MOMENT TO WATCH

Loading...

Pages

Wednesday, July 2, 2014

RAWATAN BAGI RABUN WARNA

Masalah rabun warna kongenital (berlaku sejak lahir) tidak boleh dirawat atau dipulihkan. Walau bagaimanapun sesetengah penyakit mata yang menyebabkan rabun warna (acquired) boleh dibetulkan seperti masalah katarak atau selaput mata yang menyebabkan persepsi warna berubah dan ianya boleh kembali pada keadaan asal bila katarak di buang secara surgeri.

Lain-lain kaedah yang boleh membantu meningkatkan persepsi seseorang terhadap warna adalah:-

1.   Dengan menggunakan kanta sentuh tinta khas.
2.   Menggunakan cermin mata dengan penapis silau dan cahaya.
3.   Belajar dari masa dan persekitaran seperti contoh susunan lampu trafik.

Rabun warna perlu dikesan seawal mungkin. Ini boleh membantu kanak-kanak ini dari segi pelajaran dan untuk memberi motivasi serta dipupuk psikologinya dari segi pemilihan kerjayanya nanti.

Adalah penting membawa anak anda untuk menjalani pemeriksaan mata awal sekiranya anda mengesyaki anak anda mempunyai masalah persepsi warna terutamanya jika ada juga keturunan yang mempunyai masalah yang sama. Rabun warna dan rabun mata tidak selalunya berkait namun adalah lebih baik mendapatkan pemeriksaan komprehensif bagi memastikan anak anda bebas dari masalah rabun penglihatan.

Sekiranya anak anda telah sah dikesan dengan masalah rabun warna janganlah memikirkannya sebagai satu kecacatan dan kekurangan kerana masalah rabun warna adalah masalah genetik yang tidak mampu dikawal dan ianya tidak mengganggu prestasi penglihatan.

Anda perlu memberitahu pihak guru tentang masalah anak anda dan berbincang kaedah terbaik untuk membantunya. Sekiranya guru tersebut tidak berkemahiran mengendalikan pelajar rabun warna sebelum ini, anda boleh membantu dengan memberi keterangan warna yang dapat dilihat dan warna yang anak anda mungkin akan terkeliru. Seperti contoh menggunakan kapur papan hijau yang kontrasnya jauh berbeza. Penggunaan kapur putih lebih digalakkan berbanding dengan kapur warna kuning atau hijau.

Penggunaan kanta sentuh bertinta khas dan penapis bewarna
Kanta sentuh tinta khas berlainan tona
untuk merawat rabun warna berlainan jenis.

Sesetengah kanta sentuh tinta khas dan penggunaan penapis berwarna boleh membantu  merawat dengan cara ianya memisahkan dengan nyata warna-warna hampir serupa dengan persepsi orang rabun warna. Perlu diingat seseorang yang rabun warna bukan buta warna tetapi mereka terkeliru dengan warna. Optometris boleh mencuba meletakkan kanta sentuh tinta khas di atas mata bukan dominan dan menguji sama ada Ujian Plat Isihara mampu dilihat sepenuhnya oleh pesakit rabun warna. Penglihatan warna dengan pemakaian kanta sentuh tinta khas ini bukanlah bertujuan untuk merawat tapi ianya dapat membantu seseorang untuk lulus dalam Ujian Plat Ishihara. Sebelum pemasangan kanta sentuh tinta khas ini berlaku, pemakai harus memberi justifikasi tentang penggunaan kanta sentuh ini. Pemakai juga akan diminta menandatangani satu borang deklarasi yang menyebut beliau tidak akan menggunakan kanta sentuh ini untuk tujuan lain yang boleh memberikan kemudaratan pada masyarakat seperti contoh penggunaannya untuk memohon menjadi tentera atau juruteknik elektrik ataupun kerjaya yang bergantung pada persepsi warna.

Penggunaan kanta sentuh tinta khas boleh digunakan untuk mendapatkan kepuasan penglihatan warna dan mampu memberi kelainan dari persepsi warna pada lukisan atau fotografi. Pemakai seharusnya tidak melanggar akuan yang telah diberikan dihadapan Optometris.
Kanta sentuh tinta khas warna merah
diletakkan pada mata yang bukan dominan. 
Mata kelihatan normal dengan kanta sentuh ini.

Perisian Untuk Rabun Warna

Terdapat satu perisian yang dinamakan “GNOME desktop environment” yang membenarkan individu rabun warna menukar-nukar satu siri penapis warna untuk disesuaikan dengan defek warna individu tersebut bagi membolehkan beliau melihat dengan lebih baik sesuatu warna dari yang lain seperti dalam Ujian Plat Ishihara.

Rawatan Terapi Gen

Pelbagai kajian sedang rancak dijalankan memandangkan peratusan rabun warna di setiap negara adalah di antara 4-8% dan peratusan ini semakin meningkat mengikut kadar masa disebabkan oleh pengaruh genetik.

Salah satu kaedah rawatan yang sedang giat dikaji adalah terapi gen yang dilakukan pada tikus di mana berlaku ekspresi foto pigment dari kon yang tidak normal. Ini dapat meningkatkan persepi warna ataupun boleh mengubah seseorang rabun warna dari tahap dikromat kepada trikromat.

Walaubagaimanapun kaedah ini belum boleh digunapakai ke atas manusia kerana risiko yang dicongak adalah lebih dari kebaikkan yang diberi. Pertamanya suntikkan virus vektor adalah merbahaya dan amat tidak selesa. Meskipun terbukti setiap suntikkan boleh bertahan hingga 2 tahun, suntikan ulangan juga tidak digalakkan meskipun ada kebarangkalian badan sudah mempunyai imunisasi untuk menghalang inflamasi dari suntikkan tersebut.

Harus di bezakan rabun warna yang terjadi semasa kelahiran sahaja yang dapat menggunakan kaedah ini. Sekiranya masalah rabun disebabkan penyakit atau masalah di korteks penglihatan disebabkan ketidaknormalan kon di retina ianya tidak boleh dirawat dengan kaedah ini.

Kaedah terapi gen ini juga mungkin boleh membawa kepada persoalan etika, kritism dan hak asasi manusia kerana ianya mengubah informasi genetik seseorang.

Memandangkan populasi rabun warna yang agak besar, rabun warna perlu difikirkan kembali sama ada ianya benar satu “masalah” ataupun sebaliknya. Ini adalah kerana bagi mereka yang rabun warna jenis dikromat (persepsi warna tidak senormal dikromat), mereka mampu membezakan objek yang berselindung dengan latarbelakang. Tambahan pula sekiranya kaedah ini dilakukan, kepuasan hati setiap individu terhadap persepsi warnanya adalah sangat subjektif. Perlu difikirkan sama ada kualiti kehidupan akan berubah atau akan lebih terganggu sekirannya rabun warna dapat di rawat sepenuhnya.

Seorang pelukis terkenal Van Gogh, menggunakan warna dan suka melukis halos sekeliling cahaya di malam yang gelap. Ianya satu refleksi pada satu penyakit mata yang dialami iaitu glaukoma jenis sudut tertutup. Beliau banyak menggunakan warna kuning dalam lukisannya. Pilihan ini mungkin kerana itulah warna kegemarannya ataupun rabun warna yang dialami menyebabkan beliau menggunakan warna kuning secara intensif untuk meningkatkan persepsi warna beliau,. Persepsi beliau terhadap warna telah mencetus satu fenomena dikalangan pelukis di mana satu kaedah beru telah diterapkan oleh seorang pelukis dari Jepun yang melukis  dengan menggunakan kanta rabun warna untuk mendapatkan persepsi warna yang berlainan dari biasa.
Gambar kiri; contoh penglihatan normal dan gambar kanan: contoh pandangan yang dilihat oleh orang rabun warna. Gambar disunting dari:

Kesimpulannya, adakah rabun warna itu merupakan satu kekurangan ataupun satu keistimewaan, terpulang pada individu itu sendiri untuk mengubah kekurangan itu menjadi satu kelebihan yang luar biasa.


Kanta lekap rabun warna iKEJORA juga boleh didapati di D'Optometrist Visioncare Centre, Bandar Seri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur. TEL+60391744024.
Email : dstreamvision@gmail.com

Dan juga boleh didapati di premis optikal PERFECT VISION BRUNEI

Sila hubungi alamat L1/10 Ground Floor, Seri Q-Lap Mall, Kg Kiulap Commercial Area. BE 1518 Brunei Darussalam TEL +673-2342772 
Email : info@perfectvisionbrunei.com



Prof Madya Dr Haliza Abdul Mutalib
Pakar Optometris
Program Optometri & Sains Penglihatan,
Fakulti Sains Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia


17 comments:

  1. Salam Prof ,..mane boleh dapat lens rabun warna ni?yg pasal cucuk tu pulak ,terbukti berkesan ke?harap Prof dapat mmberi sedikit sebanyak tentang masalah rabun warna ni ,..harap prof baca coment sy ni,..thanks :)

    ReplyDelete
  2. SALAMULLAH

    Buat masa ini tiada rawatan yang boleh menyembuhkan masalah rabun warna. kanta lekap untuk rabun warna hanya membolehkan pemakai menikmati warna yang sudah hampir dengan penglihatan warna normal. Jika berminat boleh menghubungi D OPTOMETRIST di Bandar Tasik Permaisuri 03 - 91744024

    ReplyDelete
  3. salam prof.. Saya pernah menggunakan kaedah kanta sentuh berwarna tetapi ianya tidak dapat memberi kesan yang positif dimana tahap pengecaman warna sy seperti tidak memakai kanta sentuh berwarna, malah menganggu penglihatan sy.. adakah prof mempunyai kaedah yang sesuai dengan masalah yg sy hadapi? terima kasih atas kerjasama dan pandangan prof.. Harap ianya dapat membantu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH, En Zaidi

      Kanta sentuh berwarna jenis apa yang tuan telah mencuba? Saya menggunakan kanta dengan tinta khas ciptaan saya sendiri. Kebiasaannya ianya memberi "enhancement" pada warna dan membantu lulus dalam ujian Ishihara. Sekiranya tuan ingin mencuba boleh menghubungi D OPTOMETRIST di Bandar Tasik Permaisuri 03 - 91744024

      Delete
  4. Salam prof..nk tnya,prof taw x mne2 tmpat yg bleh buat kanta wrna tu d area2 kelantan @ johor bharu? Bandar Tasik Permaisuri tu kt mna ya?

    ReplyDelete
  5. D OPTOMETRIST di Bandar Tasik Permaisuri 03 - 91744024 di Cheras (depan HUKM). saya tak pasti di kelantan atau JB

    ReplyDelete
  6. assalamualaikim saya baru berumur 16 tahun . terasa diri cacat bila gagal ujian memandu bahagian ujian warna . prof , wajar x dlm usia remaja memakai kanta itu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Rabun warna bukan satu kecacatan tapi hanya satu kekurangan dalam persepi warna. Boleh pakai kanta tersebut kecuali pada kanak kanak kerana bimbang berlaku kekeliruan persepsi warna.

      Delete
  7. As salam dr. Anak saya berusia 7 tahun dan menghadapi masalah rabun warna, dimana selalu keliru warna hijau dan coklat. Adakah masalah ni mengganggu dari segi pencapaian akademik nya. Dok mengatakan ank saya sebagai color weakness.

    ReplyDelete
  8. SALAMULLAH

    Istilah Rabun warna ataupun buta warna adalah sebenarnya kurang tepat. Maksud rabun warna adalah sebenarnya merujuk pada kekeliruan pada warna tertentu dan lebih ketara dalam keadaan tertentu seperti dalam lampu malap atau hujan. Ada banyak kaedah ibubapa boleh bantu anak anak yang telah dikenalpasti mengalami masalah seperti ini. Untuk mengelakkan masalah psikologi di sekolah, pastikan anda prihatin tentang masalah anak yang paling ketara adalah sewaktu kelas mewarna. pastikan anda melabel pensel warna dengan nama warna dan mengajarnya warna rumput, laut dan awan atau benda atau objek lazim yang dilihat. Kekeliruan warna tidak menyebabkan gangguan pencapaian akademik tetapi tahap penglihatan yamg lemah atau rabun boleh menyebabkan gangguan pembelajaran.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. dkt melaka ni ade x jual cermin mata atau kanta utk rabun warna? tq hrp sudi bntu

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Di Melaka saya tak pasti jika ada menjual kanta sentuh dari luar negara. Kanta untuk rabun warna ini adalah keluaran Malaysia dan hanya dijual di DOptometrist Cheras sahaja buat masa ni. Insya Allah boleh dibantu. Sekiranya tuan ingin mencuba boleh menghubungi D OPTOMETRIST di Bandar Tasik Permaisuri 03 - 91744024 untuk temujanji. TK

      Delete
  11. Berapa harga utk kanta lekap nie ye prof?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Ada beberapa jenis. Perlu dilakukan pemeriksaan. Anggaran RM900

      Delete
  12. akhdiat abd malekJuly 11, 2017 at 6:40 AM

    Assalam Dr Haliza...adakah dalm bentuk kanta lengkap sahaja? tidak adakah dalam bentuk cermin mata?

    ReplyDelete
  13. As salam doc sya nak bertya knapa slps sya buat spek baru di tmbh rabun silau sya tdk lgi selesa memkai lens yg biasa sya pkay sblmnya?? Sya jdi tdak selesa n pglihatannya meganggu mata sya,,dakah jln pyelesaian,,boleh kah sya memakai lens lagi..

    ReplyDelete