MOMENT TO WATCH

Loading...

Pages

Sunday, July 12, 2015


100 PERSOALAN TENTANG KANTA LEKAP


HARUS DIMILIKI OLEH SETIAP PEMAKAI KANTA LEKAP 
RM 35.00

Buku ini membentangkan 100 persoalan lazim tentang kanta lekap.  Terdapat 10 topik utama yang mana di bawah setiap topik mengandungi 10 soalan yang berkait.  Setiap siri persoalan akan dijawab dengan terperinci disertai dengan gambar berwarna. Gaya penulisan pada buku ini sangat mudah difahami dan banyak menggunakan perkataan asas serta penerangan yang berstruktur. Adalah menjadi satu kemestian dan penting bagi pegawai perubatan, jururawat, pemakai kanta lekap serta pelajar dalam jurusan optik memanafaatkan ilmu dari buku ini.

Isi kandungan buku ini merangkumi  persoalan awal tentang peranan dan perbezaan antara  profesion penjagaan mata, jenis kanta lekap, kebaikkan dan perbezaan setiap jenis kanta lekap, teknik betul pengendalian kanta lekap serta cara prosedur mencuci dan menjaga kanta lekap dengan cara yang betul. Buku ini juga mengandungi informasi tentang komplikasi atau kesan yang boleh berlaku sekiranya kanta lekap tidak dijaga dengan baik atau disalahgunakan.

Adalah diharapkan pembaca dapat memperolehi ilmu baru serta lebih memahami dan dapat mempraktikkan ilmu kanta lekap dengan baik dalam penggunaan seharian. Kanta lekap adalah satu ciptaan yang membawa manusia ke satu era pemodenan dan penggunaannya membawa seribu satu kebaikkan namun kejayaan dan kepuasan dalam pemakaian hanya boleh diperolehi jika ianya digunakkannya dengan cara yang betul.

UNTUK TEMPAHAN:

HARGA RM35.00 + RM 5.00 (untuk poslaju) : RM 40.00
Online ke akaun :Maybank: 564856303291 Haliza Abdul Mutalib. Nyatakan bukti perbankan dan whatsapp ke 013-7877011
Tempahan juga boleh dibuat secara terus ke talian 03-91744024 atau dapatkan melalui: http://www.wasap.my/60193009699

Salam Hormat dari saya;

Prof Madya Dr Haliza Abdul Mutalib
Pakar Optometris
Program Optometri & Sains Penglihatan,
Fakulti Sains Kesihatan
Universiti Kebangsaan Malaysia

14 comments:

  1. Salam doctor. Saya memakai contact lens baru je lg. Saya perasan mcm ada scratch dkt cornea mata. Dan kalau blink kan mata rasa mcm sakit mcm ada habuk. Ada juga beberpa kali kalau rasa mcm ada habuk i'll just wash my hand dgn air paip then gerak2kan lens tu dgn jari sbb saya tak bawak lens solution most of the time. Ptg td after kuliyah mata saya mcm merah and eyelid mcm bengkak(mata sbelah kanan) and dah okay dah sikit. Apa saya patut lakukan ya? Saya baca mostly review org dlm google diorang pergi hospital and kena tahan ward 2-3 months. Maybe susah bg sya sbb saya pelajar matrik. Jadi apa saya boleh lakukan ya? Bolehke titik eyedrops mcm eyemo tu for a while? Bhaya ke eh rasa pedih2 mata and macam ada scratches ni? Can it lead to corneal ulcer and nanah2 semua tu? (Nauzubillah) hopefully doctor boleh jawab persoalan saya. Boleh ws saya di 0134185727

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      kena periksa macamana boleh ada scratch pada mata. Adakah kerana lens tersebut dan Chipped/sopek atau koyak bahagian hujungnya? rawatan bagi mata yang terkena scratch yang obvious adalah dengan antibiotic. Tak perlu warded. Eyemo bertindak sebagai pelembab mata dan ada yang mempunyai bahan pengawet jadi perlu berhati hati bila gunakannya. Sekiranya ianya kerap berlaku ataupun leuka tersebut agak dalam dan berlaku infeksi ianya boleh menyebabkan ulcer. Luka membuka ruang pada fungus, bacteria dari air, kolam mandi, untuk memasuki dan boleh menyebabkan ulcer jika dibiarkan.

      Delete
  2. salam Dr.,sy ada masalh urat mata kekal (x sakit) yg byk pd permukaan sclera..selain tu ade mcm yellow spot sikit..sy juga ada masalah dry eyes..bila dlm bilik b'hawa dingin & lampu terang lg obvious kelihatan..seingat sy masalah ni sejak 3 tahun lalu, tp lately nampak makin teruk..sy selalu guna laptop utk tujuan keje+study dll..dh mcm2 cara sy buat utk hilangkan blood vessel ni tp x b'kesan..sy dh jumpa optometrist & opthomalogy..sy dh amik vitamin suplemen billberry,flaxseed oil, omega 3,eye drop eye gel, tp sume tu x bagi kesan positif..bagaimana utk dapatkan mata putih normal kembali..mata sy dulu tidak mcm ni..masalah ni affect confidence level sy sbb org mcm takut tgk mata sy bila b'bual dgn sy..effect social life sy sbb sy rasa xyakin nk b'hadapan dgn org ramai..sy sgt m'harapkan solution utk merawat masalh mata sy ni..boleh Dr. suggestkan pusat mata yg offer affordable price utk student?dlm malaysia ni ada x eye whitening precedure?thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salamullah

      Urat mata tersebut adalah salur darah yang adakalanya kelihatan lebih jelas pada sesetengah mata dan tompokan kuning adalah pingeculae yg terjadi disebabkan UV matahari. Mata kering boleh dilegakan dengan menitiskan ubat titis pengganti air mata. Walaubagaimanapun mata tidak boleh diputihkan melainkan dengan mengunakan vasoconstrictor (ubat titis) untuk mengecutkan salur darah untuk sementara waktu. Ini hanya boleh diberikan oleh doktor mata selepas pemeriksaan rapi. boleh diamalkan sekali sekala tapi boleh ada masking effect kalau selalu menggunakannya.

      Delete
  3. Assalamualaikum wbt Dr. Sy pengguna kanta lekap sejak tahun 2006 (masa mula2 masuk U). Skrg saya perasan dalam kelopak mata saya seperti ada bisul kecil (macam jerawat batu tu) kanan dan kiri. Saya mula perasan hari ni ketika saya memakai alat pelentik bulu mata sy kuatkan kepit dan angkat sehingga nampak dalam kelopak mata. Adakah ia serius dan memerlukan rawatan? Atau patutkah saya berhenti memakai kanta lekap? Terima dr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Bisul kecil yang dimaksudkan tersebut mungkin papillae yang mana ianya disebabkan oleh kanta lekap yang kotor. Perlu confirm dengan pemeriksaan sebelum rawatan boleh diberikan.

      Delete
  4. Assalamualaikum Dr...saya berusia 26 thn. Saya mempunyai masalah di kelopak mata di mana kelopak mata kiri saya agak sepet sedikit berbanding kelopak mata kanan. Saya rasa penyakit ini bukanlah sejak saya lahir lagi kerana apabila saya lihat semula gamabr saya semasa kecil, kedua-dua mata saya ok tak da yg sepet. saya juga tidak perasan sejak bila mata sebelah saya sepet dan juga tidak tahu puncanya. tapi jangkaan saya masalah mata saya ini berlaku mungkin semasa saya sekolah menengah. Kelopak mata saya akan rasa pedih apabila terlalu lama mengadap laptop atau buat sesuatu kerja tanpa berehat. hanya mata kiri saya sahaja yg terasa pedih. Sekarang saya sedang mendapat rawatan di salah sebuah hospital kerajaan. beberapa ujian telah saya jalani antaranya ujian tyroid, dan MG. Namun, keputusan bagi kedua2 dua itu adalah negatif. soalan saya apakah penyakit yang saya sedang alami dan apakah rawatan yang terbaik utk merawat mata saya..Harap doktor dapat membantu

    ReplyDelete
  5. SALAMULLAH

    Unilateral ptosis (terminologi untuk kelopak mata yang lebih redup untuk sebelah mata) boleh berlaku atas beberapa sebab selain dari Thyroid atau MG (yang biasanya melibatkan kedua dua belah mata). Adakalanya mata jadi kecil (bukan sepet) disebabkan mata yg tak berfungsi. Anda perlu berjumpa dengan neuro Ophtalmologist (pakar mata bahagian saraf) untuk mengesahkan masalah ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas respon Dr. Sepanjag rawatan saya di hospital, saya telah berjumpa dengan doktor bahagian mata dan doktor neoro. Doktor neoro juga ada beri saya ubat "pyridostigmine 60 mg" untuk naikkan kelopak mata kiri saya..seingat saya dalam masa seminggu saya makan. tapi tidak ada hasil. dan doktor minta saya ambil darah untuk ujian tyroid untuk kali kedua. saya masih menunggu result ujian darah tersebut untuk mengetahui penyakit sebenar.

      Delete
  6. Assalamualaikum dr , saya nak tanya apakah masalah mata saya ini , mata saya selalu rasa gatal2, selalu juga berair , adakah masalah saya dari pada resdung ? Dan tahi mata saya selalu ada di bawah dalam mata saya , sya juga pengguna c.lens , tapi hanya mata sebelah kanan sahaja yg selalu ada masalah mcm tu. - ada tak ubat yg blh selesaikn masalah sya tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Sepertimana yang diterangkan seperti alahan masalahnya. Ada ubat yang boleh diambil tetapi perlu pemeriksaan untuk mengesahkan keadaan.

      Delete
    2. SALAMULLAH

      Sepertimana yang diterangkan seperti alahan masalahnya. Ada ubat yang boleh diambil tetapi perlu pemeriksaan untuk mengesahkan keadaan.

      Delete
  7. Assalammualaikum dr

    Saya baru pertama kali memakai contact lens. Mata saya menjadi sedikit merah((tidak sakit/berair)).hanya sebelah kiri sahaja yang merah. Sebelah kanan okay. Kesan merah tuh sekejap je, dalam 2 jam kemudian kesan merah tuh hilang. Patut ke saya berhenti memakai contact lens? Atau mata saya merah sebab mata kering?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Memandangkan kesan merah hilang selepas tempoh beradaptasi maka kemungkinan besar mungkin ada habuk dibawah kanta lekap pada masa mula pemakaian ataupun mata 'terkejut'dengan kekurangan oksigen dan selepas seketika mata dapat beradaptasi semula.

      Delete