Pages

Monday, September 10, 2012


Konjunktivitis Alergi

Anak anda kerap mengadu gatal mata dan seringkali dilihat mengosok mata dan hidungnya dengan kuat? Selalu mempunyai mata berair dan merah, bersin berulang-ulang kali serta mempunyai hidung yang berair? Ini mungkin merupakan tanda-tanda anak anda mungkin mengidap konjunktivitis alergi.

Konjunktivitis alergik merupakan masalah yang agak biasa masa kini. Ramai yang mengidapnya tidak kira usia dan jantina. Semakin ramai kanak-kanak mempunyai masalah ini.

Punca berlakunya konjunktivitis alergi ini adalah pelbagai. Antara faktor penyumbang adalah persekitaran (habuk, asap, pollen), makanan tertentu, sensitiviti pada ubat-ubatan  dan cuaca. Kesemua ini boleh menyebabkan kanak-kanak yang alah mengalami mata merah dan gatal.

Bahagian mata yang selalunya terlibat adalah kelopak mata dan konjuktiva. Konjunktiva adalah satu lapisan membran yang menyelaputi keseluruhan mata dan bahagian dalam kelopak mata. Inflamasi yang berlaku pada bahagian konjunktiva mata yang berpunca dari masalah alergi dikenali sebagai konjuntivitis alergi.

Alergi berlaku apabila sistem badan bereaksi menentang sesuatu bahan yang dikenali sebagai bendasing dan mencuba menyingkirkannya dari sistem badan. Oleh itu reaksi alergi adalah sangat penting dan berfungi sebagai salah satu sistem pertahanan badan. Bila alergi pada sesuatu bahan berlaku , badan akan mengeluarkan histamine (satu bahan kimia)  sebagai satu respon terhadap reaksi alergi. Histamin ini yang akan bertanggungjawab menyebabkan mata berair, gatal dan lain lain tanda alergi.

Simptom alergi sangat senang untuk dikenalpasti dan ianya boleh terjadi dari usia sekecil bayi hinggakan orang tua. Walaubagaimanapun kanak-kanak lebih senang mendapat alergi berbanding dengan orang dewasa.
Bahan yang menyebabkan alergi dipanggil sebagai alergen. Alergen paling mudah ditemui dipersekitaran kita. Kanak-kanak mudah mendapat reaksi alergi jika sentiasa terdedah pada persekitaran berhabuk dan berdebu ataupun tangan yang memegang benda kotor dan berbakteria boleh menjadi medium perantaraan seperti rumput, tanah, pasir, bunga-bungaan dan sebagainya. Penyakit sistemik seperti asthma boleh menyebabkan alergi yang agak nyata pada mata dan tandanya jelas apabila pemeriksaan lampu slit biomikroskopi dilakukan di bahagian bawah kelopak mata.

Tanda yang jelas bagi seseoang yang mengalami konjunktivitis alergi adalah kelopak matanya mengalami kemerahan pada bahagian palpebral konjuntiva atas dan bawah. Palpebral konjunktiva bagi seorang yang normal berwarna merah jambu pucat. Kelopak mata bawah dan atas juga boleh menjadi bergerutu atau disebut sebagai papila dimana ianya boleh digredkan mengikut darjah keterukannya. Gred 4 akan menunjukkan papila berada di tahap serius manakala Gred 1 adalah keadaan awal berlakunya papila. Sekiranya ianya dibiarkan dan tidak dirawat, ianya boleh menjadi bertambah teruk dan biasanya pesakit akan berasa tidak selesa yang amat sangat.

Adalah agak biasa bagi pengidap alergi konjuktivitis mengadu bahagian matalah yang paling gatal terutamanya diwaktu malam. Ketika ini mata akan terasa berair, merah dan hangat. Adakalanya ianya diikuti dengan discaj nanah, lendir yang mana boleh menyebabkan kekaburan penglihatan.

Konjunktivitis alergi boleh terjadi secara akut (tiba-tiba dan sementara) ataupun secara kronik (berpanjangan)
Alergik konjunktivitis akut biasanya terjadi mengikut musim. Ianya bersifat  tiba-tiba tetapi sementara. Tetapi ianya boleh menjadi teruk sekiranya tak dirawat. Biasanya ianya datang bersama alergik pada bahagian hidung.

Alergik konjukivitis kronik pula bersifat berpanjangan dan tidak bermusim. Ianya jarang berlaku tetapi darjah keterukkannya adalah lebih tinggi dari jenis akut. Ianya disebabkan oleh alergen yang berpunca dari pendedahan berterusan seperti habuk dan makanan. Bagi jenis ini, inflamasi jarang berlaku namun pesakit tetap berasa gatal dan panas dan juga sensitif pada cahaya.

Cara pengesanan

Optometrist (Pakar penjagaaan mata) atau oftalmologis (Pakar Mata) boleh memeriksa dan membuat diagnosis awal tentang masalah ini berdasarkan pemeriksaan fizikal dan riwayat perubatab keluarga. Juga dari simptom yang diadukan dan tanda yang dilihat pada pesakit. Kebiasaanya pesakit juga mengalami alergi pada bahagian lain badan seperti kulit.

Pesakit boleh dibawa berjumpa pakar alergi untuk mengesan substan yang menyebabkan punca alergik. Ianya boleh dilakukan  dengan menggunakan ujian kulit dan juga ujian darsh.

Cara Rawatan

Kaedah paling baik untuk mengurangkan atau mengurangkan dedahan terhadap alergen. Dengan menjauhi dadah tertentu, ubat-ubatan atau makanan, konjuktivitis alergi dapat dielakkan.

Untuk mata yang sangat gatal, ubatnya adalah dengan melakukan kompresi sejuk iaitu mengguna air sejuk atau ais untuk ditekup dibahagian mata yang gatal. Rasa sejuk dari ais tersebut boleh menjadikan salur darah mengecut kembali. Terdapat sesetengah ubatan atau ubat titis yang boleh melegakan  mata yang gatal buat sementara. Ada ubatan yang mengabungkan  antihistamin (anti-gatal) dan vasokonstriktor (ubat untuk menyempitkan semula salur darah). Adakalanya penggunaan setroid terpaksa diberikan sebagai ubat titis tambahan. Walaubagaimanapun penggunaan steroid berpanjangan boleh meningkatkan risiko katarak dan glaukoma pada sesetengah pesakit.

Penggunaan pembersih mata (seperti lidcare atau teknik lid brushing) mampu melegakan rasa gatal. Ianya selalu digabungkan dengan ubat-ubatan yang lain untuk meningkatkan keselesaan pesakit.

Bagi melegakan mata yang terasa hangat, titisan air mata gantian tanpa pengawet biasanya boleh digunakan untuk melembabkan kembali keadaan okular. Paling penting anda harus memantau anak anda supaya mereka tidak menggosok kelopak mata secara kasar akibat kegatalan. Ini adalah kerana mata yang terlalu banyak kali digosok boleh menyebabkan calar, edema dan luka. Sekiranya ianya berlarutan, anak anda mungkin mempunyai risiko mengidap penyakit keratokonus pada usia 16 tahun. Keratokonus merupakan satu keadaan di mana kornea mempunyai permukaan yang tidak rata dimana bahagian puncaknya mungkin menjadi makin menipis akibat sentiasa digosok. Ianya adalah kerosakan yang nyata pada kornea dan hanya kaedah rawatan kanta sentuh keras sahaja yang dapat menolong ataupun transplan kornea.

Teknik Lid Brushing

(Teknik ini boleh digunapakai untuk bayi, kanak-kanak dan dewasa. Teknik ini juga boleh dijadikan amalan bulanan)

Gunakan putik kapas yang berkualiti dan rendamkan kedalam bancuhan shampoo bayi yang tak memedihkan mata (1 bahagian shampoo ditambah dengan 3 bahagian air). Gosok bulu mata seolah-olah menyikat bulu mata. Tumpukan perhatian pada bahagian akar bulu mata (paling banyak habuk berkumpul). Gosok satu arah. Kemudian oleskan putik kapas itu pada garisan mata atas dan bawah (bahagian yang selalu dipakai celak mata). Ulang untuk beberapa minit. Gunakan putik kapas lain untuk mata yang satu lagi.

Dr Haliza Abdul Mutalib
Prof Madya dan Pakar Optometris
Program Optometri dan Sains Penglihatan
Fakulti Sains Kesihatan 
Universiti Kebangsaan Malaysia

374 comments:

  1. salam prof.. anak saya umur 3 thn +..gatal mata sejak 5 bulan yg lalu.dia selalu gosok mata dan mata juga kadang2 berair..setiap kali mata kena air semasa mandi mata dia juga jadi gatal dan juga semasa dia menangis..dan disbbkan mata gatal tu bahagian pipi bwh mata jadi mcm excema..pernah rujuk klinik kerajaan dan on antibiotik.. ttp masih berulang.. dia juga ada simptom spt resdung krn kadangkala bersin dan keluaran lendiran hingus yg jernih pekat.. dlm masa yg sama juga dia allergi kulit di pelipat belakang kaki dan pelipat tgn..

    bercadang untuk rujuk specialist.. saya juga keliru pada klinik mana yg patut dirujuk.. pakar ent atau pakar mata.. minta pendapat prof.. thanks..

    ReplyDelete
  2. SALAMULLAH

    Dari apa yang diceritakan anak Puan mengalami alahan sistemik iaitu alahan pada keseluruhan badan. Puan perlu berjumpa dengan mana mana doktor perubatan ataupun physician bagi mendapatkan ubatan secara makan bagi merawat masalah alahan. Selepas rawatan sekiranya masih lagi mendapat alahan di hidung dan mata boleh berjumpa dengan pakar ENT atau pakar mata bagi rawatan khas masalah hidung ataupun mata secara khusus. Jangan berlengah kerana keadaan yang dialami sekarang boleh menyebabkan kanak kanak mengosok mata terlalu kuat hingga merosakkan permukaan kornea. Dikhuatiri ianya boleh menyebabkan "staining" dan juga parut.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum doc.. mata saya bermasalah sejak januari 2012.
    Mata saya mengambil masa utk fokus bila saya tukar jarak penglihatan.. contoh nya, saya alihkan pandangan dari screen hp di tgn ke screen tv.. saya rasa susah utk fokus..
    saya mmg mengalami masalah rabun dan hanya berkaca mata bila memandu di waktu malam.. pada awalnya saya cuba memakai kaca mata sepanjang hari utk mengurangkan masalah.. saya ke klinik untuk check BP, saya ke optometris utk check mata di bilik gelap, tiada yg tidak normal.
    akhirnya, saya consult pakar di selangor medical centre pada januari 2012. mula2 ophthalmologist check keadaan anak mata,kot2 ade perubahan pada warna,bentuk..pastu doc check persekitaran anak mata, then doc kata ok..tiada yg pelik. kemudian doc titis satu cecair kuning ni..pedeh cket...doc selak2 kelopak mata. then,doc kata ada alergi @ radang seperti bintik2 kecil di bawah kelopak mata atas...doc kata mungkin sbb dust,food,chemical or etc.. dan kata doc problem ini byk berlaku.
    doc bekalkan saya dgn ubat alergi clarityne 10mg, 2 ubat titis (FML dan pataday). selepas itu mata beransur pulih.. kadang2 keadaan itu kembali seperti skrg.. sampai satu tahap saya terasa berdenyut2 di kepala sbb terlalu stress mencuba utk fokus semasa melihat. pada pendapat doc, apa saya perlu lakukan.. saya seorg pelajar, melakukan kerja2 di makmal, berhadapan dgn habuk, chemical, bekerja di depan screen laptop berjam2..keadaan ini cukup memberi tekanan. Perlukah saya terus mengambil ubat itu untuk redakan masalah atau berjumpa pakar utk sekali lagi utk pemeriksaan sekali lagi. mohon pencerahan dari doc..terima kasih doc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Fardee,

      Dari apa yang saudara cuba ceritakan dapat saya agak masalah ini lebih disebabkan masalah akomodasi mata tapi tak berkait dengan alergi pada kelopak mata. Masalah akomodasi ini boleh dirawat dengan mudah hanya dengan melakukan latihan mata. Sekiranya tidak berjaya ada remedi lain yang boleh diusahakan . Boleh atur temujanji untuk jumpa saya di D'OPTOMETRIST 0391744024

      Delete
  4. Salam, doktor saya mengandung tapi saya sering gatal pada mata n hidung sampai x tahan sgt... Lepas gatal tu disertakan dgn bersin, hidung n mata berair... Ari2 kena makan piriton tapi saya takut effect dekat kandungan sbb bergantong pada piriton... Apa masalah yg sebenarnye yer? Samapi rasa mcm nak operate je ganti hidung lain...

    ReplyDelete
  5. SALAMULLAH

    Mengandung menyebabkan perubahan hormon dalam badan. Kegatalan di mata boleh di rawat dengan kaedah konventional sahaj memandangkan puan dan consume piriton. Cuba cari "LIDCARE" di farmasi atau membersih kelopak dan bulu mata. Ianya boleh membawa pada kelegaan. LIDCARE akan membantu membuang habuk dan kekotoran sekitar bulu mata yang berkebolehan mencetus alahan. Harap ini dapat membantu.

    ReplyDelete
  6. Salam,doktor anak saya mempunyai masalah bulu mata di bahagian bawah tegak masuk kedalam mata serupa kedua dua belah mata kadang tu mata nya kerap berair dengan tiba2. Saya selalu bertanya kepada beliau adakah dia sakit tapi dia jawab tidak.saya musykil dengan keadaan dia adakah dia normal atau bagaimana cara boleh mengatasi nya bagaimana pandangan doktor harap dapat membantu keresahan hati saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Masalah ini disebut sebagai trichiasis dimana ada bulu mata yang tumbuh mengarah ke kornea mata. Adakalannya bulumata akan mula tumbuh melebihi dari menyucuk kornea. Sekiranya ini kerap berlaku ianya boleh menyebabkan calar pada kornea. Tanda yang dirasai adalah adalah kurang dibahagian tengah kornea kerana kawasan ini adalah tanpa salur darah dan tak sensitif pada bendasing. Bulu mata yang abnormal boleh dicabut menggunakan penyepit yang steril dan rawatan yang lebih permanent dgn kaedah cautery(bakar) juga boleh disyorkan. Jika bulu mata yang menyucuk terlalu banyak, kaedah pemakaian bandage kanta lekap boleh digunakan bagi mengelak kornea calar.

      Delete
  7. Salam doktor..
    hari ni saya telah disahkan elergik dengan ubat yg diberikan doktor..doktor tidak dpt memastikan ubat yg telah menyebabkan elergy..saya telah mengalami gatal mata dan bengkak mata selama 10 hari..dlm masa 10 hari saya berjumpa dengan 4 org doktor..pada rawatan pertama saya hanya dberi ubat titis dan ubat gatal..3 hari kemudian saya berjumpa doktor d klinik kesihatan..doktor memberi ubat titis, ubat gatal dan oilment..walaupun saya makan ubat gatal mata saya tetap berasa gatal dan bengkak d waktu pagi..selepas 6 hari keadaan mata saya masih tiada perubahan..saya berjumpa doktor d klinik kesihatan dan saya d beri antibiotik..keesokan harinya mata saya bengkak dan berair (selepas ambil antibiotik) lebih teruk dari biasa..kulit disekeliling mata
    Kering dan pedih..saya pergi ke klinik kesihatan semula dan d rujuk ke klinik pakar mata..saya ingin tahu berapa lama saya akan pulih dari alergik ini..saya akan berjumpa seminggu dari sekarang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Sekiranya rawatan susulan telah dibuat, mata akan mula sembuh. Sukar untuk mengagak tempoh masa mata akan sembuh dengan sepenuhnya. Sekiranya perkara yang menyebabkan alergik telah disingkirkan maka perubahan ketara kebiasaannya dapat dilihat segera. Walaubagaimanapun masih perlu jumpa doktor untuk rawatan susulan kerana pemeriksaan lain juga akan dilakukan untuk memastikan masalah yang sama tak akan berulang lagi.

      Delete
  8. Saya akan berjumpa dengan doktor mata seminggu dari sekarang..

    ReplyDelete
  9. Salam prof..ank sy umo 2 thun bengkak mata, berair n sering mengeluarkn tahi mate..sy rase berpunca dri syampu sbb bbrape hrni ank sy mandi main syampu dan menggosok kt mate nye.. sy sgt2 bimbang terjadi ape2 kt mate die..

    ReplyDelete
  10. SALAMULLAH

    Keadaan bengkak mata, berair dan mengeluarkan tahi mata boleh disebabkan jangkitan kuman pada saluran airmata yang sempit. Perlu rawatan antibiotik kalau keadaan teruk. Amalkan teknik urutan dari hujung mata dekat dengan hidung dan bergerak ke arah tepi hidung lalu terus kebahagian bawah hidung. Urutan ini mampu buka saluran sempit pada bayi. Keadaan ini biada juga berlaku pada kanak kanak berumur 2 tahun kebawah dimana perkembangan fasial dan hidung belum berlaku dgn sempurna.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum doktor..
    Terima kasih atas komen doktor..
    Semasa perjumpaan terakhir saya dengan doktor mata iaitu pada 9 /4 saya diberi ubat titis dan ubat fucithalmic unk d sapu dlm mata..walaubagaimanapun keadaan mata saya masih sama bengkak atas dan bwah mata pada waktu bangun tidur(paling ketara)..dan gatal d ekor mata..perlu saya bejumpa dengan doktor lg atau tunggu rawatan susulan pada 16 / 4 ini..keadaan ini menyukarkan saya untuk melihat dgn jelas kerana mata rasa mengecil..

    ReplyDelete
  12. Kulit atas kelopak dan bwah mata saya kering dan merah..any cream yg saya bleh apply?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Boleh gunakan sebarng krim pelembab tetapi saya syorkan VCO (virgin Coconut Oil) untuk disapu pada bahagian mata yg bengkak. Produk ini banyak dijual di farmasi,

      Delete
  13. Assalamualaikum doc,
    Terima kasih atas entry yg sangat berguna ini.
    Saya mengalami kesukaran bernafas kerana hidung tersumbat dan telah menerima rawatan. Saya ada meminta ubat titis hidung sekali cuma apa yg menjadi tanda tanya, farmasi klinik memberikan ubat titis yg menyatakan utk mata/hidung/telinga. Saya agak keliru dan bertanya kepada farmasi dan dia beritahu ubat titis itu boleh pakai utk mata/hidung/telinga.
    Persoalannya, boleh saya menggunakan ubat titis itu utk hidung saya. Adakah ubat titis itu sememangnya merangkumi ketiga-tiga bahagian itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Ya, ubat titis itu boleh digunakan untuk mata, hidung dan telinga kerana ketiga tiga organ ini berkait. Ubat titis tersebut adalah jenis antibiotik yang ringan yang mana boleh merawat infeksi awalan. Walaubagaimanapun jika ianya tidak melegakan dan kerap berlaku, adalah lebih baik dapat rawatan pakar untuk preskripsi antibiotik yang lain.

      Delete
  14. Doktor,
    Anak saya sering mengalami masalah mata gatal dan kemudiannya bengkak disekeliling mata. Tapi jarang pula terjadi mata merah sewaktu bengkak tersebut. Pada bahagian bawah mata akan kelihatan seperti lebam. Untuk pengetahuan doktor anak saya ada mengalami masalah asma. Adakah ia juga merupakan simtom asma?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Simptom mata gatal juga boleh terbit dari penyakit asthma yang berpanjangan. Salah satu tanda pada mata adalah Giant Papillary Conjunctivitis yang selalunya mendatangkan simptom gatal pada kelopak mata. Kekerapan menggosok kelopak mata juga boleh menyebabkan bengkak pada sekeliling bahagian mata. Dapatkan rawatan untuk asthma. Sekiranya masih bermasalah harus mendapatkan rawatan tambahan khas untuk mata. Rawatan dengan penggunaan anti histamine dapat membantu keadaan ini.

      Delete
    2. Assalamualaikum doktor. Sejak seminggu lalu, anak saya sering mengadu gatal- gatal mata pada waktu malam. Biasanya bermula dalam pkl 7 lebih. Tapi oada waktu siang tidak gatal. Matanya tidak berair, cuma kadangkala bengkak sedikit sebab selalu digosok apabila gatal.Apakah puncanya doktor? Dan bagaimana merawatnya?

      Delete
  15. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  16. Salam Doktor...
    Sebelum nie sy pernah sakit mata selama 2 mggu lebih...yg buat sy tertanya2 selepas jer mata say baik kelopak mata sebelah kanan sy semakin menurun..dan membuat kan bukaan mata sy dah x seimbang...boleh tak doktor bgtau kenapa blh jadi mcm tu...terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Adakalanya, kelopak mata jadi bengkak apabila kerap digosok dan menyebabkan otot levator dibahagian kelopak mata menjadi lemah. Selalunya selepas surgeri atau sakit mata, ianya akan mengambil masa sedikit untuk kembali kepada keadaan asal. Jika ini tidak berlaku harus dilakukan pemeriksaan mata lanjutan.

      Delete
  17. Assalamualaikum dotor, mata saya sebelah kiri ni lain macam skit, kelopak mata menurun sdikit dan anak mata keatas. Saya ingat saya sorang je yang perasan tentang mata saya ni tapi ramai jugak kawan2 tegur. Saya tak pernah pulak terfikir utk prgi jumpa mana2 pakar mata sebelum ni, baru2 ni saya ada baca kat internet tentang Horner's Syndrome, kmudian saya dapati mata sya ada persamaan dgn sindrom tu. Saya nak mintak pandangan dan nasihat doktor untuk mengatasi masalah ni. Saya harap doktor dapat bantu saya sebab masalah ni berkaitan jugak dengan self confidence saya sbg seorg student Uni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Perlu menjalani pemeriksaan mata sepenuhnya oleh pakar mata sebelum diagnosis Sindrom Horner dibuat. Adakalanya ada persamaan rupa tetapi punca masalah berbeza. Dapatkan rawatan segera untuk memastikan masalah mata sebenarnya. Jangan biarkan kerana ianya mnungkin boleh memudaratkan.

      Delete
  18. Salam Dr, mata saya mengalami gatal-gatal sejak sebulan. tetapi saya tak pula ada masalah gatal-gatal di hidung atau bersin. dalam masa sebulan nie, dah 3 klinik saya pergi.kata dr kat klinik tersebut, mata saya alergik habuk. tapi bila saya guna ubat yg diberi, mata saya masih juga gatal. tiada perubahan. dan baru-baru nie, saya ada pergi berjumpa dr mata di KPJ. Dr tersebut kata, mata saya tiada masalah. tapi kenapa mata saya masih juga gatal-gatal. Kadang-kadang mata saya jadi merah dan saya rasa macam ada sesuatu bila mata saya berkelip. Saya harap dr dapat membantu saya berkaitan masalah yang saya hadapi sekarang. terima kasih.

    ReplyDelete
  19. SALAMULLAH

    Dari apa yang diceritakan saudari, mungkin masalah ini ada kaitan dengan masalah mata kering. Mata kering boleh disebabkan oleh kelenjar air mata yang tak berfungsi secara sempurna ataupun ada pengambilan ubat ubatan secara berterusan yang boleh mengakibatkan mata jadi kering. Selain itu adakalanya sesetengah ubatan juga boleh menyebabkan alergik pada bahagian dalam kelopak mata atas dan bawah yang dikenali sebagai Giant Papillary Conjunctivitis (GPC).

    Saudari harus menjalani pemeriksaan terlebih dahulu sebelum cadangan rawatan dapat diberikan. Boleh menghubungi D'OPTOMETRIST untuk temujanji 0391744024

    ReplyDelete
  20. Assalam Dr,
    Anak saya berusia 3 tahun kerap menggosok hidung, bersin dan adakala selsema. Bila diberi makan ubat hanya ok sekejap saja. Adakah anak saya mengalami elergik atau mengalami resdung. Sekian.

    ReplyDelete
  21. SALAMULLAH

    Ujian Alergik boleh dijalankan di kebanyakkan hospital kerajaan. Untuk menentu kan sama ada masalah disebabkan resdung atau tidak perlu pemeriksaan oleh pakar ENT.

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum doktor..
    Saya sakit mata, mata merah dan gatal. Tak sakit dan xde discharge. Cuma merah n gatal. Doktor beri sy ubat titis n eye ointment. Dah 5 hari merah x hilang dan semakin gatal n merah. Hari ke lima sy perasan mata putih mcm msk sedikit ke bhagian mata hitam. Keadaan ini hanya pd sebelah mata shj dan yg merah pun sebelah kanan mata saja bukan keseluruhan. Kelopak mata pun tidak bengkak. Ape tindakan swajarnya untuk rawatan?

    ReplyDelete
  23. SALAMULLAH

    Daripada penerangan saudari rasanya ini bukanlah satu infeksi mata. Besar kemungkinan ini adalah satu keadaan dinamakan pterigium. Pterigium berpunca dari UV dan akan menyebabkan lebihan mata putih menjalar masuk ke mata hitam. Ini selalunya berlaku dibahagian yang hampir dengan hidung. Rawatan adalah selalunya titis suplement pengganti air mata untuk melegakan rasa panas dan berpasir pada mata. Walaubagaimanapun, harus juga mendapat pemeriksaan pakar mata atau optometrist bagi diagnosis sebenar dan rawatan bagi kes saudari.

    ReplyDelete
  24. Salam. Dr.

    Saya mengalami bengkak, mata merah, dan kegatalan. Selain itu, hujung sebelah dalam mata berwarna kekuningan.
    Saya juga bersin berulang kali.

    Adakah faktor-faktor ini adalah masalah alergik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Daripada simptom yang dialami, kebarangkalian masalah alergik adalah tinggi. Perlu diperiksa dan dirawat segera.

      Delete
  25. As salam... Doktor...

    Saya ada anak umur 1 thn 8 bln...klopak mata di bahagian mata anak saya bengkak..tp mata pl tidak jg merah.. da bg ubat titik mata msh jg sama..bl bgun pg mkn bgkak dan ada taik mata..

    ReplyDelete
  26. SALAMULLAH

    Dari penjelasan di atas, dikhuatiri ada infeksi pada kelopak mata. Tekaan saya adalah GPC (Giant Pipillary Conjunctivitis). Saya perlu periksa dahulu sebelum boleh beri diagnosis.

    ReplyDelete
  27. Salam Dr. Saya selalu mengalami mata yang gatal dan saya selalu menggosok mata setiap kali mata saya gatal. Mata saya juga selalu ada tahi mata dan kadang saya dapat lihat tahi mata bkumpol dibahagian dalam bawah mata. Saya rasa tahi mata yang selalu buat mata saya gatal kerana setiap kali mata saya gatal dan gosok mesti ada tahi mata bahagian bawah dalam mata tu

    ReplyDelete
  28. SALAMULLAH

    Rasa gatal dan bertahi mata menandakan mata mengalami alergi konjunktiva. Ini boleh berpuncadari pemakanan ataupun penyakit seperti asthma. Seringkali mereka yang meamakai kanta sentuh juga boleh mengalami masalah yang sama. Perlu pemeriksaan Optometris. Sekiranya benar kelopak mata dibahagian dalam menunjukkan tanda tanda GPC, ubat titis antihistamine boleh diberikan dan rawatan kompresi suam juga boleh dimanafaatkan..

    Boleh menghubungi D'OPTOMETRIST di 5G, Jalan Dwitasik, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras (berhadapan Restoran QBistro ). Sila hubungi 0391744024 untuk temujanji berjumpa PAKAR OPTOMETRIS).

    ReplyDelete
  29. Slm. Sy selalu cucok lubang mata dengan menggunakan sehelai rambut yg digolong kemudian dipusing2 didalam lubang mata. Dan saya macam ketagih nak cucok nata guna rambut lagi2 time mata gatal. Ada tak apa2 effect jika buat macam tu?

    ReplyDelete
  30. SALAMULLAH

    Perlakuan tersebut adalah biasa dan tidak memudaratkan sekiranya sehelai rambut digunakan untuk menhilangkan rasa gatal dan tidak selesa. Penggunaan benda asing boleh memudaratkan. Tetapi lebih baik kiranya mendapat rawatan perubatan bagi masalah yang dihadapi.

    ReplyDelete
  31. mata kanan saya berwarna merah setiap kali digosok dan beberapa minit kemudian mata kembali putih. saya rasa ada benda asing di hujung mata saya. setelah diperiksa, tiada apa-apa yang mengganggu mata saya. tetapi masalah ini berulang setiap hari. apakah cara untuk sembuhkan mata saya?

    ReplyDelete
  32. SALAMULLAH

    Perlu diketahui kegatalan dan kemerahan boleh berpunca dari cyst, pigmentation atau seperti ada bendaasing dihujung mata. Kita memerlukan alat seperti slit lamp dan fluorescen utk menghalusi masalah yang dihadapi. Anda boleh lakukan segera dan nak tukar ganti.

    ReplyDelete
  33. pemeriksaan biasa sahaja. Mungkin ada fee consultation sahaja.

    ReplyDelete
  34. mata kiri saya sebelumnya sakit di ujung mata tanpa disertai mata merah tapi mata saya terasa gatal,setelah keesokannya mata saya mulai bengkak di ujung mata itu.
    Bagaimana cara mengobatinya?Dan kira2 apa penyebab mata saya itu bengkak dan gatal?
    Apakah itu karena mata saya lelah?karena saya biasa bermain laptop sampai 14 jam sehari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Ya penyakit lelah ataupun asthma boleh menyebabkan GPC dibahagian bawah kelopak mata yang menyebabkan kegatalan teruk. Jika gosok kuat dan kerap boleh menjadi bengkak. Kalau benar keadaan itu, antihistamine dan/atau steroid dalam bentuk titisan mata akan diberikan. Perlu jumpa doktor mata.

      Delete
  35. Salam doktor, suami saya mengalami mata bengkak di kedua2 kelopak atas mata kiri & kanan.. sebelum ni normal sahaja.. apakah punca? apa yg perlu kami buat? berjumpa doktor pakar mata @ optometris? ubat apa yg sesuai? terima kasih.

    ReplyDelete
  36. SALAMULLAH

    Kena periksa dulu bengkak tu disebabkan oleh masalah alergi ataupun masalah lain. Perlu menjalani pemeriksaan dahulu baru diketahui kaedah rawatan yang boleh diberi. Boleh berjumpa dengan doktor mata ataupun pakar optometri bagi melihat masalah ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi, sy rasa macam GPC? agak2 adekah disebabkan oleh resdung? kalau cek sahaja berapa kos nya doktor? ok, terima kasih bnyk2 =)

      Delete
  37. Salam doktor.. bebola mata putih saya ada warna merah seakan2 luka tapi tak pedih dan tak gatal.. merah yg seakan luka tu bahaya ke doctor? Perlu ke saya pergi clinic?

    ReplyDelete
  38. SALAMULLAH

    Warna merah tersebut cuma setitik? Setompok? Sekiranya ianya kelihatan sperti "berdarah" ianya mungkin tanda conjunctival haemorrhage...suatu keadaan disebabkan salur darah halus terpecah akibat batuk atau bersin. Tidak merbahaya dan tidak menyakitkan. Sekiranya kerap dapatkan pemeriksaan dari pakar mata.

    ReplyDelete
  39. Salam doktor...lebih kurang 3 mggu lebih kelopak atas mata saya menjadi kering, pedih dan rasa sedikt gatal.apakah punca kpd permasalahsn saya.bg masalah ini saya sepatutnya berjumpa pakar mata @ pakar kulit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Berjumpalah dengan pakar mata. Masalah yang puan utarakan menunjukkan ada infeksi pada kelopak mata. Sekiranya ianya ditahap teruk ianya dikenali sebagai blepharitis. Perlu di rawat segera sebelum ianya jadi lebih teruk.

      Delete
  40. As salam Dr. Sy mengalami kegatalan pada mata, sy kerap menggosok mata terutama apabila baru bangun dari tido. Mungkin disebabkan oleh habuk. Tapi oahi ini bila sy gosok mata sy sbb gatal yg amat, tiba2 sy bangun tido mata sy jadi bengkak. Adakah cara utk mengembalikannya kepada asal? Seperti tuam dengan air sejuk? Atau air panas? Atau sy perlu dptkan rawatan pemeriksaan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Dari pernyataan di atas, ternya ta anda mengalami alahan pada bahagaian mata. Gosok yang terlampau kuat boleh menyebabkan bengkak (edema) dalam mata dan kelopak mata. Bila bengkak boleh dituan dgn air panas supaya kelopak kelihatan normal kembali dan tiada bengkak. Dapatkan anti-histamin dari doktor segera. Elakkan dari meggosok mata.

      Delete
  41. SALAMULLAH

    1. Dapatkan pemeriksaan untuk mata gatal
    2. Mata yang digosok terlalu kasar akan mengalami kelukaan pada kornea (sel tertanggal, apabila bangkit dari tidur, mata kan terasa sakit, bengkak dan pedih akibat kemasukkan air kedalam kornea yang terluka itu.
    3. Bengkak akan hilang bila dituam dgn air panas.

    ReplyDelete
  42. As Salam Dr.
    Sejak sebulan lalu saya mengalami kekeringan mata dan gatal mata yang keterlaluan. Saya merupakan pengguna kanta lekap. kadang kala kanta lekap saya akan menjadi keras di dalam mata yang menyebabkan saya tidak dapat menggunkannya. saya juga kerap menggosok mata kerana terasa gatal yang keterlaluan. ia juga mengeluarkan tahi mata yang banyak. sekiranya saya tidak menggunakan kanta lekap, keadaan seperi gatal dan mata kering tidak berlaku. apakah langkah yang perlu saya ambil bagi mengelakkan perkara ini terus berlaku. Terima kasih Dr.

    ReplyDelete
  43. SALAMULLAH

    Dari kenyataan di atas, anda mungkin mengalami masalah GPC (Giant Papillary Conjunctivitis). Simptom gatal, berair, dan tidak boleh bertahan memakai kanta sentuh untuk tempoh lama. Mata perlu direhatkan dari mamakai kanta sentuh. Perlu jumpa doktor mata untuk mendapatkan ubat titis mata (antihistamin)segera. Bila sembuh perlu tukar jenis kanta sentuh supaya masalah sama tak berlaku lagi. Sila jumpa pakar optometris anda.

    ReplyDelete
  44. as salam dr.maaf bertanya.mata sy jadi bengkak merah dan sakit.bila sy tgok,ada seperti pembentukan isi warna putih seperti cyst pada konjuntiva bawah mata.apa yg perlu sy lakukan?adakah ia berbahaya?mohon pertolongan dr,terima kasih
    mrs ayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Bila and amengadu bengkak merah dan sakit ianya bukanlah penanda normal. Isi warna putih itu berkemungkinan adalah ulser dan in amat merbahaya. Sila berjumpa dengan doktor mata segera.

      Delete
  45. n mata sy rasa makin gatal sgt.n buat pengetahuan dr sy skarang on ubat clarityne sbb sinusitis n ada history of pericarditis tahun ni.apa puncanya ea dr?
    mrs ayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Rasa gatal pada mata berikutan masalah sinusitis kebiasaannya adalah Giant Papillary Conjunctivitis. Kaedah rawatan adalah dengan menggunakan topical drops anti histamine. Keadaan ini boleh menjadi lebih teruk jika anda memakai kanta lekap dan mempunyai penyakit asthma.

      Delete
  46. as slm prof..sy nk bertanye kenapa mata sebelah kiri saya menjadi merah sewaktu pagi then hilang selepas beberapa minit..kemerahan pada mata tersebut baru terjadi dalam sehari dua nie..

    ReplyDelete
  47. SALAMULLAH

    Ada kemungkinan mata merah disebabkan kekurangan oksigen ketika tidur. Ini mungkin disebabkan kelopak mata tidak tertutup rapat sewaktu tidur malam. Walaubagaimanapun kadar kemasukkan oksigen boleh menyebabkan edema berkurangan dan mata juga akan kembali nornal.

    ReplyDelete
  48. Salam Doc...Saya Sejak Kebelankangan Ini..Mata Seperti Ada HabuK.padahal Mata Saya Mmg Tidak Dimasuki Habuk..Sangat Tidak Selesa BiLa Mata Berkedip..SudaH Letak Eyemo Tapi MasIh Macam Tu juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Besar kemungkinan saudara mengalami masalah mata kering. Eye Mo ada pelbagai jenis dan lain lain ubat titis pengganti air mata hanyalah remedy sementara. Perlu berhati hato memilih ubat titis pengganti airmata kerana ada jenama yg mengandungi pengawet yang tinggi. Lebih baik periksa mata untuk confirm diagnosis dan doktor boleh recommend ubat titis yang terbaik untuk anda.

      Delete
  49. mak sy kate mata saya start kuning bile start masuk skolah rendah sampai la skarang...sy dh dua kali test darah,check haty dan xray...semue nye okey n xder ape2 masalah...tp mata sy makin kuning dan kadang2 merah bila sy keluar pada rumah...bahagian putih hanya pada atas mata yg xterdedah itupun sebelah kiri shja...pernah sekali mata kanab sy ad ketumbil dlm kelopak mata dan pecah mngeluarkan darah...dan dlm 3 bulan nie selepas sakit mata 2mnggu...ad selaput putih atas anak mata belah kanan...dh check dgn doktor tp doktor kate xde ape..dan xjelaskan pd sy knp mata sy jadi mcmni....dh mcm2 ubat untuk putihkan mata tp xmenjadi...perlu ke sy pakai cermin gelap sepanjang masa...mohon penjelasan

    ReplyDelete
  50. SALAMULLAH

    Sekiranya saudari telah mengesahkan ianya bukan berpunca dari masalah hati/liver, masalah mata kuning mungkin disebabkan oleh alergi, penyalahan penggunaan ubat ubatan untuk tempoh yang lama ataupun terdedah pada persekitaran berasap dan berhabuk untuk tempoh lama.. Penggunaan cermin mata gelap tidak mampu memutihkan kembali mata yang kuning. Periksa dan pastikan punca terlebih dahulu sebelum merancang kaedah rawatan.

    ReplyDelete
  51. Assallamualaikum Dr
    selepas baca segala soalan dan jawapan dr diatas saya tidak menemukan soalan yg sama dgn keadaan saya.

    saya mengalami bengkak dan terasa sakit di sebelah mata kiri tetapi saya tidak dapat memastikan
    sakit itu berpunca dari mana?
    Bilamana saya menekan bahagian bawah mata saya menggunakan jari ,saya akan terasa sakitnya.
    mata saya tidak merah dan tidak gatal.saya akan merasa sakit ketika mengedipkan mata
    mata saya semakin bengkak dikawasan bawah mata dan ianya spt mata panda sebab ada kantung yang bengkak.
    harap dr boleh beritahu saya apa yang perlu saya buat.
    terimakasi.

    Ros dr sabah.

    ReplyDelete
  52. SALAMULLAH

    Sekiranya bahagian dalam orbit sakit ianya mungkin disebabkan ada inflamasi dalam ruang orbit. Perlu dapatkan rawatan lanjut segera.

    ReplyDelete
  53. salam doktor, sejak kebelakangan ni dah seminggu mata saya ni asyik gatal2 je gatal dia nak dikatakan tahan kronik la mmg dah tak boleh tahan time mata gatal tu hingus asyik meleleh je macam mana nak merawatnya doktor ?

    ReplyDelete
  54. SALAMULLAH

    mata , hidung yang gatal adalah disebabkan gangguan yang berpunca dari alergi. Masalah yang dihadapi adalah berupa lebih kepada sinusitis. Sinusitis perlu dirawat dengan ubat ubatan dan bagi mereka yang bermasalah seperti ini, kanta lekap tidak menjadi satu rekomendasi.

    ReplyDelete
  55. assalamualaikum.
    doktor sy nk tny sikit:
    anak saya umur 5 tahun, mula alami kemerahan hujung mata pd bln 7..sy ingat biasa2 saja...makin lama makin merah spt org sakit mata. kdg2 dia akan alami merah2 mata dan gatal2 mata.
    dah rujuk ke pakar mata..dia ckp alahan pada makanan..sy dh amalkan pantang benda2 yg gatal spt ayam dan makanan laut, ada sikit perubahan.
    tp sekarang dia alami semula, kena angin ptg dia akan alami semula..xlama dlm 30minit kemudian dia akan ok balik.kadang saya titik ubat.namun mata dia xberapa cantik seperti dulu dah akan pudar kekuningan dengan urat2 merah dlm mata...apa perlu sy lakukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Puan harus dapatkan rawatan secara pengambilan ubat anti histamin secara oral atau titik bagi mengurangkan simptom gatal gatal mata. Sekadar mengelak dan berpantang dari makanan laut tak cukup membantu merawat keadaan ini. Keadaan ini perlu follow up berterusan kerana masalah alahan boleh berulang ulang. Perlu pemeriksaan pakar mata bagi menentukan jenis ubat yang sesuai. Jangan biarkan kerana jika mata digosok gosok dengan kerap boleh menyebabkan kornea pula berparut dan keadaan keratokonus mungkin terjadi.

      Delete
  56. Assalam doktor..nak saya berumur 3 thn10bln...bermula thn lps dia kerap bersin dan kadang2 mata gatal..dr dia berumur setahun dia mmg ada ekzima tp bila dia berumur 3thn masalah tu semakin kurang dan hmpir tiada...tp sejak 4-5 bln kebelakangan ni dia semakin kerap gatal mata..terutama kalau dia menangis..mata jd bengkak n gatal..ble saya tengok bwh kelopak mata bwh ad mcm lapisan jernih yg timbul...sebelah mata sahaja...apa yang patut saya buat...knp ad lapisan jernih tu..terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Gatal mata disebabkan oleh alahan boleh berlaku berulang ulang. Lapisan jernih yang timbul mungkin adalah lapisan konjunktiva yang menjadi ketara akibat gosokan mata yang kuat. Perlu dapat rawatan antihistamin dengan kadar segera bagi melegakan simptom gatakl tersebut. Terlalu kerap menggosok mata boleh menyebabkan mata berparut ataupun mungkin boleh mendapat keratoconus di usia remaja.

      Delete
  57. salam Dr,

    anak saya berumur 4 tahu kerap mengalami bengkak dibahagian mata apa bila bagun dari tidur pada waktu pagi. bengkak yang berlaku tu di sebelah mata sahaja. apakah punca keadaan ini berlaku? mohon penjelasa daripada Dr. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Bengkak yang kerap dibahagian mata perlu ditentukan sama ada disebabkan oleh kelenjar air mata yang membengkar disebabkan tersumbat ataupun masalah alergi yang menyebabkan mata digosok kuat kerana gatal pada waktu malam dan membengkak bila bangun tidur. Perlu berjumpa doktor mata untuk diagnosis

      Delete
  58. assalamualaikum prof..
    saya ingin minta tolong prof bagi nasihat atau penjelasan,...
    mata saya kerap menjadi merah dan kadang2 kuning secara tiba-tiba..tapi ia tak berpanjangan..
    kawan2 selalu tegur bila tengok mata saya merah secara tiba2 mereka mesti akan tanya saya cukup tidur tak,sakit ke or ada sakit mata...
    kadang2 saya perasan kalau saya terlampau penat,mata saya akan jadi merah,rasa panas kat mata dan kepala pening..tapi selalunya secara tiba2...
    apa puncanya dan apa penyelesaiannya ye prof??
    terim kasih kerana membantu =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Sila dapatkan ubat titis pengganti airmata "TEARS NATURALLE" dlm bentuk minims atau botol kecil di farmasi dan gunakan dgn kerap. Lihat sekiranya masalah anda berkurangan, jika tidak dapatkan rawatan doktor

      Delete
  59. assalamualaikum doktor
    sy nk tanye pendapt doktor.. selaput putih mata kanan sy ad sedikit wrna krim mata kiri ok..sy da g check klinik doktor ckp xada apa2 masalah...doktor bg ubat titik..sebulan lpas tu selaput putih mata kiri pun alami benda yg sama ada sedikit warna krim..3 minggu lpas tu mata kanan sy merah dan berurat tp xrasa sakit,xpedih...yg ni saya check kr klinik 1 malaysia ..doktor ckp baru nak kena sakit mata...doktor bg ubat titik n paracetamol...keesokkan pagi mata sy berair n ada tahi mata dan ad rasa perit sedikit...adakah gejala ini biasa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Adakah selaput putih itu berada pada border mata hitam? penerangan anda membuatkan saya terfikir tentang Pterigium..selaput putih yang berada pada bahagian putih mata yg berasal dari tepian mata hitam. Sekiranya ini adalah masalah yang disebutkan ini semua berpunca dari pendedahan pada sinaran UV. Tiada rawatan cuma pencegahan adalah dgn menghinadari dari cahaya uv dan gunakan titisan TEARS NATURALLE untuk melegakan keradangan pada mata dengan kerap.

      Delete
  60. ASSALAMUALAIKUM DR.
    bagaimana pula dgn kegatalan di mata sehingga mnyebabkan keputihan (lendir putih) yg kerap ??
    mata gatal,, bersin,, hidung gatal juga saya alami.

    ReplyDelete
  61. SALAMULLAH

    Lendir putih adalah discaj mata disebabkan masalah alergik ataupun infeksi. Dapatkan ubat alergi untuk mata atau secara oral dari doktor mata.

    ReplyDelete
  62. Assalamualaikum doktor,

    Mata kiri anak saya sudah 3 minggu gatal2 dan berair, merah2 dan bengkak sikit bila selalu di gosok2, tp ond off symptom ni. Saya dah bawa ke doktor tapi masih berlarutan. Dia memang ada resdung,pernah berkeadaan mcm ni tapi tak berlarutan.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Simptom yang on and off ni kebiasaannya disebabkan oleh alahan. Perlu mendapatkan rawatan anti-histamin yang lebih intensif secara oral (minum) dan topikal (titik mata) bagi meredakan alahan dari pakar mata. Alahan berterusan boleh menyebabkan penyakit okular kronik seperti GPC (bonjolan kecil di bawah kelopak mata atas dan bawah) atau keratokonus (lapisan kornea menipis).

      Delete
  63. terima kasih prof..baiklah saya cuba..semoga ALLAH memberkati prof =)

    ReplyDelete
  64. assalammualaikum Prof, anak saya usia 3tahun lebih, sejak akhir2 ni, dia kerap gosok mata, bila ditanya, katanya gatal..dan beberapa hari lepas saya perasan, dia terlalu kerap mengerdipkan mata..saya agak risau, adakah sebab terlalu kerap tengok kartun melalui telefon bimbit atau ada sebab lain? Terima kasih Prof..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Sekiranya anak kerap gosok mata cuba perhatikan pada waktu padi jika terdapat banyak tahi mata atau lendir..ini mungkin disebabkan infeksi. Tetapi keadaan suka mengerdip mata mungkin disebabkan sudah ada ralat refraksi (kuasa mata) ataupun mata kering. Perlu bawa anak ke Optometris untuk diperiksa sekiranya berterusan. Oleh kerana faktor persekitaran juga merupakan salah satu sebab untuk berlaku rabun jauh, anak anak yang masih kecil juga sudah mula mempunyai masalah rabun jauh dan amat penting ibubapa mengesan masalah ini awal.

      Delete
  65. salam prof. saya ingin bertanya mengenai suami saya mengalami bengkak bawah mata sebelah kiri dan mata merah. kadang-kadang mengalami pening kepala. punca dan apa masalah kesihatan.kejadian berlaku selepas dia mengalami lelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Setiap individu di atas usia 40an wajar melalui pemeriksaan mata secara sekali setahun. Banyak penyakit mata adalah senyap "silent" hingga sudah terlalu teruk barulah disedari. Mata merah mempunyai pelbagai punca dan sebab antaranya mata kering ataupun tekanan dlm mata yang tinggi (glaukoma). Sekiranya ada mengambil ubat anti histamine dan steroid untuk lelah ada kemungkinan ada kesan secara tak langsung pada mata. Perlu dibawa untuk diperksa dan di rawat.

      Delete
  66. Saya mwmpunyai masalah dimana bahagian hujung mata kiri saya terasa berkejip2..setelah beberapa minggu kemudian, mata tersa sakit seperti kesan bngkak pada bahagian twrsebut, namun secara fizikalnya dilihat, mata kelihatan normal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Adakalanya masalah ini berpunca dari urat saraf disekitar mata ataupun infeksi yang berlaku dibahagian dalam kelopak mata yang boleh menyebabkan penyumbatan liang dan mengakibatkannya bengkak dan sakit. Cuba lakukan "tuam" dengan air panas, kiranya simptom tidak hilang berjumpa dengan doktor mata untuk rawatan lanjut.

      Delete
  67. salam prof..anak saya berusia 7 tahun dan sering mengalami kegatalan di hidung dan kadang kal berdarah tetapi jarang..dia ada bengkak di kiri kanan dlm hidung.doktor yg merawat mengatakan dia mengalami alahan habuk.apa yg saya risau bengkaknya kadang kala kecil,kadang kala besar..jika hari ini bengkak di sebelah kiri tetapi esok bengkak itu beralih ke kanan pula..apa perlu saya lakukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Sekiranya telah dirawat dengan anti histamine, puan perlu mencuba kaedah urutan yang ada saya jelaskan di atas. Ini akan membantu membuka rongga laluan hidung supaya tak tersumbat dan membengkak.

      Delete
  68. Salam Prof...
    anak saya umur 2 thn..anak saya da sebulan lebih bile bgn tdo,taik mata dia kuning dan byk..sya kena cuci mata dia stiap kali dia bgn tdo..sbb melekat2 smpai ke bulu mata..pnca pada asalnye sebulan lepas dia demam..bile bgn tdo taik mata dia kuning..sya tnya mak sya.mak saya kata panas dalam...tp skg ni dia da ok xdemam..tp taik mata stil lg byk n kuning stiap kali bgn tdo..da bawa pg klinik oftal..tp doctor ckp mata anak saya ok xde infection..dia bg ubt eye glo n suruh sy slalo urut pangkal mata dia...sya nak minta pndapat prof pula cmne?sbb saya terlalu risau smpai skg..kesian kt anak sbb dia baru 2 thn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Anak puan ada masalah asma? Sekiranya doktor yang merawat mengatakan ianya bukan infeksi besar kemungkinan ini adalah masalah alahan. Amat membantu jika puan selalu mencuci bahagian mata supaya bersih dan bebas habuk. Puan boleh cuba cari "lidcare" di farmasi untuk bantu mencuci kelopak mata dengan lebih efektif.

      Delete
  69. assalamualaikum prof...
    dulu masa saya umur 11 tahun bermudarat hngga umur saya 15 tahun, saya mengalami alergi mata yang teruk sehingga menyebabkan mata saya meninggalkan parut hitam..tpi sekrg parut tu dh hilang cuma tinggal kesan hitam macam lembam dan ada kedut dibahagian bwah mata..saya skrg berumur 18 tahun..jadi mcm kurang keyakinan diri la....mohon pencerahan dari doktor untuk saya ambil langkah yang sewajarnya...terima kasih..

    ReplyDelete
  70. SALAMULLAH

    Alergik mata yang teruk hanya boleh dikurangkan dengan rawatan anti histamine. Sekiranya mata hitam berparut ini bermakna tahap penglihatan mata juga mungkin ada kesannya.Perlu di periksa kuasa mata supaya rabun boleh dibetulkan jika ada. Bagi masalah mata lebam dan berkedut ada banyak petua di internet yang boleh membantu.

    ReplyDelete
  71. assalamualaikum dr. umur sy 23thun. 2 days ago, i had been diagnosed to have cornea abrassion (Left eye only) by ophthalmologist at nearest hospital. dr gave me chloramphenicol (4times perday) and eye glo moist (2hourly). but today, when i wake up in the morning, there is one red spot in my left eye. it is painless. however my left eye is actually been generalize redness plus one prominent red spot that i notice since i woke up this morning. could u explain what is actually happen to my eye? thank you so much in advance.

    ReplyDelete
  72. SALAMULLAH

    Are you a contact lens wearer? if the abrasion is due to lens wear then the treatment given is sufficient. The one red dot on the white eye could be a small burst of the capillaries, however this is painless and does not need immediate attention. It should subside in 2 weeks time. But if this happens frequently please seek medical attention.

    ReplyDelete
  73. Assalamualaikum prof..skadar ingin mnta pndgan prof ttg mata kanan sya yg sdah hmpir sblan bgkak pda bhagian atas klopak mata..sya tdk rsa sakit cuma mta sya klihatan besar dri mta kiri..dn pnglihatan sya jga mjadi krg jelas..adkh sya mghadapi mslh yg serius..sya cuba utk mndptkn rwatan d hosp ttapi tmujnji dgn pkar mta pda bln 6 Tu agk lma bg sya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Dapatkan khidmat Optometris di premis optikal dengan segera kerana kekaburan dan bengkak kelopak mungkin perlu rawatan segera.

      Delete
  74. Jika tdak kberatan sya jga ingin sdikit pnjelasan dr prof ttg pnyakit keratokonus yg ada kaitan dgn mta trbonjol kluar..

    ReplyDelete
  75. SALAMULLAH

    Keratokonus tak menyebabkan mata terbonjol keluar. Ianya satu penyakit kornea di mana berlaku penipisan pada lapisan kornea yang menyebabkan apek kornea membukit lebih dari normal. Terdapat beberapa mode rawatan antaranya adalah dengan menggunakan kanta sentuh keras yang khas. Sila rujuk http://drhalizamutalib.blogspot.com/2012/09/salam-bahagia-dan-salam-hormat.html

    ReplyDelete
  76. Assalamualaikum prof...saya ade masalah kelopak mata kanan mcm bengkak/menurun tapi tak rasa gatal..sebab alergik ke?

    ReplyDelete
  77. SALAMULLAH

    Kebiasaannya masalah alergik datang bersama mata gatal. Jika tidak merasa gatal, besar kemungkinan ada salur yang tersumbat. Kelopak mata menurun/ redup dikenali sebagai ptosis. Pemeriksaan seterusnya perlu untuk diagnosis yang benar.

    ReplyDelete
  78. Assalamualaikum prof.. anak saya dah seminggu lebih sakit mata..mata merah..kekadang gatal2 di bahagian mata then mata akana berair dan bengkak..saya sangat risau keadaan mata nya..cmne yer prof nak sembuhkan mata anak saya ni..pastu semalam dia batuk2..kesian saya tengok..

    ReplyDelete
  79. SALAMULLAH

    Dari apa yang disuarakan infeksi mata berlaku dari keadaan selsema dan batuk. Virus influenza boleh menyebabkan mata mengalami alahan dan kemerahan. Keredaan akan berlaku bila batuk dan selsema pulih.

    ReplyDelete
  80. Salam prof. Anak saya dah stahun mengalami allergy konjuntivitis...Dan dia mmg ada allergy rhinitis juga. Masalahnya Semarang says buntu tentang perbezaan rawatan mata. Saya ingin mencari pakar mata yg boleh berbincang dan memberi penerangan yg terperinci. Mohon baik prof cadangkan pakar mata yg sesuai atau jika nak berjumpa dgn prof bagaimana ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Rawatan mata adalah pelbagai bergantung pada keterukan alahan. Rawatan bermula dari luar kelopak mata, bulu mata hingga pemantauan diet. Boleh buat temujanji DOptometrist 03-91744024 Bandar Sri Permaisuri, Cheras

      Delete
  81. salam nak tanya.kalau org dewasa yg mata merah n gtal selama sebulan lbih x baik2 jugak to kenapa ea,da pakai ubat titis n sapu pon still sama, siap rendam mata pakai air garam pon x baik gak,apa punca nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Sekiranya ianya disebabka oleh masalah alahan ianya akan mengambil masa yang lama untuk sembuh. Tapi jika disebabkan oleh infeksi, kemungkinan ubat yang diberikan tak serasi dengan masalah mata. Perlu lakukan biopsi untuk menentukan punca infeksi ie bakteria, virus, fungi sebelum rawatan yang sebenar. Air garam hanya membantu hingga satu peringkat aje.

      Delete
  82. Assalamualaikum prof.
    Saya nk tanya punca dan cara mengatasi masalah saya. Saya mengalami masalah mata selama dua tahun lebih sehingga sekarang. Mata saya kerap bertahi mata dan tahi mata itu jenis panjang apabila saya cuba membuangnya saya perlu tarik kadang kadang apabila saya tarik ia akan pusibg keliling mata. Kadang kadang tahi mata itu berada di dlm kelopak mata atas jd saya rasa tidak selesa saya perlu mengeluarkannya tetapi saya tidak tahu caranya jd saya terpaksa korek menggunakan jari apabila tahi itu keluar seperti biasa saya perlu tarik keliling mata. Saya menghadapi masalah ini di kedua dua belah mata saya. Apabila saya mengeluarkan tahi mata tersebut secara automatik mata saya akan berair dan kemerahan. Kelopak mata atas dan bawah kemerahan, pedih, gatal dan berair. Masalah ini bukan berlaku sekali dalam sehari tetapi kerap berlaku dalam sehari. Dlm masa sehari kerap saya membuang masa menghadap cermin untuk membuang tahi mata tersebut. Masalah ini membuatkan saya rasa amat tidak selesa kerana saya seorang pelajar & pada 1/6/2014 ini saya akan menyambung pelajaran di universiti dlm jurusan sains komputer. Saya perlu menghadap komputer setiap hari. Saya risau akan kesihatan mata saya. Semenjak tahun lepas saya telah membuat temu janji dgn doktor pakar di hospital tuanku jaafar. Setiap tiga bulan saya akan berjumpa doktor. Dan bulan 8 ini saya perlu berjumpa doktor lagi. Selepas saya berjumpa doktor saya dibekalkan ubat titis Pataday & Eye Glo Moist. Saya perlu menitiskan ubat Pataday itu setiap hari. Selain itu, saya juga mempunyai masalah hidung dimana hidung saya kerap mengeluarkan air tetapi bukan hingus. Hidung saya juga sering tersumbat & gatal. Saya juga mengalami masalah hidung ini selama dua tahun lebih & saya juga membuat temu janji bersama doktor di hospital tuanku jaafar sejak tahun lepas sehingga sekarang. Saya dibekalkan ubat Budesonide Nasal Spray dan saya juga perlu spray di hidung setiap hari. DiDisamping itu, saya jugak mempunyai gatal gatal di pelipat kaki. Dan sekarang pelipat kaki saya lebam berwarna gelap akibat saya garu kerana gatal. Apabila gatal saya hanya sapu krim gamat panas sahaja dan gatal itu akan hilang. Tetapi kesan lebam gelap di pelipat kaki saya membuatkan kaki saya nampak buruk. Bagaimanakah cara untuk saya menghilangkan bekas lebam gelap supaya warna kulit kaki saya nampaj sekata? Prof saya mohon jasa baik prof untuk menerangkan punca masalah saya dan cara untuk mengatasi masalah ini supaya tidak kembali lagi. Ribuan terima kasih diucapkan assalamualaikum..

    ReplyDelete
  83. SALAMULLAH

    Adalah agak ketara saudari mengalami masalah alahan sistemik yang bermakna alergi berlaku pada setiap anggota badan. Rawatan yang sedia ada adalah wajar dan patut diteruskan. Walaubagaimanpun Puan perlu lihat alternatif rawatan yang lain. Perlu diketahui rawatan alahan mengambil masa yang panjang untuk sembuh. Bagi alahan sistemik, rawatan secara minum atau suntikan adalah lebih berkesan. Pemakanan juga perlu dijaga rapi, Untuk menjaga sekeliling mata dan bulu mata gunakan "lidcare" untuk membersihkan persekitaran mata.

    ReplyDelete
  84. As salam prof..
    Saya ingin bertanya, bhg bawah mata anak saya bewarna seakan akan merah sejak seminggu ni.. sebelum ini dia ada bersin dgn kerap.. tp skrg tidak bersin lg.. cuma bhg bwh mata seakan bengkak.. tp dia tidak gatal dan sakit. Tiada tahi mata semasa bgn tidur. Selalu menonton cerita melalui telefon bimbit dgn jrk yg dekat siang dan mlm..
    terima kasih prof

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Mata bengkak dibahagian kelopak mata boleh cuba dilenyapkan dengan tuam bahagian yg bengkak. Jika masih bengkak ini mungkin 'eyebag' yang ambil masa untuk dihilangkan. Kalau disebabkan kegatalan ianya perlukan rawatan antihistamin. Tak disebutkan umur anak tapi jarak yg dekat ketika melihat telefon bimbit menandakan kerabunan.

      Delete
  85. Salam sejahtera prof, saya ingin bertanya, mata saya sering kali menghadapi masalah khususnya pada waktu malam. Mula-mula saya akan berasa gatal-gatal pada sebelah mata atau pun kadang-kadang kedua-dua belah mata sekali dan rasa macam ada sesuatu benda asing di bawah kelopak mata saya yang menganggu keselesaan saya dan terasa ingin mengosok mata mengeluarkannya..then bila saya gosok mata mula menjadi kemerahan, berair dan bengkak dan keluar lendir macam ketul-ketulan...mata saya akan berasa gatal-gatal sehingga kesemua lendir tersebut tidak dapat dikeluarkan. Harap prof dapat membantu saya. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Kegatalan yang disebabkan alahan boleh menyebabkan mukus dikeluarkan dari kelenjar meibomian. Keadaan ini perlu dirawat dengan ubatan dan bahagin luar mata perlu dibersihkan liang kelenjar meibomian agar tidak tersumbat. Saluran nasolakrimal juga perlu dipastikan tidak tersumbat. Bahagian luaran mata boleh dibersihkan dengan lidcare.

      Delete
  86. Salam prof..bila bangun tdo bawah mata saya slalu bengkak n itam bwah mata.saya juga selalu tido lambat disebabkan saya yang susah tido.saya da bosan dengan keadaan macam ni sampaikan ada yang cakap saya ambik dadah.padahal jauh sekali saya dengan benda 2.saya arap prof dapat memberi nasihat yang berguna untuk saya dapat mengatasi masalah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Perlu periksa kesihatan keseluruhan untuk memastikan anda bebas dari sebarang penyakit badan. Anda boleh cuma menggunakan minyak kelapa dara dengan cara menggosokkan pada kelopak mata sebelum tidur untuk mengurangkan bengkak bawah mata.

      Delete
  87. Assalamualaikum prof...sy mengalami masalah mata yg sudah agk lama.sy juga mengalami resdung.mslh mata sy sama spt saudari iffah di ats.setiap hari sy akan mengalami hidung berhingus seakan selsema.kadangkala gatal mata yg disertakan dgn tahi mata yg panjang di sekitar bwh dan ats mata.rasa gatal tidak akn hilang selagi sy tidak mengeluarkan tahi mata tersebut.jika terlalu gatal sy akn letak kain lembab pd mata krn mata sy terasa panas ketika itu.masalah gatal mata akan pulih tetapi ia akan kerap berulang.selain itu, sy juga selalu mengalami gatal pd tekak dan kemudian terus gatal di dlm telinga menyebabkan mata dan hidung berair disertakan dgn gatal mata dan selsema.sy sgt rimas dan terganggu dgn masalah ini.Disamping itu,sy pernah mengalami bengkak pd kelopak mata yg disebabkan oleh kelenjar air tersumbat.Sy tlh pun membuat pmbedahan kecil bg mengeluarkn kelenjar trsebut.Adakah masalah mata yg sy alami ini kronik sudah kronik dan apakah rawatan yg perlu sy lakukan prof?mohon pencerahan dr prof...Terima kasih =)

    ReplyDelete
  88. Assalamualaikum prof...sy mengalami Mata putih yg merah..sy guna ubat mata naphcon A yg disarankn oleh farmasi tp..bila mata merah je..sy kene kerap guna apalagi bile msk tmpt ber aircond lg cepat merah..bolehke mata sy pulih spt sediakala

    ReplyDelete
  89. Assalamualaikum prof..sy ade anak berusia 3bln..kelopak kulit atas kanan sy de terlihat urat halus sedikit..de x ia satu tande2 u dpt penyakit mata??dan ape rawatan yg sesuai??

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Perlu tahu punca kemerahan. Sekiranya disebabkan oleh kekeringan perlu tahu punca sebenar, pelu pemeriksaan lanjut. boleh guna tears naturalle untuk pengguna yang kerap kerana ubat titis pengganti airmata ini tiada bahan pengawet. Menggunakan titis mata berbahan pengawet yang kerap boleh menyebabkan toksisiti.

      Delete
  90. SALAMULLAH

    usia 3 bulan terlalu muda, kulit sangat nipis menampakkan urat. Tiada masalah.

    ReplyDelete
  91. salam dr.ank sy umur 2 tahun.sblm ni sepupu tersepak bwh mata anak saya.mula2 merah kemudian sekarang bbawah mata jadi lebam.sudah 2 mgu tapi bengkak tidak surut.kenapa dan bagaimana utk merawat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      lebam mungkin disebabkan pendarahan dalaman. Ianya mengambil masa lebih 2 minggu untuk reda. kalau tak reda perlu jumpa doktor mata.

      Delete
  92. Salam doc.

    sejak bulan 4 thn ni sy perasan mata sy sering gatal,pedih,merah..pernah terjadi bila bangun tidur ada byk taik mata,merah,gatal.apabila basuh dgn air terasa pedih.beberapa kali jmp doc, mereka hanya bg ubat titisan spt zoxan,eye glo (melembapkan mata letih&lesu)..untuk pengetahuan doc, sy buat bisnes bantal kekabu.jd sy takut kalau infection..

    mohon pencerahan doc, terima kasih

    ~mira mya~

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Banyak tahi mata adalah penanda infeksi. Perlu dapatkan antibiotik. Sekiranya ianya berupa masalah alahan pada kekabu perlu pakai goggles dan penutup mulut (mask) waktu bekerja.

      Delete
  93. Salam prof...
    harap prof dpt beri penjelasan apa punca dan cara utk mengatasinya...
    Baru2 ni sudah 2 tiga hari mata kiri mak saya kemerahan (merah sangat) sekitar sekelilig pada mata putih tanpa rasa sebarang sakit.
    sebelum tu mak ada sakit kepala dlm dua hari...dan sekarang tak sakit kepala.
    kenapa ye prof..?

    terima kasih.
    /hab8678

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Perlu dilihat dan diperiksa. Mungkin berlaku pendarahan di subkonjunktiva mata akibat tekanan kuat sewaktu bersin atau batuk. Ini tidak memudaratkan> Ianya akan hilang dalam masa 2-3 minggu.

      Delete
  94. Salam doktor..saya sudah hampir setahun mengalami gatal-gatal dan akn membengkak diseluruh badan dan muka..saya tidak tahu puncanya kenapa..sy sudah berjumpa doktor dihospital kerajaan dan juga klinik swasta..namun tiada perubahan..saya terpaksa makan ubat boleh dikatakan setiap hari untuk melegakan kegatalan dan bengkak..apa yang harus saya lakukan doktor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Anda mengalami alahan sistemik yang kronik dan alahan ini tak mudah dirawat hanya dengan pengambilan ubat..anda juga harus berpantang makan ataupun menjaga persekitaran yang membawa kepada masalah alahan ini. Sekiranya pengambilan ubat tersebut dapat melegakan simptom gatal maka anda dinasihatkan untuk meneruskan pengambilan sahaja. Sekiranya bahagian mata masih gatal boleh minta doktor preskripsi ubat titis antihistamin untuk mata.

      Delete
  95. Prof. Mata saya kemungkinan mengalami infeksi akibat kanta lengkap. Akibat itu . I mata saya menjadi sepet. Mungkin bengakak. Apakah ubat y sesuai utk masalah sy ni? Trima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Perlu periksa kalau bengkak itu jenis sementara ataupun permanent. Cuba tuam pakai air panas dan towel kecil bersih dahulu...kiranya masih sama perlu diperiksa doktor.

      Delete
  96. Assalamualaikum prof,

    Saya ada masalah berkenaan tahi mata asyik keluar, kadang kala menyebabkan susah untuk membuka mata selepas bangun dari tidur dimalam hari.. Beberapa hari lepas saya tersalah makan dan menyebabkan cirit birit(sembuh dlm masa sehari).. dan susulan daripada tu menyebabkan saya mengalami batuk berkahak smpai sekarang...dan pernah termuntah sekali apabila makan nasi. Disebabkan tahi mata keluar terlalu banyak terutama pada waktu malam, menyebabkan mata menjadi merah disebabkan selalu menyentuh mata untuk mengeluarkan tahi mata dan kulit di bhgian bawah mata menjadi tegang.
    Adakan disebabkan tersalah makan tempoh hari? atau sememangnya terdapat masalah hati yang lemah..Mohon pandangan prof..Terima kasih. - Fikri KL

    ReplyDelete
  97. SALAMULLAH

    Kalau bertahi mata dan sukar nak buka mata adalah tanda mata kering dan berlaku infeksi. Perlu rawatan antibiotik dan kiranya liang air mata tersumbat perlu menggunakan titis airmata palsu sementara liang dibersihkan dan terbuka semula. Sekiranya ianya berpunca dari salah pemakanan, masalah ini akan berkurangan dengan sendirinya.

    ReplyDelete
  98. Assalamualaikum prof,
    saya mmg selalu sakit mata merah dan ketumbit sejak dari kecil. sekarang umur saya dah 23 dan masih lagi kerap sakit mata. tp, sekarang ni mata saya dah hampir sebulan sakit mata merah. sebelum ni dah berjumpa doktor di hosp, kerajaan dan dr cakap ada ketumbuhan dalam mata yang tak bahaya dan mereka bg ubat. namun, smpai hari ini masih skt mata dan harini mata saya jadi merah berair diikuti rasa sakit mcm nk ketumbit. apa yang perlu saya lakukan? tq prof.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Mungkin apa yang dimaksudkan disini ketumbuhan adalah PTERYGIUM yang disebabkan oleh UV matahari. Ini boleh menyebabkan mata merah tak selesa dan kering. Boleh dapatkan titis pengganti air mata untuk melembabkan mata dan melegakan rasa tidak selesa. Amalkan tuan dengan tuala bersih pada mata untuk menghindari ketumbit.

      Delete
  99. assalammualaikum prof,

    saya nk bertanyakn tentg anak sy yg berusia 5 bulan..hritu dia demam sebb selsema..time demam n after dh baik demam, mata dia tiba2 keluarkn tahi mata yg byk..warna kuning..air mata kuar mcm biasa..dia pun slalu gosok2 mata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Tahi mata yang banyak menandakan berlakunya infeksi. Perlu dapat rawatan antibiotik.

      Delete
  100. SALAMULLAH

    Boleh lap dengan kapas bersih dan air suam atau gunakan LIDCARE (dijual di farmasi). Gunakan berterusan sehingga masalah ini reda.

    ReplyDelete
  101. salam prof.
    saya adalah pengguna kanta lengkap hampir 15 tahun..saya sekarang mengalami gejala sakit mata berjangkit dari anak saya hampir tiga minggu..doktor bagi ubat thn sakit dan ubat titis setiap sejam.3 hari lepas,mata sudah sembuh dan saya kembali memakai kanta lengkap (disposable).Akibatnya sebelah mata kanan saya kembali merah dan rasa senak dan berair.Mata kiri tiada masalah..Berapa hari sebenarnya jarak masa utk saya kembali memakai contact lense selepas sakit mata dan apakah rawatan terbaik utk pastikan mata saya benar2 sembuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Kebiasaanya selepas sakit mata sembuh, pemakaian kanta sentuh hanya boleh bermula selepas dua minggu sekurang kurangnya. Mulakan dengan kanta sentuh yang baru sebaik baiknya.

      Delete
  102. assalam doktor...dlm seminggu ni,mata sebelah kiri saya kabur seolah2 memandang kawasan yang berkabus...sy mmg memakai cermin mata...namun,pandangan sebelah mata yg berkabus ini membuatkan saya berasa tidak selesa..ada ketika sy berasa sakit di bahagian kening ssebelah mata yg berkabus ini sehingga ke bhgian kepala...wlpn sakit itu sudah hilang tp sy masih x dpt melihat dgn selesa...mata tersebut tiada sebarang selaput putih tp pandangannya masih berkabus setiap pg hingga tengahari...tlg beri pendapat doktor tentang masalah sy ini...terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Pandangan berkabus mungkin disebabkan oleh katarak ataupun bengkak yang disebabkan oleh gaukoma mungkin. Perlu rawatan doktor dengan segera.

      Delete
  103. salam dr, artikel yg sgt bmanfaat. izinkn sy btny 1 persoalan. awal tahun sy mngalami mslh kelopak mata mmbengkak secara tiba2, hampir setiap hari n bila2 masa. kebiasaanya bengkak d kelopak mata ini mngambil masa beberapa minit utk kembali normal. tiada sebarang kesakitan dialami, tetapi mnyukarkan urusan harian sy, lbih2 lg ketika memandu, krn mnghalang penglihatan mata dan sy tpksa plahankn knderaan scr tiba2. sy mmakai crmin mata scr on-off krn rabun yg sdkit n silau, n sy juga mngalami mslh skit kpala. adakah hal ini berkait? atau sy plu bjmpa optometr

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Bengkak kelopak mata secara tiba tiba mungkin disebabkan oleh salur airmata yang tersumbat. Masaalah ini boleh diatasi dengan penggunaan LIDCARE. Masalah sakit kepala hanya boleh diketahui setelah menjalankan pemeriksaan lengkap termasuk memeriksa rabun jauh dan silau. Kuasa yang tidak betul boleh menyumbang pada pada sakit kepala. Eloklah kiranya dapat berjumpa dengan Optometris sesegera yg boleh.

      Delete
  104. Salam Prof,maaf mengnggu. Sy mrupakan seorg plajar dan baru memakai kanta lekap jenis soft lens sejak 4 bulan yg lalu tetapi sejak dua,tiga bulan ini,saya dapati mata saya sering mengalami kegatalan yg teruk. Sy juga kerap menggosok hingga merah. Selain itu,mata saya juga sering mengeluarkan tahi mata yg banyak dan pnjng trutama pd wktu bngun tidur shingga kdangkala sy trpaksa mnggunakan jari untk mngeluarkannya. Sy juga mmpunyai msalah ini stiap kali lpas beberapa mnit mengeluarkan kanta lekap tetapi semasa memakainya sy tidak merasa sakit. Kanta lekap yg sy pakai juga kdgkala tidak berada pd tempatnya atau 'lari' ke arah lain sperti hilang ke blkng mata dan akan mncul kluar balik. Untk pngetahuan prof,sy juga mmpunyai silau dan resdung dari kecil. Msalah ini mmbuatkan sy benar2 tidak selesa. Sy benar2 buntu akan msalah sy ini dan amat memerlukan pencerahan dari Prof dan apa yg perlu sy lakukan? Adakah trdpat ubat yg sy boleh dapati di farmasi? Dan bolehkah sy meneruskan memakai kanta lekap? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Dari penceritaan ini saya dapat menjangkakan anda mengalami konjunktivitis alaegik yang mana dibawah kelopak mata atas sudah dipenuhi dengan papillae yang boleh menyebabkan kegatalan teruk dan discaj yang banyak. Anda perlu tanggalkan kanta sentuh dan rehat dari memakai. Perlu jumpa doktor mata untuk mengesahkan keadaan mata dan dapatkan ubat titis antihistamin. Keadaan ini terjadi mungkin disebabkan oleh resdung, asthma dan juga pemakaian kanta lekap yang kotor atau expired. Sila jumpa doktor mata sebelum keadaan menjadi lebih teruk dan amat tidak selesa

      Delete
  105. salam dr. 3 bulan yg lepas saya selepas bgn tidur mata saya sangat sakit diikuti oleh air mata yg banyak..pedih sangat..,selepas agak lama baru di ok dan tak sakit , tapi hmpir setiap hari berlaku benda yg sama dan saya ada rujuk pakar mat di hosp ampang , katanyer mat saya luka dan cuma bg ubat titis sofradex ...lepas tu 1 mingg u or 2 minggu jadi balik..dan sekarang dlm minggu nie 2 hari sekali berlaku pedih mata dan air mata keluar pada mata kanan saya.., apakah rawatan dan berapa kosnyer... terim ksih dr.

    ReplyDelete
  106. SALAMULLAH

    Perlu disiasat apakah penyebab luka. Ada pelbagai jenis rawatan untuk mata luka. Tisu yang luka ambik masa 24 jam untuk regenerate.. tetapi jika ini berlaku kerap sudah tentu puncanya masih belum dirawat. Perlu jumpa doktor mata segera. Kos rawatan adalah untuk prosedur dan ubatan. Tidak tetap sebab ini bukannya surgeri.

    ReplyDelete
  107. salam doktor,sejak akhir2 ini mata saya sering gatal diwaktu malam terasa pedih dan rs sedikit kabur penglihatan.apakah ini kesan dr ubat perancang yg sy ambil di hospital yg seringkali bertukar ganti akibat kekurangan stok ubat.apakah ianya boleh dipanggil sbgai pyakit alergik spt mana yg doktor telah maklum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Besar kemungkinan ya. Jika mahu pengesahan perlu pemeriksaan di bawah kelopak mata dahulu.

      Delete
  108. As salam doktor... 2,3 ari yg lepas.. Sy bw ank sy pergi mandi manda di kolam... Berendam sehgga 5 jam dan di bwh cahaya matahari... Keesokannye sy perasan di mata putih sblh kanan ank sy merah spt terkena cucuk (bertompok).. Tp die xmgadu sakit.. Smp arini matanye bertompok merah...Blh sy tau ape sbbnye dan cara nk merawat??? Tlg bantu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Sekiranya tidak berasa selesa besar kemungkinan infeksi dari air kolam. Harus dibawa ke doktor untuk pemeriksaan lanjut.

      Delete
  109. Salam doctor. Saya mengalami sakit mataa dah 2 minggu masih belum pulih berjangkit dari baby saya. Saya telah direfer ke klinik mata hospital dan doktor yang memeriksa telah memberikan saya fucidic acid untuk diletakkan ke mata. Tapi sakit mata saya masih belum sembuh. Boleh doctor terangkan kenapa mata saya lambat sembuh sedangkan ahli keluarga lain yang beejangkit telh sembuh sepenuhnya. Perlu atau tidak ubat makan bagi mempercepatkan sakit saya sembuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Sekiranya masih belum sembuh selepas 2 minggu harus perlu ulang lawatan ke hospital kerana kemungkinan besar ubat yang diberi itu tidak cukup untuk merawat masalah mata ataupun biopsi perlu untuk mengetahui mikro organisma yang menjadi penyebab infeksi. Segera rujuk pada doktor di hospital semula.

      Delete
  110. Assalamualaikum prof.sy mgalami mslh gatal mata, hidung tersumbat & berair, tekak gatal & berkahak, telinga gatal & terasa seolah2 berair & seolah2 krg pndengaran sejak bertahun2.sy hanya mdptkn rawatan di klinik biasa bila perlu.bdasarkn pmerhatian sy, sy tlalu alah seafood n terutamanya debu, sehinggakn sy slalu demam & skt kpla serta mnganggu waktu tdur sy.persoalannya, perlukah sy mdptkn rawatan pakar memandangkan allergic is common issue nowadays.adakah ini bkn sekadar allergic tp juga mlibatkn sinusitis?adakah rawatan yg bole mhilangkn simptom2 ini, kerana ia sgt2 tidak mnyelesakn & mgnggu kehidupn seharian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Masalah ini memang kronik dan sukar untuk diubati. Puan perlu mendapatkan ubat ubatan dari pakar dan sebelum itu puan akan di periksa untuk memastikan punca masalah ini berlaku; disebabkan pemakanan atau persekitaran. Doktor pakar boleh memberi tips untuk mengurangkan rasa kegatalan dan juga mungkin mencuba ubat ubatan yang boleh melegakan kegatalan.

      Delete
    2. Assalam prof..
      ibu saya mempunyai penyakit darah tinggi dan juga katarak. Masalah nya sekarang sejak dia makan ubat darah tinggi..mata dia makin mengecil. Adakah kerana sebab pengambilan ubat? Bahaya ke prof? Perkara ini membuatkan ibu sy menjadi murung kerana terlalu risau dengan mata nya. Sy mohon pencerahan dari prof. Terima kasih

      Delete
  111. SALAMULLAH

    Ada sesetengah rawatan untuk darah tinggi boleh menyebabkan miosis (iaitu pengecilan pupil mata). Ini boleh menyebabkan mata menjadi lebih rabun dekat dari biasa. Sekiranya ini menjadi satu gangguan, sila beritahu doktor yang merawat, doktor boleh mencadangkan ubat lain yang sesuai tanpa menganggu anak mata.

    ReplyDelete
  112. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  113. Salam doktor.
    Kelopak mata kanan saya membengkak, dan saya mula sedar selepas saya menangis akibat tekanan. Waktu pagi pada hari yang sama selepas bangun tidur, ada tahi mata bentuk cecair keluar dan rasa kurang selesa kerana tahi mata masih ada lagi walaupun sudah dibersihkan. Hari ni bengkaknya makin membesar. Dan ada sedikit kemerahan. Tapi tak pula rasa gatal. Cuma kelopak mata bengkak, rasa kurang selesa, mata berair, ada tahi mata hanya pada mata yg terkena, dan susah utk gerakkan mata. Boleh saya tahu apa sebab sebenarnya dan cara merawat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. *dan ada sedikit kemerahan pada mata, bukan pada kelopak mata. Harap doktor boleh membantu saya.

      Delete
    2. SALAMULLAH

      Adakalanya bila terlampau banyak menangis, tangan yang menyentuh mata membawa kuman yg boleh menyebabkan infeksi. Kelopak mata yang menmbengkak disebabkan gosokkan dan kelenjar airmata yang membengkak kerana over worked...Rawatan adalah dengan menggunakan titik ubat antibiotik yang boleh didapati di farmasi atau klinik biasa. Jangan biarkan ianya berlanjutan kerana keadaan boleh menjadi bertambah teruk.

      Delete
  114. Assalamualaikum doktor.
    Saya ada soalan.
    Urat mata kanan saya sedikit timbul dan
    mata akan pedih jika saya menggosok terlalu lama.adakah ia bahaya?
    Saya juga sering melihat screen telefon dalam masa yg lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      cuba jangan gosok mata kerana ianya boleh mencederakan mata. Mata seperti agak kering. Boleh cuba beli Tears Naturalle dari Farmasi. Ianya boleh melembabkan mata yang kering.

      Delete
    2. Terima kasih doktor untuk penerangan.

      Delete
  115. Assalamualaikum doktor

    Saya ingin bertanya urat-urat halus timbul di kedua-dua mata saya. Saya cuba titik eye mo jenis allergocrom masih sama.. adakah urat timbul menandakan penyakit apa-apa ye doktor.. untuk pengetahuan doktor saya setiap hari menggunakan komputer

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Tidak jelas urat di atas mta putih atau di kulit sekitar mata. Jika ada urat? kapilari darah iany adalah normal tetapi sekiranya ianya memasuki bahagian mata hitanm ianya tidak normal. Allergocrom adalah sejenis anti histamin, ianya merawat maslah alahan bukan masalah yg anda hadapi.

      Delete
  116. Assalamualaikum doctor.
    Anak2 saya berumur 3 bulan dan 2 tahun mengidap sakit mata merah berair dan bertaik mata serta bengkak pada mata yg sakit tu. Dh hampir 2 mgu. Saya dh ke klinik dan diberj ubat titis Nicol. Tp sakit mata masih x sembuh2 lagi. Mohon advice dr doctor apakah yang patut saga buat lg skrg. Perlu ke saya bawa berjumpa pakar. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Perlu antibiotik yang lebih kuat, perlu berjumpa dengan pakar mata bukan doktor perubatan biasa.

      Delete
  117. Assalamualaikum doktor, anak saya berusia 20 bulan mengalami bengkak bawah mata sebelah kanan yang berulang kali. Mata tidak merah atau gatal. Setiap kali kena ia akan hilang dengan sendirinya setelah 2 atau 3 hari. Adakah ini disebabkan alahan atau perkara lain?

    ReplyDelete
  118. SALAMULLAH

    Bengkak bawah mata yang tidak kemerahan atau rasa sakit bila di sentuh mungkin menandakan edema iaitu pengumpulan air. Sekiranya ianya berulang ulang kali berlaku harus diperiksa oleh doktor mata.

    ReplyDelete
  119. Salam doktor..mata putih saya tak putih jernih..ianya jadi merah kuning..nmpk kotor..saya nak tahu ada rawatan tak untuk putihkan semula mata putih...saya jadi hilang keyakinan berdepan bertentang dengan orang..harap sangat ada rawatan..terima ksih doktor

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Mata kekuningan perlu menjalani pemeriksaan kesihatan kerana ianya mungkin disebabkan oleh penyakit sistemik (badan) sperti penyakit kuning, hepatitis, hati ataupun masalah darah. Sekiranya ianya tidak disebabkan oleh sebarang masalah atau penyakit, mata kekuningan ini boleh dikurangkan sedikit dengan pengambilan vitamin.

      Delete
  120. assalamualaikum prof,

    2 minggu kebelakangan ni mata saya sering terasa berpasir atau terasa ada benda asing yang menyebabkan saya rasa tidak selesa. gumpalan putih yang kelihatan seperti selaput kulit akan keluar dari mata saya selepas saya gosok mata akibat rasa tidak selesa. pada mulanya saya ingatkan tahi mata tetapi jika saya kesatkan pada jari, ia kelihatan bersambung seperti selaput kulit. persoalan saya, apakah yang menyebabkan keadaan ini berlaku? yang musykilnya, ia hanya berlaku pada waktu malam sahaja. kebelakangan ini juga saya sering menghadap komputer dan ada menggunakan pencuci muka yang mengandungi butir2 kecil seperti batu yang berfungsi sebagai scrub. adakah ini penyebab saya mengalami keadaan terasa mata berpasir? jika ya, rawatan apa yang perlu saya lakukan? diharapkan prof sudi membantu saya memandangkan saya sukar tidur dan mempunyai anak kecil. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Lendir yang bersambung menjadi selaput kebiasaannya disebabkan oleh "meibomian gland dysfunction" yang menyebabkan air mata tak dirembes dengan sempurna dan menyebabkan mata kering dan berpasir. Kekotoran dan habuk pada mata berkumpul dengan airmata yang pekat membentuk lendir dan selaput. Ada rawatan membersihkan permukaan kelenjar meibomian dan mengembalikan pengaliran air mata dan sekiranya masalah ini berterusan perlu berjumpa pakar untuk mendapatkan antibiotik.

      Delete
    2. masih orang yang sama, saya perasan dekat bahagian dalam mata saya kanan saya, bile kelopak mata di tarik keluar (seperti gaya sepetkan mata), bila disentuh terasa ada benjolan kecil seperti ketumbit dibahagian dalam mata, cuma kebiasaannya ketumbit akan hilang, apa tandanya tu prof? berbahaya ke? sampai sekarang masih belum hilang lagi.

      Delete
  121. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  122. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  123. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  124. assalamualaikum doktor, sye ingin bertanya. sye sudah 2hri sakit di hujung mata kiri. dan sye dapati atas kelopak mata sya bengkak dan tidak sma mcm mata yg dibelah knan. tanpa ada apa² kemerahan di mata, ada terasa sakit apabila disentuh dihujung mata tersebut dan smsa mengerdip mata. apa yg harus sya lakukan doktor ? t.kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Perlu diperiksa untuk kesahihan, mungkin disebabkan oleh infeksi di kelenjar sebum ynag menyebabkan keadaan yang dinamakan stye ataupun ketumbit. Sekiranya masih awal boleh dirawat dengan cara tuam atau antibiotik. Rawatan yang betul akan menyusutkan bengkak.

      Delete
  125. Salam prof. Saya risau n ingin bertanya. Anak saya pernah sakit mate bengkak dan bertaik. Sebelah kanan. Pada umur 6 bulan. Rawatan di hospital ubat steroid dan dikorek mate untuk buang selaput. Selepas sembuh. Saya perasan masih ade sidikit lapisan putih seperti selaput tadi pada bahagian bawah kelopak mate. Saya jangkakan ianya akan hilang sendiri. Tetapi kini anak saya telah berumur 1 tahun dan selaput putih itu masih ade pada bawah kelopak mate dan kelopak merah. Soalan saya kenapa sudah hampir setengah tahun sembuh kelopak itu masih merah dan selaput putih itu tidak hilang. Adakah bahaya? Adakah perlu buang selaput itu? Sangat risau kerana anak masih kecil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Saya tak dapat mengagak bila puan sebut dikorek mata untuk buang selaput. Adalah lebih baik puan buat pemeriksaan semula di hospital dahulu ataupun dengan pakar bagi mengesahkan masalah ini.

      Delete
  126. Salam dr..mata kanan saya rasa brdenyut..agak sukar unk fokus atau membesarkan mata..apabila brrgambar saya dapati mata kanan mengecil..saya pengguna kanta lekap..perlukah saya berjumpa dr pakar

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAMULLAH

      Adakah ianya berdenyut berterusan ataupun pada waktu waktu tertentu? Denyutan kebiasaan disebabkan oleh saraf dan saraf juga adakalanya terganggu menyebabkan mata mengecil. Perlu pemeriksaan lanjutan bagi memastikan masalah sebenar.

      Delete
  127. Salam dr..berdenyut pada waktu tertentu sahaja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakalanya denyutan tak tentu masa ini berpunca dari keletihan mata.

      Delete
  128. Bleh kah saya memakai kanta lekap pada masa ini? Saya tidak memakai kanta lekap buat masa skrang..

    ReplyDelete
  129. bole puan doktor bg email utk prtanyaan lanjut..

    ReplyDelete
  130. salam doc. apa khbar? harap sentiase dlm keadaan sehat. doc sy nk tnye. ape beza function FUCITHALMIC dan CHLORAMPHENICOL ye? kwn sy si A mngalami ketumbuhan biji di kelopak mate bahagian luar. tp tiada sebarang gatal2 merah berair sakit dan sbgainya. pegawai kesihatan kerajaan bg die krim FUCI tnpe antibiotik. pd mulenye mngecut tp tmbuh blik. pd wktu yg same kwn sy si B mngalami sakit yg same kmudian doc swasta bg die krim CHLO brsame antibiotik dan berkesan krim tu. Alhamdulillah dah ok si B nie. so doc, mane satu krim trbaik dan adakah disbbkn antibiotik tu biji nye mngecut? harap dpt respon scepatnye sbb dah lbih due bulan biji tu x hilang2 jugak. trimekasih ats prkongsian :)

    ReplyDelete
  131. Kedua duanya adalah antibiotik yang sememangnya digunakan untuk rawatan diluar mata seperti kelopak mata. Masalah yang dihadapi itu perlu diketahui sama ada ianya "stye" ataupun kalazion? Kedua duanya mempunyai rupa yang sama tetapi mempunyai penyebab yang berlainan.Ubat yang diberi adalah betul. Sifat nya pula berulang ulang (recurrent). Cuba saudara lakukan tuam pada mata bagi membantu menghilangkan biji tersebut. Sekiranya gagal minor surgeri perlu dilakukan. Tuam dengan towel kecil yang bersih tetapi panas untuk setengah jam dan dilakukan kerap.

    ReplyDelete
  132. Assalam dr..ank sy 4bln, kulit bawah mata dia ( bhgian eyebag) sdikit bgkak n seakan berkuping..ttapi ia akn mgglupas sndri stelah kering, sy cuba sapu vco, tp skrg sprti makin truk since kwsn bgkak smkin bsr n kuping sprti bsh nanah..infection atau alergi ya?

    ReplyDelete
  133. Assalamualaikum dr. Beberapa bulan lepas saya disahkan mengalami mata kering. Saya dinasihatkan agar menggunakan titisan artificial tear. Tapi, sy menghadapi masalah apabila memandu pada waktu malam yang kelihatan pecah dan bergarisan. Adakah masalah ini disebabkan mata kering juga? Macam mana ya nak kurangkan masalah ni?

    ReplyDelete
  134. Assalamualaikum dr. saraf mata kanan saya merah since saya form4 lagi sekarang umo sya dah 20 tahun tapi merah kat saraf mata tu tak bekurang. Rabun saya -225. Mata saya tak gatal takda allergic. Sebab merah pun sya xtau knpa saraf kelihatan merah tiba2 muncul time tu. Apakah puncanya dr? ubat apakah sya perlukan utk hilangkannya? hmm, sya kurang keyakinan dgn adanya saraf merah. Rasa mcm ada parut kat mata. Hmm, harap dr boleh bantu saya.

    ReplyDelete