Pages

Wednesday, June 6, 2012

MAKLUMAT AM
SEGMEN KENALI MATA ANDA 4

MATA MERAH
Jika anda mengalami mata merah dan ada tanda- tanda mata yang lain seperti berikut :
1.     Rasa berpasir
2.     Gatal
3.     Bertahi
4.     Berair
5.     Sakit
6.     Silau
Anda mungkin mengalami :
  
                    Konjunktivitis infeksi              Konjunktivitis alergi
 
                     Ulser / Kudis kornea                 Glaukoma akut               
Kecederaan mata
Tindakan :
  • Dapatkan rawatan doktor mata dengan segera
  • Elak merawat mata sendiri
  • Elak guna ubat titis steroid tanpa nasihat doktor
KECEDERAAN MATA

Kecederaan mata semakin kerap berlaku terutama di kalangan kanak-kanak, remaja lelaki dan pekerja-pekerja industri. Ia membawa risiko hilang penglihatan yang teruk atau boleh menjadi buta, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan kecederaan yang menusuk mata dan kemasukkan bendasing ke dalam bebola mata.

1. Kecederaan Mata Oleh Objek Tajam

Puncanya

                         Tusukan alat tajam             batu kecil yang melantun sewaktu memotong    
        rumput

 
 Buaian berpenjuru tajam                 percikan api/logam semasa welding


Tusukan cermin hadapan kereta akibat dari kemalangan jalanraya

Kecederaan tusukan atau luka mata

 
      Luka kelopak mata                 Luka kornea dengan iris terkeluar
 
   Calar pada kornea                        Bendasing atas retina

2. Kecederaan Mata Oleh Objek Tumpul

Puncanya


Lantunan bola tenis atau bulu tangkis                  Tumbukan

                           
 
Lebam

 
       Pendarahan pada konjunktiva       Pendarahan dalam ruang anterior mata

3. Bendasing Pada Permukaan Mata
  
  Bendasing di bawah kelopak mata      Bendasing di atas konjunktiva 
 
   Bendasing di atas kornea                    Bendasing di atas retina

4. Kecederaan bahan kimia

 
       Cecair pencuci, racun serangga, cat      Konjunktivitis dan calar pada kornea

KECEDERAAN MATA
  • ƒ Boleh berlaku di mana-mana
  • ƒ Pada bila-bila masa
  • ƒ Pada sesiapa sahaja
  • ƒ Boleh mengakibatkan kebutaan kekal
Apa yang mesti anda lakukan?

Langkah Pertama :
  • Terbakar :
  1. Alirkan air sebanyak yang boleh ke atas tempat atau ke dalam mata yang terkena bahan bakar (termasuk asid / alkali)
  2. Cuci kelopak mata
  3. Buangkan bendasing dari mata
  • Kecederaan oleh benda tumpul :
  1. Tutup mata dengan penampal lembut
  • Kecederaan oleh benda menusuk :
  1. Jangan cabut benda yang menusuk mata
  2. Tutup mata dengan penampal lembut
  3. Jika dikhuatiri bola mata pecah, tutup mata dengan pelindung mata (eye shield) dan elak sebarang tekanan ke atas mata
Langkah Kedua :
  • SEGERA berjumpa Pakar Mata/Oftalmologi 
Tindakan Pencegahan

1.    Berhati-hati ketika menggunakan
•     Bahan kimia
•     Objek tajam
•     Alat sukan

2.    Guna alat pelindung mata ketika
•     Bersukan lasak
•     Menjalankan ujian makmal
•     Menjalankan aktiviti vokesional

3.    Guna alat keselamatan seperti
•     Topi keledar
•     Tali pinggang keselamatan   

PERINGATAN

ANDA MESTI BERJUMPA PAKAR OFTALMOLOGI JIKA :
  • cedera pada kelopak mata
  • muka dan mata terbakar / tersimbah bahan kimia
  • termasuk bendasing ketika menukul atau memotong rumput
  • luka pada mata
  • bila tahap penglihatan menurun berbanding sebelum kecederaan
 SAYANGILAH MATA ANDA

8 comments:

  1. slm..kenapa mata selalu bertahi..rimas dibuatnya..apakah rawatan yg ssuai untk mgatasinya?mohon pnjelasan.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Kemungkinan mata mengalami Mild Allergic conjunctivitis. Perlu pemeriksaan untuk rawatan perubatan seterusnya. Harus juga menjaga hygine sekeliling mata menggunakan LIDCARE/ LIDWIPES (ada di farmasi).

      Delete
  2. Assalammualaikum. 2 hari lepas saya buat kerja penyiminan bahan binaan. Bahan yg terkena pada mata sy adalah simen kapur. Mata sy jadi pedih sgt rasa mcm ada benda yg terbakar dlm mata. Mujur tak terkena pada bebola mata. Jdi sy buat keputusan utk jmpa dgn doktor. Doktor cuma cuci mata sy. Lpas 2 jam mata sy sakit kembali. Mcm bengkak pun ada. Bila sy tgok betul2 mata sy mcm berkedut bila dipicit. Adakah mslh sy dpt diatasi? Atau terus berjumpa dgn doktor pakar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Anda perlu menjalani ujian penglihatan untuk memastikan tahap kecederaan,

      Delete
  3. Apakah kesan yg berlaku pd mata jika serbuk kapur terkena pd bebola mata?

    ReplyDelete
  4. Assalam...apakah kesan sakit mata kerana berbulan yang sebelum ini mata saya sakit..jadi saya tidak berjumpa dengan doktor..saya biarkan ia sembuah dengan sendiri..tpi apabila ia sembuh dengan sendiri di kelompok mata saya di dalam mata mempunya butir besar dan kecil..apakah masaalah mata saya itu..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Belum sembuh dengan sempurna dan kelihatan seperti ada masalah alahan juga

      Delete