TERIMA KASIH TUHAN
Terima kasih 
pada sepasang bola mata
ini 
sesempurna anugerahMu
untukku 
kerana dengan ihsanMu 
aku berdaya menghimbau
secebis akal 
melontar titisan
keringat buat penyambung amanahMu
Sepasang bola mata ini 
aku syukuri pada
indahnya ciptaanMu 
dalam renunganku pada
bayu 
yang lembut mengusap
tubuh 
aku lihat sutera
nikmatMu membalut diriku
Aku tetap akan terus 
menterjemahkan
bahasaMu 
tanpa cela, tanpa letih 
sampai nanti nafasku berhenti 
dan semoga nanti 
Kau izinkan aku 
terus menatap indahnya
syurgaMu 
Drhaliza Mutalib
Pangkor 
14.7.2012


Salm doktor..suami saya ada pendarahan di sekitar mata putih akibat tekanan menurut doktor klinik yg kami pergi...sudah seminggu berlalu ttpi tiada perubahan.apa rawatn yg perlu dilakukan?doktor tersebut hanya bagi ubat titik shaja
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteSepatutnya selepas seminggu darah tersebut sudah mula cair dan merebak ke bahagian lain menyebabkan warna merah pudar. Sekiranya keadaan tidak berubah perlu pemeriksaan lanjutan dengan segera
Prof, saya nak tanya. Doktor kata pembuluh mata saya bengkak sebab diabetis... doktor syorkansaya kena buat laser.. Kalau buat rawatan laser, bahaya tak? Ada orang cakap kalau buat rawatan laser tu boleh menyebabkan mata buta...
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteRawatan laser ini adalah khas untuk keadaan diabetik retinopati bukannya laser/lasik untuk membetulkan rabun. Rawatan ini perlu bagi menghentikan pendarahan yang berlaku disalur darah di fundus mata. Ianya bukan punca kebutaan tetapi sekiranya rawatan tidak dilakukan diabetik retinopati boleh jadi lagi teruk dan mengakibatkan kebutaan.
Prof, saya nak tanya. Doktor kata pembuluh mata saya bengkak sebab diabetis... doktor syorkansaya kena buat laser.. Kalau buat rawatan laser, bahaya tak? Ada orang cakap kalau buat rawatan laser tu boleh menyebabkan mata buta...
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteRawatan laser tu untuk mengelak pendarahan dari berlaku lebih teruk akibat diabetik. Kalau tak buat boleh buta.
Assalamualaikum prof klu pembuluh mata pecah apa ubatnya. Mata putih keluhatan ada darah merah... Tkasih...
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteSubconjunctival haemorrhage tidak perlu buat apa apa. Ianya akan menyurut dalam masa seminggu.
Assalamualaikum Dr..anak saya berusia 14 tahun..Baru2 ini dia mengadu pandangan mata kirinya nampak imej separuh berwarna putih.Adakah ianya merbahaya dan perlukan rawatan segera memandangkan dia belajar di sekolah tahfiz dan hanya boleh mendapat kebenaran membawa keluar untuk kes kecemasan sahaja.Didahului dengan ucapan terima kasih Dr.
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeleteGangguan penglihatan tersebut adalah tidak normal. Jika pandangan begitu berterusan perlu segera jumpa doktor pakar
Assalamualaikum doktor.. Anak saya 8bulan terkena ulcer cornea.. Apa rawatan yang akan diberi ye. Saya dah pergi hospital, doktor ckp just merah mata biase. Tapi saya nampak memang ade bulatan putih di mata hitam dia. Tolong saya apa perlu saya buat 😓
ReplyDeleteSALAMULLAH
DeletePerlu rawatan antibiotik segera.