Pages

Saturday, July 7, 2012


JULING

Pernahkah anda melihat kanak-kanak bermata juling? Apakah yang bermain di kepala anda apabila melihat keadaan ini. Rata-rata, masyarakat Malaysia mungkin menganggapnya sebagai satu taboo. Ianya jarang diperkatakan apatah lagi dipersoalkan. Ramai ibubapa yang mempunyai anak yang bermata  juling akan menganggapnya sebagai satu ketentuan ataupun takdir tuhan. Oleh itu mereka tidak cuba berbuat apa-apa untuk membaiki keadaan itu. Ada juga yang cuba menidakkan keadaan itu dengan menyatakan bahawa itu cuma juling air atau juling itik yang di anggapnya sebagai satu symbol kecantikkan. Malah ramai yang masih tidak tahu yang keadaan juling itu  masih boleh dibetulkan dengan pelbagai cara termasuk terapi penglihatan, surgeri, cermin mata dan kanta sentuh.
 
Juling boleh dikatakan sebagai satu fenomena yang agak biasa di kalangan bayi dan kanak-kanak tetapi kerapkali masalah ini tidak dapat dikesan dari awal . Ibubapa sepatutnya membawa anak-anak yang disyaki atau mula diperhatikan mempunyai kejulingan ke pakar mata untuk di periksa. Walaupun kadangkala juling itu kelihatan sedikit sahaja dan hanya kelihatan apabila penat ataupun diwaktu petang, ianya perlu di pandang serius. Kemungkinan ianya boleh menjadi lebih nyata dan teruk dalam tempoh yang singkat.

Kanak-kanak bermata juling mempunyai masalah memfokus dengan kedua dua belah matanya pada satu objek pada masa yang sama. Lama-kelamaan kanak-kanak yang mengalami masalah ini akan kehilangan penglihatan (mata malas) pada mata yang juling itu kecuali jika masalah ini dikesan dan di rawat dari awal.

Kejulingan adalah disebabkan oleh paksi kedua-dua bebola mata tidak selari. Ianya melibatkan pergerakkan otot-otot mata. Adakalanya kedua-dua mata terlibat bersama.


Definisi
Juling ataupun nama saintifiknya strabismus ataupun heterotropia adalah suatu keadaan di mana kedua mata tidak tertuju atau tertumpu pada satu objek yang menjadi pusat perhatian secara bersamaan. Keadaan ini boleh menjadi kekal (selalu berlaku) atau berlaku dalam keadaan tertentu saja seperti saat sakit atau stress. Mata yang tampak juling dapat terlihat lurus dan yang tadinya tampak lurus dapat terlihat juling dan boleh diklasifikasi kepada beberapa jenis:

A. Esotropia    : mata terletak menghampiri  hidung
B. Eksotropia  :
mata terletak menjauhi  hidung
C. Hipertropia : mata terarah melihat ke atas
D. Hipotropia  : mata terarah melihat bawah

Adakalanya mata boleh juling keatas ataupun bawah ataupun mempunyai kombinasi kedua-dua paksi.

Bagi kanak-kanak, juling merupakan satu keadaan yang biasa berlaku. Tetapi kebiasaanya ianya gagal dikesan diperingkat awal. Ada bayi yang dilahirkan juling dan ada pula kejulingan mula berlaku diperingkat kanak-kanak. Bagi bayi dan kanak-kanak, kebiasaannya mempunyai juling jenis esotropia. Kanak-kanak yang mula nampak juling setelah berumur lebih setahun, adalah penting dibawa untuk dibawa pemeriksaan mata kerana kanak-kanak tersebut mungkin mengalami rabun teruk pada satu mata, katarak unilateral ataupun lain-lain sebab yang memerlukan perhatian segera.

Kebiasaanya ibubapalah orang yang pertama melihat ataupun mengesan kejulingan pada anak-anak. Sekiranya juling adalah terlalu teruk, kehilangan penglihatan atau mata malas boleh berlaku dalam masa yang singkat

Kejulingan yang minima boleh dikesan melalui penyaringan penglihatan yang biasa. Walaupun ianya tidak berjangkit ianya akan kekal dan darjah kejulingan akan menjadi lebih besar sekiranya tidak dirawat. Rawatan diperingkat awal adalah lebih mudah. Biasanya hanya dengan terapi ortoptik sudah memadai. Sekiranya darjah juling terlalu besar, surgeri otot perlu dilakukan.

CARA MENGENALPASTI KEJULINGAN

Untuk mengenalpasti kejulingan anda boleh membawa anak anda berjumpa dengan Optometris atau Ortoptis.  Optometris atau Ortoptis boleh evaluasi kedudukan refleks kornea bayi atau kanak-kanak. Di sini darjah kejulingan dan jenis kejulingan boleh di kesan dengan menggunakan  pelbagai jenis prisma dan ujian katup.

CARA RAWATAN

Kebiasaanya  latihan ortoptik atau latihan memfokus  di gunakan untuk mereka yang mempunyai juling sedikit tetapi ini tidak memadai untuk membaiki kejulingan yang teruk. Bagi kanak-kanak kecil biasanya cara membaiki juling teruk adalah melalui kaedah surgeri. Adakalanya beberapa surgeri perlu dilakukan untuk meluruskan paksi mata. Selepas surgeri, ada kalanya cermin mata, kanta sentuh dan latihan ortoptik masih perlu dilakukan untuk satu tempoh yang di tentukan.  Sekiranya mata yang juling itu dikesan mempunyai ambliopia (mata malas), rawatan  untuk keadaan tersebut juga diberikan
PENYEBAB JULING

Terdapat banyak sebab mengapa kejulingan mata boleh berlaku. Antara sebabnya adalah  kelumpuhan otot mata, rabun mata terlalu tinggi, penyakit sistemik, berkaitan dengan penyakit mata seperti katarak ataupun tumor mata seperti retinoblastoma.

PSEUDOSTRABISMUS ATAU JULING PALSU

Bagi bayi yang baru lahir terutamanya untuk beberapa minggu pertama, mata bayi boleh kelihatan seperti juling terutamanya ketika bayi letih ataupun mengantuk. Adakalanya bayi yang baru lahir memperlihatkan juling yang  lebih ketara dari masa ke semasa. Ianya mungkin bukan jenis juling sebenar tetapi  satu keadaan yang dipanggil pseudostrabismus yang bermakna kejulingan palsu.

Pseudastrabismus atau juling palsu berlaku apabila mata kelihatan juling disebabkan wajah bayi yang mungkin tidak berapa simetri. Kebiasaanya bayi yang mempunyai batang hidung yang tidak tinggi dan mempunyai lipatan kulit berlebihan dihujung mata (yang dekat dengan hidung) boleh kelihatan seolah-olah juling. Walaubagaimanapun, ianya tidak membawa sebarang masalah pada penglihatan bayi.

Apabila bayi semakin besar dan wajah makin berubah sedikit, masalah pseudostrabismus akan hilang. Walaubagaimanapun adakalanya ianya boleh berubah menjadi juling nyata.

Sekiranya bayi mempunyai penglihatan normal, bayi mesti mampu memfokus dengan kedua-dua belah mata pada satu objek yang dipegang hampir dengan mata bayi pada waktu yang sama. Sekiranya bayi sememangnya juling, bayi tidak dapat fokus dengan kedua-dua belah matanya.

KESAN JULING

Bagi ramai orang, juling itu hanyalah satu kekurangan pada wajah, namun ramai yang tidak ketahui bahawa kejulingan boleh menyebabkan seseorang itu kehilangan penglihatan binokularnya. Kedua-dua mata sepatutnya bekerjasama secara langsung, simetri dan tepat apabila melihat sesuatu objek. Penglihatan binokular amat penting dalam menganggar kedalaman atau jarak antara dua objek. Seperti contoh bayi yang ingin mengutip mainan untuk dimasukkan kedalam bakul mainan memerlukan penglihatan binokular. Tanpa penglihatan binokular mainan tersebut mungkin diletakkan diluar bakul.

Masalah ketiadaan penglihatan binokular ini boleh dirawat dengan menggunakan kaedah terapi penglihatan. Dengan kaedah ini penglihatan binokular mungkin boleh diwujudkan dan berfungsi semula. Sekiranya seseorang itu mempunyai darjah kejulingan yang sedikit dan tidak mempunyai penglihatan binokular, rawatan dengan menggunakan kaedah terapi boleh dilakukan dengan jayanya.
TERAPI PENGLIHATAN

Terapi penglihatan adalah satu terapi fizikal untuk sistem penglihatan yang meransang otak dan juga mata. Dengan menggunakan satu siri prosedur terapeutik (latihan mata), pesakit boleh mendapat penglihatan normal kembali. Terapi penglihatan boleh digunakan untuk membaiki pelbagai jenis gangguan penglihatan binokular seperti ambliopia (mata malas), kejulingan, kerabunan jauh dan dekat ataupun astigmatisma dan lain lain lagi. Sekiranya gagal, rawatan secara surgeri akan dilakukan sekiranya perlu.

Oleh sedemikian jangan berlengah-lengah lagi sekiranya anda mengesyaki mata anak anda mungkin nampak juling. Dapatkan pandangan dari Optometris anda secepat mungkin. 

Oleh:
Dr Haliza Abdul Mutalib
Pensyarah Kanan & Pakar Optometris

138 comments:

  1. saya mempunyai anak yg mengalami masalah ini,cuma baru2 ni sahaja sy terfikir untuk mencari maklumat mengenai masalah anak sy,soalan sy adalah anak sy kini memasuki umur 5 thn,adakah suda terlewat untuk merawat mata anak sy ini, dan klu tidak apakah yg harus saya lakukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Masalah mata malas masih boleh dirawat dengan baik sehingga umur 7 tahun. Walaubagaimanapun ini harus dilakukan dengan betul. Apabila mencecah ke umur 12 tahun...prognosis rawatan tidak begitu bagus lagi.

      Delete
    2. saya ada ank brumur 1 tahun mngalami mata juling sebelah kiri..apa yang perlu sy lakukan utk prbetulkn mata ank saya?adakah kaedah pmbedahan berisiko utk ank sy?

      Delete
  2. Assalamualaikum Prof... Thanks for ur info.. Saya curious and saya nak tahu lebih lanjut tentang mata saya yang mempunyai penglihatan yang baik tetapi mempunyai bebola mata yang tidak selari apabila memfokus sesuatu benda... erti kata lain memang nampak julinglah walaupun penglihatan saya ok.. saya harap Prof akan explain.. Thanks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Mata yang selari ataupun tidak, harus dipastikan mempunyai penglihatan yang baik 6/6 bagi setiap mata. Tetapi keburukkan bagi mata yang juling adalah kemungkinan besar persepsi kedalaman tidak kuat. perlu pemeriksan lanjut untuk menentukan sama ada kejulingan itu boleh dirawat ataupun tidak.

      Delete
  3. Salam,

    Anak saya sudah masuk umur 3 tahun setengah, saya mula sedar keadaan mata dia masa dia umur setahun kalau tak silap. Mula2 saya ingat dia main-main je buat juling pastu boleh kembali ke asal. Sehinggalah sekarang. Mata dia dalam kategori esotropia. Tapi kadang-kadang mata dia normal, tapi kalau gelak tiba2 mata dia lari. Bila dia fokus sesuatu benda, dia akan tengok sedekat boleh. Saya tak pasti sama ada ia dibuat-dibuat sebab mata dia selalu normal, ada masa2 tertentu akan jadi esotropia tu. Harap doc beri penjelasan.

    Terima kasih :)

    ReplyDelete
  4. SALAMULLAH

    Kebanyakkkan masalah esotropia pada kanak kanak disebabkan rabun yang tidak dibetulkan. Walaubagaimanapun harus diperiksa untuk diagnosis rabun. Adakalanya juling akan hilang bila rabun dibetulkan. D'Optometrist ada pakar runding bagi kes juling. Boleh buat temujanji jika berminat . Telefon 03-91744024 Bandar Tasik Permaisuri Cheras

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum doc.
    Anak saya lelaki 3 years, kerap menjeling apabila nak fokus pada sesuatu cth nya menonton tv, atau melihat sesuatu. Menjeling pada kedua posisi kiri atau kanan. Namun kadang kala dia boleh fokus straight dan bole mencari objek dlm permainan hide n seek dgn baik. Matanya akan kelihatan juling sedikit apabila dia mengantuk atau baru bangun dr tidur, tapi akan ok selepas itu. Adakah menjeling itu habit nya, atau mmg kesan drpd juling? Tq doc.

    ReplyDelete
  6. SALAMULLAH

    Memandangkan puan ada menyebut tentang juling, kemungkinan besar "jelingan"nya adalah begitu besar. Kebiasaannya mata akan nampak juling apabila penat ataupun dihujung hari. Keadaan boleh dirawat sekali.

    ReplyDelete
  7. salam doktor..saya mempunyai masalah mata hampir 2 bulan di mana apabila memandang ke sebelah kiri saya , penglihatan saya menjadi 2 'double vision'..bila g check di pakar, dia cakap maybe mata saya dah jadi juling tp tak tau kenapa leh jadi sebegitu sebab lepas bgn tido 2 bulan lepas, saya alami masalah ini shnggalah sekarang. bagaimana ye nak atasinya doktor

    ReplyDelete
  8. SALAMULLAH

    Sekiranya kejadian ini berlaku tiba tiba ianya perlu di ambil perhatian. Juling tiba tiba perlu di ketahui puncanya. Cara rawatan sangat bergantung pada puncanya. Sila berjumpa pakar juling segera. Boleh buat temujanji di D Optometrist Telefon 03-91744024 Bandar Tasik Permaisuri Cheras

    ReplyDelete
  9. Salam Prof. Anak lelaki saya berusia 2tahun.Sebelum ini saya lihat matanya agak juling bila mngantuk atau baru bangun dari tidur. Tp kebelakangan ni mcm semakin kerap pula mata dia juling.Keadaan ini agak merisaukan saya. Mohon maklumbalas Prof.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Sekiranya puan telah dapat mengesan kejulingan, boleh dapatkan pemeriksaan lanjut dgn Pakar orthoptis dan Optometrist. Sekiranya benar, dan rawatan dilakukan lebih awal, prognosis adalah lebih baik

      Delete
  10. prof saya sudah berusia 17 tahun dan hampir ke 18 tahun. Juling saya ialah juling jauh dari hidung. apakah rawatan yang terbaik untuk saya sejajar dengan usia saya?

    ReplyDelete
  11. SALAMULLAH

    Perlu dilihat darjah kejulingan dan sama ada saudara masih punyai penglihatan Binokular ataupun tidak. Ada banyak kaedah utk merawat juling tetapi harus menjalani pemeriksaan dahulu dan barulah dapat diberitahu kaedah yang mana satukan yang paling baik dan efektif. Boleh buat temujanji D Optometrist Telefon 03-91744024 Bandar Tasik Permaisuri Cheras

    ReplyDelete
  12. Sejak lahir ank saya tidak juling,pada usia 5 tahun ank saya juling.saya buat rawatan doc umurnya 12 tahun...terlalu lama saya biarkan mata ank saya juling.doc mengesahkan mata ank saya keduanya juling tapi kedua mata ank saya penglihatanya amat baik..bolehkah saya melakukan pembedahan supaya tidak nampak juling.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Juling boleh dilakukan surgeri setelah beberapa prosedur dilakukan bagi memastikan hasil selepas surgeri memuaskan. Ini amat penting meskipun penglihatan kedua-dua mata adalah baik. Anda boleh mendapat rawatan dari pakar Juling dengan membuat temujanji di D'Optometrist Telefon 03-91744024 Bandar Tasik Permaisuri Cheras

      Delete
  13. Salam prof...sy nk tnya...sy da berumur 28thn...sy ada msalah rabun jauh n astigmatism.. sblm ni mata sy ok...tp dlm setahum ni sy prasan mata kiri sy juling ckit drp dl...adakah disebabkan sy rabun? Bolehkah dia kembali ke asal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Perlu periksa mata untuk dapatkan kuasa mata terkini. Ada beberapa pemeriksaan amat perlu dilakukan untuk mengenali jenis juling. Ada yang boleh dirawat dengan cermin mata atau kanta lekap dan ada juga perlukan surgeri. untuk temujanji boleh hubungi D'Optometrist Telefon 03-91744024 Bandar Tasik Permaisuri Cheras

      Delete
  14. assalamualaikum prof . sy ingin bertnya . adakah seseorg (berumur 16 tahun ) yg juling boleh diubati matanya utk kembali ke asal/normal ?

    ReplyDelete
  15. SALAMULLAH

    Banyak cara untuk merawat juling. beberapa prosedur harus dilakukan untuk memastikan hasil rawatan adalah efektif. Anda boleh hubungi D'Optometrist Telefon 03-91744024 Bandar Tasik Permaisuri Cheras

    ReplyDelete
  16. salam prof. saya seorang gadis berusia 21 tahun dan mengalami masalah juling pada sebelah kiri mata saya. Masalah ini bukan berlaku sejak lahir, tapi ketika usia sy 11 tahun dimana terdapat satu tompokan darah merah dalam mata kiri saya (tanpa sebarang kemalangan atau rasa sakit) tiba2 muncul. 2 atau 3 hari kemudian, mata hitam saya beralih kedalam sedikit dan menyebabkan juling sehingga kehari ini.

    Sekarang sy menuntut disebuah universiti dan agak kurang keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai. Selain itu, sy juga mghadapi masalah sakit kepala dan pening bila mnumpukan pandangan terhadap sesuatu objek. Sy harap prof boleh bantu dgn memberikan cadangan atau nasihat utk merawat mata sy agar kembali normal. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH
      Sila hubungi D'Optometrist Telefon 03-91744024 Bandar Tasik Permaisuri Cheras. Saya akan cuba bantu anda.

      Delete
  17. salam doc..sy nak bertanya..anak sy brusia satu bulan 14hari..sejak akhir2 ini sy prasan dy agak juling ktika ingin mnyusu badan..adakah trlalu awal utk diperiksa?sbb kmgkinan boleh jadi juling palsu..dan pada umur berapakah anak sy ssuai utk diperiksa?terima kasih byk

    ReplyDelete
  18. SALAMULLAH

    Bayi yang baru dilahirkan dan masih kecil boleh "menjulingkan" matanya dengan sengaja. Ini sangat normal. Anda cuma perlu pantau..sekiranya juling ini berterusan hingga umur 2 tahun. bawa lah untuk diperiksa matanya.

    ReplyDelete
  19. salam dr..saya berumur 22 tahun..sy juga mempunyai masalah mata juling..tetapi kdang2 org tidak perasan tntg mata saya ini..apabila sy fokus betol2 mata saya pada objek, mata saya tidak akan kelihatan juling...mcm mana yer?

    ReplyDelete
  20. SALAMULLAH

    Sememangnya kita punya daya untuk meluruskan mata yang juling. Walaubagaimanapun daya kita terhad, ianya tidak dapat dikawal lagi sekiranya mengantuk atau terlalu letih. Wajar dapatkan rawatan untuk memastikan jenis dan punca juling.

    ReplyDelete
  21. Assalammualaikum prof,sya nak tanya berkenaan ank saudara sya,namanya Amir berumur 7 tahun. Rabu mingu yang lepas ni lps die bangun dari tidur die mengadu dekat ibu die pandangannya 'double vision' Dan ibunya lihat matanya macam juling.mcm mana boleh jadi begitu ya Dr,mnta pencerahan Dr sebab sebelum ni die xde masalah juling ataupun mengadu matanya ad double vision..

    ReplyDelete
  22. SALAMULLAH

    Juling adalah penyebab double vision. Juling yang berlaku secara akut / tiba tiba perlu pemeriksaan dan rawatan segera. Ianya boleh terjadi akibat peningkatan tekanan dalam intrakranial, respon pada alahan yg teruk, trauma dan sebagainy. Perlu rawatan segera.

    ReplyDelete
  23. salam doktor sy ada mslh juling air...ada ke rawatan di hospital kerajaan

    ReplyDelete
  24. Salam doc.sy berumor ,29...sy mglmi juling air..sy nk tnye anggaran kos untuk meperbtulkn mata sy

    ReplyDelete
  25. SALAMULLAH

    Prosedur rawatan bergantung pada berapa banyak otot mata yang terlibat. Boleh periksa mata dengan pakar juling kami dahulu sebelum surgeri dapat disyorkan.Kos surgeri juga bergantung pada kepakaran dan hospital

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum doktor. .anggaran berapa kos rawatan juling di pusat rawatan foktor. ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Di Hospital swasta dalam RM7K atau lebih tinggi. Di hosp kerajaan bayaran surgeri agak minimal kurang RM50, Saya tidak buat surgeri untuk juling tetapi hanya melakukan pemeriksaan dan terapi selepas juling.

      Delete
  27. SALAMULLAH

    Kos pemeriksaan juling konsultansi nya antara RM30-100. Surgeri juling bergantung pada hospital yang dirujuk.

    ReplyDelete
  28. Salam.. Dr. Anak sy umur 3 bulan 14 hari. Kdg2 matanye kelihatan juling dan kdg2 normal.. Dia juga tidak begitu aktif menggerakkan bola matanya. Bila sy brcakp dgn dia seolah merenung jauh ke lain. Kmi punya sejarah congenetal cataract

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Perlu pengesahan doktor mata segera. Jangan lengah lagi.

      Delete
  29. salam prof. saya mempunyai mata yang kadang-kadang nampak juling. anak mata hitam kiri saya tidak dapat digerakkan. apabila ingin jeling ke kiri dan kanan tidak boleh kerana anak mata kiri saya tidak boleh bergerak. ada cara ke ingin selesaikannya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Perlu disiasat apa puncanya. Sekiranya ada faedah dari surgeri, doktor akan mencadangkannya.

      Delete
  30. salam prof saya ada maslah juling sejak umur 5 tahun dan sekarang saya berumur 21 tahun..juling exotropia bila gunakan sebelah mata sahaja bergantung kepada mata yang digunakan untuk melihat.bila tengok di cermin saya boleh betulkan dgn melihat mggunakan kdua mata..adkaah mata saya boleh dibetulkan?kalau boleh berpaa kos anggaran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      perlu di periksa jika mata juling itu masih boleh digunakan ataupun tidak. kos pembedahan bergantung pada hospital yang merawat.Sila hubungi D'Optometrist Telefon 03-91744024 Bandar Tasik Permaisuri Cheras. Saya akan cuba bantu anda.

      Delete
  31. assalammualaikum doktor. anak saya berusia 2thn 5bln.saya perasan anak saya mengalami masalah juling exotropia. selalunya waktu dia day dreaming, atau bgn tido. sblm ni jarang, tp lately agak kerap. saya bercadang untuk bawanya ke hospital. persoalannya adakah mslh juling anak saya boleh dibetulkan & jika sudah dipulihkan adakah ianya akan berulang kembali? terima kasih prof

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Juling ada banyak jenis, perlu dilihat jenis dan puncanya. Sama ada ianya boleh dibetulkan atau pun tidak bergantung pada pemeriksaan ortoptik yang akan dijalankan nanti. Doktor akan menasihati anda sama ada juling itu boleh berulang ataupun tidak. Paling penting Puan harus periksa mata anak segera supaya mata malas pada mata yang juling itu tidak menjadi teruk dan menyukarkan rawatan.

      Delete
  32. Assalam..dr..sy berusia 25 thun..sy semangnya dilahirkan juling jenis esotropia..tetapi kadang2 mata kanan saya yang kelihatan juling..kadang2 mata kiri pula kelihatan juling..jd adakah masalah sy blh dirawat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Mengikut apa yang digambarkabn, juling ini adalah jenis alternating. Kebiasaannya penglihatan adalah baik pada setiap mata. Sekerinya pemeriksaan menunjukkan keputusan yang positif, sepatutnya tiada masalah untuk dirawat.

      Delete
  33. salam prof.. saya berumur 20 tahun dan mata saya juling sejak kecil lagi dan tak tahu yg juling ni boleh jadi teruk...juling saya paling kerap terjadi selepas saya bangun tidur dan ada sesetengah masa je mate saya kan juling...saya nak tanya mcm mana nak tahu yang mana satu mata sy yg juling kanan atau kiri sbb kadang2 mata kanan yang pandang tempat lain kadang2 mata kiri yg pandang tempat lain..sy confuse..mohon pencerahan.harap dpt membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Ini adalah jenis alternating squint. Maksudnya juling yang bersilih ganti. Masih boleh dirawat. Sekiranya juling itu hanya sedikit kemungkinan besar hanya perlukan terapi sahaja.

      Delete
  34. Salam.saya berumur 17 tahun dan mempunyai juling jenis eksotropia..mata kanan saya selalunya tertutup apabila di bawah terik matahari dan air mata mengalir tanpa disedari..penglihatan mata kanan saya juga agak teruk kerana hanya nampak cahaya yg kabur sahaja..adakah memberi kesan jika saya ingin melalukan rawatan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Mata kanan anda mungkin ada ralat refraksi yang masih belum dibetulkan, Ada banyak cara untuk membetulkan ralat refraksi. Adakalanya bila power mata juling dibetulkan darjah kejulingan menjadi kurang atau hilang terus. Tidak menjadi masalah untuk melakukan rawatan.

      Delete
  35. As salam prof,
    Saya busia 28 thn, saya tidak mempunyai mslh juling sblm ni,cume bru thn ni suami perasan saya seperti juling air..bila lihat di cermin saya pn rase spr juling air..adakah rawatan nya di hospital swasta area johor bahru

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Juling yang berlaku secara tiba tiba perlu perhatian lanjut. Kebanyakkan hospital mempunyai pakar mata untuk memeriksa mata anda.

      Delete
  36. Assalamualaikum Doc, Sy berusia 14. Masalah sy ialah alternating... Bagaimanapun cara utk pulih Doc...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Perlu periksa dahulu besar sudut juling baru nasihat kaedah merawat boleh diberikan.

      Delete
  37. salam prof,anak saya 1 tahun 5 bulan disahkan ada rabun dan juling, dr.sarankan pakai cermin mata untukmerawatnya. soalan saya, adakah anak saya perlu pakai cermin mata sepanjang hayat atau sehingga juling / rabunnyadapat dipulihkan sahaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Sekiranya kuasa power anak tak normal bagi usianya barulah perlu memakai cermin mata. kanta sentuh khas untuk kanak kanak. Perlu tahu bayi yang masih kecil ada kuasa pada mata sehingga +4.00D dan boleh memaksa mata untuk juling. Jadi perkara ini perlu ditentusahkan dengan betul.

      Delete
  38. Assalam prof, saya berumur 20 tahun. Saya ada masalah lazy eyes. Sekarang power mata saya agak tinggi. Bila pakai lens ada sedikit juling pada mata kanan. Apakah rawatan yang boleh saya buat? atau tak boleh dirawat? anggaran kos rawatan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH
      Masalah lazy eyes sudah tidajk boleh dirawat. Masalah juling akan lebih ketara kalau pakai kanta sentuh. Sekiranya juling tidak dapat dirawat dengan latihan dan kanta, surgeri boleh disyorkan. Walaubagaimanapun perlu pemeriksaan dahulu. Kos surgeri bergantung pada kompleksnya juling.

      Delete
  39. Assalam prof, saya berumur 20 tahun. Saya ada masalah lazy eyes. Sekarang power mata saya agak tinggi. Bila pakai lens ada sedikit juling pada mata kanan. Apakah rawatan yang boleh saya buat? atau tak boleh dirawat? anggaran kos rawatan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Sekiranya juling tersebut adalah sedikit, mungkin latihan ortoptik dapat diberikan untuk mengawal juling. Sekiranya gagal mungkin surgeri akan dicadangkan. Kos rawatan bergantung pada prosedur yang dilakukan.

      Delete
  40. Assalam Prof..saya suhaida. Anak saya umur 8thn 9bln, mata kiri dia optometris kata mata malas. Power sampai 400++ sblh kiri..sblh kanan Alhamdulillah normal. Doktor suh buat spek and tutup sblh mata..pakai setiap ari sekurang-kurangnya 6jam sehari..dia suh pakai masa baca buku atau buat keja skolah, so that mata nanti fokus n in shaa Allah cepat baik..

    Tapi anak saya tak nak pakai..sebab bila pakai kat skolah, kawan2 perli "org tua"..pastu kat umah pun dia mengelat tak nak pakai sebab dia tak nampak nak baca atau buat keja skolah..dia start beli spek masa umur 7thn..

    Soalan saya..ada ke cara lain untuk selesaikan masalah mata malas anak saya selain dari pakai spek dan tutup mata sebelah..??

    Harap dapat jawapan dari prof..terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Juka sebelah mata ada rabun 400 dan sebelah lagi tiada rabun sememangnya cermin mata tidak digalakkan. Anak anda perlu memakai kanta sentuh pada sebelah mata untuk mengurangkan masalah anisometropia (kuasa mata jauh berbeza kanan dan kiri). Selepas pemakaian kanta sentuh barulah penutupan mata yang baik boleh dilakukan dengan efektif untuk merawat mata malas. Ini masa yang baik untuk melakukan terapi selepas umur 12 tahun, prognosis tidak begitu baik. Jika anda perlu bantuan boleh hubungi D'Optometrist Telefon 03-91744024 Bandar Tasik Permaisuri Cheras. Saya akan cuba bantu anda.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Lupa nk bgtau..masa pegi check power kt kedai spek..diaorg x dpt detect exact power brape baru clear utk mata tu..sbb, bila sampai ke 400 brape ntah, dia still x clear tulisan..

      Cmne nk explain ye :( x reti pulak nk explain kt doktor..

      Delete
    4. Kalau pakai sebelah kanta sentuh tu..blh baik ke mata malas tu lama2..?? Atau kena pakai sampai tua..??

      Delete
    5. Mata malas tu kena rawat dengan kanta sentuh khas dan kena buat terapi untuk pulihkan mata malas. Penglihatan akan bertambah baik selalunya bila terapi dilakukan tetapi kuasa mata akan kekal. Oleh itu kuasa mata tu akan ada dan perlu pakai kanta sentuh sampai tua.

      Delete
    6. Mata malas tu kena rawat dengan kanta sentuh khas dan kena buat terapi untuk pulihkan mata malas. Penglihatan akan bertambah baik selalunya bila terapi dilakukan tetapi kuasa mata akan kekal. Oleh itu kuasa mata tu akan ada dan perlu pakai kanta sentuh sampai tua.

      Delete
  41. Prof..satu lagi. Baby boy saya 5mths old 13hb ni in shaa Allah..mata dia dh makin tak center..dh mula nampak nak juling sejak dalam pantang..lama2 makin teruk. Tapi klinik kesihatan kata tunggu sampai umur 1 thn baru refer optometris..ye ke prof..?? Kakak saya kata dulu anak dia jadi cmni, doktor pakar kata kena refer terapi mata sblm umur sethn sbb bila dah sethn lbh, nnt tak boleh terapi tapi kena bedah je.

    Mohon penjelasan dr prof. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Juling untuk bayi yang masih kecil perlu diperiksa segera. Ini untuk menolak kemungkinan ada Kongenital katarak atau masalah mata yang lain. Elok segera lakukan pemantauan.

      Delete
    2. Thanks for ur useful advice :)

      Delete
  42. asslmualaikum prof. saya nak tanya lah.. kenapa ye mata selalu vibrate then tgk benda jadi double.. dia xkerap tapi kdg2.. selalu juga laa.. kenapa ya.. pergi klinik pun macam merapu je doktor ckp. ermmm.. risau.. please advice.. igt ke klinik selesai, tpi x.. mohon bantuan.

    ReplyDelete
  43. asslmualaikum prof. saya nak tanya lah.. kenapa ye mata selalu vibrate then tgk benda jadi double.. dia xkerap tapi kdg2.. selalu juga laa.. kenapa ya.. pergi klinik pun macam merapu je doktor ckp. ermmm.. risau.. please advice.. igt ke klinik selesai, tpi x.. mohon bantuan.

    ReplyDelete
  44. asslmualaikum prof. saya nak tanya lah.. kenapa ye mata selalu vibrate then tgk benda jadi double.. dia xkerap tapi kdg2.. selalu juga laa.. kenapa ya.. pergi klinik pun macam merapu je doktor ckp. ermmm.. risau.. please advice.. igt ke klinik selesai, tpi x.. mohon bantuan.

    ReplyDelete
  45. asslmualaikum prof. saya nak tanya lah.. kenapa ye mata selalu vibrate then tgk benda jadi double.. dia xkerap tapi kdg2.. selalu juga laa.. kenapa ya.. pergi klinik pun macam merapu je doktor ckp. ermmm.. risau.. please advice.. igt ke klinik selesai, tpi x.. mohon bantuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH
      Mata bergetar (nystagmus) selalunya berkait dengan saraf tahap tinggi iaitu di otak. Anda perlu diperiksa segera. Jangan lengah.

      Delete
    2. Boleh menghubungi D'OPTOMETRIST, Cheras, KL untuk temujanji 0391744024

      Delete
  46. Assalamualaikum prof. saya nk tanya berapa anggaran kos untuk pembedahan mata juling ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Bergantung pada kesulitan pembedahan. Boleh dilakukan di Hospital kerajaan juga.

      Delete
    2. tapi mata kiri saya juling eksotropia .adakah boleh dirawat dgn operation ? sebab mata kiri sy power rabun jauh dah 1000+

      Delete
    3. Sebelum surgeri juling, optometris/orthoptist akan periksa mata dulu sama ada surgeri itu boleh dilakukan atau tidak. Jika rabun dibetulkan dan penglihatan jadi dua surgeri tidak boleh dilakukan hingga pesakit belajar bagaimana utk suppress mata juling. Prosedur ini bukannya straight forward jadi perlu pemeriksaan dan dengar dahulu pandangan dan cadangan pakar. Jadi untuk kes ini perlu dahulu pemeriksaan tidak boleh mengagak sama ada surgeri boleh dilakukan ataupun tidak hanya dengan melihat kuasa rabun.

      Delete
  47. Assalamualaikum Dr..kawan sy baru shj menjalani pembedahan mata juling..sekarang pandangan nya menjadi double vision...dan die sukar menentukan mana satu imaj..mana satu objek..apa yg perlu dilakukan Dr.terima kasih.

    ReplyDelete
  48. Assalamualaikum Dr..kawan sy baru shj menjalani pembedahan mata juling..sekarang pandangan nya menjadi double vision...dan die sukar menentukan mana satu imaj..mana satu objek..apa yg perlu dilakukan Dr.terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Sepatutnya sebelum surgeri juling dilakukan, pemeriksaan rapi oleh optometris atau ortoptis perlu dilakukan untuk memastikan double vision tidak berlaku selepas surgery. Apa yang boleh dibantu sekarang ini adalah dengan menggunakan kanta lekap untuk mengaburkan mata yang lebih lemah sementara menjalani terapi untuk memulihkan mata yang baru surgeri itu untuk fuse dengan mata yang satu lagi. Rawatan ini akan dilatih oleh pakar ortoptist.Sila hubungi D'Optometrist Telefon 03-91744024 Bandar Tasik Permaisuri Cheras untuk temujanji

      Delete
  49. Salam..sy berusia 25 thn. Mata sy mula juling ketika sy berusia 11 atau 12 thn. Sy blh melihat dgn jelas menggunakan kedua2 mata sy. Tp sy xtau mata mana yg juling kerana jika sy hendak melihat ke sebelah kanan, mata kiri yg akan juling, dan jika sy hendak melihat ke sebelah kiri, mata kanan yg akan juling. Ringkasnya, bergantung kpd sy melihat menggunakan mata sebelah mana, mata yg sebelah lg akan juling. Tp sy juga blh memfokuskan kedua2 mata sy ke arah yg sama jika sy mahu, cuma sy rasa kurg selesa berbuat begitu terutama jika hendak melihat objek yg jauh. Juling sy jenis eksotropia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Juling ini adalah alternatif atau berselang seli. Kebiasaannya prognosis adalah baik jika melakukan surgeri.

      Delete
  50. Assalamualaikum Dr.. baby saya baru berusia 3 bln.. baru2 ni saya terperasan dia mengalami juling esotrapia.. perlu ka saya bawa dia jumpa pakar atau ada cara saya boleh merawatnya sendiri.. harap sangat saya dapat pencerahan dari masalah ni sebab ni baby pertama saya selepas 3 tahun berkahwin.. sedih jugak bila dia ada masalah camtu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Bayi masih belum complete imunisasi ketika berusia 3 bulan. Oleh itu lebih baik utarakan persoalan tersebut pada doktor ketika mengambil imunisasi. Perlu diperiksa lebih detail punca sebenar dan sekiranya benar mempunyai esotropia.

      Delete
  51. Salam dr...
    Anak sy 6 bulan, kelihatan juling ..menghala ke batang hidung.. Sy risau.. Sy perlu segera berjumpa pakar ke yer doktor?

    ReplyDelete
  52. As'salam Dr...

    Anak sy baru berusia 2 bulan....baru seminggu lepas sy dapati mata anak sy ada masanya menjadi juling....kadang2 sebelah kiri.....kadang2 sebelah kanan....dan juga kedua2 anak matanya berada di tengah2 ke dalam.....sekiranya dirawat dr sekarang,adakah mata dia boleh kembali normal??

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Ianya adalah perkara biasa untuk bayi nampak juling. Ini adalah kerana otot otot yang memegang mata belum berfungsi dengan baik lagi. Walaubagaimanapun untuk mengesahkan perkara tersebut perlu berjumpa dengan Optometris

      Delete
  53. assalam Dr..

    anak saya kini berusia 8 bulan dan saya dapati mata kanannya juling Eksotropia.saya dapat mengesan mata nya seawal lebih kurang dalm usia 5 bulan.tapi julingnya jarang2 berlaku.tp bile usia anak sya semakin meningkat ,kekerapan juling mata kanannya semakin jelas.soalan saya,adakah juling mata anak saya boleh di pulihkan?untuk pengetahuan Dr juga,saya telah membuat pemeriksaan susulan dan buat masa sekarang anak saya akan di rujuk ke HKL pada bulan 5/16 ni dan usia ketika itu sudah 11 bulan..
    Mohon pandangan dan pencerahan dari Dr.
    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Perlu diperiksa anak sama ada juling palsu atau sebenar. Jika ianya dapat dikesan awal, rawatan lebih mudah.

      Delete
  54. Anak saya berumur 12 tahun dan mengalami juling sejak 9 tahun.Tetapi saya melihat matanya semakin pulih.Adakah anak saya ada potensi untuk pulih sepenuhnya tanpa pembedahan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Sesetengah jenis juling boleh pulih dengan bantuan terapi atau latihan otot yang intensif. Paling penting perlu dipastikan tahap penglihatan anak dalam keadaan memuaskan.

      Delete
  55. Salam dokt, umur saya 22 tahun. Mungkin agak terlambat nak rawat. Pd awalnya, tak kelihatan sangat tapi makin meningkat dewasa, makin teruk mata saya. Untuk umur mcm sy, ape rawatan terbaik? Dan berapa kos merawat? Adakah boleh dapatkan rawatn di mana2 hospital kerajaan or swasta?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Untuk masalah juling, boleh ke hospital swasta atau kerajaan atau boleh buat temujanji DOptometrist 03-91744024 Bandar Sri Permaisuri, Cheras

      Delete
  56. Assalamualaikum dr. Saya ade membaca artikel bahawa cara alternatif untuk merawat mata juling esotropia atau eksotropia adalah dengan menutup mata yg tidak juling.Adakah cara ini berkesan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Untuk mengaktifkan mata yang lemah boleh gunakan kaedah ini. Walaubagaimanapun sekiranya mata yg juling itu sudah suppress (tiada atau hampir tiada penglihatan) agak bahaya juga kerana terapi ini boleh memulihkan mata tersebut dan jika mata dibuka kedua dua serentak boleh nyebabkan nampak dua (diplopia). Elok lakukan pemeriksaan dahulu sebelum melakukan terapi.

      Delete
  57. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  58. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  59. Assalamualaikum doktor, saya berumur 19 tahun. Saya perasan juling saya berlaku ketika saya berumur 14 tahun. Sebelah mata memandang ke atas sikit. Tpi kadang2 nampak okay kadang2 nampak sgt juling tu. Saya malu kalau nk brtentang mata dgn org lain ketika bercakap. Apa yg perlu saya buad yer? Ada yg mensyorkan pakai spec mata khas utk juling. Brapa yer harga spec tu doktor? N apa yg perlu saya lakukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Perlu berjumpa dengan Optometris bagi menentukan degree juling dan jenisnya. Rawatan boleh berbentuk surgeri, terapi ataupun pemakaian cermin prisma. Walaubagaimanapun perlu diperiksa sebelumrawatan diberikan.

      Delete
  60. assalamualaikum prof, juling ni penyakit keturunan ke? mak ayah saye xde tp saye dan adik2 saye ade, saye berumur 18thn. saye perasan mata saya juling ketika saye berumur 13thn, saye selalu hilang fokus dan selalu termenung .. kawan yg bagitahu mate saye juling, kalau tidak saye sendiri pun tak perasan. juling saye berlaku mase saye hilang fokus dn bile saye termenung.. ape yg perlu saye buat ye prof? perlu ke saye pakai cermin mate?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Perlu periksa mata untuk menentukan punca juling. Juling bukan disebabkan oleh keturunan.

      Delete
  61. Assalamualaikum.sya ada ank kecik berumur 3tahun mengalami juling sebelah kiri.apa yang patut saya lakukan..bolehkah saya pebetolkn mata ank saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Perlu periksa dulu kejulingan itu sebelum rawatan yang bersesuaian boleh diberikan.

      Delete
  62. Assalamualaikum.sya ada ank kecik berumur 3tahun mengalami juling sebelah kiri.apa yang patut saya lakukan..bolehkah saya pebetolkn mata ank saya

    ReplyDelete
  63. Assalamualaikum.sya ada ank kecik berumur 3tahun mengalami juling sebelah kiri.apa yang patut saya lakukan..bolehkah saya pebetolkn mata ank saya

    ReplyDelete
  64. Assalamualaikum.sya ada ank kecik berumur 3tahun mengalami juling sebelah kiri.apa yang patut saya lakukan..bolehkah saya pebetolkn mata ank saya

    ReplyDelete
  65. Assalamualaikum.sya ada ank kecik berumur 3tahun mengalami juling sebelah kiri.apa yang patut saya lakukan..bolehkah saya pebetolkn mata ank saya

    ReplyDelete
  66. salam prof , boleh bagi lokasi yang tepat doptometrist di bandar tasik permaisuri ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. D OPTOMETRIST di Bandar Tasik Permaisuri 03 - 91744024 di Cheras (depan HUKM). Kedai ini berhadapan dengan Restoran Q Bistro

      Delete
  67. Assalam . Dr. Adakah mata malas dan katarak boleh dibetulkan lebih lagi mata malas? saya risau apabila berhadapan dengan masyarakat. Dan berapakah kos untuk kedua dua pembedahan tersebut ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Perlu dilihat keterukkan mata malas itu dan puncanya.Sebelum usia 12 tahun prognosis adalah baik. Katarak boleh dilakukan surgery. Kos di swasta dalam RM3K satu mata.

      Delete
  68. Salam doktor, saya umur 15 thn. Sebelum ni mata saya xde masalah. Tp saya baru perasan bila saya umur 15, bila saya fokus objek jauh, mata sebelah kiri akan jauh dari hidung. Mata kiri saya rabun dan sekarang saya baru start pakai spek.. Adakah masalah mata saya boleh di betulkan? Atau saya terlalu lambat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Ada tanda tanda "mata malas" atau lazy eyes. Segera lakukan terapi dengan berjumpa Optometris.

      Delete
  69. Salam Dr. anak saya berumur 4 tahun sekarang. mata dia Nampak normal bila pandang kedepan dan bila kedua-dua mata bergerak ke kanan. tapi bila kedua-dua mata bergerak ke kiri, mata sebelah kiri akan berhenti ditengah dan akan Nampak seperti juling. sudah beberapa kali pergi rawatan hosp kerajaan tapi Dr. hanya bgtau mereka akan pantau sahaja. Mohon pencerahan Dr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Adakalanya pemantauan perlu dilakukan beberapa kali sebelum surgeri untuk membetulkan juling,

      Delete
  70. saya ada sorg ank perempuan, skrg umur die 1thn 6bln. Sy perasan mata die sblh kiri kalau focus dgn sesuatu akn kedlm (lebih ke hidung) tp masa lahir dia normal je boleh ke mata dia diubati?sbb ada yg ckp kne pkai cermin mata which mcmana bdk sekecil ini nk pkai cermin mata mesti dia akn tarik n buang cermin mata tue or abg (twins) dia akn tarik..boleh beri pencerahan tentang ini Dr.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      kalau ada juling disebabkan power ianya perlu dibetulkan segera. kalau tidak dapat pakai cermin mata kita boleh cuba merawat dengan kaedah kanta lekap

      Delete
  71. Salam dr.. Sy ada masalah lazy eye sejak dari lahir sy tak pernah buat pemeriksaan mata dan memakai cermin mata.. Sekarang sy sudah berumur 25tahun sy susah untuk fokus pada sesuatu benda..sekarang masalah rabun sy semakin teruk,sy ada terbaca satu artikel masalah lazy eye ini boleh memyebabkan buta.. Apa yg harus sy lakukan.. Semoga ada balasan dari dr.. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      lazy eyes boleh menyebabkan juling bukan buta. Perlu dirawat segera dan diberi latihan yang mgkn boleh membantu masalah lazy eyes.

      Delete
  72. saya mempunyai mata kecil sebelah dan besar sebelah cara penyelesaian

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      kalau sesuai boleh di lakukan surgeri, perlu pemeriksaan dan pendapat plastic surgeon

      Delete
  73. salam Dr..Bila Saya bersembang dengan rakan Saya mereka selalu kata yang mata Saya tidak fokus seperti tidak memandang mereka..Saya cuba melihat dengan cermin secara dekat mata Saya kelihatan normal tapi apabila saya jauhkan diri dari cermin dan cuba fokus mata Saya sebelah kanan ke tepi mnakala mata kiri Saya normal..Ianya hanya berlaku sebegitu bila saya cuba pandang dengan tepat..Bila saya pandang ke kiri atau ke kanan mata saya normal.Apa perlu Saya lakukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Mungkin ada masalah juling atau rabun yang tidak dibetulkan. perlu pemeriksaan mata segera.

      Delete
  74. Salam doctor.sy betul2 ingin btnya...kanak2 bwh 3 tahun ada mslh mata juling mmg akn sllu kne checkup ke???LPs tu doctor akn check n BG ubat..ade ubat utk mata juling ke????

    ReplyDelete
  75. Salam doctor.sy betul2 ingin btnya...kanak2 bwh 3 tahun ada mslh mata juling mmg akn sllu kne checkup ke???LPs tu doctor akn check n BG ubat..ade ubat utk mata juling ke????

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Perlu dicheck dan dipantau julingnya. Biasanya ubat titis untuk relexkan mata atau besarkan anak mata. Ubat tersebut bukan untuk merawat mata juling.

      Delete
  76. Salam doktor. umur saya 21 tahun. sy mengalami juling apabila dua dua mata saya juling kedalam tapi tidak nampak ketara. ianya kedalam sedikit. adakah boleh diubat atau dibuat terapi ? dan bagaimana caranya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Perlu pemeriksaan optometris dahulu sebelum terapi sesuai diperkenalkan

      Delete
  77. Assalammualaikum...sy Ada anak lelaki yg mmpunyai masalah Mata..Mata dia sering tdk fokus apabila melihat..kadang² Mata kiri atau kanan dia bergerak gerak ke tepi..Mohon penjelasan Dari doktor..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Perlu pemeriksaan mata segera untuk mengelakkan mata juling atau mata malas

      Delete
  78. assalamualaikum dr, saya dh 25 tahun ada mata juling...juling keluar sebelah mata je...ada apa2 effect ka...bahaya tak juling ni..

    ReplyDelete
  79. Salam doktor..mcna nk bt operation mata juling kt ukm? Lama ke nak tunggu..Sy dh jmpa byk doktor . katanya sbb juling drp kecik jadi mata mcm dh buta sebelah sbb nmpk bayang sebelah Dan juling..jd nk btlkn yg juling tu..dgn harapan mata yg bayang tu jd baik semula..huu

    ReplyDelete
  80. Dr says ada baby berumur 4 bulan... Bila say baca article diatas say dapati bahawa anak saya ada masalah juling palsu... Saya ambil gambar anak Dan mendapati bahawa kedudukan mata anak saya seperti juling palsu tu..Ada ia masih awal lagi untuk mengetahui masalah mata anak saya atau ank saya memang Ada masalah mata.. Dan pada umur berapakah saya perlu melakukan ujian mata untuk ank saya???

    ReplyDelete