tidak di mana saya boleh dapatkan rawatan untuk bayi saya..Terima kasih..
SALAMULLAH
DeleteBoleh berjumpa dengan doktor mata atau optometris dahulu untuk dilakukan pemeriksaan dan dipantau keadaan kelopak mata. Kebiasaannya pemantauan akan dilakukan untuk membenarkan pertumbuhan berlaku secara normal dan sempurna. Ini hanya boleh diketahui hanya apabila bayi sudah berumur 2 hingga 3 tahun.Walaubagaimanapun sekiranya perbezaan adalah sangat ketara, surgeri kosmesis boleh dilakukan dan ianya juga bergantung sekiranya keredupan kelopak mata boleh mengakibatkan mata malas atau ambliopia.
Pemantauan boleh dilakukan oleh Optometris manakala rawatan kosmesis dilakukan oleh pakar mata/oftalmologis dalam bidang pengkhususan surgeri plastik. Salah satu hospital yang mempunyai kepakaran melakukan rawatan ini adalah di HUKM, Bandar Tun Razak, Cheras.
Salam, saya nak tanya..bayi sy berumur 4 bulan..selalu matanya bertahi dan seidkit bearir, kadang2 sedikit bengkak di bawah kelopak mata bawahnya. Saya nak tahu, apakah puncanya?adakah sebab dia alahan dari segi makanan yg saya makan atau kerana sebab yang lain. untuk pengetahuan doc, anak saya ini menyusu badan. terima kasih...
ReplyDeleteSALAMULLAH
ReplyDeleteUntuk mengetahui sekiranya ianya adalah disebabkan oleh alahan/alergi atau tidak, perlu melakukan UJIAN KHAS ALERGI.
Namun sekiranya masalah ini tidak kerap ianya mungkin infeksi permulaan yang tidak memudaratkan. Hanya perlu rawatan basik sahaja. Walaubagaimanapun lebih baik untuk diperiksa untuk sebarang kemungkinan sekiranya kekerapan insiden ini berlaku membimbangkan.
Assalamualaikum dr..
ReplyDeleteDr, anak sy bermumur 6 bulan telah dijangkiti sakit mata. hari ini dah masuk 8 hari mata dia semakin merah dan keluar air mata yang berwarna kemerah-merahan seperti darah. saya telah rujuk kepada peads 5 hari lepas dan dr tidak memberikan apa2 ubat. oleh kerana anak sy juga mengalami jngkitan di saluran pernafasan, dia telah diberikan antibiotik. menurut dr tersebut anak saya akan sembuh dlm ms 2 minggu.
soalan saya, adakah cecair yg keluar dr mata anak saya ini normal atau perlu dirujuk kepada dr mata? apa yg perlu saya lakukan selain drpd mengelap mata anak dengan air suam?
terima kasih atas nasihat dr.
SALAMULLAH
DeleteSukar untuk menentukan cecair berupa darah yang keluar dari mata tersebut dn kondisi mata baby. Saya syorkan berjumpa dengan pakar mata segera.
Assalammualaikum,
ReplyDeleteDr, anak sy berumur 7 tahun dan mengalami masalah silau pada kedua2 mata nya dan optometrist menasihatkan agar anak sy memakai cermin mata. Adakah cara lain, utk sy menyelesaikan masalah yg dihadapi oleh anak sy. Penggunaan white board diskolah menjadi salah satu punca pada masalah anak sy, ditambah dengan penggunaan komputer dan tv...
SALAMULLAH
DeleteKalau sepatutnya memakai cermin mata, perlulah pakai supaya masalah silau dapat di atasi. Dengan pemakaian cermin mata masalah silau semasa melihat white board dan komputer dapat dihapuskan, Jangan menidakkan pemakaian cermin mata kerana ini boleh membawa komplikasi seperti mata malas/ambliopia. Tiada cara lain selain dari membetulkan kuasa refraksi yang sedia ada.
as salam,
ReplyDeleteDr, anak perempuan saya berumur 7 tahun sering mengadu tidak nampak ketika dalam kelas di sekolah. walaupun duduk dihadpan sekali, masih kurang jelas. so, apakah langkah pertama perlu saya buat? tq.
SALAMULLAH
DeleteSetiap kanak kanak berusia 5 tahun keatas wajar menjalani penyaringan penglihatan. Puan boleh membawanya ke KLINIK MATA atau HOSPITAL Bahagian MATA ataupun praktis optometri swasta. Jangan berlengah lagi, Penglihatan anak anak adalah terlalu penting.
Asmkm dktr...anak sy berusia 2 tahun 7 bln.sjak dr umur 8 buln die mgalmi mslah mata sebelah kanan yg sentiasa berair dan kdg2 bertahi....kdg2 airmata menitis kt pipi mcm menangis..bleh dktr bg pnjelasan n apa patut sy buat.perlu ke sy jmpe pkar mata?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteSekiranya berusia 2 tahun ke atas, kebiasaannya laluan hidung dari tekak sudah terbuka dengan sendirinya. Jika laluan adalah sempit dan tersumbat, boleh berlaku infeksi dan airmata seolah olah tertumpah keluar. Boleh lakukan urutan mekanikal (sepertimana yang saya ajar dalam ruangan sebelum ini). Sekiranya tidak berjaya perlu dirujuk pada pakar mata untuk di lakukan kaedah "stringing.'
Asslamualaikum.dr,sy mgalami masalah salur air mata tersumbat akibat bengkak di sebelah kiri muka selepas sy mkn kupang sejak 7 tahun lepas.dn dr akan mlakukan pembedahan sebulan lg.pertanyaan sy apakah kesan sampingan ke atas pembedahan tersebut dn bolehkah masalah ini berulang slpas pembedah? dan kemuskilan sy bila sy menangis air mata bole keluar seperti biasa.dn sejak 3 hari ni bengkak di salur air mata sy semakin membesar dn menyebabkn sakit yg amat.
ReplyDeleteSALAMULLAH
ReplyDeleteSalur airmata tersebut mengalami inflamasi atau pun tersumbat hingga menyebabkan air mata tidak dapat disalur keluar. Ini tidak melibatkan kelenjar airmata/lakrimal. Yang dapat saya simpulkan pembedahan ini adalah untuk membuka saluran yang tersumbat itu. Sama ada ianya boleh tersumbat semula bergantung pada kaedah surgeri dan juga punca berlakunya penyumbatan ini. Lebih baik saudara/saudari rujuk pada pakar yang merawat untuk mengetahui komplikasi lanjutan selepas surgeri.
Selamat Sejahtera Doktor.. saya mengalami masalah mata bengkak , mata sebelah kanan sya..sampai skrg masih belum pulih2 lagi.. macam mana nie? terima kasih.
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeletePerlu diperiksa untuk menentukan punca mata bengkak....sama ada alergi (alahan), ada bendasing di belakang mata ataupun masalah lain seperti kelenjar airmata bengkak. Perlu dapatkan pemeriksaan sebelum diagnosis boleh dibuat. Jumpa doktor mata atau pakar optometris segera.
Anak saya berusia dua sbulan setengah.mata anak saya berair n bertahi..tambah lagi bngkak pada kelopak kanan mnyebabkn mata klihatan kecil sebelah...macam mana ye
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteNormal untuk bayi/kanak kanak berusia kurang dari 2 tahun untuk mengalami masalah mata berair. Ini adalah kerana saluran airmata belum terbuka sepenuhnya. Sekiranya banyak tahi atau discaj ini bermakna berlaku infeksi pada mata atau salur tersebut. Perlu rawatan antibiotik segera.
Sorry..sebulan setengah
ReplyDeleteSaya pernah sakit mata dua tahun lpas..selpas pulih...mata mnjadi bngkak di kelopak sehinggala skrang..dah jmpa pakr tpi tiada perubhn..cara utk pulihkn n mgapa
ReplyDelete..mata mnjadi bngkak sblah
SALAMULLAH
DeleteLama sangat bengkak tu ataupun bahagian dalam tu dah berparut hingga meninggalkan kesan macam bengkak? Perlu disiasat punca sebelum rawatan boleh dicadangkan. Kalau perlu berjumpa saya sila telefon untuk temujanji di D'Optometrist 0391744024 (Bandar Sri Permaisuri) .
Bndr sri permaisuri kat mna
ReplyDeleteBoleh menghubungi D'OPTOMETRIST di 5G, Jalan Dwitasik, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras (berhadapan Restoran QBistro ). Sila hubungi 0391744024 untuk temujanji berjumpa PAKAR OPTOMETRIS. Terima Kasih.
ReplyDeleteAssalamualaikum doktor. Terdapat 2biji putih di kelopak mata anak perempuan saya berusia 6 tahun. Pada mulanya ia biji kecil yang halus tetapi kini ianya semakin jelas kelihatan. Saya telah membawanya berjumpa doktor dan diberikan lanate cream untuk sapuan. Saya dapati ianya tiada kesan. Harap doktor dapat memberi bantuan dan nasihat agar saya dpt mencegah sebarang kemungkinan yg tidak diingini lebih awal. Terima kasih di atas keprihatinan doktor.
ReplyDeleteSALAMULLAH
ReplyDeletePerlu diperiksa dan dilihat terlebih dahulu, sebelum rawatan boleh dicadangkan. Sila hubungi 0391744024 untuk temujanji berjumpa PAKAR OPTOMETRIS. Terima Kasih.
Assalamualaikum Doktor.saya nak tanya ni,baru2 ni negara kita mengalami jerebu yang sangat kuat.mata saya sekarang sakit,berair dan melekat waktu bangun. saya sudah pun membuat pemeriksaan doktor tetapi tiada apa2 jangkitan.tapi apa yang saya rasa amat sakit sekali sewaktu bangun tidur.saya mengambil ubat penahan sakit untuk meredakan kesakitan mata yang saya alami.bolehkah saya tahu adakah badan yang panas dan sakit kepala boleh menyebabkan sakit mata?
ReplyDeleteSALAMULLAH
ReplyDeleteJerebu hanya menyebabkan mata pedih kerana ketoksikkan dari asap tersebut boleh menyebabkan sel sel permukaan kornea terbuka apatah lagi jika mata digosok dgn kuat, walaubagaimanapun, ini hanya sementara sahaja. simptom yang saudara tunjukkan menjelaskan infeksi mata telah berlaku. Perlu dapat rawatan antibiotik. Infeksi mata yang menyebabkan sakit kepala bukan sebaliknya.
salam dr... anak saya berumur 5 tahun, sejak kebelakangan ini, dia kerap sahaja mengkelip-kelipkan matanya sambil kepalanya digoyangkan macam mengangguk.. adakah ini menunjukkan petanda akan wujudnya penyakit atau menjadi tabiat baru baginya? terima kasih.
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteTanda berkelip kelip dan mengangguk boleh disebabkan oleh banyak faktor antaranya mata kering atau tiada keseimbangan binokular.
Adalah wajar membawa anak untuk pemeriksaan komprehensif mata setiap 6 month...kelipan mata dan mengangguk adalah tanda luar biasa dan perlu dikesan dan dirawat.
This comment has been removed by the author.
DeleteSalam dr.ank sy berumur 4thn mngalami bngkak mta yg dipenuhi cecair sejak kecil.sy prnh bwa ke klinik pkar mata dan pkar knk2.jwpn berbeza.ada yg mngatakan alergic.dr pkar hny mncdgkn ianya dipechkn mngunkn jarum.tp yg agak pelik ada kalany nmpk surut sedikit dan kdg2 agk bengkk.tp ia tidak gatal dan boleh melihat sprt biasa.
ReplyDeleteIanya hny berlaku di bwh kelopak mta shj.mohon pnjelasan dr.terima kasih
SALAMULLAH
Deletebengkak mata ini sekiranya adalah penanda bagi alergik, ianya tak sepatut dipecahkan. Jika apa yang terjadi adalah jenis Giant Papillary Conjunctivitis adalah elok dibiarkan sahaja tanpa perlu dipecahkan dan rawatan adalah dgn antibiotics dan anti histamine.
Salam doktor saya nak tanya anak semenjak dari 5bln dan kini 6bln mata sebelah kanan sentiasa berair tp kdg2 saja bertaik...tp sepanjang masa berair seperti bertakung dan meleleh seperti baru lps menangis..separuh org mengatakan perkara itu biasa dan biarkan saja shgga anak 1thn n ke atas die akn hilang sendiri....jadi apa y perlu sy lakukan perlu ke sy berjumpa doc pakar mata?
ReplyDeleteSALAMULLAH
ReplyDeleteYa benar..ianya adalah normal. Ini disebabkan salur airmata yang belum tumbuh dan berfungsi sepenuhnya. Banyak berlaku pada bayi kurang dari 2 tahun. Masalah ini kebiasaannya hilang sendiri selepas kanak kanak berusia 2 tahun gitu. Disebabkan retensi airmata yang keterlaluan, mata ada kebarangkalian berlakunya infeksi (keluar discaj). Teknik mengurut tepi hidung dari laluan punkta hingga ke tepi hidung ada dijelaskan di atas..
Terima kasih Doc lega sngt hati sy bila doc dah jelaskan begitu. kebiasaan mata normal tu die memang berair bertahi dan sepet ke doc...? Sy risau sngt doc...
DeleteSALAMULLAH
DeleteSekiranya berair dan kdg kala bertahi mata dlm kadar sedikir masih boleh dianggap normal bagi bayi kurang dari 2 tahun. Tetapi jika selalu bertahi mata ini bermakna infeksi mata perlu rawatan perubatan. Kalau risau bawalah berjumpa doktor mata untuk pemeriksaan lanjutan.
Ooo...begitu..baikla doc terima kasih...skrg matanya kerap bertahi berair cuma sesikit....tp matanya kecik je sebelah kanan nie doc....
DeleteDoc xde ke bt pemeriksaan untuk mata...klu blh sy mahu doc memeriksanya....
DeleteSila hubungi 0391744024 untuk temujanji berjumpa saya di D'OPTOMETRIST, Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Terima Kasih.
DeleteAdakah menangis terlalu lama blh mnyebabkn mata menjd merah?anak saya 3 bulan setengah sering menangis di rumah pengasuh.sejak akhir ni nmpk mata nya menjd merah...bila tny pd pengasuh dikata terlalu menangis..blh doc tlg jelaskn.tq
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteKalau menangis terlampau banyak sambil mengosok gosak mata satu keadaan dinamakan edema pada kornea boleh berlaku disebabkan pembengkakan air dalam kornea. Boleh memberi persepsi mata merah. Tetapi kemerahannya adalah sedikit ataupun sederhana.
Terima kasih doc ats penjelasan..really appreciate...
DeleteAssalamualaikum dr.. Ank sy brumur 1 thn 5 bulan, lelaki. Masalah skrg, pada kelopak mata kiri sebelah atas trdapat mcm bgkak. Dlm keadaan celik, nmpak ok. Masa mata pejam, nmpak bgkak. Apa masalah dia? Bahaya x? sy perasan bnda ni dh 2 mggu, tp x hilang. Pohon pndapat dr. Trm ksh.
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteKemungkinan besar ada infeksi di kelenjar kilang air mata. Perlu dapat rawatan antibiotik
SALAMULLAH
ReplyDeletePerlu tahu punca mata berair. Adakalanya disebabkan saluran air mata tersumbat. Mungkin juga ada masalah Glaukoma (sekiranya tak dirawat segera boleh menyebabkan kebutaan). Perlu diperiksa segera.
Salam dr . Anak sy berumur 2 tahun 7 bln . Mata kiri anak sy lebih kecil dr mata kanan . Kadang2 bila die tengah makan msta kirinya akan tergerak gerak . Sy sangat kasihan mlihat mata anak sy mcm to . Mata kirinya mmg kecik sebelah srhak d lahirkan . Ada x rawatan bg mata anak sy ni dr?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeletePerlu periksa untuk memastikan mata yg kecil itu normal ataupun tidak. Adakalanya mata nampak lebih kecil adalah kerana ianya bermasaalah. Dapatkan pemeriksaan segera.
salam Dr, saya berumur 28 tahun dan rasa mata saya alami kurang air mata, rabun yang tidak sama antara kedua mata, berkaca mata. mengenai urutan tu, adakah beban dari kaca mata boleh memberi stress kepada kelenjar air mata?, rawatan apa yang terbaik.tq
ReplyDeleteSALAMULLAH
Deleteberkenaan dengan kurang air mata perlu diperiksa puncanya. Harus dirawat puncanya ataupun sekiranya disebabkan oleh faktor luaran seperti ubatan, rokok atau kanta sentuh, boleh di bantu dengan titis air mata pengganti (artificial tears)
Urutan itu tiada kesan pada kelenjar air mata. Tetapi pemakaian cermin mata adakalanya menekan pada kelenjar sinus menyebabkan rasa sakit dan tidak selesa. Optometris anda boleh bantu memilih cermin mata yang sesuai supaya beban kaca mata tidak menekan kelenjar sinus keterlaluan.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam DR saya risau tentang mata anak saya dah 3 hari sebelah mata anak saya berair dan mengeluarkan sedikit tahi berwarna kuning,3 hari yang lepas anak saya selesma sekarang mata pula sentiasa berair dan mempunyi tahi berwarna kuning,saya dah pergi farmasi belikan obat so masi tak baik,,mohon minta sedikit nasihat dari doktor tq.. anak saya berumur 5 tahun
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteSekiranya sudah mendapat rawatan ubat dari farmasi dan masalah masaih berterusan, elok berjumpa dengan doktor untuk memndapatkan antibiotik yang lebih kuat. Sekiranya infeksi adalah berterusan dikhuatiri ianya mungkin konjunktivitis viral.
Salam dr.
ReplyDeleteSejak lahir hgga kini 6 bln airmata sebelah kiri anak saya stiasa mgalir & meleleh byk spt org mnangis.pohon nasihat dr.tq
SALAMULLAH
DeleteKanak Kanak berusia kurang 2 tahun selalu menghadapi masalah saluran airmata yang sempit menyebabkan airmata akan melimpah keluar. Lakukan Urutan dengan ibu jari dari hujung mata yang menghampiri hidung menghala sepanjang hidung ke arah mulut. Lakukan pada kedua dua belah hidung berkali kali dalam sehari. Ini adalah untuk merangsang bukaan laluan. Selepas umur 2 tahun sekiranya masih lagi mempunyai masalah, rujuk doktor mata untuk dilakukan prosedur untuk buka laluan airmata tersebut.
assalamualaikum dr.sye perlukn bantuan dktr..
ReplyDeleterakn sye berumur 20thn(L) telah mengalami bengkak pd mata putihnya sewaktu dia bgun tidur.apakah punca nya?apakah kerana dia kerap tidur lewat?mungkinkah pengambilan benda negatif(ganja atau sebagainya) turut menjadi punca??
terima kasih dr
SALAMULLAH
ReplyDeleteBengkak pada mata putih dinamakan chemosis. Ini disebabkan oleh Alergi dan infeksi viral. Adakalanya ianya terjadi sebab mata digosok dengan kuat.
salam doktor, anak saya berusia 1 tahun 2 bulan, mengalami batul selsema dan demam. sudah berlarutan selama 5 hari, dan pada hari kelima (21/8/13) selepas bangun tidur saya dapati matanya mengeluarkan byk tahi mata kekuningan/kehijauan (hari sebelumnya dia menangis dengan kerap di rumah pengasuh). adakah itu disebabkan oleh tangisannya atau dia mengalami sakit mata? untuk pengetahuan doktor terdapat orang dewasa (iaitu ayah saya) mengalami sakit mata jangkitan bakteria yang perlu dicuci di hospital 2hari sekali. saya risau sekiranya anak saya berjangkit dari ayah saya. minta pandangan dan nasihat doktor. terima kasih.
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteMata yang banyak mengeluarkan discaj atau tahi mata adalah nyata disebabkan jangkitan bakteria. Sila bawa anak segera untuk rawatan jika masih berterusan.
Assalamualaikum Doktor, anak lelaki saya berusia 9 bulan, ada kemerah-merahan (macam bengkak) di bawah matanya sebelah kanan. Dan kedua-dua matanya merah macam tak cukup tidur. Tiap-tiap malam dia akan tidur dari 8 malam hinggan 7 pagi dan terjaga beberapa kali untuk menyusu. Minta nasihat doktor, perlukan saya membawanya berjumpa doktor? Terima Kasih.
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeletePerlu diperiksa lebih lanjut untuk memastikan mata anak bebas dari sebarang penyakit kongenital (hadir sewaktu lahir. Sila bawa ke pakar mata jika mata merah berterusan.
As salam dr anak sy umur 3 thn..mata anak nampak kekuningan..mmg ank ada asma n selalu alergik mata...bila mkn seafood mata akan merah n gatal...seminggu ni mata ank merah n bila bgn pagi kelopak mata akan bengkak mcm org lepas nangis...mlm td br sedar bola mata putih ank belah kanan bengkak..macam berisi air..minta pandangan n nasihat dr doktor...terima kasih.wasalam
ReplyDeleteSALAMULLAH
ReplyDeleteSememangnya masalah alergik dan asma boleh menyebabkan kegatalan mata. Sekiranya ini tidak dikawal, alergik pada mata akan jadi lebih teruk dan sekiranya mata hitam digosok kerap boleh menyebabkan pembengkakan kornea dan boleh menyebabkan kornea menjadi nipis, luka dan berubah bentuk. Perlu dapat rawatan bagi masalah alergik secara sistemik (makan) dan juga ubat titis mata. Berjumpa dengan doktor utk rawatan segera.
Salam doktor anak saya berumur 3 thn lebih mata nya sering berkelip kelip normal kah mata mcm tu
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteHarus diperhatikan sama ada dia mengelip mata secara berterusan secara biasa ataupun dibuat dengan disedari. Mengelip mata berkali kali mungkin penanda mata kering ataupun ada masalah mata seperti juling atau rabun.
Perlu di bawa berjumpa doktor untuk diperiksa.
Salam doktor anak saya berumur 3 thn lebih mata nya sering berkelip kelip normal kah mata mcm tu
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeletePerlu disiasat punca matanya berkelip sama ada habit ataupun secara tak langsung. Mata berkelip kebiasaannya juling ataupun terlalu kering. Kalau perlu berjumpa saya sila telefon untuk temujanji di D'Optometrist 0391744024 (Bandar Sri Permaisuri) . Terima Kasih
Assalam doc. Sy ade 1 pertnyaan nak bertnya pd doc. Beberapa arini biler bgun pg kat mata anak sy bnyak taik mata yg keluar smpi kdg2 dia susah nak buka mata dia... adakah mata anak sy nie d jangkiti kuman? Perlu ke sy mmbwa anak sy berjmpa dgn pakar mata atau keadaan ni normal. Bt pengetahuan doc anak sy bru berumur 1thun skrg ini. Harap dpat penjelasan dr doc. Timasih.
ReplyDeleteSALAMULLAH
ReplyDeleteBanyak discaj seperti tahi mata dari adalah penanda infeksi mata. Perlu dapat rawatan antibiotik. Sekiranya tidak dirawat boleh menyebabkan infeksi menjadi lebih teruk dan mata rasa tidak selesa.
Assalam doc,anak sulung sy berusia 2 tahun,dari lahir sehingga sekarang anak sy mempunyai kelopak mata yg agak luas seperti mata malas,dan kelihatan agak sepet,ini kerana faktor keturunan suami sy,adakah ini akan menganggu penglihatan anak sy dan bolehkah dirawat?
ReplyDeleteSALAMULLAH
ReplyDeleteKelopak mata luas mungkin bermaksud "Ptosis" disini. Sekiranya diagnosisnya adalah confirm Ptosis maka surgeri kelopak akan dicadangkan sekiranya ianya agak teruk. Ptosis boleh menganggu penglihatan dan boleh menyebabkan kuasa astigmatisme/silau tinggi dan boleh juga menyebabkan mata malas. Tambahan pula lama kelamaan tulang belakang di bahagian leher boleh menyebabkan kesakitan dan postur badan yang tidak normal.
assalam doc ,anak saya berusia 1 tahun 1 bulan,saya mahu tanya kenapa kelopak mata ank saya bengkak dan mata berair,sserta mengeluarkan tahi mata,apakah punca penyakitnya dan cara mmengubatinya?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteMata berair dan bengkak serta mengeluarkan tahi menunjukkan tanda tanda infeksi. Keadaan ini agak biasa bagi bagi yang berumur kurang 2 bulan dan rawatan infeksi ialah dengan preskripsi ubat titis antibiotik
Aslmkum doktor, sya ingin bertanya tentang mata sya sndiri....sya Roslia brumur 35thn dn seorang yg rabun, mngalami mata sebelah trbeliak dn sebelah kecil. Sya tdk mnyedari bila kejadian brlaku shinggalah ada yg mnegur & setiap kali brgambar kedua2 mata sya tdk brkeadaan normal, dimana sebelah lagi spt dibeliakkan,sebelah lgi kecil, sya melihat gambar2 lama, dan mata sya mula brkeadaan spt ini bila sya brusia prtengahan 20-an. Pda mula sya mngesyaki sya mnghidap tiroid, slps mmbuat ujian darah, trnyata sya bkn pnghidap tiroid, bleh doktor jelaskn apakah penyebabnya mata sya ini...adakah mslh ini serius, dimanakh sya bleh mndapatkan rawatan utk memulihkn, krana keadaan ini sdkit mnganggu pnampilan sya. Mohon penerangan, t.ksh.
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteKeadaan kelopak mata sebelah terbeliak boleh disebabkan otot kelopak mata (levator muscles) kejang atau tegang sekiranya tiada penyebab lain seperti penyakit mata. Keadaan ini boleh dirawat dengan surgeri astetik. Terdapat pakar plastik surgeri di HUKM.
salam doktor...saya ingin bertanya tentang permasalahan yang dialami oleh baby sy....
ReplyDeletebaby saya mengalami masalah mata berair n bertahi mati since dia lahir smpi la skg umur da nk masuk 2 bln...badan dia pun sekejap pns n skjp sejuk..blh sy tahu adakah itu normal?
SALAMULLAH
DeleteMata berair adalah normal bagi bayi kurang dari 2 tahun tetapi bertahi mata adalah salah satu tanda infeksi. Perlu rawatan antibiotik sekiranya mahu perkara ini terhindar.
Assalam doc,anak ke-3 sy berusia 3 tahun,mata dia sll byk tahi mata sehingga melekat kedua kelopak mata dan juga sll berair aje mata dia....apa masalah dia....tqvvm
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteIni adalah nyata satu infeksi yang tidak boleh dibiarkan. Sila bawa anak berjumpa pakar mata untuk rawatan antibiotik dengan segera.
Assalamualaikum doktor.saya berumur 35 thn.mata saya juling sejak dr kecil org tua2 kata juling air.saya tk tahu mata saya juling hanya menyedari apabila ada yg tegur apabila bcakp dgn mereka,hairannya apabila sy bgambr atau tengok cermin o.k je tk nmpk juling.Apa yg patut sy buat utk membetulknnya. Tidak ada keyakinan diri apabila berhadapan dgn org ramai.terima kasih doktor
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteMasalah yang disebut kemungkinan besar adalah Intermittent Squint yang bermaksud juling yang hadir sekali sekala. Ianya mungkin berpunca dari kuasa mata yang tidak dibetulkan sepenuhnya ataupun otot mata yang lemah. Sekiranya degree juling adalah rendah, rawatan secara latihan mata intensif boleh digunakan. Perlu memeriksa mata dengan lebih lanjut untuk menentukan diagnosis sebenar.
Salam dr. Sy akan buat pembedahan mata berkaitan salur air mata sumbat. Cara mana yg terbaik utk buat pembedahan. Melalui hidung ataupun pembedahan bawah mata?
ReplyDeleteUntuk pengetahuan dr. Sy berusia 25 thn
DeleteSALAMULLAH
ReplyDeletePakar mata yang melakukan pemeriksaan dan pembedahan akan menentukan prosedur efektif dan selamat bagi saudara/i.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam doktor...
ReplyDeleteAnak saya baru berusia 20 hari.. apa yang membuat saya muskil bila anak saya menangis hanya sebelah mata yang tertutup dan berair iaitu sebelah kanan.sebelah lagi tidak.. mulut anak saya mase menangis lebih nampak senget ke sebelah kanan.. apa yang patut saya buat doc..ini anak pertama saya..harap doc dapat membantu..terima kasih...
SALAMULLAH
ReplyDeletesekiranya hanyak sebelah kelopak mata yang terbuka dan berair in bermakna mata yang sebelah lagi adalah tidak normal. Mungkin adalah masalah neuro kerana ini membabitkan saraf yang berfungsi dengan buka tutup kelopak mata. Penyumbatan pada naso lacrimal gland juga boleh menyebabkan aimata melimpahi. Mungkin juga bayi masih kecil dan ada kemungkinan semua masalah itu bersifat sementara.
As salam Prof., anak saya berumur 8 tahun dan sering kali mengadu mengalami mata yg berair, silau dan adakalanya berasa sakit kepala. Saya ingin mendapat penerangan dan pendapat Prof untuk mengatasi masalah ini... Apakah gejala yg boleh menyebabkan anak saya mengalami keadaan sedemikian dan apakah pula rawatannya?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteSemua simptom tersebut menjurus kepada masalah rabun. Perlu diperiksa Optometris sesegera mungkin.
As salam Prof...baby sy baru berusia 6 ari..mata anak sy selalu mengalirkan air mata sejak die lahir lagi...adakah ia normal?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteNormal. tapi harus dipantau airmatanya adalah jernih dan tidak kekuningan..adadkalanya berlaku infeksi. Normal hingga berumur 3 tahun.
Salam prof ... suami sya ada asma, baru baru ini kerap kali pada waktu malam bawah mata nya bengkak sebelah. Tapi bila di tanya dia tidak mengalami sakit atau gatal pada mata. Mata nya juga merah sebelah.apakah tanda atau penyakit tu prof
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeletePenyakit asma kebiasaannya dirawat dengan anti histamine dan steroid. Ini mungkin kesan secara tak langsung dari pengambilan ubat ubatan tersebut.
assalamualaikum prof..
ReplyDeletesaya berumur 33 tahun dan mengalami bonjolan kecil di dalam kelopak mata kiri .tidak sakit,gatal mahupun berair..apabila ditekan dengan tangan terasa pergerakan bonjolan tersebut..adakah membahaya?ataupun akan hilang nanti..terima kasih
SALAMULLAH
DeleteMungkin chalazion ataupun cysts (sista) disebabkan lendir atau cecair yang terkumpul. Cuba lakukan tuam dengan air panas dan tuala bersih, sekiranya masih berbonjol boleh jumpa doktor mata untuk membuangnya,
assalamualaikum doktor kelopak mata atas kiri dan kanan saya silih berganti bengkak.tetapi bukan pada masa yg sama.contoh semalam mata kanan malam ini mata kiri pula.bahagian dalam mata saya merah sedikit ttp tidak serius.sudah seminggu mata saya rasa kurang selesa ttp tidak pula bertahi mata.mata selalu bengkak pada lewat petang dan malam ttp selepas bangun tidur pd waktu pagi akan hilang.cuma yg musykil telah hampir seminggu begini.adakah disebabkan alahan doktor? terima kasih.
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteBengkak mungkin disebabkan alahan dari penyakit asthma, ataupun sensitif terhadap ubatan yang diambil seperti contoh pil perancang. Perlu diperiksa bulu mata dan margin mata kiranya ianya tersumbat dan perlu dibersihkan. Tuam panas juga boleh berfungsi mengurangkan bengkak.
As salam prof. Anak saya mengalami saluran air mata tersumbat. masalahnya ada 'lubang' air mata di luar mata kirinya. pemeriksaan lanjut akan dilakukan untuk memeriksa saluran tersebut. Sebagai ibu saya risaukan kesan daripada pemeriksaan tersebut. kerana anak sy akan dibius. adakah sy perlu meneruskan pemeriksaan terhadap anak sy itu, sekarang umurnya 7 bulan lebih. terima kasih
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteUsah bimbang untuk surgeri kerana saluran airmata yang tersumbat boleh memudaratkan selepas tempoh lama.
As salam prof.. sy nk tumpang tnya, anak sy berumur 3 tahun 3 bln..ank sy seorang yg aktif.baru-baru ni sy mula perasan yg dia kerap kali mengelipkn mata nya..dalam setiap 3 minit mata kedua-dua belah akan mengelip-gelip, dan dia akan menepis atau mengosok kn mata nya seperti seolah-olah matanya dimasuki habuk atau rambut..ianya amat membimbang kn sy..boleh prof terangkn serba sedikit apakah yg terjadi..terima kasih atas pencerahan prof..
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteGosok dan mengelip mata adalah petanda bagi rabun ataupun mata kering. Puan perlu bawa anak segera untuk diperiksa
salam doc,
ReplyDeletesekarang sy mengalami sakit mata sejak sebulan lepas. dah pegi klinik 2x and pakar mata 1 kali..semua kata alergik..tp smpi skang x elok lg..situasi nya mcm ni..stp kx sy tdo x kre masa (malam or siang) mata akn berair sndiri sperti menangis..then nk bukak mata susah..perit..pedih..lg2 waktu bangun pagi..kabur..silau..ibarat mata malas pn ye jugak..risau sgt..tolong bg advise ya doc..adakah ni salah satu penyebab buta? mintak di jauhkn ya allah..untuk makluman doc juga, sy breastfeed bby..
SALAMULLAH
DeletePuan perlu ambil ubat penitis anti histamine (boleh minta preskripsi dari doktor atau farmasi). Cari LIDCARE untuk bersihkan mata. Sekiranya berumur lebih 12 tahun, mata malas sukar terjadi.
As-salam Prof,
ReplyDeleteMata anak saya, 2-3 hari ni ada mengeluarkan tahi mata belah kanan dan kiri, selepas bangun tido.beliau baru sahaja habis antibiotik selama 10 hari. Boleh Prof berikan pendapat?
SALAMULLAH
ReplyDeletePuan harus selalu cuci mata anak untuk elak jangkitan kuman. Boleh guna LIDCARE (boleh didapati di farmasi)
Assalamualaikum Dr. Anak sy berusia 2 thun..dia mengalami batuk dah seminggu.Malam tadi sy perasan matanye sedikit merah dan hari ini bgun tidur matanye bertahi..Adakah anak sy mengalami masalah sakit mata, panas dalam atau jangkitan kuman..Perlukah diberi rawatan segera..dan serius tak masalah ini pada nya...Terima Kasih.
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteSekiranya matanya terus menerus merah dan tahi mata banyak mungkin mata sedang mengalami infeksi dan memerlukan rawatan perubatan. Sekiranya ianya masih ditahap permulaan bolehlah gunakan kapas bersih dan shampoo yg tidak pedihkan mata untuk membersih bulu mata dan bahagian sekeliling mata.
Assalam doktr.sy nas.sy nak tnye sy mmpunyai seorg saudara pmpuan brumur 20thun.sy nk tnye bila stiap kali die gatal kt mata blu matanye akn dcbt shngga tiada lg mmpunyai blu mata.bole reply masalah ni.
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteBulu mata penting kerana fungsinya adalah untuk menapis habuk dari masuk ke mata. Kegatalan pada hujung akar bulu mata adalah disebabkan infeksi yang berkumpul sekitar bulu mata. Boleh dapatkan "lidcare" untuk mencuci bulu mata dan sekiranya masih lagi gatal boleh dapatkan rawatan perubatan.
Assalamualaikum prof.
ReplyDeleteAnk sy berumur 10 bln mengalami masalah tahi mata y banyak kdg2 smpai x boleh nk buka mata..apa sebabnya prof dan apa solutionnya...harap prof dapat membantu sy...
SALAMULLAH
DeletePuan harus bawa anak untuk dapat rawatan segera kerana ini merupakan infeksi teruk. Perlu segera kerana sesetengah infeksi boleh menjadi teruk dan membutakan mata.
As salam dr. Sy berumur 30tahun. Secara tiba2, kelopak mata saya telah menutupi sebelah mata saya sejak minggu lepas. Telah jmpa dr klnik kerajaan dan swasta namun masih tidak diketahui sakit ini. Ia menyebabkan mata tersebut tidak boleh fokus, wujud 2 imej, pening kepala. Adakah ia droppy eyelid dan bagaimana ubatinya. Terima kasih prof.
ReplyDeleteSALAMULLAH
ReplyDeleteDroopy eyelid secara tiba tiba diikuti dengan melihat dua imej, ini mungkin berkaitan dengan saraf. Perlu jumpa doktor pakar untuk diagnosis segera. Perlu rawatan segera.
As salam dr... anak saya baru berusia 3 bulan... saya nak tanya dr kenapa atas kelopak mata kedua belah mata selau merah... macam pecah darah... kadang2 ja bengkak... pastu bila kluar rumah nampak ja cahaya mesti mata suka terpejam... dia xblh tngk chaya tu tp cahaya lampu xper plak.. mata pun kadang2 saya tengok mcm nak jd juling sikit.. risau saya...
ReplyDeleteSALAMULLAH
ReplyDeleteSekiranya kelopak mata bengkak disebabkan berlaku infeksi pada mata yang menyebabkan mata silau. Harus bawa ke doktor untuk diagnosis infeksi sebelut rawatan ubat antibiotik boleh dimulakan.
Salam dr.. anak saya setahun 3bln.. setiap kali makan mata belah kiri mesti keluar air mata.. terima kasih dr..
ReplyDeleteSALAMULLAH
ReplyDeleteMungkin saluran naso lakrimal tersumbat. Perlu pemeriksaan doktor.
Assalamualaikum doktor....tulisan doktor sangat memberi manfaat....terima kasih.
ReplyDeleteAnak saya setahun 10 bln...saya perasan dalam 3-4 hari ni apabila bangun tidur, matanya mesti diselaputi tahi mata yg byk..kadang kala menyukarkan die membuka mata...air matanya kerap keluar...saya xpastu matanya jenis besar terkeluar atau tidak seperti yg telah doktor tulis...terima kasih doktor. ...
Assalamualikum doktor..anak saya berumur 8 bulan (Perempuan) dan mata kiri berair sejak lahir lagi...saya ada pergi klinik dan doktor beritahu hanya perkara biasa (saraf tersumbat) tp harini saya tengok mata nya ada sedikit merah.
DeleteMinta pencerahan doktor
Terima Kasih
SALAMULLAH
DeleteSekiranya tahi mata banyak hingga menyukarkan anak membuka matanya ini adalah disebabkan infeksi. Gunakan kapas bersih yang dilembabkan untuk membantu anak membuka mata waktu pagi. Perlu dapatkan rawatan antibiotik segera. Air mata yang berlebihan akan dirembes ekoran dari infeksi ini.
Bola mata yang besar yang abnormal hanya boleh dikesan oleh pakar, Sila bawa anak anda untuk diperiksa untuk mendapat kepastian.
SALAMULLAH Saudari Zuhaimi Ismail
DeletePerkara ini amat biasa dengan kanak kanak di mana salur nasolakrimal masih sempit dan laluan airmata menjadi agak sukar. perlu mengurut hujung mata berhampiran dengan batang hidung terus ke arah bawah hidung. Ini dapat merangsang saluran nasolakrimal terbuka dengan lebih cepat. Penyumbatan boleh berlaku yang boleh membawa kepada infeksi. Kebiasaannya saluran nasolakrimal akan terbuka pada usia 2 tahun ataupun setelah batang hidung terbentuk.
salam dr....anak saya umur 1y2m....sewaktu umur dia 9 bln saya perasan dalam kelopak mata dia ada biji.saya tak pasti warna apa biji tu...tp mata dia tak merah. dan tak pernah sakit mata..sekarang saya perasan biji tu mcm makin membersar...boleh tgk jelas waktu dia tidur,kelopak mata tutup dan akn nmpak benjolan tu...risaunya saya...tolong bagi pendapat dr.
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteSusah nal agak kalau tak melihat pesakit sendiri. Kebarangkalian adalah berlaku penyumbatan pada saluran airmata menyebabkan water retention ataupun cyst. Perlu dapatkan rawatan ubat. Sekiranya masih kecil cuba tuam dgn air mata dan tuala bersih selama setengah jam setiap kali sekerap mungkin selama 3 hari. lihat kalau biji itu semakin mengecil. Di samping itu boleh jumpa doktor mata untuk dapatkan rawatan perubatan.
Assalamualaikum doktor . Saya ain , umur 17tahun . Tahun ni sye akan menduduki spm .. dalam kelopak mata , kiri dn kanan . Ade biji biji kecil . Kadng2 ia berwarne merah . Kadang tak . Dah dua kali sye perg ke klinik. Swasta dn kerajaan . Namun . Hanya antibiotik yg diberi . Hilang skjp namun dtg balik . Dh berbulan bulan ia berlaku . Utk pengetahuan dktor . Sye ad penyakit asthma . Boleh doktor jelaskan apa yg terjadi dn ap yg perlu sye lakukan .. terima kasih :)
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteAsthma dan alahan pada mata ada hubungkaitnya. Rawatan bukanlah antibniotik dan sepatutnya antihistamine bagi menghilangkan alahan. Biji biji kecil itu dinamakan pipillae dan ianya sukar untuk hilang dan memerlukan masa yang lama. walaubagaimanapun perlu rawatan ubatan doktor dan juga perlu rawatan untuk asthma. Sekeliling mata juga perlu dijaga dengan "lidcare" dan anda tidak digalakkan memakai kanta lekap.
Doktor , dlm kes sye ni , adakah ia berbahaya ? Perlukan pembedahan?
DeleteTak perlu pembedahan. Rawatan adalah dengan ubat antihistamin yng dititik dalam mata
DeleteDr, adakah perlu saye berjumpa doktor terlebih dahulu atau beli sahaj ubt ?
DeleteDoktor, anak sy berusia 7 thn mengalami sakit kepala yg agak kuat sehingga tidak bolehh makan dan muntah selama hampir 2 minggu. Dr pediatrik mengesahkan tidak ada apa2 yg kritikal drp keputusan CtScan. Matanya jg tidak ada masalah. Sebaik sahaja sembuh drp sakit kepala itu matanya terus menjadi juling sebelah kiri. Sy perhatikan mata tersebut blh bergerak kesemua arah kecuali ke arah telinga kanan. Apakah masalahnya dan apa yg perlu sy lakukan, TQ
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteMohon dapat 2nd opinion dari pusat rawatan/hospital lain. Kemungkinan besar perlu repeat CTScan. Sila uruskan segera.
Salam...Dr, tempohari sy terus ke pediatrik GHKL. Ke mana sebaik2nya sy bawa anak sy. Utk maklumat Dr, skrg dia tidak sakit lagi cuma juling sahaja.
DeleteMaaf....tidak boleh gerak ke arah telinga kiri. Sebelum ni tak pernah sakit kepala.
ReplyDeleteSakit kepala yang amat mungkin disebabkan tekanan intrakranial yang tinggi tiba tiba, Dan kebarangkalian mata menjadi juling selepas itu adalah berkaitan. Perlu rujuk doktor untuk CTscan semula. Segera.
DeleteSalam Dr.
ReplyDeleteAnak sy berusia 1thn 6bln n saya br berjumpa Dr mata n sedang menunggu temujanji dgn pakar mata for another 3months. Dr mata menjelaskan anak saya mengalami mslh rabun dgn power sbyk 500 d sebelah kanan.
Actually mata kanan anak saya agak kecil berbanding kiri n dia sering menggosok mata kanan serta juling. Dia juga lambat berjalan iaitu pd usia 14bln.
Blh saya tahu apa kemungkinan2 penyeabb kepada kes anak saya?
SALAMULLAH
DeleteSekiranya kuasa mata adalah ketara perlu dibetulkan sesegera mungkin. Ini adalah untuk mengelakkan mata malas. Rawatan rabun sekiranya sebelah sahaja perlu menggunakan kanta sentuh khas kanak kanak. Kesukaran berjalan adalah berhubungkait dengan mata yang bermasalah. Penyebab masalah ini berlaku sukar ditentukan. Masalah mungkin bersifat kongenital (lahir bersama defek pada penglihatan), bebola mata mempunyai panjang axial yang lebih dari mata normal.
Assalam Dr
ReplyDeleteSaya nak tanya. Cucu perempuan saya bayi berusia 12 hari. Saya perasan
Mata kirinya tidak dibuka luas dari mata kanannya. Kelihatannya tak sama besar dan kadang kadang tak buka
Jika buka pun kecil. Tidal berair dan tidak bertahi. Saya bimbang
Apa kemungkinannya Dr?
Tq.
Azizah
SALAMULLAH
DeleteMasih terlalu awal untuk mengesan defek, Otot mata dan saraf belum lengkap tumbesarannya. Sila pantau hingga usia 6 bulan. Sekiranya masih sebegitu boleh bawa untuk diperiksa pakar mata.
salam doctor, saya mempunyai mata dimana mata sebelah kanan lebih kecil daripada sebelah kiri. dan mata sebelah kanan ini akan terbuka luas mengikut bukaan mulut saya.. contohnya, bila saya mengangakan mulut, automatically kelopak mata saya turut terbuka luas.saya ingin bertanya, adakah kaedah rawatan atau pembedahan yang boleh menyelesaikan kecacatan ini? saya selalu kehilangan keyakinan diri berikutan kekurangan yg saya hadapi.
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteBoleh buat temujanji untuk berjumpa saya di D'Optometrist 0391744024 (Bandar Sri Permaisuri) . Terima Kasih
Salam doctor,
ReplyDeleteSaya berusia 29 tahun. Sejak 3-4 bulan kebelakangan ni, saya perasan mata kiri saya selalu bertahi mata. Keadaan ini bukan hanya berlaku pada waktu pagi (bangun tidur) sahaja, tetapi kadang2 berlaku pada waktu petang dan malam dalam satu hari. Kadangkala apabila pandangan mata saya kabur (saya rasa macam bertahi mata), saya tengok di cermin, tapi tiada. Saya perlu gosok mata kiri saya berkali2 untuk mengeluarkan tahi mata tersebut, dan lama kelamaan, baru tahi mata itu keluar. Ianya dalam keadaan agak likat dan berwarna kuning. kadangkala saya perlu tarik tahi mata tersebut untuk membuangnya. Adakah keadaan ini normal kerana ianya hanya berlaku kepada mata kiri sahaja?
Terima kasih doctor.
Salam dr,
ReplyDeleteAnak saya berusia 1 thn 5 bln. Mata kanan ank saya merah, bengkak dan sedikit bertahi terutama bila bangun tidur. Saya telah bw ank jumpa paed dan dr bg ubat titis tobrex tp mata anak masih sama. Hari ke 3 sy bw ank ke klinik lain dan dr bekalkn ubat titis fucithalmic. Masalahnya mata ank sy bertambh merah dan berair selepas titis ubat tersebut. Adakah ini normal? Tq
SALAMULLAH
DeleteMerah dan berair adalah tanda yang tak normal. Perlu bawa ke hospital untuk dilakukan biopsi untuk menentukan mikroorganisma yang terlibat agar rawatn yang betul dapat diberikan.
Assalamualaikum.. dr , sye nk.bertnya .. mlm smlm , bwh mata say terasa sakit. Pag tadi . Bila saya periksa .. kelopak.mata di bahagian bawah mata saya kemerahan dn bila dipgg . Rasa sakit . Adakah ia punca dripada gigitan serangga ?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteCuba hilangkan bengkak dengan tuam. Jika gigitan serangan ada bekasnya perlu dapatkan rawatan antibiotik
Assalam prof madya dr..
ReplyDeletesaya selalu bangun untuk menyusukan bayi. masalah saya adalah, kadang-kadang, apabila saya bangun, mata saya amat susah untuk dibuka. melekap/ melekat dengan kuat. sehinggakan saya terpaksa menggunakan jari untuk membuka mata saya. (kadang-kadang, tidak begitu.kadang-kadang saya boleh membuka mata dengan normal apabila terjaga dari tidur). Tiada tahi mata berlebihan. mata tidak merah. tidak sakit. tidak gatal. cuma, observation dari suami yg melihat keadaan saya agak ngeri katanya, kerana dalam usaha saya ingin membuka mata (saya bangun untuk menyusukan anak. saya sedar, saya dengar anak saya menangis, tapi begitu sukar untuk membuka mata) mata saya seperti membesar dan terkeluar (tetapi kelopak mata masih tertutup). dan akhirnya saya membuka mata dengan jari.saya tolak kelopak mata dengan jari hingga terbuka. minta penjelasan adakah normal atau tidak. dulu tidak begini. saya berumur 30tahun. mempunyai 2 orang anak. masih menyusu sepenuhnya bayi lelaki 9 bulan.
. terima kasih
SALAMULLAH
DeleteTak normal. Cuba dapatkan tears naturalle atau ubat pengganti airmata dan titiskan 3 kali sehari dan juga sebelum tidur. Jika ianya masih bermasalah perlu dapatkan rawatan doktor untuk masalah mata kering
salam dr...anak saya sejak lahir sampai 4 bulan ni takde air mate bile nangis..macam mane ye
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeletePerlu diperiksa kelenjar airmatanya. Sila bawa ke pakar mata berdekatan.
SALAMULLAH
ReplyDeletePerlu diperiksa sama ada ada masalah pada kilang airmata ataupun laluan airmata tersumbat. Perlu pemeriksaan doktor.
Salam dr,
ReplyDeleteBaby sy 11 bln..Semas bermain ank sy terjatuh dan mukenya terhantuk pada lutut sy..kebetulan sy duduk dekat dgn baby... Masalahnya lps terhantuk baby menangis mcm sakit sgt...sy tak pasti terhantut di bahagian mana tapi sy risau sangat jika mata ye yg terhantuk di lutut sy sbb sy mcm perasan mata ye yg kena tp sy xpasti...lps beberape minit baby main semula, merangkak seperti biase...sy dah check dlm mata tak ada merah atau lebam...boleh memcapai mainan seperti biasa..tp sy tetap risau...jika mata baby yg terhantuk td apa tanda2 yg menunjukkan baby sakit di bahagian mata?
Terima kasih dr.
SALAMULLAH
DeleteCuba periksa untuk mata merah atau pendarahan pada mata putih, dan juga lebam sekitar orbital mata/kulit sekeliling mata. Adakalanya blunt trauma seperti ini tiada kesan dan jika mau ketahui sekiranya organ dalaman mata terusik maka pemeriksaan mata komprehensif perlu dilakukan.
assalam dr.ank sy umur 2 tahun lbh.sebelum ni sepupu trsepak muka ank sy.lps tu sy npk merah bhg bwh mata.kmudian jd lebam.bila saya pegang tpt lebam rasa keras.mcm benjol.sudh 2 mgu tp msih blum pulih.apa sebab n bgaimana hdk merawatnya?
ReplyDeleteSALAMULLAH
Deletelebam mungkin disebabkan pendarahan dalaman. Ianya mengambil masa lebih 2 minggu untuk reda. kalau tak reda perlu jumpa doktor mata.
assalam doc...sy nak ty..anak sy berumur sethun 3 bulan...beliau mengalami juling kiri apabila tengok sesuatu bnda dgn jarak dekat..baru-baru ni sy ke hospital berjumpa dengan pakar mata..beliau dicadangkan memakai cermin mata dengan kanta power 800.adakan apabila dia pakai sehingga unurnya sekolah akan pulih sediakala tanpa memakai cermin mata selepas itu?atau beliau akan terus akan memakai cermin mata sehingga dewasa?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteAgak terlalu awal untuk mengesan juling tersebut bersifat sementara atau kekal di awal usia 3 bulan. Perlu monitor dahulu juling tersebut. Sekiranya kekal sewaktu bayi berusia 6 bulan barulah power mata harus diberi..juga perlu ukur dahulu sama ada juling tersebut berkait dengan power mata. penting juga diketahui PUNCA sebenarnya berlaku juling. Sekiranya juling tersebut berkait dengan mata maka power adalah kekal. Kaedah rawatan boleh guna cermin mata atau kanta lekap khas untuk bayi.
assalammualaikum doc,
ReplyDeletesy ingin bertanya sedikit kemusykilan dengan ank lelaki sy yg berumur 3thun 7 bulan...mata putihnya tidak seputih mata kanak-kanak yg lain.warnanya sedikit keruh dan adakalanya nmpak kekuningan.adakah ia disebabkan oleh masalah mata atau masalah lain?Apa yang perlu sy lakukan.
SALAMULLAH
DeleteTanda mata kuning ada beberapa sebab antaranya ada gangguan di bahagian hati, kumpulan toksik, kekurangan vitamin, pendedahan pada UV. Perlu diperiksa punca sebenar masalah ini.
Assalamualaikum doktor
ReplyDeleteSaya berumur 23 tahun.. ingin bertanya mengenai keadaan mata saya di sebelah kanan di mana ia boleh dikatakan sebagai agak ketara..namun tidak lah terlalu sepet..rakan-rakan saya ada yang menegur dan gambar saya juga memperlihatkan permasalahan ini..saya ade mendengar perkara ini berlaku kerana kekerapan saya untuk tidur dalam tempoh masa yang lama dalam satu hari..oleh yg demikian..untuk mendapatkan jawapan..saya ingin bertanya..apakah punca mata saya yang sepet di sebelah kanan ini dan apakah yang harus saya lakukan utk mengatasi masalah ini.
SALAMULLAH
ReplyDeleteKelopak mata yang tidak sama perlu dipantau samada ianya semakin teruk ketika letih ataupun malam hari. Sekiranya ianya berubah menjadi lebih teruk mungkin terdapat gangguan saraf dan otot. Sekiranya saiz adalah sama sepanjang hari ianya mungkin disebabkan trauma atau kongenital. Ada setengah kes yang boleh dirawat dengan kaedah surgeri.
Assalamualaikum Doktor,
ReplyDeleteSaya berumur 47 tahun, seorang ibu dan berkerja sepenuh masa yang banyak menggunakan komputer. Masalah saya adalah mata sebelah kanan terasa terkelip, rupanya bila saya lihat di cermin yang bergerak2 itu adalah 'urat' di kawasan luar mata sebelah kanan (di kulit dekat2 dgn kawasan tear ducts, sebelah bawah kening dan sebelah hidung). Ia bergerak sekali sekali tetapi kerap juga sehingga menganggu konsentrasi saya. Mohon bantuan dan penjelasan doktor apa yang perlu saya buat. Adakah ia sekadar perkara biasa atau saya perlu berjumpa doktor. Terima kasih atas penjelasan doktor. Ampang, Selangor.
SALAMULLAH
DeleteUrat yang bergerak itu mungkin hanya kapilari darah ataupun saraf yang terangsang. Ini adalah refleks sementara yang biasa. Tidak perlu perhatian doktor sekiranya tiada kesakitan. Biasanya akan hilang dengan sendirinya.
assalamualaiku doktor.....saya berumur 29 thn saya nak tanya sebelah mata hitam saya , saya perasan macam ade cecair tetapi lembik seakan-akan berwarna kuning apakah dia saya sgt risau...sebelum ini saya memakai kanta sentu...mungkinkah ade luka...rawatan ape yang perlu diambil...skrg saya tidak memakai kanta sentuh kerana risau
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteAdakah ini sebelah mata hitam yang menghampiri hidung? bahagian lembik yang dimaksudkan itu mungkin adalah lebihan "isi" yang dinamakan Pterigium. Pterigium ini berwarna kuning dan agak ketara pada mata orang asia yang banyak terdedah dan alah pada UV. Ianya tidak disebabkan oleh kanta sentuh.Pemakaian kanta sentuh boleh terganggu kerana ketidaksetaraan permukaan. Elakkan dari UV dengan memakai cermin mata gelap dan topi. Untuk melegakan iritasi boleh gunakan tears naturalle (farmasi) iaitu pengganti airmata.
Assalamualaikum doc. Anak saya 17 jul ni baru 3 bulan. mata dia macam x nampak. bila saya dekat dgn muka dia pun, dia macam x nampak.. takde respon. mata dia macam pandang benda jauh.. macam fokus kat tempat yg jauh. bila kita gerakkan apa2 depan mata pun dia x respon. tapi bila saya halang pandangan dia, jadi gelap..dia marah & cepat2 alihkan pandangan kat tempat lain. masa check 2 bulan doc suluh mata pun dia x respon. lagi satu, anak saya ni suka besarkan mata dia... kenapa ye doc?? tqvm
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteTumbesaran mata hanya lengkap dan sempurna pada usia 6 bulan. Mata bayi pada usia 3 bulan hanya mampu fokus benda dekat sahaja dan adakalanya macam tiada fokus. Sekiranya mata yang sihat dikatup bayi akan resah dan menangis. Saya rasa respon bayi yang marah itu menunjukkan bayi ada penglihatan. Status penglihatan akan diperiksa oleh doktor secara berkala ketika bayi menerima imunisasinya.
Salam doc, saya pesakit diabetes dan telah buat pembedahan mata pada januari 2014, selepas 2 bulan pembedahan retina mata tak dapat melihat, pada akhir mac saya bedah lagi retina dan tukar lense bolehlah nampak dalam imej berlapis dan senget benget, tapi sekarang lepas bedah lebih 3 bulan mata kian kabur dan rasa kecewa sangat, saya tak mampu lagi nak terus rawatan swasta, tak cukup wang. Rawatan kerajaan pula ambil masa lama baru dapat giliran, bedah pertama tu dulu saya buat kat hospital selayang tapi tak berjaya sebab banyak pendarahan, apa yang saya boleh buat doc, tak ada orang yang sudi beri khidmat nasihat percuma, semua kena bayar. sekarang saya dah pencen awal sebab masalah diabetes, darah tinggi, kolestral, bantulah saya doktor dan berilah pandangan supaya saya dapat buat rawatan yang tidak mahal sangat sebab saya dah pencen guru, terima kasih doc
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeletePertama sekali penyakit diabetes perlu dikawal. Sekiranya bahagian retina sudah berlaku pendarahan agak sukar nak dapat penglihatan yang baik seperti dahulu kala. Mungkin mata mengalami Diabetik Retinopati. Hospital kerajaan adalah tempat yang terbaik untuk rujukan meskipun terlalu ramai orang dan lama untuk tunggu giliran. Setiap hospital ada tabung kebajikan yang boleh dipohon.
salam doc.. saya tiada penyakit lain.. semenjak lepas beranak..mata saya bengkak.. sekeliling mata.. belah kiri.. lepas tu ade ketumbit kejap..lepas ketumbit reda...bengkak masih ada..tak lame lepas tu bengkak sebelah kanan juga.. mata sy masih bole melihat dgn elok..sy tak pakai cermin mata.. dan mase mumula bengkak..tak sakit langsung..tp skang dah mula sakit sikit2..nmpk macam kene tumbuk pon ade. bangun pagi selalu nye nmpk sgt bengkak..beransur petang nmpk kurang sikit.. dan ade tahi mata sikit..skrang ni juga ade sakit kepala..terutama kawasan atas mata..bengkak ni dah dekat 5-6 buulan..saya pernah cehck doktor rklinik biase baru2 2die.. die check kencing ..result bagus..kensing saya bersih..check darah.. ginjal saya bagus jugak..gula dlm darah sume ok..saya agak buntu tatau saya sakit ape..saya tak sure perlu jumpe pakar mata ke atau pakar kulit ke atau pakar saraf.
ReplyDeleteharap dapat pencerahan dari doktor.. oh ye..kalao appointment brape lame ye kene buat..
SALAMULLAH
DeleteKetumbit yang dimaksudkan itu adalah kalazion istilah medikalnya..ianya memang akan terjadi berulang ulang kali. Cara rawatan adalah dengan antibiotik dan harus menggunakan "lidcare" untuk cuci kelopak mata (boleh dapatkan di farmasi) dan mata harus selalu dituan dengan cara yang betul. Sekiranya ketumbit itu terasa sakit ini bermakna anda juga mengalami masalah "stye" - ada nanah di folikel bulu mata. Rawatannya juga hampir sama.Cuba usahakan seperti yang saya sebut di atas. Kalau mahu buat appt ambil masa dalam seminggu ataupun kurang. Boleh telefon DOptometrist 03-9174 4024 di Bandar Sri permaisuri Cheras
Salam,saya berumur 18 tahun dan mengalami juling,iaitu juling malas,bagaimanakahsaya memperbaiki mata saya ? Saya tak rabun
ReplyDeleteSALAMULLAH
ReplyDeletePerlu di periksa mata secara menyeluruh untuk pastikan jenis juling. Rawatan seterusnya boleh dicadangkan kemudiannya, Juling boleh disebabkan mata malas. Mata malas berlaku kerana masalah rabun yang tidak dibetulkan untuk tempoh yang lama.
Salam,anak sy baru berumur 44hari.dari lahir sampai ke hari ini matanya berair dan bertahi mata hijau.patut kah saya bawa anak saya berjumpa doktor pakar?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteCuba cuci dengan menggunakan kapas dan air suam...kalau berlarutan keesokkan harinya bawa jumpa doktor pakar untuk dapatkan antibiotik.
Assalamualaikum Dr.. maaf sy mganggu..sy nak tanya,, anak saya baru berusia 11 bulan..persitiwa ini berlaku pada 6/8/2014..masa anak berjalan tatih sambil memegang kerusi di kedai makan, ada lalu seekor kucing.. anak saya pergi pegang kepala kucing tersebut dn kucing tersebut melawan.. tangan anak sy terkena sedikit cakar kucing sebab sy sempat menarik anak sy ke arah sy.. namun demikian sy rasakan mata kanan anak sy ada terkena cakar kucing tersebut sebab bila sy lihat ke dalam mata anak sy, mata nye merah dan seperti ada tompokan darah kecil..sy dan suami terus bawa anak ke klinik swasta..dan doc sahkan ada sedikit darah dalam mata putih.. tapi tiada kesan cakaran kasar di situ setelah diperiksa menggunakan lampu.. doc bekalkan sy ubat titik dn sekiranya mata anak saya berair tanpa henti dan sticky, doc minta sy refer ke pakar mata.. sy buntu.. apa yang perlu sy buat sekarang? adakah perlu sy tnggu untuk lihat jika ada tanda2 seperti yang doc katakan td atau terus bawa anak sy ke pakar mata? terima kasih Dr.
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteSekiranya tiada berlaku kemerahan berterusan ataupun ada tahi mata/ discaj selepas seminggu, bermakna tiada berlaku infeksi. Tompokan darah akan reda dengan sendirinya selepas beberapa hari.
Assalamualaikum wbt.
ReplyDeleteDr, anak saya mengalami masalah mata sejak berhenti menyusu badan pada usia 2 tahun, kini dia berusia 7 tahun. Matanya akan menjadi gatal,merah dan berair kekuningan(busuk dan hanyir) yang banyak, selepas bangun tidur, matanya akan melekat dengan tahi mata yang bewarna kuning kehijauan. Matanya akan kekal begitu sehingga tempoh 2 minggu dan akan beransur kurang. Kini matanya sentiasa bewarna keruh atau kekuningan. Saya telah membawanya mendapatkan rawatan beberapa pakar mata, dimaklumkan dia ada alahan dan resdung, ubat yang diberikan lazimnya ubat titis dan resdung. Matanya akan baik untuk seketika tetapi akan berlanjutan selepas itu. Apabila dititiskan ubat mata, dia akan kepedihan di dalam mata dan kegatalan yang amat sangat. Dr, tolong bantu anak saya, dimanakah boleh saya rujuk untuk mengubati matanya?
SALAMULLAH
DeleteAnak anda menghadapi masalah alahan teruk. Ubat titis sahaja mungkin tak mencukupi. Perlukan ubat alahan yg ambik secara oral (diminum). Puan juga perlu mencari punca berlaku alahan spt habuk, karpet atau kucing. puan juga harus memastikan bahagian luaran mata dan bulu mata sentiasa dalam keadaan bersih. Boleh guna lidcare yg boleh didapati di farmasi
Assalamualaikum doktor. Umur sy 19thn. Sy ign brtnya kpd dktor ttg mslh mata sy. sy mmpunyai mata di sebelah kiri lebih kecil berbanding mata sebelah kanan. Adakah ianya normal atau tidak? Utk pgthuan dktor, sy ada mslh rabun mata jauh (power kiri 100. Kanan - 135) sewaktu awl membuat cermin mata, pekerja di kdai crmin mata trsbut ad mengatakan bhwa sy mmpunyai mata malas. Terdapat juga simpton spt mengecil sblh mata apbla trdedah kpd chya matahari, menggunakan mata kanan utk memfokus trhdp sesuatu objek. Sy berasa tidak selesa dgn keadaan mata sy skrg ni kerana blh merasakan perubahan fizikal mata serta kurang keyakinan diri apabila berhadapan di khalayak ramai. Hrp doktor dpt menerangkan kpd sy utk tindakan yg blh sy lakukan.
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteMata kedua dua belah tak semestinya sama besar. Mata yg lebih kecil tidak menunjukkan ianya semestinya tak normal. Rabun tidak disebabkan oleh saiz mata. Sekiranya perbezaan adalah sangat ketara boleh dapatkan nasihat dari pakar bedah plastik mata.
Assalamualaikum. Sy pengasuh d sebuah taska. Masalah sy. Anak jagaan sy brumur sekitar 9 bulan lebih di dapati matanya kuning/kehijauan.. warna kulitnya juga kekuningan dan dia menangis tanpa henti. Dan hari ini sy dapati perut anak jagaan sy keras. Padahal dari 7 pagi hgga 6 ptg dia berada di taska, 3 kali dia membuang air besar. Dan masalah lagi teruk bila dimaklumkan kpd ibu bapa anak jagaan sy tersebut. Mereka tidak langsung membawa anak jagaan sy ke hospital atau klinik untuk rawatan. Apakah yg perlu sy buat sbgai seorang pengasuh?
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteDari masalah yang dinyatakan, bayi perlu rawatan segeranuntuk mengesan masalah jaundice atau kekunungan yang mungkkin hadir. Perlu bertindak segera